Bila nafsu mendahului akal..
Macam-macam perkara boleh terjadi
Macam-macam dosa boleh berlaku
Maksiat, zina, mabuk, judi, dan segala tok nenek kejahatan berjaya di lakukan
Ini tak lain dan tak bukan..
Ia adalah angkara syaitan
Yang membisikkan kalimah keramat..
"LAKUKAN!! LAKUKAN!!"
Dan Syaitan telah menang!!
Bila nafsu menguasai akal..
Lidah menjadi setajam pisau
Hati boleh sebusuk bangkai
Perangai tak ubah seperti binatang
Kewarasan akal letak di lutut
Tak boleh beza baik dan buruk
Asalkan nafsu puas.. Dendam terbalas.. Benci terlampias
Persetankan saja pada dosa pahala itu
Dan di ketika itu..
Syaitan telah menang lagi!!
Bila nafsu mendahului akal..
Dah tak kira dosa pahala
Dah tak kenal halal haram
Dah tak nampak baik buruk
Yang jahat semuanya indah di mata
Yang jelek makin menyelerakan selera
Yang haram dah jadi halal belaka
Kerana nafsu dah bertuan di mata
Kerana Syaitan dah beraja di minda
Dan saat itu Syaitan bersorak riang
"KITA TELAH MENANG!!"
Oleh yang demikian..
Saya berpesan untuk diri saya dan juga kalian
Marilah kita sama-sama berjihad melawan nafsu
Jangan sesekali membiarkan nafsu menguasai akal..
Kerana bila nafsu menguasai akal
Sistem kewarasan akal tak lagi berfungsi
Kewajaran minda tak mampu untuk membuat pertimbangan
Dan di saat itulah Syaitan datang sebagai sahabat
Sahabat yang tak henti menghasut dan memujuk agar mengikut telunjuknya
Sehingga ternanar mencari yang haq dan yang batil
Dan akhirnya tersungkur melutut di kakinya
Di saat misinya telah berjaya..
Dia bukan lagi sahabat yang setia!!
Dia adalah musuh kita..!!
Musuh yang sangat terang dan nyataa!!
Sebaliknya..
Biarlah akal yang mengawal nafsu
Kerana orang yang bijak itu adalah orang yang mampu mengawal nafsunya
Sehinggakan..
Segala tutur katanya..
Segala perbuatannya..
Bertindak mengikut akal yang waras
Berpandukan pada hadis dan nas
Tidak mendepankan nafsu semata-mata tanpa membelakangkan perimbangan akal
Ketahuilah bahawa
Manusia itu adalah sebaik-baik kejadian
Yang dilebihkan oleh Allah S.W.T. berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain
Dan kelebihan itu tak lain dan tak bukan adalah AKAL!!
AKAL yang dikurniakan untuk membezakan baik dan buruk.. haq dan batil.. dosa dan pahala..
Dan sekiranya manusia itu tidak menggunakan kelebihan AKAL yang diberikan kepada mereka
Maka, samalah mereka itu dengan makhluk-makhluk Allah yang lain
(yang memanjat, menjalar, menyalak, merayap, dsbnya)
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment