Pages

Wednesday, August 10, 2011

KERAHAN TENAGA..

Di unit aku (tak tau unit lain macamana), kami terpaksa atau mungkin dipaksa melakukan kerja lebih masa tetapi tidak boleh menuntut bayaran untuk kerja lebih masa tersebut. Sebaliknya, kami hanya dibenarkan mengambil cuti gantian disebabkan wang bayaran kerja lebih masa tersebut perlu digunakan untuk membayar elaun kerja lebih masa kepada staf yang terlibat dengan event lain.

Kalau di jabatan/institusi/kementerian lain, aku tak pasti pulak sama ada pekerja diaorang memang tidak dibenarkan menuntut bayaran kerja lebih masa dalam bentuk wang atau sebaliknya. Tetapi di jabatan aku, memang selama ni kami dibenarkan menuntut bayaran kerja lebih masa dalam bentuk wang. Justeru, apabila kami dipaksa (mungkin) untuk membuat kerja lebih masa tanpa membuat tuntutan wang, dan walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kerja lebih masa itu tetap perlu dijalankan (walaupun tiada bayaran dibuat tetapi sebaliknya digantikan dengan cuti gantian), wujud rasa ketidakpuasan dihati kami.

Hakikatnya, siapa yang ingin bekerja tanpa ada ganjaran berbentuk wang?? Bahkan, keikhlasan dalam bekerja itu sendiri sedikit sebanyak akan hilang. Rata-rata daripada kami membuat kerja lebih masa adalah kerana ingin mendapatkan wang lebih (walaupun jumlahnya tidaklah sampai mencecah RM500.00 sebulan). Sekiranya kami tidak dibenarkan membuat tuntutan berupa wang adalah lebih baik kami membuat kerja part time di luar yang mungkin pulangannya lebih lumayan selain dapat menambah pendapatan kami.

Almaklumlah.. hidup di era globalisasi sekarang ni, semuanya perlukan wang. Nak beli susu anak, pampers, bayar upah pengasuh hatta nak guna tandas sekalipun kena gunakan wang. Jadi, kalau dah jabatan kami hanya benarkan kami mengambil cuti gantian sebagai upah kerja lebih masa yang dilakukan, agak-agaknya lah, boleh tak kalau aku pergi kedai runcit, pastu beli barang dapur dan cakap dengan tokey kedai tu aku nak bayar pakai cuti gantian sebab aku takde duit, aku ada cuti gantian je.. boleyy???
Renung-renungkanlah wahai orang yang berada di atas tentang kebajikan dan nasib pekerja yang berada di bawah..
CHOOWWWWW..!!








Friday, August 5, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam Ramadhan al-Mubarak..
Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan Ramadhan yang dirindu dan ditunggu-tunggu kehadirannya oleh seluruh umat Islam setiap tahun. Dikesempatan ini, masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada para pembaca budiman sekalian. Semoga ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah SWT hendaknya. Di samping itu, marilah kita sama-sama melipat gandakan amalan-amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini dan semoga kita akan dapat bertemu dengan malam al-qadar (lailatul qadar).

Sesungguhnya, Ramadhan adalah bulan yang terbaik daripada seribu bulan yang mana di dalamnya terkandung satu malam yang penuh istimewa yang tidak dikurniakan kepada umat-umat lain melainkan umat Nabi Muhammad SAW iaitu malam al-qadr (lailatul qadr). Bahagialah sesiapa yang dapat bertemu dengannya kerana barangsiapa yang beribadat pada malam tersebut maka nilai ibadatnya adalah sama dengan dia beribadat seribu tahun (kurang lebih 83 tahun). Subhanallah. Alangkah bahagianya kita jika dapat bertemu dan beribadat pada bulan ini (hari-hari lain pun tetap juga kena beribadat, jangan nak tunggu malam lailatul qadr je..).

Sehingga di sini sahaja catatan saya.. Semoga kita akan bertemu di entri yang lain pula nanti. Jangan lupa tau untuk lipat gandakan amalan tu.. biar kita sama-sama dapat point lebih di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Lakukan sebanyak mungkin amal kebaikan di bulan mulia ini dan kurang-kurangkan lah melakukan dosa. Harap-harapnya amal kebajikan kita tu tak terhenti di bulan Ramadhan ini sahaja, sebaliknya akan berterusan sampai bila-bila.. InysaAllah

Semoga Ramadhan datang penuh cemerlang..
4 minggu penuh kebahagiaan..
30 hari penuh keberkatan..
720 jam penuh kesyukuran..
43200 saat penuh keinsafan..
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK





Thursday, July 21, 2011

SEMENJAK DUA MENJAK...

Lately.. aku rasa cam malas nak update blog aku ni.. Bukan sebelum ni memang aku malas ke?? Yupp.. memang malas.. tapi sekarang ni bertambah-tambah tahap kemalasannya tu..

Kadang-kadang ada 'material' untuk  aku update dan share dalam blog ni.. stori pun dah siap karang dalam kepala.. tapi, entah kenapa idea aku tu tersekat sampai kat kepala hotak aku je.. tak mampu untuk aku interpretasikan ke dalam blog aku ni..

Mungakin juga sebab aku ni bukan seorang blogger tegar.. idea pun tak berapa nak brilliant.. so that, karangan aku tu hanya mampu bertahan di minda aku je la.. pastu, hilang entah ke mana..

Kebelakangan ini juga aku rasa.. ingin mencari keberkatan dalam pekerjaan. Kerja itu kan satu ibadah. So, aku cuba untuk mengurangkan aktiviti atas talian (online) aku semaksima mungkin kerana aku inginkan keberkatan dalam rezeki aku. Aku sedang mencuba ke arah itu biarpun tidak sepenuhnyaa..

Sekarang ni pun, kalau kengkawan mintak nak pinjam broadband dengan aku, aku kata tak bawak.. bukan kedekut atau apa.. aku takut, kalau mereka menggunakan broadband untuk berfacebook dan sebagainya (bukan atas tujuan kerja), dosanya akan aku dapat sekali kerana dikira bersubahat membenarkan mereka menggunakan broadband aku untuk berfacebook dalam waktu kerja. Sudahlah dosa sendiri melayari internet di waktu pejabat tak terhitung banyaknya untuk aku tanggung, ni pulak nak tanggung dosa bersubahat dengan diaorang.. alamatnya.. berapa puluh ratus ribu tahun la boleh aku masuk syurga.. huhhuu.

Yupp.. sekarang ni dah kena pikir soal halal haram... berkat tak berkat.. sebab, tak lama lagi, benih yang tumbuh dalam rahim isteri aku tu akan melihat dunia. Kena bermula dari sekarang (kalau nak ikutkan, sebelum kahwin lagi dah kena jaga bab-bab halal haram ni. tapi, tak kisahlah terlewat pun.. janji ada kesedaran). Sebab apa aku kena perlu kesah tentang halal haram ni daripada sekarang?? Ini adalah sebabnya...



Akhir kata, segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal.. wallahua'lam



Monday, July 18, 2011

JUVANA EPISOD AKHIR

Malam ini merupakan episod akhir bagi drama Juvana yang mula disiarkan di TV3 pada 25 April yang lalu. Aku bukanlah peminat tegar drama ni.. Semasa mula-mula (episod pertama) drama ini ditayangkan dulu, aku akui ada menontonnya namun tidak memberikan sepenuh perhatian dan fokus aku pada jalan ceritanya. Tambahan pulak, selepas itu, aku ada jugak tertinggal menonton dua atau tiga episod daripada drama inil. Namun setelah menyaksikan beberapa episod sebelum episod akhir, aku dapati ia adalah sebuah drama yang menarik dan penuh dengan elemen kejutan.

Kekuatan drama ini bukan sahaja terletak pada para pelakonnya yang hebat, tetapi juga dari sudut penceritaannya (read: ulasan ini adalah dari sudut pandangan aku yang bukan arif mengenai dunia hiburan dan penerbitan). Namun, sebagai penonton, aku rasa drama ini berjaya membuat aku untuk mengikuti dari satu episod ke satu episod berikutnya dan apabila makin hampir ke penghujungnya aku dapati drama ini penuh dengan kejutan. Kupasan demi kupasan satu demi satu watak dalam drama ini adalah sangat menarik sehingga aku sendiri tak sangka Cikgu Shaari yang selama ini macam baik rupa-rupanya sama sahaja macam cikgu-cikgu yang lain (kecuali cikgu Zakiah) yang ada kat situ.

Oleh itu, jangan lupa untuk menyaksikan drama Juvana episod akhir pada malam ini yang aku rasa episod malam ini pasti akan lebih hebat dan penuh dengan aksi dan kejutan. Apapun, syabas kepada tuan director dan penerbit drama ini iaitu Mr Faisal Ishak dan Mr Khabir Bhatia yang berjaya mengarah dan menerbitkan drama yang bagus ini. Semoga, apa-apa yang baik daripada drama ini dapat kita jadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan kita. Akhir kata, selamat menonton.. Daa..



Sunday, July 10, 2011

ASAM PEDAS POWER & BIHUN SUP BUKIT CINA

Jumaat malam, aku dan isteri takde apa-apa aktiviti. Normally, aku dan isteri akan balik rumah mak setiap hari Jumaat selepas aku balik kerja. Tapi, oleh kerana minggu ni mak takde rumah, hari Sabtu pulak ada appointment dengan proton nak hantar kereta untuk major service, so, kami plan untuk duduk rumah je.. Cuma hari Sabtu tu, sebelum hantar kereta servis nak bawak isteri aku gi makan bihun sup kat Bukit Cina.

Kol adik aku ajak dia join sekali, tapi dia kata tak larat. Balik kerja aku kol abang aku kot-kot dia ada kelapangan. Malangnya, dia pun tak free hari Sabtu.. Tapi, dia kata kalau nak gi makan kat Asam Pedas Power, Bukit Cina malam ni (Jumaat) boleh laa.. Tanya isteri aku, dia kata OK, so, kitaorang pun gerak dari rumah sewa dalam jam 7ptg.
Actually, aku mula makan kat warung Asam Pedas Power ni kurang lebih 3 tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh kawan aku. Woww!! rasa dia memang sodappp.. (Masa tengah tulis entri ni, cam terkecur je air liur aku meng'imagine' kan asam pedas power ni). Pastu, aku rekomenkan kat abang aku ni.. At first, memang dia 'maki' aku jugak lah sebab rasanya yang power (pedas gilerr) itu. Siap cakap, ko ni nak bunuh orang ker apa.. Pastu macam-macam andaian lah diorang buat.. kononnya tertumpah lada hitam laa.. tersalah resepi laa.. dan macam-macam lagi. But, bila diaorang dah repeat makan kat situ untuk the 2nd time dan seterusnya... terus dah jadi cam rasa asyik nak makan kat situ jer.


~Asam Pedas Power~
Baru-baru ni, dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, ada keluar cerita pasal warung ni. So, pada korang yang nak atau lum lagi try makan kat sini, sila-silalah try.. Mula-mula memang rasa pedas sikit laa.. Tapi lama-lama cam rasa ketagih lak nak hirup kuah asam pedas yang memang power giler tuh.. for the beginner, aku nasihatkan korang supaya bersedia dari segi fizikal dan mental bila nak try makan kat sini especially untuk mereka yang tak tahan pedas. Selain tu, korang jugak kena banyak bersabar menunggu hidangan tiba sebab ikan, sotong, udang, dll tu diaorang nak kena siang dulu.. Jadi, sementara tunggu hidangan tiba tu, surau ada kat seberang jalan je dan korang bolehlah menunaikan solat maghrib atau isyak dulu.

Warung Asam Pedas Power ni dibuka jam 8.00 malam. Tutup aku tak sure pulak pukul berapa. Maybe dalam 2.3 pagi kott.. Macam-macam pilihan ada (ikan, sotong, lala, udang, sayur, dll) kecuali diaorang takde sediakan menu like nasi goreng, mee goreng, tomyam, sup, dll.  Selamat Mencuba..



~Kualiti gambar tak memuaskan.. harap maaf~
Then, esoknya aku pegi jugak sarapan di warung bihun sup kat bukit cina tu (pun keluar gak dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.. maaf sebab tak ingat apa nama warung ni..) dengan adik aku. Kat sini pun macam-macam menu ada seperti mee sup, mee kari, rojak, mee rebus, dll. Tapi, aku prefer makan mihun sup.. terpulanglah pada selera masing-masing yer.. Kedai ni tutup jam 3 ptg kalau tak silap aku. So, pasni sapa-sapa orang melaka yang belum pernah makan kat sini boleh lah try sarapan kat sini.. tak ketinggalan jugak pada mereka yang datang bercuti di melaka.. boleh lah cuba makan kat dua tempat yang aku sebutkan tadi. InsyaAllah, anda pasti puas hati..