Pages

Monday, September 5, 2011

KURSUS PENEMAN @ HOSPITAL BESAR MELAKA

Dikala kebanyakan umat Islam sedang membuat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan 1 Syawal, aku dan isteri terpaksa menghadiri Kursus Peneman di Hospital Besar Melaka 29 Ogos yang lalu.

Kursus Peneman ini diadakan bagi membolehkan para suami atau bakal bapa yang ingin menemani isteri mereka di kamar bersalin dan seterusnya melihat proses kelahiran bayi mereka. Aku tak pasti sama ada kat tempat lain perlu atau tidak menghadiri kursus ini, tetapi di Melaka, inilah syarat yang telah ditetapkan bagi para suami yang ingin melihat isteri mereka melahirkan anak (para suami yang sah je tau, yang boifren merangkap suami tu tak dibenarkan yerr...!!)

So far, ok jugaklah kursus ini dibuat.. sekurang-kurangnya dapat jugaklah sedikit ilmu untuk persiapan aku dan isteri nanti. Kami bukan sahaja diberi ceramah mengenai tujuan kursus ini diadakan tetapi juga diterangkan proses-proses kelahiran, tanda-tanda untuk melahirkan, kaedah penyusuan ibu dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, kami juga dibawa melawat ke wad bersalin dan juga kamar bersalin di mana di situlah nanti proses melahirkan itu akan berlaku.

Menurut nurse yang bagi penerangan tu tadi, biasanya para suami akan dipanggil untuk masuk ke kamar bersalin bagi menemani isteri mereka selepas terdapat bukaan sebanyak 6cm. Bukan apa, takut kalau baru buka 2,3cm, lama pulak si suami tadi nak tunggu isteri dia bersalin. Biasanya juga, masa yang diambil dari 1cm ke 1cm adalah selama sejam. So, sebab tu lah diaorang akan panggil si suami ni bila dah ada bukaan sebanyak 6cm. Tapi, kengkadang ada jugak yang tak sempat.. masuk-masuk je terus terberanak.

Jadi, aku harap Tuhan akan beri aku kesempatan dan kekuatan untuk merasai pengalaman ini dan harap-harap jugaklah Tuhan akan menguatkan semangat aku bila berdepan dengan situasi tu nanti. Bukan apa, mengikut pengalaman yang diceritakan oleh sister yang keje kat kamar bersalin tu, alangkan Medical Assistant (M.A) yang selalu amek darah orang tu pun boleh pengsan, inikan aku yang sangat-sangat jarang melihat darah. Oleh itu, aku berdoa agar Tuhan izinkan aku untuk menyaksikan sendiri proses kelahiran anak kami nanti. Semoga Tuhan memberikan perlindungan dan keselamatan kepada isteri aku dan anak yang bakal dilahirkan nanti.. Amiin.

tak sabar nak lihat "dia.."




No comments: