Pages

Wednesday, August 10, 2011

KERAHAN TENAGA..

Di unit aku (tak tau unit lain macamana), kami terpaksa atau mungkin dipaksa melakukan kerja lebih masa tetapi tidak boleh menuntut bayaran untuk kerja lebih masa tersebut. Sebaliknya, kami hanya dibenarkan mengambil cuti gantian disebabkan wang bayaran kerja lebih masa tersebut perlu digunakan untuk membayar elaun kerja lebih masa kepada staf yang terlibat dengan event lain.

Kalau di jabatan/institusi/kementerian lain, aku tak pasti pulak sama ada pekerja diaorang memang tidak dibenarkan menuntut bayaran kerja lebih masa dalam bentuk wang atau sebaliknya. Tetapi di jabatan aku, memang selama ni kami dibenarkan menuntut bayaran kerja lebih masa dalam bentuk wang. Justeru, apabila kami dipaksa (mungkin) untuk membuat kerja lebih masa tanpa membuat tuntutan wang, dan walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kerja lebih masa itu tetap perlu dijalankan (walaupun tiada bayaran dibuat tetapi sebaliknya digantikan dengan cuti gantian), wujud rasa ketidakpuasan dihati kami.

Hakikatnya, siapa yang ingin bekerja tanpa ada ganjaran berbentuk wang?? Bahkan, keikhlasan dalam bekerja itu sendiri sedikit sebanyak akan hilang. Rata-rata daripada kami membuat kerja lebih masa adalah kerana ingin mendapatkan wang lebih (walaupun jumlahnya tidaklah sampai mencecah RM500.00 sebulan). Sekiranya kami tidak dibenarkan membuat tuntutan berupa wang adalah lebih baik kami membuat kerja part time di luar yang mungkin pulangannya lebih lumayan selain dapat menambah pendapatan kami.

Almaklumlah.. hidup di era globalisasi sekarang ni, semuanya perlukan wang. Nak beli susu anak, pampers, bayar upah pengasuh hatta nak guna tandas sekalipun kena gunakan wang. Jadi, kalau dah jabatan kami hanya benarkan kami mengambil cuti gantian sebagai upah kerja lebih masa yang dilakukan, agak-agaknya lah, boleh tak kalau aku pergi kedai runcit, pastu beli barang dapur dan cakap dengan tokey kedai tu aku nak bayar pakai cuti gantian sebab aku takde duit, aku ada cuti gantian je.. boleyy???
Renung-renungkanlah wahai orang yang berada di atas tentang kebajikan dan nasib pekerja yang berada di bawah..
CHOOWWWWW..!!








No comments: