Akhirnyaa.. setelah 2 hari ditayangkan di pawagam, aku dan isteri bersama 3 orang lagi kawan termasuk Cik Mal, telah pergi menonton filem yang ditunggu-tunggu alaf ini iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Biarpun plan kami ini pada mulanya sedikit caca-marba dan hampir-hampir tak jadi.. namun, akhirnya kami berpeluang juga menontonnya pada hari Jumaat malam yang lepas.
So far, review aku untuk filem ini adalah sangat-sangat WWWooowwwWWW!!
Daripada 5 bintang, aku nak bagi 4 kat filem ni.
Aku sangat-sangat suka akan filem epik ini dan secara peribadinya.. ianya lebih hebat daripada filem PGL.
Rasa cam tak puas menonton filem ini dan rasanya harus aku mengulangi menonton filem ni..
Tapi kali ni mungkin di ASTRO 1st kott.. ngehehe
Aku suka akan teknik CGI filem ini..
Aku juga suka babaik-babak aksi dan pertarungan filem ini
Dan pastinya.. lakonan yang paling mendapat kesan di hati adalah lakonan Khir Rahman sebagai Kemawas.. huhhuuu
Part yang paling meninggalkan kesan adalah part terakhir filem ini..
Meremang sekejap bulu roma aku bila Merong yang dah memang already tertusuk pedang di perutnya dengan adiwiranya menekan lagi tusukan pedang itu untuk mengenai Kemawas dengan niat untuk membunuhnya
Maka dengan itu terjawablah segala persoalan mengenai pantun yang sering diucapkan oleh si Merong dalam filem ni..
Memang best part ni.. I likeee!!
Cuma.. dari segi jalan ceritanya macam ada yang tak kena..
Sebab.. aku tengok cerita ni cam bergerak dengan pantas like cam nak suruh cepat-cepat habis jerr..
Tak sempat nak klimaks.. tetiba dah game dahh.. hehe
Pastu, si Putera Rom tu camne tah boleh hidup (tidak diceritakan dalam filem tu) sedangkan dah kena tikam dengan pedang masa nak selamatkan Puteri Cina daripada puak Geruda.. konfius-konfius!!
Tapi tu cuma dari sudut pandangan aku la kann.. yang bukan ahlil dalam bab-bab filem ni
But, overall.. aku teramat-amat suka dengan filem ni..
Tak rugi melabur RM20 (bayor untuk bini le beb.. hehe) untuk filem ni..
So, kepada sesiapa yang masih belum lagi menonton filem ini, sila-silalah pergi ke panggung wayang berdekatan rumah anda..
Tak rugi rasanya jika anda menonton filem epik lagenda cam ni kerana anda bukan sahaja boleh berhibur, bahkan anda juga boleh mendapat sedikit pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Langkasuka..
So, orang Utara.. jangan ketinggalan menyaksikan filem ni..
1 comment:
hampir x jadi kan !!!
last² jadik jugak !!~
terbaik ITU FILEM.....
(^_^)^
Post a Comment