Pages

Friday, April 12, 2013

KISAH DAN TELADAN: KATA-KATA KEHIDUPAN

Salam.
InsyaAllah, mulai hari ini, aku akan menyelitkan kisah-kisah teladan (yang aku ambil daripada pelbagai sumber e.g: surat khabar, majalah, buku, dll) di blog ini untuk sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah tersebut. Selain itu, diharapkan kisah-kisah teladan ini juga mungkin boleh dijadikan pembakar semangat ataupun motivasi mahupun inspirasi dalam menjalani kehidupan saya mahupun para pembaca sekalian.

Baiklah, hari ini aku akan berkongsi kisah dan teladan mengenai KATA-KATA KEHIDUPAN.
(Sumber: Utusan Melayu / 8 Apr. 2013)

KISAH
Sekumpulan katak sedang melompat-lompat riang di dalam hutan. Ketika asyik melompat-lompat itu, dua daripada katak tersebut terjatuh ke dalam sebuah lubang yang dalam.

Semua katak-katak lain mengelilingi lubang tersebut kalau-kalau mereka boleh membantu kedua-dua katak itu naik semula ke atas. Tetapi apabila mereka melihat ke dalam lubang itu, mereka mengeluh kerana lubang itu sangat dalam.

Mereka melaung-laung kepada katak yang terperangkap di dalam lubang itu memberitahu bahawa kedua-dua katak itu tidak ada harapan untuk naik semula dan bersedialah untuk mati di dalam lubang itu.

"Lubang itu sangat dalam, sukar untuk kamu naik. Lebih baik kamu berserah kepada takdir dan bersedia untuk mati", laung katak-katak yang berada di atas tanpa mempedulikan perasaan katak yang terperangkap di dalam lubang itu.

Bagaimanapun, kedua-dua katak di dalam lubang itu tidak menghiraukan kata-kata kawan mereka, sebaliknya terus berusaha sedaya upaya mereka untuk melompat naik ke atas tebing.

Dalam masa yang sama, kawan-kawan mereka yang berada di atas terus melemahkan semangat mereka dengan meminta berhenti berusaha untuk naik kerana hampir mustahil mereka dapat berbuat demikian.

Akhirnya, salah seekor katak di dalam lubang itu terpengaruh dengan kata-kata kawan-kawannya yang berada di atas dan meneyerah kalah. Dia terjatuh semula ke dalam lubang dan mati.

Sedangkan seekor lagi katak di dalam lubang itu tetap dengan usahanya untuk melompat keluar dari lubang tersebut. Dia berusaha dengan segala kudratnya yang masih tinggal.

Sekali lagi, kawan-kawannya di atas melaung-laung memintanya supaya berserah kepada takdir dan berhenti berusaha serta redha dengan apa yang akan terjadi kepadanya.

Namun katak yang seekor ini tidak mempedulikan kata-kata kawan-kawannya itu, sebaliknya terus berusaha gigih melompat naik ke atas dan akhirnya usahanya itu berhasil. Katak itu berjaya melompat ke atas.

Ketika katak itu sampai di atas, kawan-kawannya bertanya, "apakah kau tidak mendengar laungan kami?" lalu katak itu dengan bahasa isyarat memberitahu bahawa dia pekak.

Rupa-rupanya semasa berada di dalam lubang itu, si katak pekak ini menganggap laungan kawan-kawannya supaya dia menyerah kalah adalah sorakan semangat supaya dia terus berusaha.

TELADAN
Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan kepada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membuatkan mereka bangkit dan membantu mereka dalam menjalani kehidupan.

Sebaliknya, kata-kata buruk terhadap seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati-hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Kata-kata kehidupan dapat membuat kita berfikir dan melangkah juah dari apa yang kita andaikan.

Thursday, April 4, 2013

SUATU MASA

Salam..
Aku tak tahu bagaimana nak aku mulakan kata-kata untuk mencipta ayat-ayat yang menggambarkan betapa aku sudah lama tidak menulis di sini. Bukan tidak terlintas di fikiran.. malahan kerapkali juga aku mengunjunginya.. tapi bagaikan ketandusan kata-kata untuk aku semadi dan abadikan tiap peristiwa dan kenangan yang singgah dan hadir dalam kehidupanku di sini.

Sehinggalah hari ini.. entah tarikan magnet atau graviti mana yang menarik kuat aku untuk menekan huruf-huruf di papan kekunci ini lantas membina ayat-ayat bagi menyatakan betapa aku telah lama meninggalkan 'diari maya' ini..

Semoga ini menjadi satu titik permulaan buat aku mencatatkan sesuatu di sini biarpun tidak sekerap mereka yang lain.. tapi sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk aku semadi dan abadikan di sini untuk ingatan aku di masa akan datang..
video

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima