Salam.. lama rasanya tak mencatatkan sesuatu di sini. Bukannya disebabkan oleh kesibukan ataupun tiada idea dan cerita untuk dikongsi, tapi, tak tau dari mana nak dimulakan cerita.. kesudahannya, ianya berlalu begitu sahaja. So, untuk tidak membiarkan blog ini terus sepi tanpa sebarang update, let the pictures tell the story..
|
Alhamdulillah, akhirnya penat lelah selama 4 tahun berulang alik dari Melaka ke Shah Alam terbayar dengan Majlis Konvokesyen ini..
Terima Kasih Allah kerana memberi aku peluang menggenggam segulung diploma biarpun agak terlewat |
|
Gembiraaa??!!
Ingatt..!! ini bukanlah momen terakhir dalam hidup anda..
InsyaAllah.. kalau ada rezeki lebih dan jika diizinkan-Nya, kejayaan ini tidak akan terhenti di sini
Akan aku daki tangga-tangga kejayaan itu ke puncak yang lebih tinggi
Biarpun aku tahu.. pendakian itu pasti dipenuhi dengan onak dan duri..
Demi sesungguhnya..
Sesi pembelajaran itu tidak akan terhenti selepas tamat majlis graduasi
Tetapi.. proses pembelajaran itu akan sentiasa berlaku hingga ke akhir hayat.. |
|
Bersama emak yang tak putus-putus mendoakan kejayaan aku..
Bila keluar dari DATC selepas habis sidang konvo dan pergi kat emak, emak peluk dan cium aku..
Terus macam speachless and terkaku sekejap..
Sepatutnya aku dah hadiahkan kejayaan ini 10 tahun yang lalu..
Tapi.. Dia yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku..
Dia yang telah mengatur perjalanan hidup ini
Ya Tuhan.. aku redha dengan apa yang telah Engkau takdirkan untuk hamba-Mu ini |
|
Terima kasih semua atas kejayaan yang aku miliki ini..
Tanpa doa, pengorbanan, dorongan dan sokongan anda semua, kejayaan ini belum tentu menjadi milik aku
Terima Kasih Allah.. |
No comments:
Post a Comment