Siapakah yang bakal merebut gelaran juara Maharaja Lawak 2011? Adakah ianya akan berpihak kepada peserta solo, duo ataupun trio.. jawapannya hanya akan diketahui pada malam ini. Malam ini akan menyaksikan tiga peserta berkumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Sepah, Jambu dan Jozan serta seorang peserta solo iaitu Nabil yang akan berentap bagi merebut gelaran juara sulung Maharaja Lawak 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai RM300, 00.00. Berikut adalah pandangan aku mengenai setiap peserta yang bertanding. (PERHATIAN!! Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja dan tidak semestinya 100% betul..)
Jika dilihat dari segi undian, tidak mustahil bagi pasangan JOZAN untuk meraih gelaran juara pada malam ini. Apatah lagi, sepanjang 11 minggu bersiaran, pasangan duo ini seringkali berada di tangga teratas setiap kali undian ditutup. Lawak-lawak yang dipersembahkan oleh mereka juga berjaya mencuit hati penonton. Persembahan kumpulan ini juga agak konsisten walaupun pada episod-episod awal lawak mereka boleh dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja. Secara peribadi, aku suka dengan gandingan mereka berdua yang menampilkan lawak bersahaja dan aku paling suka lawak mereka ketika Johan meniru gaya Hafiz AF7. Peluang untuk mereka bergelar juara juga dilihat sangat cerah kerana populariti yang mereka miliki mampu menarik penonton untuk mengundi mereka.
SEPAH adalah pesaing terdekat buat JOZAN. Aku tak tau nak komen apa pasal kumpulan ni sebab lawak mereka memang sempoi. Dan sudah pasti aku sangat meminati persembahan mereka sewaktu mereka melakonkan aksi 3 orang makcik yang sedang rewang di majlis kenduri kawin.. Dari segi peluang untuk menang, aku rasa kumpulan Sepah perlu bekerja keras untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak ini kerana mereka perlu bersaing dengan kumpulan JOZAN. Walaupun, persembahan mereka beberapa minggu ini kelihatan agak konsisten, namun mereka harus menggali dengan lebih dalam lagi bagi memberikan lawak yang betul-betul ho liaawww dan seterusnya meraih undian yang lebih tinggi bagi melayakkan mereka bergelar juara. Apapun, aku tetap suka dengan kumpulan ini.
Mereka boleh dikatakan sebagai peserta underdog yang pada mulanya dilihat tidak mampu memberi saingan kepada nama-nama besar seperti JOZAN, NABIL dan SEPAH. Namun, mereka mula menunjukkan taring setelah mempamirkan aksi terbaik 'silent comedy' dan sejak dari itu graf persembahan mereka sentiasa meningkat. Dan secara peribadinya, aku sangat, sangat, sangat suka dengan kumpulan JAMBU. Namun, selepas minggu aksi JAMBU bersama Acong SweetChild (comedy reverse psychology), kumpulan ini seperti kekeringan idea dan ini amat membimbangkan aku. Ini kerana, bagi aku, JAMBU adalah satu-satunya peserta yang boleh menggugat peluang JOZAN untuk bergelar juara. So, kemon la JAMBU... Please do something yang boleh melayakkan korang untuk meraih gelaran juara pada malam ini. Aku nak sangat bergelak terbahak-bahak macam sewaktu aku tengok aksi korang tiru gaya Nora Danish dan renang berirama. Secara peribadinya, aku yakin jika prestasi yang ditonjolkan oleh mereka pada malam ini sama atau lebih hebat seperti lawak yang pernah mereka tonjolkan sebelum ini, mereka mampu meranapkan impian JOZAN untuk bergelar juara.
NABIL?? Aku suka NABIL kerana dia sangat kreatif dalam berlawak. Lawak-lawak yang dipersembahkan bukan lawak biasa atau lawak kampung. Lawak dia adalah lawak original dan kadangkala tak terjangkau dek imajinasi aku. Kiranya lawak dia ni kira lawak educated la.. Tapi, persembahan NABIL dilihat tak berapa konsisten dan pernah hampir tersingkir. Secara peribadinya, peluang NABIL untuk bergelar juara amat sukar kerana dia perlu berdepan dengan JOZAN dan SEPAH yang telah mempamerkan aksi konsisten beberapa minggu ini. Kecuali pada pentas akhir ini NABIL mampu mempamerkan aksi lawak setanding atau lebih hebat seperti aksinya ketika bermain piano dengan menggunakan lalat, mungkin peluang untuk NABIL bergelar juara agak cerah. Tapi, jika lawak yang ditonjolkan tak berapa menjadi.. haaa.. LU PIKIRLAH SENDIRI!! huhhuu.. Apa-apapun, tahniah kepada NABIL kerana sentiasa membuat lawak yang bijak lagi cerdik.
Akhir sekali, aku memang dah tak sabar-sabar nak menyaksikan Maharaja Lawak Akhir malam ni. Harap-harap semua peserta memberikan lawak yang terbaik dan memecahkan perut para penonton di studio dan di rumah. Tak kisahlah siapa yang menang malam ni, janji kami semua terhibur.. Jadi, tolonglah beri aksi lawak yang terbaik malam nii.. CHOWWWW!!
No comments:
Post a Comment