Tahun ni, giliran aku dan isteri menyambut Hari Raya di kampung halaman aku iaitu di Melaka. Ini adalah merupakan raya pertama kami sebagai suami isteri dan sudah tentulah kesedihan itu amat dirasai oleh isteri yang terpaksa beraya di kampung aku. Selama 20 tahun lebih dia beraya dengan keluarganya di Terengganu, tetiba kali ni kena beraya dengan family aku, tentulah ada sedikit rasa syahdu yang menyelubungi tangkai hatinya.
Memang mengikut perancangan kami, tahun ni kami ingin beraya di Terengganu. Tetapi disebabkan oleh keadaan isteri aku yang mengandung, family isteri aku menasihatkan dia supaya tak balik beraya di Terengganu. Bukan apa, kandungan isteri aku tu dah genap 9 bulan sehari sebelum raya haritu. Kang buatnya tetiba dia rasa nak bersalin, mana pulak aku nak cari hospital tetengah jalan tu. So, terpaksalah isteri aku beraya dengan family aku.
Alkisahnya, sehari sebelum raya tu, kami gi kursus peneman di hopital Melaka. Isteri aku ok jer time tu. Malam raya pulak, dia siap nak ikut abang, akak dan ipar aku gi shopping kat Taman Cempaka.. nak tak nak, aku kena lah join walaupun sebenarnya aku tak kuasa nak bersesak-sesak dengan lautan manusia di Taman Cempaka tu.
Bila dah balik rumah dan time nak tido, isteri aku dah mengadu sakit pinggang, kebas paha dan sesak nafas. Baby pulak cam turun naik membuatkan isteri aku sesak nafas dan tak dapat tidur. Aku dah risau takut-takut isteri aku nak bersalin jer.. Kebetulan pulak hari tu dia memang dah genap 9 bulan. Tapi takde pulak tanda-tanda keluar air atau darah.. Dah nak pagi baru isteri aku boleh tido. Akupun samalah tak cukup tido menemankan dia yang kesakitan.
Pagi raya tu rasa sakit tu dah kurang sikit. So, lepas solat hari raya, bermaaf-maafan dan bergambar sakan, kami pun pergi beraya ke rumah sedara mara terdekat. Tapi, malangnya, takde gambar yang merakamkan kenangan kali pertama kami beraya sebagai suami isteri kerana isteri aku tak bersedia untuk bergambar disebabkan matanya yang bengkak akibat kesedihan terpaksa beraya di kampung aku.
~ Bersama ahli keluarga ~ (tiada dalam gambar: family adik aku) |
~ Bersama emak dan kakak ipar ~ |
Dipendekkan cerita, isteri aku kena tahan kat wad selama kurang lebih 5 hari disebabkan 'contraction pregnancy'. Dan sepanjang 5 hari tu jugaklah aku berulang-alik melawat dia kat wad. Kiranya, raya tahun ni kenangan raya kami banyak dirakam di wad bersalin la.. huhhuu.
Sekarang kandungan isteri aku dah masuk usia 37 minggu lebih dan doktor kata bila-bila masa sahaja isteri aku boleh bersalin. Tak sabar rasanya nak menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. Semoga kehadiran cahaya mata itu nanti akan menambahkan lagi seri dan keceriaan dalam kehidupan rumah tangga kami. Harapan aku agar kalian dapat mendoakan keselamatan isteri dan juga anak yang bakal dilahirkan oleh isteri aku tu nanti.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment