Hari ini aku ingin berkongsi tips penjagaan rambut untuk kaum Adam seperti aku. Aku akui, ramai di kalangan lelaki yang tak berapa nak kisah tentang penjagaan rambut mereka termasuk jugak aku.
Secara peribadinya, aku menyukai potongan rambut yang pendek untuk diri aku kerana ia kelihatan lebih kemas selain kelihatan lebih muda.. hehe. Lagi satu, apabila rambut aku semakin panjang, dia akan kelihatan 'curl' di hujung.. Oleh sebab itu aku lebih suka berambut pendek.
Fesyen??
Aku sangat tak pandai untuk menggayakan rambut. Contohnya, bila aku buat rambut pacak, ia tidak akan terpacak sebagaimana mereka yang memang berambut lurus (sebab, rambut aku kan curl di hujung). Kalau aku jatuhkan ke depan, dia akan kelihatan leper macam Dr. Rozmi.. ngehehe. Oleh itu, aku lebih selesa menyikat rambut belah tepi (kiri) berbanding nak pacak atau lain-lain style. Apatah lagi, apabila aku menunggang motosikal, rambut yang asalnya terpacak tegak, dah jadi leper semula.. Untuk touch up semula, aku malas!!
So, di bawah ni ada sedikit tips tentang penjagaan rambut untuk kaum Adam yang aku petik daripada akhbar Berita Harian (XY), 9 April yang lalu..
SYAMPU
Memang wajib untuk lelaki bersyampu setiap hari. (Aku buat seminggu 2 kali je.. Kalau hari-hari, gugur rambut aku walaupun dah guna syampu 'hair fall control".. huhhuu).
Tetapi jangan sangka setiap syampu sesuai untuk setiap jenis rambut. Andai rambut lelaki jenis berminyak, elak syampu khusus untuk rambut kering, akibatnya rambut akan bermasalah dan kusut.
Pastikan kandungan bahan serta kesesuaian syampu mengikut rambut dan kulit kepala.
PERAPI
Memang lelaki diakui jarang menggunakan perapi sebaliknya lebih selesa menggunakan syampu saja. (Tetapi tidak bagi aku kerana aku akan menggunakan perapi selepas bersyampu. Ini kerana, jika aku tidak menggunakan perapi, nescaya rambut aku akan kering dan mengerbang.. I don't like!!)
Namun, ada kebaikannya menggunakan perapi terutama apabila sudah menggunakan pelbagai krim serta gel pada rambut hingga menjejaskan kulit kepala.
Lelaki juga patut tahu, andai kulit kepala mereka sihat, nescaya rambut juga berada pada tahap terbaik.
MINYAK RAMBUT
Semakin banyak pengeluar produk berteraskan rambut jenis terbaru seperti wax, clay dan berteraskan minyak berbanding gel.
Hasilnya tetap sama tetapi ia setidaknya memberi impak lebih baik pada rambut kerana hanya disapukan pada permukaan atas stuktur rambut.
GEL RAMBUT
Tidak salah untuk bergaya. Apatah lagi untuk menggayakan fesyen rambut terpacak dan beralun, tetapi lelaki juga harus sedar penggunaan produk sampingan seperti gel bermakna kulit kepala diliputi oleh lapisan kandungan bahan yang membuatkan kulit kepala tidak bernafas.
Oleh itu, pastikan penggunaan berpada-pada dan hanya untuk acara penting.
(Suatu ketika dulu, aku memang menggunakan gel untuk menggayakan rambut. Tetapi lama kelamaan aku dapati rambut aku semakin kurang dan menipis terutama di bahagian depan. Aku sangat takut untuk kelihatan jendul atau berdahi luas. Di samping tu, aku juga dapati kulit kepala aku semakin banyak kelemumur. So, aku ambil keputusan untuk berhenti guna gel dan try guna wax. Tak lama aku guna wax ni sebab aku rasa rambut aku menjadi kasar dan keras seperti dawai. Now, aku beralih kepada minyak rambut (cecair) zaitun dan alhamdulillah, hasilnya, rambut aku kembali pulih dan aku mula rasa anak-anak rambut yang mulai menumbuh di bahagian hadapan kepala aku)
2 DALAM 1
Sudah menjadi tabiat lelaki untuk mengambil mudah dalam segala hal. Ini termasuk soal penjagaan rambut di mana memilih produk berteraskan dua dalam satu seperti syampu dan perapi dalam satu. (Aku tak termasuk dalam kategori ni kot.. huhhuu).
Produk begini asasnya tidak boleh menanggalkan minyak, sekali gus bertindak sebagai pelembap.
JENIS RAMBUT
Bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi jejaka andai kurang menggemari rambut mereka. Jika dilahirkan dengan rambut lurus tentu terfikir untuk berambut kerinting. (Actually, aku sangat suka dengan rambut aku kerana bukan semua orang boleh memiliki rambut ikal seperti aku.. ngehehe. Apatah lagi kalau disimpan panjang. Mesti makan hati adik-adik kat luar sana tu tengok rambut kepuk-kepuk cam I.. wakaka. Tapi dek kerana tuntutan tugas dan mak aku marah kot kalau simpan rambut panjang, jadi terpaksa lah aku potong pendek.. :-( )
Begitulah sebaliknya bagi jejaka kerinting yang mengimpikan untuk berambut lurus. Belajarlah untuk menyukai rambut asal serta mendapatkan pandangan pendandan profesional untuk teknik rambut terbaik.
Akhir kata, kepada lelaki-lelaki di luar sana, buatlah pilihan yang tepat untuk diri anda kerana rambut bukan sahaja menjadi mahkota wanita tetapi juga menjadi pelengkap kepada penampilan lelaki..
Pilihlah gaya rambut yang sesuai dengan diri anda.. -gambar ikhsan pakcik google- |
3 comments:
kalo muka aq yg bujur nie, style rambut mana yg sesuai ekh?
Nur Kasih The Movie Thriller Nur Kasih The Movie
err.. aku rasa org muka bujur ni style apa pun kena.. nak2 klu yg rmbut str8 n tak bermasalah.. tu pandangan aku la kann.. nk lbh info kena arr rujuk pd yg lbh pakar.. hehe
neway, thx yeahh singgah blog newbie cam aku nih..
Salam
Saya ada produk mengatasi keguguran rambut yang terbaik kerana
1. Produk keluaran tempatan berasaskan herba (tanpa bau herba)
2. Diiktiraf HALAL dan duanugerahkan sijil Good Manufacturing Product (GMP)
3. Mempunyai pusat rawatan sendiri di Puchong Utama (sebarang masalah boleh merujuk terus dengan kami)
4. Harga rawatan dan produk yang sangat munasabah (bawah RM1000 untuk keseluruhan 10 sesi)
5. Kami hantar terus ke rumah anda (pos)
6. Testimonial pengguna yang berjaya
7. Hadiah misteri (sila nyatakan anda mendapat info ini dari blog ini)
Fifee
0177020178
whatsapp 0167450303
Post a Comment