Pages

Friday, February 18, 2011

BAHANA LAST MINUTE!!

Sangap!! Betul-betul sangap pagi ni..
Inilah bahana orang yang suka bertangguh kerja
Akibatnya.. terpaksalah saya berjaga hingga ke tengah malam untuk menyiapkan kerja tersebut
Dan hasilnya...
Hasil kerja saya masih juga belum dapat diselesaikan
Sebaliknya.. hasil yang saya dapat pagi ini adalah rasa mengantuk dan lemau yang teramat sangat!!

Ini bukan kali pertama..
Bukan juga kali kedua
Bahkan dah banyak kali benda ni terjadi
Tapi, masih belum ada kesedaran
Masih suka menangguhkan kerja dan menyelesaikannya di saat akhir
Sudahnya.. kerja tak selesai jugak
Mengantuk yang dapat!!

Pagi ni..
Datang ke tempat kerja dengan suatu perasaan yang terawang-awang
Semacam tak berpijak di bumi yang nyata..
Mamai.. Bengal.. Sakit kepala
Sebabnya.. berjaga sampai lewat malam untuk menyiapkan assignment yang dah diberikan kurang lebih sebulan yang lalu

Jadi..
Sila jangan tiru tebiat buruk saya ini
Kerana ianya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri anda dan apatah lagi kepada diri saya..
huhhuu..



 



No comments: