Pages

Saturday, August 20, 2011

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN

Beberapa minggu lepas, aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam bagi program Sarajana Muda Sains Pengurusan Maklumat (e-PJJ). Dan  mengikut surat tawaran tersebut aku perlu mendaftar di UiTM Shah Alam pada hari ini (20.8.2011). Tetapi, disebabkan oleh masalah kewangan aku sekarang yang tak begitu stabil, terpaksalah aku melupakan tawaran melanjutkan pelajaran tersebut.

Kalau ikutkan, selepas tamat pengajian di peringkat diploma dulu, memang aku plan tak nak apply untuk sambung degree. Tapi, oleh kerana pengaruh dari kengkawan rapat aku yang begitu kuat + keinginan aku sendiri, akhirnya, aku daftar jugak walaupun ikutkan syarat yang ditetapkan oleh UiTM, aku perlu menduduki peperiksaan MUET terlebih dahulu (u.p: aku belum ambil exam MUET tu lagi. begitu jugak dengan kengkawan aku tu). Tapi, kami sertakan surat rayuan dan berjanji akan mendudukinya dalam tempoh belajar nanti.

Kurang lebih 2 minggu selepas menghantar surat permohonan melanjutkan pelajaran tersebut, kawan aku bagitau yang kami telah diterima untuk melanjutkan pelajaran. Memang excited la time tu.. Tapi, dalam masa yang sama aku masih berkira-kira samaada nak sambung atau tak. Ya laa.. dah la time register tu dah nak dekat raya.. mestilah nak pakai duit untuk raya lagi. Pastu, orang rumah aku pulak nak bersalin dalam bulan 9 ni.. Lesen dan roadtax/insurans pulak dah nak tamat tempoh... Pening jugaklah aku nak membuat pertimbangan sewajarnya.

Dan, selepas ditolak, darab, bahagi, campur.. setelah mengambil kira pandangan orang-orang terdekat dengan aku, solat istikharah pun takde petunjuk (buat sekali je, camne lah Tuhan nak tunjukkan jalan.. huhhuu), dengan rasa berat hatinya, aku mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut. Sesungguhnya aku pasrah.. mungkin ada hikmah disebaliknya yang aku tak tahu. Tapi, aku yakin dan pasti, Allah lebih tahu tentang apa yang telah diaturkan untuk aku. Walaupun macam ada sedikit sedih dan ralat di hati aku, tetapi sebagai hamba-Nya, aku tetap redha dan terima takdir hidup yang telah ditentukan untuk aku. InsyaAllah, kalau ada rezeki, tahun depan aku cuba apply lagi..

~ hanya tinggal kenangan ~

No comments: