Pages

Monday, June 17, 2019

SALAM LEBARAN 1440H

Assalamualaikum.
Masih tak lewat utk En Khai ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Taqabbalallahu minna wa minkum.. Kullu 'am wa antum bi khair"

Lama dah tak bersiaran kat sini..
Dah macam lirik lagu raya plk..
"Setahun menghilang.. sekarang menjelang.. hari yang bahagia.." 😃😃

Nasib baiklah blog ni sejenis tak auto delete akaun bagi user yg tak aktif. Kalau tak lama dah berkubur blog ni tanpa nisan 😅😅

Apapun.. di bulan Syawal yang mulia ni.. marilah kita saling kunjung mengunjung.. ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama kita. Semoga Ramadhan yang baru berlalu menjadi madrasah terbaik untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Semoga kita terus istiqamah dengan amal kebaikan yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan hingga ke akhir hayat. In shaa Allah.

Sekadar itu dahulu.
Wallahu a'lam.


Monday, February 12, 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah diberi peluang dan kesempatan untuk berblog lagi walaupun hakikatnya saya bukanlah seorang blogger tegar.. menulis dan berkongsi cerita hanya sekadar suka-suka. Namun, sekiranya perkongsian itu memberi manfaat untuk para pembaca sekurang-kurangnya ada jugak saham saya di sana nanti ☺☺

Setahun telah berlalu selepas entri terakhir saya pada Januari tahun lepas. Kalau rumah yang lama ditinggalkan pasti dah bersawang dan 'berpenghuni' keadaannya.. nasib baiklah di alam maya ni tak nampak sawangnya. Tapi manusia yang spesis hantu ni ramai je kat alam maya ni.. hehe

Errmm.. dah lama tak menulis.. macam tak tahu pulak apa yang nak dikongsikan.
Selalunya saya hanya berkongsi artikel/tips berbentuk motivasi yang biasa saya baca di akhbar/majalah.. serta sedikit tips/info untuk panduan pembaca yang sedang mencari info dan tiba-tiba enjin carian mereka mencadangkan blog saya.. boleh lah mereka dapatkan maklumat di sini. Cuma harapan saya, semoga pada tahun ini saya akan lebih kreatif untuk menulis dan berkongsi sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diri saya dan juga para pembaca yang mungkin secara kebetulan terbaca blog saya.. hehe

Oklah.. saya rasa cukuplah setakat ini dahulu. In shaa Allah.. ada kesempatan kita bertemu di entri yang akan datang.


Sunday, January 29, 2017

Berbuat Baiklah Dengan Semua Orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kepada mereka yang menyambut Tahun Baharu Cina.. semoga tahun ayam pada tahun ini akan memberi lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan kepada anda.

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Menghidupkan, Allahu Rabbul Jalil mencoret sesuatu di sini. Sekarang saya berada di Terengganun, pulang bercuti ke rumah mertua sempena cuti Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah. Sambil bercuti, mencuri sedikit masa terluang untuk mengemaskini sesuatu di sini. Semoga perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada saya dan juga para pembaca sekalian.

Kali ni dalam slot motivasi dan kisah dan teladan saya ingin berkongsi cerita mengenai Berbuat Baiklah Dengan Semua Orang. Mungkin ada dikalangan kita yang memilih-milih untuk berkawan atau memandang rendah terhadap seseorang, diharapkan kisah ini dapat dijadikan iktibar untuk kita memperbaiki diri dan amalan kita untuk berbuat baik dengan semua orang tanpa mengira apapun status mereka. In shaa Allah.

Berbuat Baiklah Dengan Semua Orang

Bertahun-tahun lalu, pada suatu malam hujan lebat, seorang lelaki tua dan isterinya masuk ke sebuah lobi hotel di Philadelphia. Mereka cuba mencari tempat berteduh daripada hujan lebat ketika itu. Pasangan ini mendekati meja penyambut tetamu untuk bertanyakan bilik di hotel itu.

"Dapatkah anda memberikan kami sebuah bilik di sini?" tanya si suami.

Penyambut tetamu itu, seorang lelaki yang ramah dengan senyuman memandang pasangan itu dan menjelaskan bahawa ada tiga persidangan besar sedang berlangsung di bandar itu.

"Semua bilik kami telah penuh," kata penyambut tetamu itu.

"Tetapi saya tidak akan membiarkan pasangan yang baik seperti anda keluar kehujanan pada pukul satu dinihari. Mungkin anda mahu tidur di bilik saya?

"Tidak terlalu bagus, tetapi cukup untuk membuat anda tidur dengan selesa malam ini."

Ketika pasangan itu kelihatan ragu-ragu, penyambut tetamu itu memujuk, "Jangan khuatir tentang saya. Saya baik-baik sahaja," kata penyambut tetamu itu. Akhirnya pasangan itu bersetuju.

Pagi itu ketika mahu keluar dari hotel, lelaki tua itu berkata kepada penyambut tetamu, "Anda seperti seorang pengurus yang baik dan seharusnya menjadi pemilik hotel terbaik di Amerika. Mungkin suatu hari nanti saya akan membina sebuah hotel untuk anda."

Penyambut tetamu itu memandang ke arah mereka dan tersenyum. Mereka bertiga tertawa. Ketika pasangan ini dalam perjalanan, mereka sependapat bahawa penyambut tetamu itu seorang yang sangat membantu dan sukar untuk mencari orang sebaik itu.

Dua tahun kemudian, disaat penyambut tetamu tadi hampir lupa tentang kejadian itu, dia telah menerima surat daripada lelaki tua tersebut. Surat itu telah mengingatkan dia semula kejadian pada malam hujan lebat dua tahun lalu.Di dalam surat itu juga disertakan tiket penerbangan pergi balik ke New York. Lelaki tua itu meminta penyambut tetamu itu untuk datang mengunjunginya.

Kemudian, lelaki tua itu berjumpa dengan penyambut tetamu tadi di suatu jalan di kota besar itu dan  menunjukkan sebuah bangunan baharu yang berdiri megah di situu.

"Itu," kata lelaki tua itu, "adalah hotel yang baharu sahaja saya bina untuk kamu uruskan."

"Kamu pasti bergurau," jawab si penyambut tetamu tadi.

"Saya jamin yang saya tidak bergurau," kata leaki tua itu dengan tersenyum lebar.

Nama lelaki tua itu ialah William Waldorf Astor, dan bangunan megah tersebut adalah bentuk asal hotel Waldorf-Astoria.

Penyambut tetamu yang kemudian menjadi pengurus pertama adalah George Charlse Boldt. Dia tidak akan melupakan kejadian yang membawanya menjadi pengurus salah satu jaringan hotel paling berprestij di dunia.

************
Saya pasti mungkin ada dikalangan pembaca yang sudah mengetahui kisah ini. Jadi, rasanya tak salah kalau kita melayan semua orang dengan sama rata dan berbuat baiklah dengan semua orang walaupun kita tidak mengenali mereka kerana setiap kebaikan yang kita lakukan itu pasti akan ada ganjarannya. Kalaupun tidak mendapat balasan di dunia, in shaa Allah, kita akan mendapat ganjarannya di akhirat nanti. Sekadar itu dahulu.. Wallahu a'lam

Thursday, January 12, 2017

Kegagalan Kerana Malas Belajar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Apa khabar sahabat-sahabat pembaca sekalian. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-12 di tahun baharu 2017. Rasanya, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2017 kepada para pembaca sekalian. Semoga tahun 2017 ini akan melakar pelbagai kejayaan buat anda semua.

Alhamdulillah... sesi persekolahan juga telah masuk minggu yang kedua. Pasti semasa hari pertama persekolahan tempoh hari, ibu bapa sibuk menguruskan pendaftaran anak-anak mereka. Sebenarnya, sebelum tu lagi mereka dah sibuk untuk membuat persiapan kelengkapan persekolahan anak-anak. Bagi saya, tahun ni saya tak membuat persiapan sebelum persekolahan kerana di PASTI tempat anak saya sekolah, mereka sudah sediakan beg dan alat tulis. Cuma bawa badan je.. hehe.

Kepada adik-adik yang baharu memulakan sesi persekolahan, abang harap biarlah momentum nak ke sekolah dan semangat untuk belajar tu berkekalan hingga ke akhir tahun. Semoga adik-adik akan beroleh kejayaan di dalam pelajaran.

Bersempena dengan sesi persekolahan yang baharu bermula.. hari ni abang nak berkongsi kisah yang boleh dijadikan motivasi untuk adik-adik sebagai pemangkin untuk menjadi insan yang berjaya di dalam pelajaran mahupun kehidupan. Kisah dan teladan kita hari ni bertajuk Kegagalan Kerana Malas Belajar.

Kegagalan Kerana Malas Belajar

Pada suatu hari, ada seorang tua yang sekian lama bertapa di dalam sebuah gua ingin membina sebuah rumah. Selama ini, dia hidup dalam sebuah gua yang kecil. Perkara pertama yang dilakukannya ialah turun ke kaki gunung untuk membeli alat pemotong kayu di kedai peralatan di pekan terdekat.

"Saya ingin pindah dari gua dan membina rumah sendiri dari kayu," katanya dengan bangga kepada pemilik kedai tersebut. Lalu dia menyambung, "Jadi saya perlu alat pemotong kayu yang paling baik, tiada masalah berapa pun harganya."

Pemilik kedai itu segera menuju ke gudang penyimpanan barang dan kembalai dengan sebuah mesen gergaji yang nampak kuat dan berkilat. "Ini alat pemotong yang terbaik di pasaran," kata pekedai itu.

"Dengan alat ini awak mampu menebang kayu seperti pisau memotong mentega. Saya jamin dengan alat pemotong kayu ini, pekerjaan memotong dan menebang kayu yang memakan waktu sebulan, boleh diselesaikan dalam satu hari sahaja. Jika tidak, saya kembalikan wang," ujarnya lagi.

Orang tua itu sangat tertarik dengan penjelasan pemilik kedai peralatan itu tadi. Lalu dia membeli gergaji tersebut dan kembali semula ke gua tempat dia bertapa.

Sebulan kemudian, ketika pekedai itu sibuk menguruskan kedai, dia mendengar suara teriakan orang tua itu, "Hai orang muda, saya datang untuk memulangkan alat pemotong kayu ini. Tolong kembalikan wang saya seperti yang awak janjikan dahulu."

Pemilik kedai itu memandang wajah orang tua tadi. Dia terkejut melihat penampilan orang tua itu yang tidak terurus. Orang tua itu kelihatan seperti tidak tidur berminggu-minggu. Kelihatan bekas tompok-tompok darah dan peluh pada pakaiannya. Nampak seperti dia bekerja keras setengah mati.

"Apa sudah jadi dengan pak cik? Wajah pak cik kelihatan cengkung dan tidak bermaya," tanya pekedai itu terkejut.

Dengan sisa-sisa kekuatan yang ada padanya, orang tua itu mengangkat mesin gergaji itu ke atas meja. Sambil merungut-rungut, dia berkata, "Alat pemotong kayu apa yang kau jual ni?

"Kau kata alat ini mampu menebang pokok dalam sehari sahaja. Saya sudah gunakan alat pemotong ini selama 30 hari, tetapi kerja saya belum selesai juga. Seperti yang engkau janjikan, tolong pulangkan wang saya."

Pekedai itu hairan dan meminta maaf sambil berkata, "Tentu!!! janji harus ditepati. Tetapi biar saya periksa dahulu alat ini. Mungkin ada yang tidak kena." Lalu pekedai itu menarik tali yang ada pada gergaji dan mesin itu berbunyi, "brrrrr!!!"

Disebabkan terkejut dengan bunyi enjin yang kuat itu, orang tua itu terpelanting ke belakang meja. Dia merasakan seolah-olah bunyi peluru yang keluar dari mesin itu. Lalu dia berteriak kepada pekedai itu, "bunyi apakah itu???"

Moral
Seringkali kegagalan bukan disebabkan kurangnya kemampuan atau usaha kita melakukan sesuatu. Kadang-kadang kegagalan disebabkan sedikitnya pengetahuan yang kita miliki. Kita telah menjadi orang yang sangat tidak mahu belajar sesuatu.

Jadi adik-adik, jangan malas untuk belajar sesuatu yang baharu. Kalau tak tahu, tak salah untuk kita bertanya kepada orang yang lebih tahu. Bak kata pepatah.. malu bertanya sesat jalan. Sampai di sini sahaja untuk kali ini.. in shaa Allah, kita berjumpa lagi di kisah-kisah yang akan datang. Wallahu a'lam.

Thursday, December 29, 2016

Tips atasi liat bangun pagi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah.. diberi kesempatan oleh-Nya untuk mengemaskini entri di blog ini sekali lagi.
Bagaimana dengan hari anda? Masih dalam mood bercuti atau sedang sibuk dengan urusan harian? Almaklumlah.. di hujung-hujung tahun ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti tahun untuk pergi bercuti bersama keluarga. Semoga percutian anda bersama keluarga tersayang akan mengeratkan lagi kasih sayang dan ikatan kemesraan bersama pasangan dan anak-anak. In Shaa Allah.

Kalau sebut pasal cuti ni.. pasti ada yang berfikir untuk berlama-lama di atas katil. Masa cuti ni la kita nak balas balik (saya selalu guna istilah qadha'.. hehe) waktu tidur kita selama lima hari bekerja tu. Tak payah cakap orang lain.. saya sendiri bila cuti hujung minggu atau cuti umum atau mohon cuti; pasti akan terlajak bangun tidur daripada biasa.. hehe.

Pendek kata.. bila dah tau yang esok cuti, automatik kita dah set dalam kepala yang esok boleh bangun lambat sikit. Tapi saya respect la kat korang yang walaupun hari cuti masih boleh bangun awal seperti biasa. Dan itu sebenarnya adalah satu amalan yang baik. So, jangan tiru perangai saya yang tak elok tu.. huhhuu.

OK.. berbalik kepada tajuk entri, hari ni saya nak berkongsi dengan anda tips untuk mengatasi liat bangun pagi. Terpulang kepada anda.. kalau anda 'penidur tegar' di waktu cuti seperti saya, sila abaikan tips ini.. hehe. Tapi ingat, kajian menyatakan, kejayaan seseorang bermula sekiranya individu terbabit bangun pagi iaitu sebelum matahari terbit. Bahkan.. ada hadis yang menyuruh kita berpagi-pagian dan jangan tidur selepas subuh kerana rezeki susah nak masuk dan mewarisi kepapaan. (peringatan untuk diri sendiri jugak!!)

Jadi kepada yang susah bangun pagi tu, cuba ikut langkah di bawah untuk membiasakan rutin tersebut diamalkan setiap hari. Pelbagai manfaat yang kita perolehi jika mengamalkan bangun pagi seperti dapat mejadikan kita lebih aktif dan produktif.. Jadi, jom cuba tips atasi liat bangun pagi di bawah.

Tips atasi liat bangun pagi

1. Cari alasan untuk bangun pagi
Sebelum tidur, pastikan anda mempunyai senarai tugasan yang perlu dilakukan esok. Tujuannya bagi       memastikan segala tugasan yang berat dapat diselesaikan sebelum tengahari. Senarai tugasan secara tidak langsung membantu anda menguruskan masa dengan lebih baik. Ini kerana pagi adalah waktu terbaik untuk kekal produktif dalam kerja! 

--> Bagi 'penidur tegar waktu cuti' macam saya ni.. buatlah perancangan macam mana sekalipun.. tetap liat jugak nak bangun pagi.. huhhuu. 

2. Gunakan butang 'snooze'
Jangan lengahkan bangun pagi apabila mendengar butang snooze, setiap kali jam penggera berbunyi. Jika terus bangun dan mandi menjadikan anda lebih segar dan bertenaga untuk merancang sesuatu pada waktu pagi. Jika terjaga awal daripada masa yang ditetapkan, terus bangun. Jika anda teruskan menarik selimut, ia akan menyebabkan anda lebih sukar bangun. Anda berpeluang bersarapan, bersiap lebih lama dan menikmati keindahan pagi.

--> Juga tak berkesan. Cepat-cepat bangun untuk tutup alarm lagi adalah.. huhhuu. dan yang paling teruk, kadang-kadang bunyi alarm pun tak sedar.. hahaha

3. Nikmati waktu tidur lebih lama
Tidur pada waktu yang ditetapkan setiap malam. Anda perlu dapatkan enam hingga lapan jam waktu tidur sehari. Caranya terpulang kepada anda untuk mencukupkan tidur pada setiap hari dan ia mempengaruhi waktu bangun tidur anda.

--> Tip yang diberi.. nikmati waktu tidur lebih lama.. so, memang lajak la sampai kul 10.00 pagi.. cuti kan??kihkihkih. 

4. Bangun lagi awal
Jika kebiasaannya anda bangun 6.00 pagi, cuba untuk bangun 10 atau 15 minit lebih awal. Ini memberikan lebih masa untuk anda meregangkan badan.

--> Dahla kita ni jenis liat bangun pagi.. disuruh pulak bangun lebih awal.. memang tak lah!! huhhuu..

5. Bangun awal pada hujung minggu
Jangan ubah rutin bangun pagi pada setiap hujung minggu. Ini bagi melatih diri anda mudah bangun awal. Lama-kelamaan, badan anda akan menjadi biasa dengan keadaan ini. Pagi tempoh yang tenang. Anda boleh berfikir dan merancand dengan baik pada waktu ini. Justeru, sungguhpun hujung minggu, bangun awal dan rancang aktiviti yang lebih menyeronokkan.

--> Saya rasa tips-tips ini lebih kepada orang yang liat bangun pagi waktu bekerja sahaja. Macam saya hanya bermasalah pada hujung minggu jer.. :)

6. Lompat dan regangkan badan
Cuba regangkan badan dan melompat dengan perlahan sebaik bangun tidur. Beberapa sesi lompat akan membantu anda memperoleh tenaga. Jika anda mampu untuk lompat tali, jadikan ia rutin. Ia juga membantu memperbaiki sistem limfa anda. Sewaktu tidur, banyak toksik dihasilkan pada waktu malam, jadi sedikit senaman waktu pagi mampu mengurangkannya.

--> Aktiviti ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda berjaya mengatasi masalah liat bangun pagi.. kalau tak, selepas mengeliat.. anda akan tidur kembali.. hehe

7. Buka tingkap
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan pasti anda akan berasa segar dan mampu melihat lebih jelas pemandangan di luar rumah.

--> Sama seperti di atas.. kalau masih di atas katil, bagaimana anda nak buka tingkap. Jadi, point utamanya ialah kalau bangun awal anda pasti dapat melakukannya

8. Minum segelas air
Cara terbaik adalah minum segelas air. Bangun dan minum, kemudian anda pasti bersedia untuk menempuh hari baharu.

--> Saya biasa amalkan minum air selepas bangun tidur. Memang sebelum tidur saya akan standby kan botol air di tepi katil supaya bila bangun nanti boleh minum air. Tapi bila hari cuti, tips ni tak berjaya membuatkan saya untuk bangun awal.. minum air dan sambung tidur kembali.. huhhuu

9. Sarapan
Elakkan sarapan yang mengandungi kuantiti gula yang tinggi. Ia hanya mengakibatkan perut sebu dan sakit kepala. Kombinasi diet seimbang menjadi permulaan yang ceria dan produktif.

--> Errmm.. biasanya kalau dah bangun lambat, sarapan tu akan jadi merangkap makan tengahari kott.. :-)

********************************
Jadi, macam mana?? Agak-agaknya tips di atas tu berguna tak untuk mengatasi masalah mereka yang liat bangun pagi? Itu hanya sekadar perkongsian sahaja.. yang penting diri kita. Kalau kita mahukan perubahan dan lebih berjaya, cubalah tips di atas. Pokok pangkalnya diri kita sendiri. Apa lagi kawan-kawan.. jom lakukan perubahan. In shaa Allah, takkan rugi punya orang yang bangun awal ni, bahkan Allah akan bukakan pintu rezeki yang luas untuk kita.












Bagi yang beragama Islam, kita telah diajar beberapa amalan sunnah selepas bangun daripada tidur. Jom kita tengok beberapa amalan sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW selepas bangun daripada tidur dan marilah kita sama-sama amalkan untuk mendapat keberakatan dan pahala sunat.


Wednesday, December 28, 2016

KEPAHITAN YANG MANIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk bersiaran di sini dengan izin-Nya. Sedar tak sedar, kita sudahpun semakin hampir menuju ke penghujung tahun 2016. Beberapa hari lagi 2016 akan melabuhkan tirainya dan bakal menyusul tahun 2017.

Sudah tentunya, sepanjang tahun 2016, pelbagai lakaran peristiwa dan kisah dalam episod kehidupan telah kita lalui. Pasti ada episod suka dan duka, tawa dan tangis, datang dan pergi, berjaya dan gagal dan bermacam-macam lagi warna-warni kehidupan yang telah kita lakar sepanjang tahun 2016.

Yakinlah.. setiap kepahitan yang kita lalui pasti akan ada kemanisan di penghujungnya. Asalkan kita menghadapinya dengan tenang dan sabar, Allah pasti bersama dengan kita. Ambillah iktibar daripada setiap episod hitam kita itu untuk dijadikan bekalan dan pengajaran untuk kita menempuh hari-hari mendatang.

OK.. panjanglah pulak intro nya. :-)
Hari ni, saya nak berkongsi cerita mengenai kepahitan yang manis. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit motivasi dan inspirasi buat anda. In Shaa Allah..

KEPAHITAN YANG MANIS

Pada suatu hari, seorang kaya telah menerima sebiji buah tembikai pemberian daripada tetamunya. Kemudian orang kaya itu memanggil Luqman iaitu hambanya yang paling patuh dan takut padanya. Luqman juga merupakan hamba yang paling disayanginya. Sebaik Luqman tiba, orang kaya itu memotong sebahagian tembikai dan memberikannya kepada Luqman.

Lalu, Luqman pun memakan tembikai tersebut dengan penuh kelazatan. Terpancar kenikmatan pada wajahnya itu. Lalu, tuannya itu memberikannya sebahagian lagi kerana seronok melihat hamba kesayangannya itu sedang menikmati buah pemberiannya.

Luqman menerimanya dan memakannya lagi dengan senyuman dan keikhlasan. Orang kaya tadi terus memotong dan memberi buah tembikai itu kepada Luqman sehinggalah hanya tinggal satu bahagian lagi. "Biar saya pula yang memakan sebahagian yang tinggal ini untuk merasa betapa manis dan sedapnya tembikai yang kamu makan ini."

Sebaik sahaja orang kaya itu menggigit buah itu, terpancar satu rasa kepahitan yang teramat sangat. Lidahnya terasa pahit dan tekaknya mula terasa loya. Dia hampir pengsan dek kerana kepahitan buah tembikai tersebut.

"Bagaimana kamu memakan buah sepahit racun ini ibarat kamu sendang memakan manisan yang lazat? Betapa tingginya kesabaran kamu? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa siksanya kepahitan yang kamu tanggung sebentar tadi. Mengapa kamu tidak berkata apa-apa? Dan kenapa kamu tidak berterus terang sahaja kepada saya tentang kepahitan buah ini?" soal si kaya tadi.

Luqman menjawab, "Saya sudah memakan banyak hidangan yang sedap-sedap daripada tangan tuan. Wahai tuanku yang tercinta, tuan telah memberikan saya pelbagai kelazatan dan kesenangan serta kurnia yang banyak yang telah membuatkan saya malu kepada tuan kerana tidak mungkin mampu membalasnya.

"Jadi, bagaimana mungkin saya semudah itu ingin berkata buah itu pahit dan saya tidak boleh memakannya, sedangkan ia juga daripada tangan tuan? Malah, sepahit manapun sesuatu yang tuan berikan, semuanya terasa manis bagi saya kerana setiap zarah dalam tubuh saya ini subur kerana kasih sayang daripada tuan. Bagaimana mungkin suatu rasa daripada tangan tuan yang pemurah ini, mengalirkan rasa pahit ke dalam diri saya?"

Pengajarannya:
Demikianlah rasa kasih, hormat, taat dan takut seorang hamba kepada tuannya. Begitu juga kita manusia sebagai seorang hamba kepada Allah SWT. Allah SWT telah memberi kepada kita begitu banyak kemanisan di dalam hidup ini. Hidup kita tidak lekang daripada rezeki, tidak sunyi daripada senyuman dan tidak sepi daripada kejutan yang menggembirakan.

Bagaimana mudah kita menuding jari kepada Allah SWT apabila diberi sedikit ujia? Bayangkan dalam sehari ada 24 jam, mengapa hanya 20 minit dari waktu itu Allah jadikan hujan dan kita sudah mengeluh kerana terhalang daripada melakukan aktiviti harian.

Cuba kita renungkan hakikat tersebut.. kerana kasih dan cinta yang mendalam, tembikai yang pahit boleh terasa manis.. begitulah kehidupan ini. Seandainya mendalam dan kukuhnya cinta dan kasih kita kepada Allah, nescaya setiap dugaan yang menimpa akan terasa manis. Malah tidak wujud sama sekali istilah pengalaman pahit dalam hidup ini kerana setiap pengalaman itu adalah takdir Allah SWT.

Wallahu a'lam.

Wednesday, December 14, 2016

Ilmu lebih manfaat jika dikongsi

Assalamualaikum semua.

Lama tak bersiaran.. almaklumlah. Mood bercuti di hujung tahun. Nak-nak pulak musim hujan.. tu yang ke laut jadinya.. haha. ---> Alasan semata-mata

Ok.. arini saya nak berkongsi sedikit kisah yang boleh dijadikan tauladan untuk kita. Dalam slot kisah dan tauladan harini saya nak berkongsi kisah mengenai: ilmu lebih bermanfaat jika dikongsi. Saya rasa.. korang mesti pernah alami peristiwa di mana ada dikalangan kawan korang yang kadang-kadang agak kedekut ilmu.

Contoh: korang tak faham macam mana nak selesaikan masalah matematik atau matapelajarn subjek lain. Pastu korang tanyalah kawan korang. Pastu dia pun jawab macam acuh tak acuh jer.. ajar pun macam tak ikhlas. Pernah tak??

Atau dalam situasi semasa, mintak share resepi kat FB. Member punyalah share gambar masakan atau kek-kek menarik. Pastu bila nak mintak resepi sikit punya kemut.. huhhuu. Siap sindir lagi.. pergilah belajar sendiri. I pergi kelas bayar mahal-mahal tau.. senang-senang nak mintak resepi!! haa korang..??!! pernah tak alami situasi camni?

So, atas sebab itu, arini saya nak berkongsilah sedikit kisah khasnya untuk mereka yang kadang-kadang berkira nak berkongsi ilmu. Ingat ya saudara/ri.. ilmu tu daripada Allah.. kalau kita suka berkongsi ilmu, in shaa Allah, Allah akan tambah lagi ilmu kita. Bak kata pepatah.. takkan hilang bisa ular yang menyusur akal. Jadilah kita seperti padi.. makin berisi makin menunduk. Eh..!! masih tak cerita lagi ke? hehe.. oraitt.. jom kita baca kisah bawah ni.

Ilmu lebih manfaat jika dikongsi

Abu dan Baba ialah dua orang pemancing hebat yang sering mendapat banyak ikan setiap kali memancing. Pernah satu ketika, ketika kedua-duanya sedang memancing, datang 10 pemancing lain memancing berdekatan mereka. Seperti biasa, mereka mendapat ikan yang cukup banyak, sedangkan 10 pemancing tadi hanya melihat dengan cemburu dan mampu menggigit jari sahaja kerana tidak mendapat seekor ikan pun.

Kesemua 10 pemancing itu kemudiannya ingin belajar daripada mereka rahsia dan teknik memancing yang baik. Tetapi abu nampak seperti kurang senang dengan permintaan pemancing-pemancing itu. Sebaliknya Baba menunjukkan sikap berbeza. Dia bersedia menjelaskan teknik dan rahsia memancing kepada 10 pemancing tersebut dengan satu syarat.

Kesemua pemancing itu mesti memberikannya seekor ikan jika mereka berjaya mendapat 10 ekor ikan. Tetapi jika kurang daripada 10 ekor ikan, mereka tidak perlu memberinya apa-apa. Setelah syarat itu dipersetujui, Baba mengajar mereka teknik dan rahsia terbaik memancing. Tidak sampai 2 jam, kebanyakan pemancing-pemancing itu mendapat sekurang-kurangnya sebakul ikan. 

Secara tidak langsung, Baba juga mendapat keuntungan daripada kejayaan pemancing-pemancing itu menaikkan banyak ikan. Selain mendapat 'bonus' ikan daripada pemancing yang dibimbingnya, Baba juga mendapat 10 orang kawan baru. Sementara rakannya Abu yang agak kedekut ilmu, tidak mendapat keuntungan sebesar keuntungan Baba yang pemurah dan tidak lokek ilmu untuk dikongsi dengan orang lain.

Moral:

Kisah di atas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan akan lebih bermanfaat jika diamalkan dan dikongsi bersama. Tindakan itu selain menjadikan kita lebih menguasai ilmu, juga mendapat keuntungan daripada segi kewangan, hubungan sosial dan lain-lain.

"Jika anda membantu lebih ramai orang untuk mencapai impiannya, impian anda juga akan tercapai." kata Zig Ziglar, seorang pakar motivasi terkenal Amerika Syarikat. 

Bentuk bantuan tidak semestinya wang ringgit, ilmu dan sebagainya. Tetapi juga dalam bentuk kasih sayang, perihatin, kejujuran, motivasi, bimbingan dan sebagainya yang termampu diberikan. Kebiasaan berkongsi seperti itu selain memudahkan kita memperluas jalinan hubungan sosial, juga dapat membangunkan keyakinan diri kerana merasa kehidupan kita lebih bererti.

Wallahu a'lam.

Wednesday, November 23, 2016

Tips Persediaan Percutian

Assalamualaikum.
Salam blogging

Hari ni saya nak berkongsi mengenai tips persediaan percutian dengan anda. Maklumlah.. cuti sekolah bakal menjelang beberapa hari lagi. Pasti ramai ibu bapa yang telah merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga di musim cuti sekolah nanti.

Sebelum anda berangkat ke destinasi percutian idaman, pastikan anda dalam keadaan sihat. Bagaimanapun, anda tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang kerana tiada siapa boleh menduga ketika dalam perjalanan anda berasa sakit kepala, bersin mahupun demam. Apatah lagi, perubahan suhu tempat yang ditujui adakalanya menyebabkan kesihatan anda terganggu.

Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Justeru, sebelum senario buruk  itu terjadi, mengubati adalah satu-satunya pilihan terbaik.Atas sebab itu, saya sertakan beberapa tips sebagai persediaan percutian anda sekiranya ditakdirkan anda jatuh sakit ketika melancong.

Tips Percutian

1. Maklumkan keadaan anda kepada pramugari

Sekiranya anda bercuti dengan menaiki kapal terbang, jika anda berasa sejuk dalam penerbangan ketika ke destinasi percutian, jangan ragu-ragu untuk memberitahu kepada pramugari yang anda tidak sedap badan. Ini akan dapat membantu anda kerana pramugari akan memberikan anda selimut, bantal atau ubat supaya anda berasa lebih selesa.

2. Banyakkan minum air kosong

Anda dinasihatkan untuk meminum air kosong satu gelas setiap 15 minit. Ini adalah merupakan satu cara yang baik kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Apabila air kurang dalam badan, anda mudah diserang penyakit terutama selesama, batuk dan demam.

3. Rehat yang cukup

Berehat selama beberapa jam ketika anda berasa kurang sihat. Jangan memaksa diri kerana percutian anda akan menjadi sia-sia jika badan anda berasa sakit. Keadaan juga mungkin akan menjadi lebih teruk jika anda terus berdegil untuk meneruskan percutian kerana anda mungkin boleh pengsan ketika bersiar-siar atau ketika dalam perjalanan.

4. Tidur yang cukup

Tidur adalah sangat baik untuk membantu mengembalikan kecergasan dan kesihatan tubuh anda. Hal ini kerana, selepas bangun daripada tidur yang cukup, anda akan berasa lebih segar dan sihat. Sekiranya anda diserang selesema dan berasa tidak tahan dengan gejala yang dialami, ambil ubat selesema atau demam terlebih dahulu sebelum tidur.

5. Beritahu pihak hotel

Pastikan pihak hotel tempat anda menginap tahu tentang keadaan kesihatan anda yang sedang sakit. Ini kerana, pihak hotel boleh membantu anda daripada pelbagai aspek terutama membawa anda ke hospital atau klinik jika keadaan anda semakin teruk.

6. Sediakan ubat-ubatan

Ketika melancong, bawalah bersama anda ubat-ubatan yang boleh mengubati kesakitan yang sering menyerang anda ketika melancong seperti ubat selesema, batuk, demam, ubat antimabuk dan ubat-ubatan yang bersesuaian. Pastikan juga anda membawa baju panas atau jaket walaupun anda bercuti ke tempat yang tidak terlalu sejuk. Ini adalah satu langkah berjaga-jaga terutama apabila anda mengalami selesema. Biasanya, sekiranya anda mengalami selesema, badan akan menggigil walaupun tempat yang dikunjungi itu mempunyai suhu yang panas.

7. Berjumpa dengan doktor

Apabila semua tips sudah dicuba tetapi keadaan kesihatan anda masih juga sama, anda hendaklah berjumpa segera dengan doktor. Dengan pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, anda pasti mendapat ubat yang sesuai dan terbaik untuk sakit yang anda alami. Selain itu, dengan cara ini anda dapat mencegah kesakitan yang anda alami daripada berlarutan yang akhirnya akan merosakkan keseluruhan percutian idaman anda.

8. Kebaikan insurans perjalanan

Insurans perjalanan biasanya sering diabaikan kerana ramai yang beranggapan ianya tidak penting. Namun, apabila sakit ketika bercuti, ketika itulah perkhidmatan yang ditawarkan oleh insurans sangat diperlukan. Dengan adanya insurans, segala kos perubatan anda akan ditanggung oleh syarikat insurans dan anda tidak perlu mengeluarkan wang.

*******************************

Demikianlah, beberapa tips persediaan percutian untuk anda terutamanya ketika anda berasa tidak sihat ketika melancong dan bercuti. Mungkin anda boleh gunakan tips-tips di atas untuk menghadapi saat-saat yang kurang menyenangkan ketika anda pergi bercuti. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para pembaca sekalian.

Assalamualaikum dan jumpa lagi di entri yang lain pula.. XoXo


Tuesday, November 8, 2016

Pandangan Positif Terhadap Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bagaimana dengan hari anda pada hari ini? Diharapkan hari-hari yang anda lalui dipenuhi dengan kecerian dan kesejahteraan hendaknya.

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada menghadapi ujian dan masalah dalam melalui kehidupan ini. Ada yang diuji dengan masalah kesihatan.. masalah keluarga.. masalah di tempat kerja dan sebagainya. Namun begitu, kita tetap perlu menempuhi kehidupan ini walau sebesar manapun ujian yang sedang kita hadapi. Apa yang penting adalah bagaimana kita menangani ujian tersebut.

Ingatlah.. ujian itu datangnya daripada Allah.. Mungkin kita terlalu leka dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan suruhan-Nya. Justeru, Allah bagi kita sedikit ujian supaya kita kembali dan mendekatkan diri kepada-Nya... Meminta dan merayu hanya pada-Nya. Bagi saya.. ujian ini juga suatu nikmat.. dan kita perlu bersyukur kerana dengan ujian kita mula mencari Tuhan. Kita mula merayu, mengadu dan meminta kepada Allah yang mana mungkin sebelum ini sujud dan doa kita hanya sekadar melepaskan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Tapi dengan ujian.. kita mula mencari-Nya. Kita meminta dan merayu hanya pada-Nya. Allah rindu nak dengar kita meminta, merintih dan merayu pada Dia. Atas sebab itulah Dia bagi ujian pada kita. Alhamdulillah, bersyukurlah kerana Allah masih ingat pada kita dengan mengirimkan ujian-Nya, walaupun kita jarang-jarang ingat pada Dia.

Jadi, pada hari ini, saya ingin berkongsi sebuah kisah dan teladan mengenai Pandangan positif terhadap kehidupan. Semoga dengan kisah ini, dapat memberi sedikit motivasi kepada mereka yang sedang diuji dengan masalah. Ingatlah.. Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar dan sabar.

Pandangan Positif Terhadap Kehidupan

Ada seorang lelaki tua yang hidup sederhana di sebuah kampung. Pada suatu hari dia melihat pokok betik di hadapan rumahnya telah berbuah dua biji dan sedang masak menguning. Buah-buah betik itu sudah sedia untuk dipetik. Lelaki tua itu bercadang untuk memetik buah itu keesokan harinya. Bagaimananpun, pagi esoknya dia mendapati sebiji daripada buah betik itu hilang dicuri orang.

Lelaki tua itu begitu sedih melihat keadaan itu sehingga menimbulkan rasa hairan kepada isterinya.

"Takkanlah hanya kerana sebiji betik hilang, abang bersedih sedemikian rupa?" ujar isterinya.

"Bukan itu yang abang sedihkan," jawab lelaki tua itu.

"Abang sedang memikirkan bagaimana sukarnya pencuri untuk mengambil buah betik ketika itu. Dia perlu datang senyap-senyap di tengah malam agar tidak diketahui orang"

"Itu belum lagi usaha untuk memanjatnya. Pokok betik itu tinggi dan buahnya jauh di atas. Tentu pencuri itu terpaksa bekerja keras untuk memetik buah betik itu," ujarnya.

Sehubungan itu, kata lelaki tua berkenaan, dia akan meletakkan tangga di bawah pokok betik itu supaya apabila pencuri itu datang semula malam nanti, dia tidak perlu bersusah payah lagi untuk mengambil baki sebiji lagi buah betik itu.

Bagaimanapun, ketika bangun tidur pagi esoknya, lelaki tua itu mendapati buah betik yang berbaki sebiji itu masih ada dan tangga pada batang pokok betik itu juga seperti tidak terusik. Lelaki itu cuba bersabar dan berharap pencuri tersebut akan datang lagi pada sebelah malam nanti. Tetapi apabila menjelang pagi, dia mendapati buah betik itu masih ada di tempatnya.

Pada sebelah petangnya lelaki tua itu dikunjungi seorang tetamu yang membawa dua biji buah betik besar ditangannya. Dia belum pernah melihat tetamu itu sebelum ini. Setelah berbual-bual, tetamu itu dengan kesal bahawa dialah yang mencuri buah betik lelaki itu.

"Sebenarnya" kata tetamu itu,

"Pada malam berikutnya, saya ingin mencuri baki sebiji lagi buah betik itu. Tetapi apabila saya menemukan tangga di pokok betik itu, saya sedar dan insaf. Sejak itu saya bertekad tidak akan mencuri lagi.

"Oleh itu, saya pulangkan betik tersebut dan sebagai menebus kesalahan, saya hadiahkan sebiji lagi buah betik yang saya beli di pasar untuk tuan," katanya.

RENUNGAN:

Hikmah yang boleh diambil daripada kisah tersebut ialah tentang keikhlasan, kesabaran, kebajikan dan pandangan positif terhadap kehidupan.

Mampukah kita bersikap positif ketika kita kehilangan sesuatu yang amat disayangi. Mampukah kita bersikap ikhlas dengan mencari sisi baiknya dan melupakan sakitnya sesuatu 'musibah'.

"Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada hartanya."
 [Al 'Aadiyaat 6-8]

Tuesday, November 1, 2016

KHASIAT INAI: RAWATAN CARA RASULULLAH S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum saya ucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian.
Bagaimana dengan hari anda? Diharapkan semoga hari anda dipenuhi dengan kebaikan dan keceriaan.

Baiklah.. hari ini saya nak kongsikan dengan anda mengenai khasiat inai: rawatan cara Rasulullah S.A.W. Sebenarnya banyak khasiat inai yang saya tak tahu. Selama ni saya ingat inai tu hanya untuk dipakai dijari dan mewarna rambut. Tapi bila baca artikel yang dipetik daripada buku Rasulullah Seorang Doktor terbitan Pustaka Ibnu Katsir, barulah saya tahu banyak rupanya khasiat inai ni.. dan Rasulullah S.A.W sendiri juga membuat rawatan menggunakan inai.
Orang kata.. benda yang baik kena dikongsi!! Jadi, hari ni saya kongsikan khasiat inai: rawatan cara Rasulullah S.A.W kepada anda. Semoga bermanfaat hendaknya.. In Shaa Allah.

Pembantu Rasulullah S.A.W. Salma berkata, Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepadanya: "Jika ada sesiapa mengadu mengalami sakit kepala, maka hendaklah orang itu berbekam untuk mengurangkan sakit."

Jika ada orang mengeluh sakit kaki, Rasulullah S.A.W menyuruh orang itu membalutnya dengan 'hina' iaitu inai. Ketika Rasulullah S.A.W terkena jangkitan kuman akibat luka, Baginda menyuruh Salma membalut luka itu dengan inai.

Sakit kepala yang hanya dirasai di bahagian kanan atau kiri sahaja disebut sebagai 'syagigah' (migrain/sakit kepala sebelah) dan jika sakit itu dirasai di seluruh kepala, ia dikenali sebagai 'kutdzah' (sakit kepala biasa).
Inai mujarab untuk mengatasi suhu panas yang terperangkap dalam kepala. Menyapu inai pada kening dengan izin Allah SWT sakit kepala akan reda kerana inai mengandungi zat astringent yang mampu menarik panas pada organ tubuh.

Inai dikatakan mempunyai sifat tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Ia juga mempunyai zat larut yang berguna untuk mengubati luka akibat terbakar. Bagi mereka yang mengalami bibir pecah-pecah atau merekah, mereka boleh mencuba menggiggit inai untuk mengubatinya.

Selain itu, bunga inai dicampur dengan lilin yang dijernihkan dan minyak mawar, boleh mengubati penyakit rusuk. Jika seseorang mengalami cacar pada peringkat awal, inai boleh disapukan di bawah telapak kaki bagi mengelakkan mata diserang cacar.

Bunga inai disimpan dalam lipatan baju berbulu boleh membuatkan baju itu wangi dan mengelak daripada serangan penyengat. Selain itu, inai juga mampu memperkuat dan mencantikkan rambut. Inai turut boleh digunakan untuk mengubati bengkak dan bisul.

Wallahua'lam.

Thursday, October 27, 2016

DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh.

Lama dah tak bersiaran.. terasa janggal untuk menulis semula.Selalu saya jenguk je dan tak terasapun nak menaip kat sini. Tapi hari ni.. entah magic apa yang memaksa saya untuk mencatat sesuatu di sini.

Setahun lebih sudah saya meninggalkan dunia blogging ni.. nak ikut kan, saya ni pun bukanlah blogger tegar.. hehe. memang selalu je ditinggalkan blog ni sampai bersawang. Takpa lah.. asalkan masih bernyawa blog saya ni.. kira ok la tu

OK.. hari ni saya nak berkongsi sedikit kisah motivasi yang bertajuk.. 
"DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN"

Wahh..!! macam nak berpidato pulak.. hehe. Sebenarnya, artikel "DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN" ni saya simpan dah lama. Baru hari ni saya dapat kongsikan dengan anda.

Baiklah kisahnya begini..

"DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN"

Suatu masa dahulu, ada seorang raja bernama Bruch. Sudah enam kali baginda memimpin pasukan tenteranya menentang musuh, namun setiap kali bertempur, pasukannya tewas. Baginda terpaksa melarikan diri ke dalam hutan. Baginda sendiri terpaksa bersembunyi di sebuah pondok buruk di dalam hutan itu. Suatu hari ketika sedang tidur, hujan lebat melanda hutan itu. Air hujan mengalir dari atap pondok yang bocor dan menitis ke atas mukanya.

Raja ini terbangun dari tidurnya. Ketika itu dia segera terkenang nasib malangnya yang gagal dalam setiap pertempuran walaupun bala tenteranya telah mencuba sedaya upaya untuk mengalahkan musuh. Semakin baginda memikirkan hal ini, hatinya semakin pedih dan hampir putus asa. Baginda mendongak dan secara tiba-tiba terpandang seekor labah-labah sedang bekerja keras mengait sarangnya di atas kayu alang kepala tempat baginda tidur itu. 

Bruch memerhati dengan tekun gerak-geri labah-labah itu. Baginda menghitung sudah enam kali labah-labah itu cuba menyambung salah satu hujung 'benang' ke kayu yang berada di seberangnya. Walaupun labah-labah itu mencuba dengan sedaya upayanya, benang itu gagal disambung ke kayu berkenaan. Setiap kali benang itu cuba dikaitkan ke kayu tersebut, ia terputus.

"Kasihan sungguh makhluk kecil ini" kata Bruch. 

"Sepatutnya kamu menyerah sahaja!"

Baginda merasakan tidak ada harapan sedikitpun bagi labah-labah itu mengaitkan benang tersebut ke kayu berkenaan. Tetapi, di luar jangkaannya, walaupun sudah enam kali gagal dalam percubaannya mengaitkan hujung benang tersebut, labah-labah itu tidak pernah putus asa atau berhenti mencuba.

Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, labah-labah itu mencuba lagi untuk kali ketujuh dan kali ini dia berjaya! Melihat keadaan itu, Bruch kagum dengan semangat labah-labah itu dan lupa kepada nasib dirinya. Baginda berdiri dan menarik nafas panjang. Lalu, dengan lantang berteriak, "Aku juga akan bertempur lagi untuk kali yang ketujuh!"

Bruch akhirnya benar-benar mendapat kembali semangatnya. Dia segera mengumpul dan melatih bala tenteranya yang masih ada. Tanpa membuang masa, baginda mengatur strategi dan menggempur lagi pertahanan musuh. Dengan segala daya upaya dan semangat kental serta perjuangan yang tidak pernah menyerah kalah, akhirnya baginda berjaya menewaskan pasukan musuh dan berjaya merampas kembali negaranya.

Moral:
Jangan mudah menyerah kepada keadaan. Apabila kita terus berusaha, tidak ada suatu perkara pun yang mustahil kita peroleh. DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN.

*********************************

So, saya harap kisah ini dapat memberi sedikit motivasi untuk dan saya dan para pembaca sekalian. Jangan pernah berputus asa.. Kalau kita inginkan sesuatu, berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan sebagai seorang Islam, jangan lupa untuk meminta dan berdoa kepada Allah. Setelah kita berusaha, serahkanlah usaha kita tersebut dengan bertawakkal kepada-Nya. Jika Allah izinkan, in shaa Allah ianya pasti menjadi milik kita. In shaa Allah.

Wallahu a'lam


Sunday, January 25, 2015

INFO SIHAT



Salam.


Sekadar berkongsi maklumat yang dibaca dari Facebook. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya dan anda yang membacanya.


BACA TAU..PENTING NI...penat sy research pic dlm google nak ksi tengok kbenarannya..hihihi..
biar semua sama2 dpt ilmu..in shaa Allah


As salam..
satu perkongsian.sejak kebelakangan ini dperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser dkalangan umat islam d Malaysia ni.kami pernah didatangi oleh bekas pelajar MRSM,seorng doktor pakar pemakanan dan selalu keluar di astro oasis dlm rancangan agen Halal..sape kenal dgn doktor mohd redza benjamin..beliau pengidap kanser tahap 3..tp dberi ksmpatan oleh Allah utk hdup d dunia ini.beliau banyak beri perkongsian tntg pengalamn beliau sbg pengidap kanser. saya akn cerita sedkit demi sdkit nnt


Dr Reza ni pernah berpesan ketika sakitnya itu pd ibunya jgn benarkan doktor cabut talian hayat nya (bntuan oksgn) selagi beliau blum benar2 dsahkn mati.pd ketika dia koma, dr Reza mohn pd Allah atas segala kebaikan yg dia pernah lakukan sblum ini supaya dberi peluang kedua utk hidup dan dpt dia perbetulkn kesilapan yg telah beliau lakukan.


Kesilapan beliau adalah beliau selalu mmberi ceramah kesihatan kpd org ramai supaya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah nabi tp malangnya beliau sendiri mengambil ubat-ubatan kimia utk dirinya..jd beliau telah berlaku hipokrit pd org ramai.dan sejak beliau sedar dari koma,beliau ubah cara pemakanan beliau dan mengesyorkn kita umat islam ikut sunnah nabi.


Sedikit perkongsian lg:
1-makan lah sayur2 atau buah2an dahulu sblum ambil makanan lain
2-makan makanan yg Halal & Thoiyyib(suci)
3- Jgn mkn berlebih lebihn (surah Al-A'raf ayat 31)..bhnti sblm knyng
4-Perhatikn mknn kamu Surah Abasa ayat 24


-INI PERKONGSIAN DARI Dr Reza YG ALLAH DAH LAME BGTAU KITA,CUME RAMAI DR KITA YG TAK TAHU ATAU BUAT2 TAK TAHU...
🐇- cube perhatkn lobak merah kalau dipotong,apekah bentuknyer ?spt mata kan? so dlm kajian sains pun mndapati lobak sbnrnye bagus utk keshtn mata


-then, perhatikn tomato-mengadungi licopin-utk merawat jantung.cube belah tomato,lihat ada 4 cabang dlm tu,ibarat 4 injap dlm jntng kita. yer sbnrnya tomato mmg bagus utk jntung


🍇-cube perhatikn anggur..bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah spt bntuk jantung kita kan? kajian sains pun mengatakn ia bgus utk jntng


🌰-then perhatikan kacang walnut..kulitnyer keras susah nk dipecahkn dan isi dlmnya jika dilihat spt otak manusia.ia mmg bagus utk otak..pd ibu2 sila beri anak anda mkn walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal esspecially anak yg masuk tahfiz


-cube perhatikn kidney bean@ kacang merah..bentuk buah pinggang kita kan..ia mmg bagus utk rwtn buah pinggang


🎋-batang saleri, bentuknye spt tulang manusia..mmg ia bgus utk tulang


🍐-buah avocado-perhatikn buahnya dan mcmane bntuk isinye..ia spt rahim perempuan dan ia mmg bagus utk hormon wanita,bknnyer utk rawatan rmbut shj...


-buah Thin..cube perhatikn buah Thin ini.kaum adam cube perhatikn buah Thin ini danbb sndri ia brbntuk spt ape. kajian sains mndpti ia bagus utk kesuburan kaum lelaki.


🍼Yahudi dah bnyk tipu kita..dia kata daging kmbing kalau mkn kena darah tinggi.itu semua satu pembohongan..DAGING KAMBING🐐 ADALAH PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL,yg kena drh tnggi tu sbb cara masakan kita,contohnya masak kmbng dgn santan yg brlebihn dan sbgainye...ape yg Allah jdkn semuanya baik.cume kita manusia yg salah guna betul tak? so perbetulkn cara pemikiran dan pemknn kita dan keluarga lepas ni..bnyk lg tips dr Dr. Reza ni...


INI tips lg utk siape yg mnghadapi masalah usus yg penuh dgn selaput @ lapisan sisa mknn yg tersangkut di saluran usus anda ,anda boleh mengamalkn cara ini secara berterusan yg dsyorkn oleh Dr. Reza ni..kosnyer sgt murah dan anda x perlu hbiskn puluhan ribuan ringgt utk kos rwtn usus ni.(kalau nk mmbazir jugak baik bg kat aku.. hihihi sory gurau ckit)..


Ok caranya mudah saje..anda cume perlu beli kelapa laut atau Nata d Coco tu,buang airnye oppss sory.. buang air manisan nata d coco tu dan ganti dgn air putih..kmdian anda beli 'YAKULT'..ok ini menyelit ckit beli yakult dan jgn beli vitagen krn yakult ni mengandungi 90% bakteria baik yg hidup berbnding dgn vitagen yg hnya mengandungi 80% bakteria mati..Then ambil lbh kurang 12-15 kiub nata d coco td cume campurkn dgn sebotol Yakult..
Amalkn setiap pagi waktu baru bangun tido SEBELUM ambil mknn lain@ kalau nk lbh bkesan buat dua kali sehari sebelum tido mlm..biar berterusan.insyaAllah kesannya najis kita akn lembut dan kotoran yg trsangkut pd usus akn dsingkirkn secara perlahan2..kalau anda tengok njis anda bwarna hitam,itu tandanya ada tndak bls yg baik dr amalan td..penyinhkiran toksid telah berlaku tp benda ni dia x war2kn pd org ramai..


Ada lg dan kwn2 kalau nk tahu ini bkn untuk kondem mane2 produk..cume Dr. Reza bgtau kenape kita mudah kena cancer tulang, kenape kita dsyorkn kena ambil calcium kononnye utk kuatkn tulang? sbnrnya tubuh bdn kita dah ada calcium.so bila kita ambil calcium berlebihn maka ia akn berlebhn dan akan menyebbkn trjadinye kanser tulang.. proses nyer trjadi aku xdpt terangkn..cube tanya pd yg pakar..cume saranan Dr. Reza adalah kita cume amalkn ambil 5 helai pucuk DAUN KARI di buat ulam,krn daun kari mengandungi calcium yg sgt tinggi.
5 helai daun kari bersamaan dgn Dua Gelas Susu Anlene.Logik akal kita lihatlah kenaae orang india suka masak atau makanan berasas daun kari dan tulang mereka kuat boleh buat kerja berat2.Gigi mereka pun putih dan berdaya tahan lama..hihihi ini tngok gigi masing2 umur baru 37 gigi banyak dah yg lompong.Betul tak? jangan marah ya berkongsi ilmu sambil bergurau.


Ok lagi satu kawan-kawan jangan amalkan minum air soya dan bagi anak minum air soya selalu kerana ia penggalak sel kanser dan boleh melemahkan otak.Ini semua penipuan dari yahudi,dia suruh orang islam minum soya tapi diorang minum susu kambing.


Dia nak musnahkan orang islam secara halus dan melalui perang saraf.Tolong control anak2 dari banyak berintenet dan lihat rancangan tv berbentuk hiburan sebab itu melalaikn kita dr mengingati Allah dan kesan sampingannya kita lihatlah saja sekarang.Saya cuma memperingatkan diri saya sendiri dan yg lain2.Yang baik adalah dr Allah dan yg x baik datang dari saya sendiri..


Wallhaua'lam.

Friday, January 2, 2015

SELAMAT TAHUN BARU DAN SALAM PERPISAHAN

Salam..
Alhamdulillah, hari ni kita sudah berada di hari kedua di tahun 2015. Semoga tahun baru anda dipenuhi dengan kegembiraan dan keceriaan.. Bagi yang memasang azam, semoga azam anda akan mampu dicapai..

Permulaan yang baik bagi aku di tahun 2015 dalam dunia blogging... hehe. Mana taknya.. dah lama sungguh rasanya aku tak mencoret sesuatu di sini. Selalunya aku salin balik je artikel yang aku rasa nak share kat sini.. Hari ni terajin pulak nak mengarang sepatah dua kata kat sini. Azam tahun barulah katakan... Apapun, aku harap permulaan yang baik ini akan berterusan hendaknyaa.. aamiin.

OKlah.. berbalik kepada tajuk entry aku hari ni.. hal selamat tahun baru dah settle.. apa ke halnya pulak dengan salam perpisahan?? Sapa yang nak pindah?? Nak pindah mana?? Kenapa nak pindah? Gitulah gamaknya persoalan-persoalan yang akan ditimbulkan bila kita ucap salam perpisahan..

Atenye.. bukan teman yang nak berpindah.. tapi anak dara teman ni haa.. Sedar tak sedar dah 4 tahun usianya. Makanya, teman ghasa nak menganto dia ke sekolah..

Sebelum ni aku anta anak aku kat taska berhampiran rumah sewa aku ni je.. Memandangkan aku dalam proses membeli rumah, yang mana akan menyebabkan pendapatan makin mengecil, jadi aku rasa, mana-mana kos yang boleh dikurangkan, aku kurangkanlah.. dan aku terdengar pasal Taska Permata.

Selain yuran yang rendah, Taska Permata juga memberi pendedahan kepada pendidikan awal kanak-kanak dari usia 2 - 4 tahun (promosi sikit). Anak-anak akan diajar untuk berdikari dan berdisiplin. Pendek kata, anak-anak kat taska ni bukan makan, tido, main je le kojenyee.. Kiranya kes aku ni kira macam serampang dua mata jugakla.. jimat pun dapat, pendidikan anak pun dapat.

Jadi, memandangkan hari ni merupakan hari terakhir anak aku di taska (nak ikutkan dah berakhir 31 Dis yang lalu, tapi aku mohon tempoh lagi satu hari sebab taska baru start 5 haribulan), sebagai menghargai jasa pengasuh-pengasuh di taska tersebut aku buatkan sebiji kek (yang ni untuk anak-anak yang dok taska) untuk mereka. Orang rumah aku pulak masakkan pulut kuning dan rendang.








Alhamdulillah, tadi pengasuh whatsapp kat orang rumah aku gambar anak-anak ni tengah makan besama. Time cuti sekolah macam sekarang ni memang tak ramai yang hantar anak diorang sebab kebanayakannya yang dihantar ke sini mak ayah diaorang cikgu. So, bila cuti sekolah tinggallah berapa kerat ni.

Kepada anakanda abah Nur Iman Wafirah yang bakal masuk Taska Permata hari Isnin ni, semoga membesar menjadi anak yang solehah, beriman dan bertaqwa. Walaupun abah selalu marah Iman, sebenarnya abah sangat sayang kat Iman. Abah marah bersebab.. sebab taknak sesuatu yang buruk jadi kat Iman. Tetiba touching la pulak..

Okla.. semoga bertemu lagi di lain siaran.
Assalamualaikum.

Thursday, September 4, 2014

ELAK TUA SEBELUM WAKTU

Salam..
Lama betul mrKhai tak update sesuatu di sini. Kalau tengok last post, dah dekat tiga bulan blog ni terbiar tanpa sebarang entri terkini.

Alhamdulillah, hari ni Allah beri sedikit kerajinan kepada mrKhai untuk berkongsi sedikit tip bagi mengelakkan kita menjadi tua sebelum waktunya.. Macam biasa, tips ni sumbernya mrKhai ambil dari surat khabar. Untuk pengetahuan, mrKhai selalu kumpul beberapa artikel yang mrKhai rasakan menarik dari surat khabar (maklumlah.. kerja buat keratan akhbar di Library), dengan niat nak share di blog.

Dah banyak artikel yang mrKhai kumpul, cuma tak berapa sempat nak share kat blog je.. nak kata bizi sesangat tu takdelah.. tapi kalau sifat MALAS tu dah bersarang dalam diri, jawabnya.. APAPUN TAK BOLEH buatlahh.. huhhuu. OK.. berbalik kepada entri kali ni,. mrKhai nak berkongsi tips untuk elak kita menjadi tua sebelum waktu.


Lumrah setiap manusia, mahu kelihatan cantik dan muda sepanjang masa. Oleh yang demikian, pelbagai petua kecantikan dicuba. Tahukah anda, ada amalan mencatikkan diri yang boleh menampakkan seseorang lebih tua berbanding usia sebenar?

1. Terlalu Kurus
  • Penyingkiran lemak wajah boleh menjadikan kulit muka kendur dan cengkung, sekali gus menyebabkan wajah tampak berusia
  • Diet Yo-yo (pengurangan dan penambahan berat secara berulang) juga menyebabkan penuaan sebelum masa kerana ia meregang serta mengurangkan keanjalan kulit
Mary P Lupo
Pakar Dermatologi Tulane Universiti,
New Orleans
  • Penyelesaian: kekalkan berat badan melalui kaedah pemakanan dan senaman yang sihat
  • Kajian mendapati, ada makanan yang boleh menyerlahkan penampilan luaran dan dalaman seseorang.
  • Antaranya, makanan mengandungi asid lemak Omega 3 seperti salmon dan kacang walnut yang dapat melawan kedutan, vitamin C daripada buah-buahan sitrus seperti kiwi dan bayam menggalakkan penghasilan kolagen serta lycopene daripada sos tomato dan anggur melindungi kulit daripada kerosakan akibat panahan cahaya matahari
2. Menggosok Mata
  • "Perbuatan menarik dan menggosok pada kulit sekitar mata boleh menyebabkan ia menjadi kehitaman"
  • Pigmen kulit berubah mengikut usia, jadi ia menambah angka pada usia seseorang
Jeannine Downie
Pakar Dermatologi
  • Penyelesaian: jika anda tidak boleh berhenti daripada menggosok mata, berjumpalah pakar untuk diagnosis dan rawatan.
  • Anda juga diingatkan agar berhati-hati ketika mengenakan solekan mata atau memakai kanta lekap.
3. Tidur Perlu Cukup
  • Tidur adalah keperluan utama untuk mengembalikan tenaga, daya tumpuan dan kulit yang sempurna.
  • Waktu malam, kulit berada pada tahap pembaharuan. Ia bukan hanya melakukan pembaikan sendiri, tetapi ada perbezaan juga pada PH dan kitaran, jadi produk antipenuaan dapat menembusi sel kulit dengan baik.
  • Penyelesaian: Tidur yang mencukupi ialah antara tujuh hingga lapan jam sehari.
Jeannette Graf
Pen. Profesor Dermatologi 
di NYU Medical Centre

4. Tidur Mengiring
  • Posisi tidur mengiring memang selesa, tetapi ia tidak bagus untuk kulit. (YANG NI mrKHAI KURANG SETUJU SEBAB RASULULLAH SAW AJAR KITA TIDUR MENGIRING DI LAMBUNG SEBELAH KANAN. SETIAP SUNNAH YANG DATANG DARIPADA RASULULLAH SAW PASTI MENGANDUNGI HIKMAH YANG BAIK UNTUK DIIKUTI)
  • Menekan wajah pada bantal selama lapan jam setiap malam selama beberapa tahun menyebabkan kulit rosak dan berkedut.
  • Penyelesaian: latih diri tidur terlentang.
Mary P Lupo
5. Jangan Guna Penyedut Minuman
  • Minum minuman menggunakan penyedut minuman boleh menyebabkan timbulnya garis halus pada mulut dan tanda penuaan.
  • "Untuk tempoh lama, memuncungkan bibir kerana menyedut air menggunakan penyedut minuman atau menghisap rokok memungkinkan wujudnya lebihan kedutan sekitar mulut"
Renee Rouleau
Pakar Penjagaan Kulit

6. Guna Penghalang Kedutan Dalam Produk Yang Salah
  • Boleh gunakan produk mengandungi agen antipenuaan seperti retinol, peptides dan antioksidan untuk meningkatkan penampilan kulit, tetapi bukan dalam bentuk pencuci wajah. Ia satu pembaziran.
  • "Banyak pencuci muka mengandungi bahan antipenuaan, tetapi ia tidak mencukupi untuk memberikan hasil memuaskan"
Dee Ann Glaser
Profesor Dermatologi
St Louis University
  • Penyelesaian: lebih baik gunakan pencuci muka biasa. Kemudian sapukan losen, krim atau serum antipenuaan, yang kekal lebih lama pada kulit dan mampu menyerap lebih baik.
7. Tekanan Setiap Masa
  • Jika anda individu yang mudah bimbang atau mengalami masalah tidur, badan anda menghasilkan hormon tekanan tanpa henti dan ia penyebab penuaan.
  • "Kortisol ialah hormon tekanan paling utama yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kendur serta berkedut seterusnya keradangan"
Amy Wechsler
Pakar Kulit dan Psiakitri
  • Jika badan berada dalam kejutan, kebanyakan nutrien dan oksigen akan pergi kepada organ utama bukan kulit.
  • Jadi, tekanan yang kronik dan ketakutan boleh menjadi punca kedutan dan keguguran rambut.
  • Penyelesaian: teliti kembali apakah perkara yang dapat membantu anda rehat sama ada menikmati kopi bersama kawan atau yoga dan lakukannya selalu.
  • Senaman membantu mengurangkan tekanan. Ia meningkatkan pengaliran darah, membawa okisgen dan nutrien kepada kulit serta mengembalikan kompleksi pada wajah.
8. Bergantung kepada solekan untuk melindungi wajah daripada matahari
  • Banyak jenama solekan mengakui dipersiapkan dengan bahan penghalang sinar mentari, tetapi ia sebenarnya masih tidak cukup untuk mengelakkan kulit rosak dan mengalami penuaan.
  • "Banyak alat solekan mengandungi bahan pelindung kulit daripada sinar UVB (gelombang ultraviolet panjang) tetapi tidak menghalang penembusan UVA (gelombang ultraviolet pendek), yang menjadi punca garis halus, tompokan pada kulit dan pembukaan pori-pori"
Ann Glaser
  • Penyelesaian: sapukan losen atau pelembap menghalang sinaran UVA dan UVB, kemudian baru mulakan solekan.
9. Fokus Hanya Pada Kedutan
  • Garis kedutan bukan satu-satunya petanda usia meningkat kerana bintik gelap dan pigmentasi juga menyebabkan kulit menjadi kusam sekaligus menampakkan seseorang kelihatan berusia.
  • Warna kulit tidak sekata seperti bintik coklat itu juga boleh menyebabkan wanita kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia sebenar.
  • Penyelesaian: selalu buat rawatan pengelupasan, buang kulit mati dan gunakan produk pencerahan. Jangan lupa sapu losen pelindung tabir suria.
10. Melupakan Kulit Leher dan Tangan
  • Leher dan tangan sering dilupakan, sedangkan dalam kajian pada tahun 2006 oleh jurnal Plastic and Reconstructive Surgery mendapati wanita yang memiliki bintik dan kedut pada tangan selalunya dianggap tua berbanding mereka yang memiliki kulit tangan halus dan licin.
  • Penyelesaian: Selalu sapukan krim anti penuaan di leherdan belakang tangan untuk menghalang ia tua sebelum waktu.
11. Lupa Kaca Mata Hitam
  • Perbuatan berulang seperti ketawa dan mengerutkan dahi menghasilkan garis serta kedutan pada muka dalam jangka panjang.
  • Justeru, walaupun pada musim sejuk, kenakan cermin mata hitam dengan pelindung UVA/UVB. Pastikan kanta jenis UV Coated.
12. Gunakan Sabun
  • Ada orang mencuci muka menggunakan pencuci biasa, tapi tahukah anda, sabun yang kuat boleh megganggu penghasilan minyak semula jadi kulit.
  • "Walaupun kulit kering bukan penyebab kedutan, tetapi ia mampu menyerlahkan lagi garisan.Kulit kering juga tidak dapat melindunginya daripada bakteria dan virus"
Ann Glaser
  • Penyelesaian: Cuci wajah menggunakan pencuci bebas sabun dan sapukan pelembap.
Sumber: 
Berita Harian (Famili BH2)
15.8.2014
Diharapkan dengan sedikit tips yang dikongsikan di sini, dapat membantu anda (terutamanya kaum hawa) untuk tampil lebih cantik seiring dengan usia anda. Kalau yang tak mamah dek usia (macam Che Ta kita), itu merupakan satu bonus dan kelebihan yang diberikan oleh Allah.. So, jangan lupa untuk mengucapkan syukur.. Alhamdulillah.

Semoga bertemu lagi dalam entri yang akan datang.. Wallahua'lam.

Friday, June 13, 2014

TEKNIK BETUL BERSIHKAN RAMBUT

Salam Jumaat dan salam Nisfu Sya'aban.
Semoga kita mendapat keberkatan di hari Jumaat Penghulu segala hari ini.. amiin.

Sebelum ni aku pernah berkongsi tips tentang LELAKI DAN PENJAGAAN RAMBUT (rujuk sini). Untuk entri kali ni pulak aku ingin kongsikan bagaimana teknik yang betul untuk bersihkan rambut (Flexible untuk lelaki dan perempuan). Mungkin sebelum ini kita main belasah je membersihkan rambut.. tapi dengan adanya teknik yang betul membersihkan rambut ni sedikit sebanyak ianya dapat membantu kita memelihara kesihatan rambut kita supaya kekal sihat dan lebat seperti Dato' Samy Vellu.. hehe. Bagi kaum hawa pula, rambut tu kan mahkota anda.. :)

OK.. Jom kita lihat bagaimana teknik betul bersihkan rambut..

Mencuci rambut memang nampak mudah, tetapi ia mungkin tidak benar-benar bersih sekiranya gagal melakukan dengan sempurna.

Sedarkah anda teknik yang betul membezakan kesihatan rambut anda. Sebenarnya, cara mencuci rambut akan menentukan rambut sihat, bersinar dan menghilangkan kelemumur secara optimum. Hanya satu kesilapan cucian saja, anda sudah merosakkan helaian rambut tanpa disedari.

Hingga akar umbi
Adalah penting membersihkan rambut dengan menggosok syampu hingga bahagian akar umbi kerana ia mampu meningkatkan aliran darah ke kulit, selain merangsang pertumbuhan rambut. Ketika sesi menggosok rambut, gunakan teknik gosokan tegak dengan tekanan sederhana. Jangan amalkan meramas rambut yang boleh mengusutkan rambut anda.

Panduan cucian
  1. Mulakan dengan membilas rambut. Sama seperti pakaian, anda perlu bilas rambut sebelum menambah bahan pencuci. Rambut perlu basah sebelum meletakkan syampu. Lebih baik menggunakan air panas kerana ia membuka liang rambut untuk menghapuskan kotoran. Selain itu, penyerapan minyak dalam liang rambut lebih cepat berlaku.
  2. Bagi mereka yang mempunyai rambut panjang ata paras bahu, lindungi kerapuhan hujung rambut dengan membasahkan rambut dengan meningkatkan kelembapan dan memberikan proses cucian berlaku dengan licin. Rambut juga akan lebih bersinar. 
  3. Anda hanya perlu syampu rambut pada kulit kepala. Buih yang ada disapu dari atas rambut sehingga akarnya. Ini kerana rambut yang paling dekat dengan kulit kepala dipanggil rambut bongsu manakala hujung rambut itu adalah rambut sulung dan paling mudah rapuh.
  4. Jangan gunakan syampu lebih daripada kuantiti yang anda perlukan. Cuma bagi yang memiliki rambut tebal atau panjang, penggunaannya adalah lebih dua kali ganda. Setiap kali membasuh rambut, ibaratkan anda mencuci tangan halus anda.
  5. Ada arahan pada botol syampu menyarankan cucian dua kali dilakukan, sila abaikan. Sekali saja sudah mencukupi melainkan rambut sangat kotor dan syampu pertama tidak menghasilkan buih.
  6. Selepas bilasan dibuat, perah rambut anda. Kemudian, sapukan perapi dan bungkus rambut seberapa lama. Lebih lama, lebih baik untuk penyerapan rambut. Jangan letakkan perapi pada akar rambut kerana ia merosakkan minyak semula jadi rambut.
  7. Akhiri proses cucian dengan ari sejuk untuk menutup liang rambut dengan ketat dan lebih bersinar.

Pilih syampu sesuai
  • Guna syampu dan perapi khas untuk rambut anda. Jika jenis rambut kering, pilih produk pelembap. Untuk yang mewarnakan rambut, pilih formula warna.
  • Kekerapan cucian bergantung kepada jenis rambut. Bagi rambut minyak, perlu syampu setiap hari manakala rambut normal atau kering, lakukan tiga atau empat kali seminggu.
  • Sebaik-baiknya gunakan air penapis untuk cucian kerana mengandungi mineral dan membuang karat.
Semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Sumber: Berita Harian

Friday, April 11, 2014

ANDAI MASA BOLE DIBELI

Salam Jumaat dan salam blogger.

Aku kembali dengan kisah dan teladan yang aku ambil artikelnya dari Surat Khabar Utusan Melayu (akhbar tulisan jawi - sekarang sudah tidak diterbitkan lagi) beberapa bulan (berbulan-bulan atau mungkin tahun) yang lalu.

Andai Masa Boleh Dibeli
Di sebuah negeri, ada seorang anak yang hidup dalam sebuah keluarga bahagia. Tetapi dia tidak pernah mensyukuri kebahagiaan hidupnya itu. Dia sering mengganggu dan menimbulkan kemarahan orang lain.

Salah satu sifat buruknya ialah menganggap remeh sesuatu perkara dan suka bertangguh. Apabila disuruh meminta maaf atas perlakuan buruknya kepada orang lain, anak itu selalu berkata, "Ahh.. tidak mengapa, esok lusa boleh minta maaf."

Setelah umurnya meningkat, anak ini mula bersekolah. Dia bahagia apabila mendapat ramai kawan di sekolah. Tetapi dia tidak pernah mensyukuri kebahagiaan itu. Dia menganggap semua itu adalah perkara biasa yang sewajarnya diperolehinya.

Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu perbuatan itu salah, tetapi anak ini tidak pernah mengambil inisiatif untuk meminta maaf dan berbaik-baik semula dengan teman baiknya itu. Alasan yang sering diberikannya ialah, "Ahh.. tidak mengapa, esok lusa boleh minta maaf."

Bagaimanapun, sekali sekala dia rindukan teman-temannya. Namun dia tidak pernah menghubungi mereka atau sering lewat membalas panggilan teman-temannya itu.

Dia selalu berkata, "Ahh.. aku letih, besok sahajalah aku hubungi mereka." Keadaan ini sebenarnya tidak mengganggu hidupnya kerana dia masih mempunyai rakan-rakan sepejabat yang boleh diajak keluar dan berhibur. Waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya.

Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia terus bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya., ataupun mengingat hari ulang tahun isteri dan juga hari perkahwinan mereka.

Kadang-kadang dia berasa bersalah dan ingin menyatakan kepada isterinya "Aku Cintakan Kamu," tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "tidak apa... esok lusa pasti aku menyatakan."

Dia juga tidak pernah sempat meraikan pesta hari jadi anak-anaknya. Anak-anak mula menjauhinya. Suatu hari, berlaku kemalangan dan isterinya cedera parah. Waktu itu dia sedang bermesyuarat. Ketika sampai di hospital, isterinya sedang bertarung dengan maut.

Sebelum sempat dia berkata, "Aku Cintakan Kamu," isterinya menghembuskan nafas terakhir. Remuk hatinya dan dia mula mendekati anak-anaknya. Tetapi baharu disedarinya, anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya.

Anak-anaknya kini sudah dewasa dan mempunyai kehidupan dan keluarga sendiri. Tidak ada yang mempedulikannya lagi kerana sebelum ini dia sendiri tidak pernah mempunyai masa untuk anak-anak.

Dia pindah ke rumah jagaan orang tua yang menyediakan layanan baik dengan wang simpanannya. Wang itu sebenarnya hendak digunakan untuk bercuti ke tempat-tempat menarik di luar negara selepas persaraannya.

Tetapi semua wang itu kini terpaksa digunakan untuk pembiayaannya di rumah jagaan orang tua itu. Sejak itu sehingga dia meninggal, hanya ada orang tua dan jururawat yang menjaganya.

Dia kini merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Ketika di saat akhir nyawanya dia memanggil jururawat dan berkata, "jika waktu boleh kubeli, aku rela menukarkan semua hartaku untuk mendapatkannya, walaupun hanya beberapa saat sahaja."

Tetapi sayangnya semua sudah terlambat. Dan dia meninggal dengan linangan air mata dipipinya.


Thursday, September 12, 2013

FEELING SO SAD.. :-(

Salam..
Dear blog,
Hari ini aku rasa sangat sedih..
Sedih dituduh benda yang aku tak buat
Sedih dituduh oleh insan yang aku sayang dan hormat
Aku rasa sedih.. sedih sangat..
Dan untuk kali pertamanya aku menangis atas tuduhan itu..

Dear blog,
Aku sedar.. ini mungkin ujian Allah
Dan ini juga mungkin kafarah di atas dosa-dosa yang aku lakukan
Tapi..
Tak boleh ke selidik dan tanya dulu sebelum nak jatuhkan hukuman??

Dear blog,
Aku sedar.. aku jahat
Aku pernah buat silap
Dan aku yakin, ini adalah balasan atas dosa-dosa aku tu..
Apalah sangat ujian yang aku sedang hadapi sekarang ni berbanding dengan dosa-dosa yang aku lakukan dulu..
Aku terima..
Aku cuba untuk redha...
Tapi dituduh untuk sesuatu yang aku tak buat oleh orang yang aku sayang dan hormat.. ia amat menyakitkan

Dear blog,
Mungkin selama ni aku pernah membuat orang lain menangis kerana perbuatan dan kata-kata aku
Dan hari ini.. aku sedang menjalani hukuman yang walaupun tak setimpal dengan apa yang aku dah pernah buat dulu, tapi ianya amat terkesan dalam hati aku

Dear blog,
Akan ku cuba memujuk hati ini
Untuk menerima dengan redha..
Jangan sekali-kali berkecil hati dengan tuduhan dan kata-katanya itu
Kerana apa yang pernah aku lakukan padanya dulu.. dia dengan redha menerima aku kembali
Biarpun hatinya lebih remuk daripada apa yang aku rasa sekarang ini
Biarlah aku terluka..
Kerana aku sendiri telah melukai hatinya berbelas tahun dahulu
Apalah sangat kelukaan yang aku alami sekarang berbanding dengan parut di hatinya yang mungkin belum pun sembuh kerana perbuatanku

Aku redha ya Allah..
Aku terima ujianmu ini dengan hati terbuka
Aku tak mahu sekelumit pun perasaan jahat yang dibisikkan oleh syaitan itu mempengaruhi mindaku
Aku tetap akan menghormati dan menyayanginya biarpun kadangkala kata-katanya bisa menggores hati dan perasaanku

Dear blog,
Di kala aku mula menaip tadi, aku rasa sangat sedih
Alhamdulillah, setelah meluahkannya di sini membuatkan aku terfikir..
Aku tak patut ada perasaan buruk itu padanya kerana apa yang aku lakukan dulu lebih dalam lukanya berbanding apa yang aku lalui sekarang ini
Aku redha sekiranya ini adalah ujian Allah untuk aku

Ya Allah,
Kau buangkanlah perasaan-perasaan jahat yang cuba ditiupkan oleh iblis la'natullah 'alaihi itu dari hatiku
Supaya aku tidak terus berfikir yang buruk-buruk sebagai tanda protes ku kepadanya
Kerana aku yakin aku ada Kau ya Allah
Kau tidak akan menguji hamba-Mu dengan apa yang mereka tidak layak untuk diuji

Ya Allah,
Andai ujian ini adalah salah satu cara untuk aku mendapat hidayah-Mu, aku redha Ya Allah
Sesungguhnya aku bersyukur..
Kerana biarpun aku ini seringkali melakukan dosa kepada-Mu
Kau tak melupakan hamba-Mu yang hina ini
Kerana aku tahu..
Engkau Tuhan yang bersifat dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim
Dengan sifat pengasih dan penyayang-Mu itulah kau menurunkan ujian-Mu buatku
Supaya aku tersedar yang aku masih memiliki-Mu
Tempat untuk bergantung segala harapan
Tempat untuk mengadu segala masalah
Terima kasih ya Allah kerana tidak membiarkan aku terlarut dengan perasaan yang bukan-bukan terhadapnya..

Dear blog,
Terima kasih kerana beri aku peluang untuk mencatatkan sesuatu di sini
Alhamdulillah, dengan catatan ini telah memberi kesedaran kepadaku
Dengan catatan ini juga, segala perasaan aku yang tidak enak sebelum menaip di sini tadi juga telah sirna
Sekurang-kurangnya aku berasa lega
Kerana aku tidak menjadikan laman sosial ini sebagai tempat aku melepaskan amarahku
Terima kasih sekali lagi..





Thursday, July 25, 2013

TINGGALKAN 4 KEBURUKAN UNTUK DAPAT 4 KEBAIKAN

Salam..
Sedikit tazkirah ringkas untuk renungan dan manfaat kita bersama ..

Diriwayatkan daripada Hatim al-A'syam:
"Sesiapa berpaling daripada empat keadaan akan mendapati empat yang lain dan menemui syurga iatu daripada tidur kepada kubur, daripada kesombongan kepada timbangan, daripada pengangguran kepada titian dan daripada syahwat kepada syurga".

1) Berpaling daripada tidur kepada kubur
Bermaksud mengurangkan tidur kerana memperbanyakkan amal ibadat untuk dijadikan sebagai bekalan di alam kubur kelak.

2) Berpaling daripada kesombongan kepada timbangan
Bermaksud membuang segala sifat sombong dan bangga diri untuk lebih reda melakukan amal soleh sebelum tibanya hari timbangan di akhirat.

3) Berpaling daripada pengangguran kepada titian
Bermaksud tidak mensia-siakan waktu lapang, sebaliknya dimanfaatkan dengan amal kebaikan kerana ia dapat membantu seseorang ketika melintasi titian sirat nanti.

4) Berpaling daripada syahwat kepada syurga
Ertinya meninggalkan semua ajakan hawa nafsu demi memenuhi tuntutan agama dan perlu diingati, sesungguhnya syurga diliputi hal yang tidak disukai oleh hawa nafsu.

(Sumber: Harian Metro, 19.7.2013)

Thursday, July 18, 2013

SEKADAR RENUNGAN


Salam..
Sekadar nak share apa yang aku baca di FB. Aku rasa korang pun mungkin pernah baca pasal tips ni..

Actually, aku dulu pun pernah baca jugak pasal ni tapi masa tu cuma share kt FB je.. dan kali ni aku nak share kat sini pulak untuk panduan aku dan juga para pembaca blog aku ni. Bukan apa.. kalau kat FB tu macam susah sikit nak trace apa yang dah kita share. Tapi kalau kat sini aku boleh cari under labels..

So, untuk parent mahupun bakal parent (yang masih bujang pun boleh jugak), semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak akan dapat memberi panduan kepada kita dalam mendidik anak-anak. Bak kata Prof Muhaya.. anak-anak tu kan bakal jadi pencen kubur kita nanti. Jadi, didiklah anugerah Allah itu sebaik-baik mungkin mulai sekarang.

Ehh.. panjang pulak celotehnya. Jom lah kita renung-renungkan..

Renungan bersama..

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Wallahu a'lam..

Wednesday, July 17, 2013

SALAM RAMADHAN 1434H

Salam Ramadhan..
Alhamdulillah.. masih lagi diberikan kesempatan oleh-Nya untuk bertemu dengan bulan seribu bulan -Ramadhan al-mubarak. Semoga terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melipatgandakan amalan di bulan yang penuh kemuliaan ini.

Ramadhan kali ini kami sekeluarga menyambutnya di rumah sewa yang baharu di Masjid Tanah. Kadang-kadang terfikir juga.. sampai bila harus menyewa?? Bila agaknya kami akan dapat memiliki kediaman sendiri?! Aku harap impian aku untuk memiliki kediaman sendiri sebagaimana yang aku idamkan akan dapat direalisasikan dalam masa terdekat ni.. InsyaAllah.

Bila dah duduk rumah sewa baru ni.. situasinya pastilah berbeza dengan rumah sewa lama.
Suasana kejiranan di sini agak baik dan rutin harian kami suami isteri juga sedikit berubah..
Dan mungkin yang lebih terasa kesannya adalah anak kami Nur Iman Wafirah.. - Rumah baru.. pengasuh baru.. dan sehari selepas kami berpindah, umminya pulak pergi berkursus.

Sedih jugaklah tengok keadaan dia masa tu.. Segala-galanya berlaku serentak dan itu mungkin merupakan kejutan baginya sehingga dia demam. Seminggu di taska dia menangis.. sehinggakan ada dua hari jugaklah penjaga taska tu suruh aku amek dia awal sebab menangis tak henti dan tak nak makan n susu.

Tapi sekarang.. alhamdulillah, keadaan dia dah semakin ok. Minggu kedua di taska dia dah kembali ceria (tapi tetap menangis bila tiap kali hantar dia waktu pagi). Kalau dulu petang aku datang amek, muka masam dan kelat je.. tapi sekarang (petang tadi laa..) sampai taknak balik. Sangat-sangat bersyukur.. Aku harap, lama kelamaan nanti dia akan makin selesa di situ dan di rumah sewa kami ini.

Cuma yang kami harap.. semoga penghijrahan kami ini (dengan tujuan yang baik), akan diberkati oleh Allah. Aku percaya.. sekiranya kita berhijarah untuk kebaikan InsyaAllah, Allah akan kurniakan kebaikan kepada kita. Sebagaimana Sabda Rasulullah (s.a.w):


Wallhahu a'lam..