Kol adik aku ajak dia join sekali, tapi dia kata tak larat. Balik kerja aku kol abang aku kot-kot dia ada kelapangan. Malangnya, dia pun tak free hari Sabtu.. Tapi, dia kata kalau nak gi makan kat Asam Pedas Power, Bukit Cina malam ni (Jumaat) boleh laa.. Tanya isteri aku, dia kata OK, so, kitaorang pun gerak dari rumah sewa dalam jam 7ptg.
Actually, aku mula makan kat warung Asam Pedas Power ni kurang lebih 3 tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh kawan aku. Woww!! rasa dia memang sodappp.. (Masa tengah tulis entri ni, cam terkecur je air liur aku meng'imagine' kan asam pedas power ni). Pastu, aku rekomenkan kat abang aku ni.. At first, memang dia 'maki' aku jugak lah sebab rasanya yang power (pedas gilerr) itu. Siap cakap, ko ni nak bunuh orang ker apa.. Pastu macam-macam andaian lah diorang buat.. kononnya tertumpah lada hitam laa.. tersalah resepi laa.. dan macam-macam lagi. But, bila diaorang dah repeat makan kat situ untuk the 2nd time dan seterusnya... terus dah jadi cam rasa asyik nak makan kat situ jer.
~Asam Pedas Power~ |
Warung Asam Pedas Power ni dibuka jam 8.00 malam. Tutup aku tak sure pulak pukul berapa. Maybe dalam 2.3 pagi kott.. Macam-macam pilihan ada (ikan, sotong, lala, udang, sayur, dll) kecuali diaorang takde sediakan menu like nasi goreng, mee goreng, tomyam, sup, dll. Selamat Mencuba..
~Kualiti gambar tak memuaskan.. harap maaf~ |
Then, esoknya aku pegi jugak sarapan di warung bihun sup kat bukit cina tu (pun keluar gak dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.. maaf sebab tak ingat apa nama warung ni..) dengan adik aku. Kat sini pun macam-macam menu ada seperti mee sup, mee kari, rojak, mee rebus, dll. Tapi, aku prefer makan mihun sup.. terpulanglah pada selera masing-masing yer.. Kedai ni tutup jam 3 ptg kalau tak silap aku. So, pasni sapa-sapa orang melaka yang belum pernah makan kat sini boleh lah try sarapan kat sini.. tak ketinggalan jugak pada mereka yang datang bercuti di melaka.. boleh lah cuba makan kat dua tempat yang aku sebutkan tadi. InsyaAllah, anda pasti puas hati..
4 comments:
orait bro.. nanti aku pergi melaka musti try ini kedai..
ok2.. klu dtg kontek2 le den kat sini haa.. hehe
kedai nih bukak stat 8mlm ker?
yup..
Post a Comment