Pages

Tuesday, November 1, 2011

KONVOKESYEN UiTM KE-75 (SIDANG 14)

Salam.. lama rasanya tak mencatatkan sesuatu di sini. Bukannya disebabkan oleh kesibukan ataupun tiada idea dan cerita untuk dikongsi, tapi, tak tau dari mana nak dimulakan cerita.. kesudahannya, ianya berlalu begitu sahaja. So, untuk tidak membiarkan blog ini terus sepi tanpa sebarang update, let the pictures tell the story..



Alhamdulillah, akhirnya penat lelah selama 4 tahun berulang alik dari Melaka ke Shah Alam terbayar dengan Majlis Konvokesyen ini..
Terima Kasih Allah kerana memberi aku peluang menggenggam segulung diploma biarpun agak terlewat
 

Gembiraaa??!!
Ingatt..!! ini bukanlah momen terakhir dalam hidup anda..
InsyaAllah.. kalau ada rezeki lebih dan jika diizinkan-Nya, kejayaan ini tidak akan terhenti di sini
Akan aku daki tangga-tangga kejayaan itu ke puncak yang lebih tinggi
Biarpun aku tahu.. pendakian itu pasti dipenuhi dengan onak dan duri..
Demi sesungguhnya..
Sesi pembelajaran itu tidak akan terhenti selepas tamat majlis graduasi
Tetapi.. proses pembelajaran itu akan sentiasa berlaku hingga ke akhir hayat..


Bersama emak yang tak putus-putus mendoakan kejayaan aku..
Bila keluar dari DATC selepas habis sidang konvo dan pergi kat emak, emak peluk dan cium aku..
Terus macam speachless and terkaku sekejap..
Sepatutnya aku dah hadiahkan kejayaan ini 10 tahun yang lalu..
Tapi.. Dia yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku..
Dia yang telah mengatur perjalanan hidup ini
Ya Tuhan.. aku redha dengan apa yang telah Engkau takdirkan untuk hamba-Mu ini


Terima kasih semua atas kejayaan yang aku miliki ini..
Tanpa doa, pengorbanan, dorongan dan sokongan anda semua, kejayaan ini belum tentu menjadi milik aku
Terima Kasih Allah.. 


Thursday, September 8, 2011

WARNA-WARNI AIDILFITRI 2011

Alhamdulillah, tahun ni Allah masih panjangkan umur aku untuk bertemu Ramadhan dan seterusnya merayakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Kiranya, masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada para pembaca budiman yang dikasihi sekalian.

Tahun ni, giliran aku dan isteri menyambut Hari Raya di kampung halaman aku iaitu di Melaka. Ini adalah merupakan raya pertama kami sebagai suami isteri dan sudah tentulah kesedihan itu amat dirasai oleh isteri yang terpaksa beraya di kampung aku. Selama 20 tahun lebih dia beraya dengan keluarganya di Terengganu, tetiba kali ni kena beraya dengan family aku, tentulah ada sedikit rasa syahdu yang menyelubungi tangkai hatinya.

Memang mengikut perancangan kami, tahun ni kami ingin beraya di Terengganu. Tetapi disebabkan oleh keadaan isteri aku yang mengandung, family isteri aku menasihatkan dia supaya tak balik beraya di Terengganu. Bukan apa, kandungan isteri aku tu dah genap 9 bulan sehari sebelum raya haritu. Kang buatnya tetiba dia rasa nak bersalin, mana pulak aku nak cari hospital tetengah jalan tu. So, terpaksalah isteri aku beraya dengan family aku.

Alkisahnya, sehari sebelum raya tu, kami gi kursus peneman di hopital Melaka. Isteri aku ok jer time tu. Malam raya pulak, dia siap nak ikut abang, akak dan ipar aku gi shopping kat Taman Cempaka.. nak tak nak, aku kena lah join walaupun sebenarnya aku tak kuasa nak bersesak-sesak dengan lautan manusia di Taman Cempaka tu.

Bila dah balik rumah dan time nak tido, isteri aku dah mengadu sakit pinggang, kebas paha dan sesak nafas. Baby pulak cam turun naik membuatkan isteri aku sesak nafas dan tak dapat tidur. Aku dah risau takut-takut isteri aku nak bersalin jer.. Kebetulan pulak hari tu dia memang dah genap 9 bulan. Tapi takde pulak tanda-tanda keluar air atau darah.. Dah nak pagi baru isteri aku boleh tido. Akupun samalah tak cukup tido menemankan dia yang kesakitan.

Pagi raya tu rasa sakit tu dah kurang sikit. So, lepas solat hari raya, bermaaf-maafan dan bergambar sakan, kami pun pergi beraya ke rumah sedara mara terdekat. Tapi, malangnya, takde gambar yang merakamkan kenangan kali pertama kami beraya sebagai suami isteri kerana isteri aku tak bersedia untuk bergambar disebabkan matanya yang bengkak akibat kesedihan terpaksa beraya di kampung aku.

~ Bersama ahli keluarga ~
(tiada dalam gambar: family adik aku)
~ Bersama emak dan kakak ipar ~
Selepas solat zohor, isteri aku yang kepenatan berehat kat bilik. Aku pun malas nak suruh dia keluar melayan tetamu memandangkan keadaannya yang macam tu. Tapi, bila aku masuk bilik, aku tengok dia tengah mengerang menahan sakit. Cemas aku dibuatnya... Panggil akak dan mak sedara aku yang kebetulan baru datang beraya tengokkan keadaan isteri aku tu. Diaorang suruh bawa gi hospital.

Dipendekkan cerita, isteri aku kena tahan kat wad selama kurang lebih 5 hari disebabkan 'contraction pregnancy'. Dan sepanjang 5 hari tu jugaklah aku berulang-alik melawat dia kat wad. Kiranya, raya tahun ni kenangan raya kami banyak dirakam di wad bersalin la.. huhhuu.

Sekarang kandungan isteri aku dah masuk usia 37 minggu lebih dan doktor kata bila-bila masa sahaja isteri aku boleh bersalin. Tak sabar rasanya nak menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. Semoga kehadiran cahaya mata itu nanti akan menambahkan lagi seri dan keceriaan dalam kehidupan rumah tangga kami. Harapan aku agar kalian dapat mendoakan keselamatan isteri dan juga anak yang bakal dilahirkan oleh isteri aku tu nanti.
Wassalam..



Monday, September 5, 2011

KURSUS PENEMAN @ HOSPITAL BESAR MELAKA

Dikala kebanyakan umat Islam sedang membuat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan 1 Syawal, aku dan isteri terpaksa menghadiri Kursus Peneman di Hospital Besar Melaka 29 Ogos yang lalu.

Kursus Peneman ini diadakan bagi membolehkan para suami atau bakal bapa yang ingin menemani isteri mereka di kamar bersalin dan seterusnya melihat proses kelahiran bayi mereka. Aku tak pasti sama ada kat tempat lain perlu atau tidak menghadiri kursus ini, tetapi di Melaka, inilah syarat yang telah ditetapkan bagi para suami yang ingin melihat isteri mereka melahirkan anak (para suami yang sah je tau, yang boifren merangkap suami tu tak dibenarkan yerr...!!)

So far, ok jugaklah kursus ini dibuat.. sekurang-kurangnya dapat jugaklah sedikit ilmu untuk persiapan aku dan isteri nanti. Kami bukan sahaja diberi ceramah mengenai tujuan kursus ini diadakan tetapi juga diterangkan proses-proses kelahiran, tanda-tanda untuk melahirkan, kaedah penyusuan ibu dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, kami juga dibawa melawat ke wad bersalin dan juga kamar bersalin di mana di situlah nanti proses melahirkan itu akan berlaku.

Menurut nurse yang bagi penerangan tu tadi, biasanya para suami akan dipanggil untuk masuk ke kamar bersalin bagi menemani isteri mereka selepas terdapat bukaan sebanyak 6cm. Bukan apa, takut kalau baru buka 2,3cm, lama pulak si suami tadi nak tunggu isteri dia bersalin. Biasanya juga, masa yang diambil dari 1cm ke 1cm adalah selama sejam. So, sebab tu lah diaorang akan panggil si suami ni bila dah ada bukaan sebanyak 6cm. Tapi, kengkadang ada jugak yang tak sempat.. masuk-masuk je terus terberanak.

Jadi, aku harap Tuhan akan beri aku kesempatan dan kekuatan untuk merasai pengalaman ini dan harap-harap jugaklah Tuhan akan menguatkan semangat aku bila berdepan dengan situasi tu nanti. Bukan apa, mengikut pengalaman yang diceritakan oleh sister yang keje kat kamar bersalin tu, alangkan Medical Assistant (M.A) yang selalu amek darah orang tu pun boleh pengsan, inikan aku yang sangat-sangat jarang melihat darah. Oleh itu, aku berdoa agar Tuhan izinkan aku untuk menyaksikan sendiri proses kelahiran anak kami nanti. Semoga Tuhan memberikan perlindungan dan keselamatan kepada isteri aku dan anak yang bakal dilahirkan nanti.. Amiin.

tak sabar nak lihat "dia.."




Saturday, August 20, 2011

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN

Beberapa minggu lepas, aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam bagi program Sarajana Muda Sains Pengurusan Maklumat (e-PJJ). Dan  mengikut surat tawaran tersebut aku perlu mendaftar di UiTM Shah Alam pada hari ini (20.8.2011). Tetapi, disebabkan oleh masalah kewangan aku sekarang yang tak begitu stabil, terpaksalah aku melupakan tawaran melanjutkan pelajaran tersebut.

Kalau ikutkan, selepas tamat pengajian di peringkat diploma dulu, memang aku plan tak nak apply untuk sambung degree. Tapi, oleh kerana pengaruh dari kengkawan rapat aku yang begitu kuat + keinginan aku sendiri, akhirnya, aku daftar jugak walaupun ikutkan syarat yang ditetapkan oleh UiTM, aku perlu menduduki peperiksaan MUET terlebih dahulu (u.p: aku belum ambil exam MUET tu lagi. begitu jugak dengan kengkawan aku tu). Tapi, kami sertakan surat rayuan dan berjanji akan mendudukinya dalam tempoh belajar nanti.

Kurang lebih 2 minggu selepas menghantar surat permohonan melanjutkan pelajaran tersebut, kawan aku bagitau yang kami telah diterima untuk melanjutkan pelajaran. Memang excited la time tu.. Tapi, dalam masa yang sama aku masih berkira-kira samaada nak sambung atau tak. Ya laa.. dah la time register tu dah nak dekat raya.. mestilah nak pakai duit untuk raya lagi. Pastu, orang rumah aku pulak nak bersalin dalam bulan 9 ni.. Lesen dan roadtax/insurans pulak dah nak tamat tempoh... Pening jugaklah aku nak membuat pertimbangan sewajarnya.

Dan, selepas ditolak, darab, bahagi, campur.. setelah mengambil kira pandangan orang-orang terdekat dengan aku, solat istikharah pun takde petunjuk (buat sekali je, camne lah Tuhan nak tunjukkan jalan.. huhhuu), dengan rasa berat hatinya, aku mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut. Sesungguhnya aku pasrah.. mungkin ada hikmah disebaliknya yang aku tak tahu. Tapi, aku yakin dan pasti, Allah lebih tahu tentang apa yang telah diaturkan untuk aku. Walaupun macam ada sedikit sedih dan ralat di hati aku, tetapi sebagai hamba-Nya, aku tetap redha dan terima takdir hidup yang telah ditentukan untuk aku. InsyaAllah, kalau ada rezeki, tahun depan aku cuba apply lagi..

~ hanya tinggal kenangan ~

Wednesday, August 10, 2011

KERAHAN TENAGA..

Di unit aku (tak tau unit lain macamana), kami terpaksa atau mungkin dipaksa melakukan kerja lebih masa tetapi tidak boleh menuntut bayaran untuk kerja lebih masa tersebut. Sebaliknya, kami hanya dibenarkan mengambil cuti gantian disebabkan wang bayaran kerja lebih masa tersebut perlu digunakan untuk membayar elaun kerja lebih masa kepada staf yang terlibat dengan event lain.

Kalau di jabatan/institusi/kementerian lain, aku tak pasti pulak sama ada pekerja diaorang memang tidak dibenarkan menuntut bayaran kerja lebih masa dalam bentuk wang atau sebaliknya. Tetapi di jabatan aku, memang selama ni kami dibenarkan menuntut bayaran kerja lebih masa dalam bentuk wang. Justeru, apabila kami dipaksa (mungkin) untuk membuat kerja lebih masa tanpa membuat tuntutan wang, dan walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kerja lebih masa itu tetap perlu dijalankan (walaupun tiada bayaran dibuat tetapi sebaliknya digantikan dengan cuti gantian), wujud rasa ketidakpuasan dihati kami.

Hakikatnya, siapa yang ingin bekerja tanpa ada ganjaran berbentuk wang?? Bahkan, keikhlasan dalam bekerja itu sendiri sedikit sebanyak akan hilang. Rata-rata daripada kami membuat kerja lebih masa adalah kerana ingin mendapatkan wang lebih (walaupun jumlahnya tidaklah sampai mencecah RM500.00 sebulan). Sekiranya kami tidak dibenarkan membuat tuntutan berupa wang adalah lebih baik kami membuat kerja part time di luar yang mungkin pulangannya lebih lumayan selain dapat menambah pendapatan kami.

Almaklumlah.. hidup di era globalisasi sekarang ni, semuanya perlukan wang. Nak beli susu anak, pampers, bayar upah pengasuh hatta nak guna tandas sekalipun kena gunakan wang. Jadi, kalau dah jabatan kami hanya benarkan kami mengambil cuti gantian sebagai upah kerja lebih masa yang dilakukan, agak-agaknya lah, boleh tak kalau aku pergi kedai runcit, pastu beli barang dapur dan cakap dengan tokey kedai tu aku nak bayar pakai cuti gantian sebab aku takde duit, aku ada cuti gantian je.. boleyy???
Renung-renungkanlah wahai orang yang berada di atas tentang kebajikan dan nasib pekerja yang berada di bawah..
CHOOWWWWW..!!








Friday, August 5, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam Ramadhan al-Mubarak..
Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan Ramadhan yang dirindu dan ditunggu-tunggu kehadirannya oleh seluruh umat Islam setiap tahun. Dikesempatan ini, masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada para pembaca budiman sekalian. Semoga ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah SWT hendaknya. Di samping itu, marilah kita sama-sama melipat gandakan amalan-amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini dan semoga kita akan dapat bertemu dengan malam al-qadar (lailatul qadar).

Sesungguhnya, Ramadhan adalah bulan yang terbaik daripada seribu bulan yang mana di dalamnya terkandung satu malam yang penuh istimewa yang tidak dikurniakan kepada umat-umat lain melainkan umat Nabi Muhammad SAW iaitu malam al-qadr (lailatul qadr). Bahagialah sesiapa yang dapat bertemu dengannya kerana barangsiapa yang beribadat pada malam tersebut maka nilai ibadatnya adalah sama dengan dia beribadat seribu tahun (kurang lebih 83 tahun). Subhanallah. Alangkah bahagianya kita jika dapat bertemu dan beribadat pada bulan ini (hari-hari lain pun tetap juga kena beribadat, jangan nak tunggu malam lailatul qadr je..).

Sehingga di sini sahaja catatan saya.. Semoga kita akan bertemu di entri yang lain pula nanti. Jangan lupa tau untuk lipat gandakan amalan tu.. biar kita sama-sama dapat point lebih di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Lakukan sebanyak mungkin amal kebaikan di bulan mulia ini dan kurang-kurangkan lah melakukan dosa. Harap-harapnya amal kebajikan kita tu tak terhenti di bulan Ramadhan ini sahaja, sebaliknya akan berterusan sampai bila-bila.. InysaAllah

Semoga Ramadhan datang penuh cemerlang..
4 minggu penuh kebahagiaan..
30 hari penuh keberkatan..
720 jam penuh kesyukuran..
43200 saat penuh keinsafan..
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK





Thursday, July 21, 2011

SEMENJAK DUA MENJAK...

Lately.. aku rasa cam malas nak update blog aku ni.. Bukan sebelum ni memang aku malas ke?? Yupp.. memang malas.. tapi sekarang ni bertambah-tambah tahap kemalasannya tu..

Kadang-kadang ada 'material' untuk  aku update dan share dalam blog ni.. stori pun dah siap karang dalam kepala.. tapi, entah kenapa idea aku tu tersekat sampai kat kepala hotak aku je.. tak mampu untuk aku interpretasikan ke dalam blog aku ni..

Mungakin juga sebab aku ni bukan seorang blogger tegar.. idea pun tak berapa nak brilliant.. so that, karangan aku tu hanya mampu bertahan di minda aku je la.. pastu, hilang entah ke mana..

Kebelakangan ini juga aku rasa.. ingin mencari keberkatan dalam pekerjaan. Kerja itu kan satu ibadah. So, aku cuba untuk mengurangkan aktiviti atas talian (online) aku semaksima mungkin kerana aku inginkan keberkatan dalam rezeki aku. Aku sedang mencuba ke arah itu biarpun tidak sepenuhnyaa..

Sekarang ni pun, kalau kengkawan mintak nak pinjam broadband dengan aku, aku kata tak bawak.. bukan kedekut atau apa.. aku takut, kalau mereka menggunakan broadband untuk berfacebook dan sebagainya (bukan atas tujuan kerja), dosanya akan aku dapat sekali kerana dikira bersubahat membenarkan mereka menggunakan broadband aku untuk berfacebook dalam waktu kerja. Sudahlah dosa sendiri melayari internet di waktu pejabat tak terhitung banyaknya untuk aku tanggung, ni pulak nak tanggung dosa bersubahat dengan diaorang.. alamatnya.. berapa puluh ratus ribu tahun la boleh aku masuk syurga.. huhhuu.

Yupp.. sekarang ni dah kena pikir soal halal haram... berkat tak berkat.. sebab, tak lama lagi, benih yang tumbuh dalam rahim isteri aku tu akan melihat dunia. Kena bermula dari sekarang (kalau nak ikutkan, sebelum kahwin lagi dah kena jaga bab-bab halal haram ni. tapi, tak kisahlah terlewat pun.. janji ada kesedaran). Sebab apa aku kena perlu kesah tentang halal haram ni daripada sekarang?? Ini adalah sebabnya...



Akhir kata, segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal.. wallahua'lam



Monday, July 18, 2011

JUVANA EPISOD AKHIR

Malam ini merupakan episod akhir bagi drama Juvana yang mula disiarkan di TV3 pada 25 April yang lalu. Aku bukanlah peminat tegar drama ni.. Semasa mula-mula (episod pertama) drama ini ditayangkan dulu, aku akui ada menontonnya namun tidak memberikan sepenuh perhatian dan fokus aku pada jalan ceritanya. Tambahan pulak, selepas itu, aku ada jugak tertinggal menonton dua atau tiga episod daripada drama inil. Namun setelah menyaksikan beberapa episod sebelum episod akhir, aku dapati ia adalah sebuah drama yang menarik dan penuh dengan elemen kejutan.

Kekuatan drama ini bukan sahaja terletak pada para pelakonnya yang hebat, tetapi juga dari sudut penceritaannya (read: ulasan ini adalah dari sudut pandangan aku yang bukan arif mengenai dunia hiburan dan penerbitan). Namun, sebagai penonton, aku rasa drama ini berjaya membuat aku untuk mengikuti dari satu episod ke satu episod berikutnya dan apabila makin hampir ke penghujungnya aku dapati drama ini penuh dengan kejutan. Kupasan demi kupasan satu demi satu watak dalam drama ini adalah sangat menarik sehingga aku sendiri tak sangka Cikgu Shaari yang selama ini macam baik rupa-rupanya sama sahaja macam cikgu-cikgu yang lain (kecuali cikgu Zakiah) yang ada kat situ.

Oleh itu, jangan lupa untuk menyaksikan drama Juvana episod akhir pada malam ini yang aku rasa episod malam ini pasti akan lebih hebat dan penuh dengan aksi dan kejutan. Apapun, syabas kepada tuan director dan penerbit drama ini iaitu Mr Faisal Ishak dan Mr Khabir Bhatia yang berjaya mengarah dan menerbitkan drama yang bagus ini. Semoga, apa-apa yang baik daripada drama ini dapat kita jadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan kita. Akhir kata, selamat menonton.. Daa..



Sunday, July 10, 2011

ASAM PEDAS POWER & BIHUN SUP BUKIT CINA

Jumaat malam, aku dan isteri takde apa-apa aktiviti. Normally, aku dan isteri akan balik rumah mak setiap hari Jumaat selepas aku balik kerja. Tapi, oleh kerana minggu ni mak takde rumah, hari Sabtu pulak ada appointment dengan proton nak hantar kereta untuk major service, so, kami plan untuk duduk rumah je.. Cuma hari Sabtu tu, sebelum hantar kereta servis nak bawak isteri aku gi makan bihun sup kat Bukit Cina.

Kol adik aku ajak dia join sekali, tapi dia kata tak larat. Balik kerja aku kol abang aku kot-kot dia ada kelapangan. Malangnya, dia pun tak free hari Sabtu.. Tapi, dia kata kalau nak gi makan kat Asam Pedas Power, Bukit Cina malam ni (Jumaat) boleh laa.. Tanya isteri aku, dia kata OK, so, kitaorang pun gerak dari rumah sewa dalam jam 7ptg.
Actually, aku mula makan kat warung Asam Pedas Power ni kurang lebih 3 tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh kawan aku. Woww!! rasa dia memang sodappp.. (Masa tengah tulis entri ni, cam terkecur je air liur aku meng'imagine' kan asam pedas power ni). Pastu, aku rekomenkan kat abang aku ni.. At first, memang dia 'maki' aku jugak lah sebab rasanya yang power (pedas gilerr) itu. Siap cakap, ko ni nak bunuh orang ker apa.. Pastu macam-macam andaian lah diorang buat.. kononnya tertumpah lada hitam laa.. tersalah resepi laa.. dan macam-macam lagi. But, bila diaorang dah repeat makan kat situ untuk the 2nd time dan seterusnya... terus dah jadi cam rasa asyik nak makan kat situ jer.


~Asam Pedas Power~
Baru-baru ni, dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, ada keluar cerita pasal warung ni. So, pada korang yang nak atau lum lagi try makan kat sini, sila-silalah try.. Mula-mula memang rasa pedas sikit laa.. Tapi lama-lama cam rasa ketagih lak nak hirup kuah asam pedas yang memang power giler tuh.. for the beginner, aku nasihatkan korang supaya bersedia dari segi fizikal dan mental bila nak try makan kat sini especially untuk mereka yang tak tahan pedas. Selain tu, korang jugak kena banyak bersabar menunggu hidangan tiba sebab ikan, sotong, udang, dll tu diaorang nak kena siang dulu.. Jadi, sementara tunggu hidangan tiba tu, surau ada kat seberang jalan je dan korang bolehlah menunaikan solat maghrib atau isyak dulu.

Warung Asam Pedas Power ni dibuka jam 8.00 malam. Tutup aku tak sure pulak pukul berapa. Maybe dalam 2.3 pagi kott.. Macam-macam pilihan ada (ikan, sotong, lala, udang, sayur, dll) kecuali diaorang takde sediakan menu like nasi goreng, mee goreng, tomyam, sup, dll.  Selamat Mencuba..



~Kualiti gambar tak memuaskan.. harap maaf~
Then, esoknya aku pegi jugak sarapan di warung bihun sup kat bukit cina tu (pun keluar gak dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.. maaf sebab tak ingat apa nama warung ni..) dengan adik aku. Kat sini pun macam-macam menu ada seperti mee sup, mee kari, rojak, mee rebus, dll. Tapi, aku prefer makan mihun sup.. terpulanglah pada selera masing-masing yer.. Kedai ni tutup jam 3 ptg kalau tak silap aku. So, pasni sapa-sapa orang melaka yang belum pernah makan kat sini boleh lah try sarapan kat sini.. tak ketinggalan jugak pada mereka yang datang bercuti di melaka.. boleh lah cuba makan kat dua tempat yang aku sebutkan tadi. InsyaAllah, anda pasti puas hati..




Thursday, July 7, 2011

KENALI BLOGGER ANDA..



Salam. Hari ni nak stori pasal nama dan sifat aku. Aku rasa ramai yang dah try benda alah ni kat FB. Kepada sesiapa yang belum cuba lagi tu, bolehlah copy & paste link yang tertera pada picture “nama & sifat saya” tu. Tapi, janganlah terlalu taksub dan yakin serta mempercayai 100% dengan result yang diramal atau dipaparkan tu nanti.. takut terpesong lak akidah tu.. hehe. Kalau untuk suka-suka bolehlah. Andai kata ada yang tepat tu, anggaplah ianya kebetulan belaka..


Sekarang, mari kita kenali sifat pada nama aku sebagaimana yang diberikan oleh bendalah di atas.

(M) Pandai dan kreatif

Hahaha.. mula-mula lagi dia dah ‘jekk’ a.k.a kipas aku.. pandailah sangat aku ni. Errrmm.. nak ikutkan biasa-biasa je tahap kecerdikan aku tu. Kreatif?? Tak tahu la pulak tang mana aku ni kreatif.. mungkin aku perlu explore lebih mendalam lagi tentang diri aku kott.. baru la jumpa daya kekreatifan aku tu.. hehe

(O) Serba boleh

Errmm.. serba tak boleh adalah aku rasa. Nak-nak kalau orang mintak tolong.. musti mengelat.. asyik cakap tak boleh je. Apapun tak boleh..!! tapi kengkadang aku boleh jadi alim pegi masjid dengar ceramah.. pastu tetiba pulak aku boleh bertukar jadi artis gi karoke, tengok wayang ngan member.. tu serba boleh ke??

(H) Mudah simpati, bahasa lemah lembut

Jap.. aku pikirkan. Rasa-rasanya aku ni susah nak simpati kat orang sebab aku ni jenis orang yang keras hati atau hati batu. Tang bahasa lemah lembut tu serius tak boleh blaa.. Objection yang arifff!! Dah sah-sah lah aku ni orang Melaka.. takde maknanya nak lemah lembut bagai. Lagi ‘kahau’ adalah.. kalau cakap tu musti high pitch or high note punya.. kalau gi karoke tu.. low note musti tak dengar lah kiranya.. asyik nak jerit je.. huhhuu. Err.. Fina AF9 tu dari Melaka kann?? Dia tu nyanyi ke jeritt.. @_@

(A) Ramah dan murah senyuman

Sori.. aku bukan seorang yang peramah kalau tak kenal orang. Tapi, bila dah kenal, akulah orangnya.. lagi satu, aku bukanlah orang yang suka nak memulakan perbualan dengan orang yang tak dikenali melainkan orang tegur aku dulu. Amat jarang untuk aku memulakan perbualan terlebih dahulu.. mungkin pemalu kott.. hehe. Haa!! Part yang senyum ni aku setuju.. memang aku ni suka senyum. Masa kat asrama dulu, senior-senior ada gak panggil aku ni mat senyum sebab asyik tersengih je.. tapi, sengih je la.. tak bercakap pun sebab aku kan kekwatt a.k.a tak ramah.. wakaka

(M & A) Baca atas.


(D) Pendiam dan sopan

Pendiam dengan orang yang aku tak kenal lah. Dengan orang yang aku kenal ok je aku rasa. Sopan.. mungkin kott. Sebab dulu masa kat sekolah menengah ada member-member kata aku lembut.. tapi ustazah aku backup.. dia cakap aku ni bukan lembut, tapi sopan santun.. hehe. I love U ustazah..

(K) Pandai berjenaka, sentiasa ceria

Adalah sikit-sikit lawak bodoh yang aku buat.. tapi takdelah pandai sangat. Kalau pandai sangat, baik aku masuk raja lawak.. musti jadi juara punya.. hahaha. Yupp.. aku memang sentiasa ceria. Walau ada masalah sekalipun aku tetap hepi memanjang. That’s why la I awet muda U.. ^.^

(H & A) Baca atas.


(I) Suka memendam perasaan dan masalah

Boleh tak bagi jawapan artiss.. no komen!! Full stop.

(R) Suka mengkritik

Sangat benar!! Aku memang suka mengkritik. Apa yang tak berkenan di mata aku, aku akan sound direct. Boleh jugak kalau nak gelar aku ni Mr. Perfect kott sebab asyik nak carik kesempurnaan je, macamkan diri tu perfect sangat (a.k.a perasan bagus).. huhhuu. Naya la kalau aku naik jadi bos.. kalau kerja tak betul, musti anak buah aku selalu kena kritik punya dengan aku. Nasib korang laa.. huhhuu

(O) Baca atas.


(L) Mempunyai ramai kawan

Sangat tidak benar.. kalau tak caya, cuba tengok FB aku. Mana ada ramai kawan aku. Musuh ramai lah kott... hehe. Tapi kalau korang nak merealisasikan apa yang ditafsirkan oleh bendalah ni, sila add saya sebagai kawan sekarang jugak. Barulah benar kata bendalah ni yang saya mempunyai ramai kawan.. hehe.

Okla.. itulah sebahagian dari penterjemahan tentang sifat aku.. ianya hanya bertujuan sebagai hiburan dan suka-suka sahaja sebab aku pun tak tau apa nak di update kan dalam blog aku ni ha.. Tetiba tengok bendalah ni cam ok je untuk dijadikan entri.. tu yang aku letak kat sini.. Daa..




Saturday, June 25, 2011

SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK ASTRO 2011

Akhirnyaa.. Juara Maharaja Lawak Astro 2011 jatuh di tangan kumpulan SEPAH!!
Lawak korang memang sempoii.. especially bila tiru gaya ustazah Norbahiyah tu.. (harap-harap ustazah berfikiran terbuka apabila karaktornya dikomedikan).

Overall, aku kira SEPAH memang layak dinobatkan sebagai juara. Dengan persembahan yang konsisten beberapa minggu sebelum final membuatkan peminat mula 'membuka mata' terhadap lawak mereka. Ditambah pula dengan lawak kumpulan JOZAN (yang disebut-sebut bakal bergelar juara pada malam itu) mempersembahkan lawak yang boleh dikatakan kurang menyengat berbanding dengan minggu-minggu sebelum ini (pada pandangan akulah.. tapi tidak pada Ahmad Idham), membuatkan peminat (dan mungkin juga juri yang mewakili 50%) akhirnya menobatkan SEPAH sebagai juara.

Kumpulan feveret aku (pada awalnya lahh..) iaitu kumpulan JAMBU hanya mampu meraih tempat ke-4. Aku rasa, kalau kumpulan JAMBU mampu memberikan lawak di pusingan pertama sebagaimana lawak pada pusingan kedua (aksi penyamun bersama Zila Bakarin), aku yakin mereka mungkin boleh menduduki tempat kedua atau ketiga kerana bagi aku lawak JOZAN hanyalah biasa-biasa sahaja.

Dan yang paling untung adalah NABIL. Walaupun meraih tempat ketiga, tetapi wang tunai RM150, 000.00 tidak perlu dikongsi atau dibahagi-bahagi kerana bergerak secara solo. Persembahan NABIL juga lebih menyerlah pada pusingan kedua berbanding pusingan pertama. Dan aku setuju dengan kata-kata Mamat Khalid yang simple itu lebih mudah.. tak perlu nak memikirkan lawak-lawak yang bombastic, sarcastic, fantastic, futuristic dan apa-apa tic lagilah kerana lawak yang mudah lebih senang orang nak faham. Dan itulah yang telah dilakukan oleh kumpulan SEPAH sehingga melayakkan mereka untuk bergelar juara pada malam itu.

Apapun, aku tetap terhibur menonton Maharaja Lawak Akhir ini bersama keluarga dan saudara-mara yang berkumpul di rumah aku bersama makanan-makanan tradisi (kuaci, kacang, coklat, jajan, teh 'O'dll) yang sering bersama setiap kali kitaorang menonton persembahan-persembahan final seumpamanya. Oh yaa.. ada gak terbaca yang AF pun nak buat program macam Maharaja Lawak ni yang nak menandingkan semula juara antara juara sepanjang musim AF yang lalu hingga terkini.. Betul ke?? Agak-agak boleh beat Maharaja Lawak ke?? dan yang penting, Mawi masih boleh bergelar Raja SMS ke?? hehe.. Apapun, tahniah kepada SEPAH kerana menjadi juara dan berjaya memcahkan perut kami sekeluarga dengan lawak-lawak yang bersahaja..









Friday, June 24, 2011

SIAPA BAKAL JUARA MAHARAJA LAWAK??

Siapakah yang bakal merebut gelaran juara Maharaja Lawak 2011? Adakah ianya akan berpihak kepada peserta solo, duo ataupun trio.. jawapannya hanya akan diketahui pada malam ini. Malam ini akan menyaksikan tiga peserta berkumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Sepah, Jambu dan Jozan serta seorang peserta solo iaitu Nabil yang akan berentap bagi merebut gelaran juara sulung Maharaja Lawak 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai RM300, 00.00. Berikut adalah pandangan aku mengenai setiap peserta yang bertanding. (PERHATIAN!! Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja dan tidak semestinya 100% betul..) 

Jika dilihat dari segi undian, tidak mustahil bagi pasangan JOZAN untuk meraih gelaran juara pada malam ini. Apatah lagi, sepanjang 11 minggu bersiaran, pasangan duo ini seringkali berada di tangga teratas setiap kali undian ditutup. Lawak-lawak yang dipersembahkan oleh mereka juga berjaya mencuit hati penonton. Persembahan kumpulan ini juga agak konsisten walaupun pada episod-episod awal lawak mereka boleh dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja. Secara peribadi, aku suka dengan gandingan mereka berdua yang menampilkan lawak bersahaja dan aku paling suka lawak mereka ketika Johan meniru gaya Hafiz AF7. Peluang untuk mereka bergelar juara juga dilihat sangat cerah kerana populariti yang mereka miliki mampu menarik penonton untuk mengundi mereka.

SEPAH adalah pesaing terdekat buat JOZAN. Aku tak tau nak komen apa pasal kumpulan ni sebab lawak mereka memang sempoi. Dan sudah pasti aku sangat meminati persembahan mereka sewaktu mereka melakonkan aksi 3 orang makcik yang sedang rewang di majlis kenduri kawin.. Dari segi peluang untuk menang, aku rasa kumpulan Sepah perlu bekerja keras untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak ini kerana mereka perlu bersaing dengan kumpulan JOZAN. Walaupun, persembahan mereka beberapa minggu ini kelihatan agak konsisten, namun mereka harus menggali dengan lebih dalam lagi bagi memberikan lawak yang betul-betul ho liaawww dan seterusnya meraih undian yang lebih tinggi bagi melayakkan mereka bergelar juara. Apapun, aku tetap suka dengan kumpulan ini.

Mereka boleh dikatakan sebagai peserta underdog yang pada mulanya dilihat tidak mampu memberi saingan kepada nama-nama besar seperti JOZAN, NABIL dan SEPAH. Namun, mereka mula menunjukkan taring setelah mempamirkan aksi terbaik 'silent comedy' dan sejak dari itu graf persembahan mereka sentiasa meningkat. Dan secara peribadinya, aku sangat, sangat, sangat suka dengan kumpulan JAMBU. Namun, selepas minggu aksi JAMBU bersama Acong SweetChild (comedy reverse psychology), kumpulan ini seperti kekeringan idea dan ini amat membimbangkan aku. Ini kerana, bagi aku, JAMBU adalah satu-satunya peserta yang boleh menggugat peluang JOZAN untuk bergelar juara. So, kemon la JAMBU... Please do something yang boleh melayakkan korang untuk meraih gelaran juara pada malam ini. Aku nak sangat bergelak terbahak-bahak macam sewaktu aku tengok aksi korang tiru gaya Nora Danish dan renang berirama. Secara peribadinya, aku yakin jika prestasi yang ditonjolkan oleh mereka pada malam ini sama atau lebih hebat seperti lawak yang pernah mereka tonjolkan sebelum ini, mereka mampu meranapkan impian JOZAN untuk bergelar juara.

NABIL?? Aku suka NABIL kerana dia sangat kreatif dalam berlawak. Lawak-lawak yang dipersembahkan bukan lawak biasa atau lawak kampung. Lawak dia adalah lawak original dan kadangkala tak terjangkau dek imajinasi aku. Kiranya lawak dia ni kira lawak educated la.. Tapi, persembahan NABIL dilihat tak berapa konsisten dan pernah hampir tersingkir. Secara peribadinya, peluang NABIL untuk bergelar juara amat sukar kerana dia perlu berdepan dengan JOZAN dan SEPAH yang telah mempamerkan aksi konsisten beberapa minggu ini. Kecuali pada pentas akhir ini NABIL mampu mempamerkan aksi lawak setanding atau lebih hebat seperti aksinya ketika bermain piano dengan menggunakan lalat, mungkin peluang untuk NABIL bergelar juara agak cerah. Tapi, jika lawak yang ditonjolkan tak berapa menjadi.. haaa.. LU PIKIRLAH SENDIRI!! huhhuu.. Apa-apapun, tahniah kepada NABIL kerana sentiasa membuat lawak yang bijak lagi cerdik.

Akhir sekali, aku memang dah tak sabar-sabar nak menyaksikan Maharaja Lawak Akhir malam ni. Harap-harap semua peserta memberikan lawak yang terbaik dan memecahkan perut para penonton di studio dan di rumah. Tak kisahlah siapa yang menang malam ni, janji kami semua terhibur.. Jadi, tolonglah beri aksi lawak yang terbaik malam nii.. CHOWWWW!!

Sunday, June 19, 2011

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

Salam semua..
Cara Nabi SAW jaga kesihatan diri..

Tahukah anda bagaimana Nabi SAW menjaga kesihatan baginda bagi memastikan baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar? Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cara bagaimana Nabi SAW menjaga kesihatan diri baginda. Ini bukanlah bermakna Nabi SAW tidak pernah sakit.. tetapi sebenarnya baginda hanya pernah sakit beberapa kali sahaja. Di bawah saya kongsikan beberapa cara yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan diri baginda.

1. Selalu bangun sebelum Subuh
Cara yang pertama adalah Rasulullah selalu bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fadhu dan solat subuh secara berjemaah. Kelebihannya bukan sahaja kita boleh mendapat ganjaran pahala bahkan dapat juga menghirup udara subuh yang segar dan nyaman dan ianya juga baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Berapa ramaikah dikalangan kita pada hari ini yang selalu bangun sebelum Subuh? Mungkin ada.. tapi kebanyakannya bangun mungkin untuk menonton perlawanan bola sepak ataupun bangun sebab terasa hendak buang air kecil.. Dan bila dah menonton TV sampai ke pagi.. tentulah liat untuk bangun awal dan kadangkala subuh pun terlepas. Tak salah untuk menonton perlawanan bola sepak, tapi, jangan sampai kita tak boleh bangun semasa subuh nanti dan alang-alang dah bangun tu apa salahnya kita tunaikan solat-solat sunat ataupun bertahajjud. Semoga selepas ini, kita sama-sama cuba untuk bangun lebih awal supaya kita bukan sahaja mendapat pahala solat subuh berjemaah tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan kita.

2. Aktif menjaga kebersihan
Cara yang kedua adalah menjaga kebersihan. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada Iman". Rasulullah SAW adalah orang yang sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

Persekitaran yang tidak bersih boleh membawa pelbagai penyakit. Begitu juga jika kita tidak menjaga kebersihan diri, orang lain bukan sahaja tidak senang untuk bergaul dengan kita malahan penyakit juga akan mudah hinggap di tubuh kita. Sesungguhnya, apabila kita menjaga kebersihan, tidak kira kebersihan diri mahupun persekitaran, secara tidak langsung ianya akan membantu menyihatkan diri kita.

3. Tidak pernah makan berlebihan
Cara yang ketiga Nabi menjaga kesihatan dirinya adalah dengan tidak makan berlebihan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) - (Muttafaq 'Alaih)". Atau dengan bahasa mudahnya, makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Hal ini kerana, apabila perut kita kekenyangan, kita mungkin akan menjadi malas untuk membuat kerja atau melakukan ibadat. Mata pulak semakin berat dan akhirnya kita tertidur dalam kekenyangan.

Oleh sebab itulah Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya berhenti makan sebelum kekenyangan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi sendiri selalu berpuasa sunat.

4. Gemar berjalan kaki
Baginda juga menjaga kesihatan dengan gemar berjalan kaki. Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad mahupun apabila mengunjungi rumah para sahabat. Faedah daripada berjalan kaki adalah apabila kita berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Selain itu, berjalan kaki juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit jantung.

Sebaliknya kita pada hari ini lebih gemar menaiki kenderaan daripada berjalan kaki. Bahkan nak menunaikan solat jumaat atau jemaah di masjid pun menaiki kenderaan walhal masjid tersebut letaknya beberapa meter sahaja dari rumah kita. Tahukah kita bahawa jika kita berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat jumaat pahalanya adalah bersamaan kita berpuasa dan Qiyamullail selama setahun.. Subhanallah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa mandi pada hari Jum’at, berangkat lebih awal (ke masjid), berjalan kaki dan tidak berkendaraan, mendekat kepada imam dan mendengarkan khutbahnya, dan tidak berbuat lagha (sia-sia), maka dari setiap langkah yang ditempuhnya dia akan mendapatkan pahala puasa dan qiyamulail setahun.” (HR. Abu Dawud no. 1077, al-Nasai no. 1364 Ahmad no. 15585. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Jami’, no. 6405)

5. Tidak pemarah
Cara yang seterusnya adalah Nabi SAW menasihatkan kita supaya tidak pemarah. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. dengan katanya; Berilah nasihat kepada saya, Baginda berkata: jangan kamu marah, lalu diulangi beberapa kali, baginda menjawab; jangan kamu marah”, Hadis riwayat al-Bukhari. Ini menujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad  tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

6. Optimis dan tidak putus asa
Cara yang ke enam adalah sentiasa optimis dan tidak putus asa. Sikap optimis dapat memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan bersabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah SWT.

7. Tidak pernah iri hati
Selain itu, Rasulullah juga mengajarkan kita supaya tidak iri hati. Apabila kita menjauhi sifat iri hati, ia akan dapat menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa. Apabila hati kita baik dan jiwa kita tenang maka kesihatan kita juga tidak akan terganggu. Kita juga boleh mengamalkan doa seperti berikut: "Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah".

8. Pemaaf
Dan cara yang terakhir sekali yang boleh dipraktikkan adalah bersikap pemaaf. Pemaaf akan memberi kesan kepada hati kita kerana sifat pemaaf akan dapat menteramkan hati dan jiwa kita daripada perasaan dendam dan benci serta membebaskan kita daripada dibelenggu perasaan marah. Akhirnya, dapatlah kita hidup dengan hati dan jiwa yang tenang di samping tubuh badan yang sihat.

Sesungguhnya, banyak lagi cara hidup sihat yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan dan ini adalah sebahagian daripadanya. Diharapkan, marilah kita sama-sama mencontohi dan meneladani segala amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kerana ini adalah sebahagian daripada sunnah baginda. Dan orang yang mengamalkan sunnah baginda sudah pastinyalah akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Wallahua'lam..


Wednesday, June 15, 2011

Blair baca al-Quran tiap hari...

Terbaca artikel ni kat Harian Metro (Selasa, 14hb Jun) dan rasa cam patut di share di blog aku ni..
Kalau seorang bukan Islam seperti Blair ni boleh baca dan rujuk al-Quran setiap hari apatah lagi lah kita yang dah memang lahir-lahirnya Islam ni, sepatutnya mencontohi dia dengan membaca dan mengamalkan apa yang diajar didalam al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan kita..
Blair ni bukan sahaja baca malah memahami setiap isi kandungan al-Quran tu bagi memastikan yang dirinya sentiasa celik agama. Selain tu, menurut Blair jugak dia baca al-Quran setiap hari adalah untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia.

Nah!! bukankah ini bukti yang menunjukkan yang al-Quran tu adalah panduan yang lengkap merangkumi setiap aspek kehidupan dan kandungannya sentiasa relevan dari dulu sehingga sekarang. Kalau si Blair yang bukan Islam ni boleh jadikan al-Quran sebagai panduan kehidupan dia, takkan kita yang mengaku Islam ni nak menolak segala hukum-hakam yang dah memang ditetapkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.

Justeru, saya menyeru kepada diri saya dan diri kalian juga supaya marilah sama-sama kita menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan kita dan marilah juga kita sama-sama mendoakan supaya si Blair ni dibukakan pintu hatinya untuk Islam kerana Blair sendiri pernah memuji Islam sebagai agama yang indah dan Nabi Muhammad sebagai tokoh yang membawa kekuatan sangat bertamadun. Cuma mungkin hidayah Allah belum sampai kepadanya lagi. Jadi marilah kita berdoa semoga akan bertambahlah lagi lebih ramai umat Nabi Muhammad SAW di atas muka bumi ini.. Wallahua'lam.


Thursday, May 26, 2011

DISEBALIK KEJAYAAN SEORANG LELAKI

Pujangga pernah mengatakan: Disebalik kejayaan seorang LELAKI, pasti berdiri dibelakangnya seorang WANITA. Dan bagi aku, WANITA yang berdiri teguh disebalik kejayaan aku pada hari ini adalah EMAK aku. Dan di sini, dikesempatan ini, aku ingin dedikasikan rasa terima kasihku pada EMAK di atas kejayaan aku dalam peperiksaan baru-baru ini.

Disebalik kejayaan aku memperoleh keputusan yang baik dalam pelajaranku baru-baru ini, aku yakin dan percaya bahawa iamya datang daripada kekuatan doa seorang EMAK. Kata-kata EMAK adalah suatu doa. Dan doa EMAK adalah doa yang paling mustajab dan akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. tanpa hijab. Justeru itu, aku berani menyatakan bahawa disebalik kejayaan aku hari ini, wanita yang berdiri teguh dibelakangku adalah EMAK aku.

Bukan untuk menidakkan keupayaan seorang isteri, tetapi, selagi EMAK masih hidup, doa EMAK adalah yang paling mustajab bagi aku. Ini kerana, seorang EMAK tidak akan berhenti untuk mendoakan kejayaan anak-anaknya. Doa EMAK lah yang sering mengiringi aku setiap kali berjuang di dewan peperiksaan. EMAK lah yang sanggup bangun solat malam untuk mendoakan kesenangan, kejayaan dan kesejahteraan anak-anaknya. Dan aku juga pasti, disebalik solat sunat Dhuha yang dilakukannya, pasti didalamnya tetap ada terselit doa yang diutus buat anak-anaknya.

Pernah suatu ketika, anak adik aku yang baru lahir dimasukkan ke hospital kerana demam kuning. Adik aku pulak dah tak keruan sebab itu adalah pengalaman pertamanya melahirkan anak dan berdepan dengan situasi itu. Dan aku lihat, EMAK lah orang yang paling gigih mengerjakan qiamullail dan berdoa panjang untuk kedua beranak itu. Justeru, bukti apa lagi yang perlu aku tunjukkan untuk menidakkan kekuatan doa seorang EMAK??

Dan kepada kaum Adam sekalian, aku ingin berpesan, keberkatan hidup kita adalah terletak di tangan ibu. Walaupun kita sudah mendirikan rumah tangga, pastikan ibu yang menjadi keutamaan. Jangan sesekali melebihkan isteri daripada ibu. Setitis air mata yang gugur disebabkan oleh pelakuan kita yang menyinggung perasaannya, mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita buat kita. Na'uzubillahi minzalik.

Akhir sekali, sekali lagi, aku ingin dedikasikan kejayaan aku dalam peperiksaan baru-baru ini dan berjaya menamatkan diploma aku buat EMAK yang sentiasa berdiri teguh di belakangku bersama doa-doanya yang tak putus-putus buat aku dan adik beradik yang lain. Aku tak dapat bayangkan jika suatu hari EMAK pergi.. akan tiadalah lagi doa-doa tulus dan kudus EMAK untuk aku dan anak-anaknya yang lain. Oleh itu ya Allah, Kau panjangkanlah umur EMAK ku, Kau kasihilah ia sebagaimana ia telah mengasihi aku daripada aku kecil hingga aku dewasa. Kau berkatilah EMAK ku ya Allah. Kau lingkungkanlah ia di dalam lingkungan rahmat dan kasih sayangmu.. Amiin.. Amiin.. ya Rabbal 'alamin.

"Terima kasih EMAK.."




Saturday, May 21, 2011

AKITIVITI SEMASA

Dua minggu yang sangat sibuk hinggat tiada masa untuk aku mengupdate sebarang entri di blog ini..
Bermula dengan aktiviti mengecat ofis dan terakhir semalam perhimpunan staf dan pensyarah KMM serta mesyuarat AJK Data sempena pendaftaran pelajar baru sesi 2011/2012 pada 23hb Mei nanti. Maka, benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang menyuruh kita merebut lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu termasuk antaranya untuk merebut peluang masa lapang sebelum datangnya masa sibuk. Bila dah sibuk banyak perkara yang tak dapat dilakukan.


Secara ringkasnya, selama dua minggu ini, memang jadual para pekerja di sini sangatlah padat setelah semua pelajar menamatkan sesi pembelajaran mereka bagi sesi 2010/2011. Masing-masing sibuk melakukan tugas-tugas hakiki dan juga tugas-tugas yang dikategorikan sebagai "tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa" iaitu termasuklah tugas mengecat ofis masing-masing.. Bajet untuk beli cat memang ada, tapi bajet untuk upah orang mengecat takde. Jadi, terpaksalah kami lakukan sendiri...




Selama kurang lebih seminggu jugaklah kitaorang mengecat ofis kitaorang tu. Bermula pada hari selasa 10hb, dan berakhir pada hari rabu 18hb. Aku rasa, kalau kat luar, mungkin pengecat-pengecat ni akan di bayar enam ke tujuh puluh ringgit satu hari. Tapi kami.. hanya dapat bajet untuk makan tengahari sahaja.. itupun pada hari-hari terakhir dah takde bajet. Terpaksa guna duit ofis. Errmm.. dah nasib badan!!


Pastu, kami disibukkan dengan kursus dan team builiding; perhimpunan bulanan yang diadakan dalam seminggu sampai dua, tiga kali; serta mesyuarat jawatankuasa pendaftaran pelajar baharu. Dan sudah pastilah dengan jadual yang agak padat tu, tugas-tugas hakiki aku pun tertangguh. Semalam bos dah tanya bila nak tukar artikel baru kat partition depan library tu? Kalau tak kerana "kerja-kerja yang diarahkan dari masa ke semasa" ni, dah lama kerja aku tu siap dengan jayanya.. huhhuu. Apapun, itulah sebahagian daripada rencah alam pekerjaan yang aku dan mungkin juga kalian pernah, telah dan sedang hadapi. Sebagai pekerja, terpaksalah kita akur dengan terma "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".


Hari Isnin ni pasti akan jadi lebih sibuk kerana pelajar-pelajar baharu sesi 2011/2012 akan mendaftar di kolej matrikulasi ini. Dan tahun ini, pelajar-pelajar satu tahun dan dua tahun akan mendaftar serentak. Harap-harap attitude para pelajar tersebut akan melambang dan mencerminkan yang mereka adalah pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga sahsiah diri mereka juga turut cemerlang. Bukan apa, pada sesi-sesi yang lalu, akhlak kebanyakan pelajar ni, tak mencerminkan yang mereka tu pelajar yang bijak dan cemerlang dalam akademik. Semoga pada sesi kali ini, akhlak dan sahsiah para pelajarnya akan lebih baik daripada sesi-sesi sebelum ini.. amiin.


Oh ya.. khabarnya, minggu hadapan, result peperiksaan uitm akan diumumkan.. berdebar tuu.. harap-harap semuanya OK nanti.





Wednesday, May 4, 2011

TAMAT SUDAHHH..!!

Beberapa bulan dahulu...

Alhamdulillah
Kini..
Secara tak rasminya tamatlah perjuangan aku untuk semester ini
Dan MUNGKIN juga untuk keseluruhan semester
Kenapa mungkin?
Sebab..
Ia bergantung kepada result yang bakal keluar nanti

Jika diizinkan Tuhan dan result pun OK, boleh lah grad tahun ni..
Kalau tak..
Mungkin Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untuk aku..
So, redha dan pasrah je laa..

Aku telah berusaha.. (Walaupun usaha aku tu taklah setinggi mana)
Dan kini tiba masanya aku menyerahkan segala-galanya kepada Allah dengan bertawakkal kepada-Nya
Semoga result yang bakal keluar nanti tidak akan mengecewakan aku dan jugak kawan-kawan aku
Semoga usaha kami selama beberapa tahun ini diberkati-Nya
Amiin.

p/s: 
Maka dengan ini, aku isytiharkan yang 
AKU TELAH KEMBALI!!! 

Rajin-rajinlah singgah sini yer!!