Pages

Monday, April 11, 2011

LELAKI & PENJAGAAN RAMBUT

Salam..
Hari ini aku ingin berkongsi tips penjagaan rambut untuk kaum Adam seperti aku. Aku akui, ramai di kalangan lelaki yang tak berapa nak kisah tentang penjagaan rambut mereka termasuk jugak aku.
Secara peribadinya, aku menyukai potongan rambut yang pendek untuk diri aku kerana ia kelihatan lebih kemas selain kelihatan lebih muda.. hehe. Lagi satu, apabila rambut aku semakin panjang, dia akan kelihatan 'curl' di hujung.. Oleh sebab itu aku lebih suka berambut pendek.

Fesyen??
Aku sangat tak pandai untuk menggayakan rambut. Contohnya, bila aku buat rambut pacak, ia tidak akan terpacak sebagaimana mereka yang memang berambut lurus (sebab, rambut aku kan curl di hujung). Kalau aku jatuhkan ke depan, dia akan kelihatan leper macam Dr. Rozmi.. ngehehe. Oleh itu, aku lebih selesa menyikat rambut belah tepi (kiri) berbanding nak pacak atau lain-lain style. Apatah lagi, apabila aku menunggang motosikal, rambut yang asalnya terpacak tegak, dah jadi leper semula.. Untuk touch up semula, aku malas!!

So, di bawah ni ada sedikit tips tentang penjagaan rambut untuk kaum Adam yang aku petik daripada akhbar Berita Harian (XY), 9 April yang lalu..


SYAMPU
Memang wajib untuk lelaki bersyampu setiap hari. (Aku buat seminggu 2 kali je.. Kalau hari-hari, gugur rambut aku walaupun dah guna syampu 'hair fall control".. huhhuu).
Tetapi jangan sangka setiap syampu sesuai untuk setiap jenis rambut. Andai rambut lelaki jenis berminyak, elak syampu khusus untuk rambut kering, akibatnya rambut akan bermasalah dan kusut.
Pastikan kandungan bahan serta kesesuaian syampu mengikut rambut dan kulit kepala.

PERAPI
Memang lelaki diakui jarang menggunakan perapi sebaliknya lebih selesa menggunakan syampu saja. (Tetapi tidak bagi aku kerana aku akan menggunakan perapi selepas bersyampu. Ini kerana, jika aku tidak menggunakan perapi, nescaya rambut aku akan kering dan mengerbang.. I don't like!!)
Namun, ada kebaikannya menggunakan perapi terutama apabila sudah menggunakan pelbagai krim serta gel pada rambut hingga menjejaskan kulit kepala.
Lelaki juga patut tahu, andai kulit kepala mereka sihat, nescaya rambut juga berada pada tahap terbaik.

MINYAK RAMBUT
Semakin banyak pengeluar produk berteraskan rambut jenis terbaru seperti wax, clay dan berteraskan minyak berbanding gel.
Hasilnya tetap sama tetapi ia setidaknya memberi impak lebih baik pada rambut kerana hanya disapukan pada permukaan atas stuktur rambut.

GEL RAMBUT
Tidak salah untuk bergaya. Apatah lagi untuk menggayakan fesyen rambut terpacak dan beralun, tetapi lelaki juga harus sedar penggunaan produk sampingan seperti gel bermakna kulit kepala diliputi oleh lapisan kandungan bahan yang membuatkan kulit kepala tidak bernafas.
Oleh itu, pastikan penggunaan berpada-pada dan hanya untuk acara penting.
(Suatu ketika dulu, aku memang menggunakan gel untuk menggayakan rambut. Tetapi lama kelamaan aku dapati rambut aku semakin kurang dan menipis terutama di bahagian depan. Aku sangat takut untuk kelihatan jendul atau berdahi luas. Di samping tu, aku juga dapati kulit kepala aku semakin banyak kelemumur. So, aku ambil keputusan untuk berhenti guna gel dan try guna wax. Tak lama aku guna wax ni sebab aku rasa rambut aku menjadi kasar dan keras seperti dawai. Now, aku beralih kepada minyak rambut (cecair) zaitun dan alhamdulillah, hasilnya, rambut aku kembali pulih dan aku mula rasa anak-anak rambut yang mulai menumbuh di bahagian hadapan kepala aku)
2 DALAM 1
Sudah menjadi tabiat lelaki untuk mengambil mudah dalam segala hal. Ini termasuk soal penjagaan rambut di mana memilih produk berteraskan dua dalam satu seperti syampu dan perapi dalam satu. (Aku tak termasuk dalam kategori ni kot.. huhhuu).
Produk begini asasnya tidak boleh menanggalkan minyak, sekali gus bertindak sebagai pelembap.

JENIS RAMBUT
Bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi jejaka andai kurang menggemari rambut mereka. Jika dilahirkan dengan rambut lurus tentu terfikir untuk berambut kerinting. (Actually, aku sangat suka dengan rambut aku kerana bukan semua orang boleh memiliki rambut ikal seperti aku.. ngehehe. Apatah lagi kalau disimpan panjang. Mesti makan hati adik-adik kat luar sana tu tengok rambut kepuk-kepuk cam I.. wakaka. Tapi dek kerana tuntutan tugas dan mak aku marah kot kalau simpan rambut panjang, jadi terpaksa lah aku potong pendek.. :-( )
Begitulah sebaliknya bagi jejaka kerinting yang mengimpikan untuk berambut lurus. Belajarlah untuk menyukai rambut asal serta mendapatkan pandangan pendandan profesional untuk teknik rambut terbaik.

Akhir kata, kepada lelaki-lelaki di luar sana, buatlah pilihan yang tepat untuk diri anda kerana rambut bukan sahaja menjadi mahkota wanita tetapi juga menjadi pelengkap kepada penampilan lelaki..

Pilihlah gaya rambut yang sesuai dengan diri anda..
-gambar ikhsan pakcik google-





Friday, April 1, 2011

Tazkirah Jumaat

9 WAKTU MUSTAJAB UNTUK IBU BAPA NASIHAT ANAK WALAUPUN UNTUK SEMINIT

Salam.. ini untuk panduan para ibu bapa di luar sana tentang waktu-waktu yang mustajab untuk mereka menasihati anak-anak mereka.

1. Sebelum tidur;
2. Sedang tidur (bisikkan di telinga);
3. Selepas bangun tidur;
4. Selepas mandi;
5. Selepas solat;
6. Selepas baca al-Quran;
7. Selepas berdoa;
8. Selepas riadah; dan
9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak)

Jadi, pilihlah waktu-waktu yang sesuai di antara waktu-waktu di atas untuk menasihati anak-anak anda. Mudah-mudahan, nasihat anda itu akan meresap ke dalam hati sanubari mereka dan membuatkan mereka berubah menjadi anak yang baik, soleh dan mendengar kata. InsyaAllah.


Sebagai tambahan, mungkin juga waktu-waktu ini boleh kita gunakan untuk menasihati isteri, sahabat, ahli keluarga, dll.

Ini pula ayat-ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:
1. Surah al-Baqarah (satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah);
2. Surah an-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:
"Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."

3. Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki 'Arasy yang agung."

Wallahua'lam.

(Sumber: Berita Harian)



Thursday, March 31, 2011

HATI-HATI MEMBELI TAYAR KERETA BARU..


Ihsan Pok Cik Google
 Saja nak kosi info dengan para pembaca budiman sekalian mengenai pembelian atau penggantian tayar baru. Info ni aku petik daripada Akhbar Utusan Malaysia, 26 Mac yang lalu dengan tajuk yang tertera seperti di atas.. So, para pengguna kenderaan sama ada motokar mahupun motosika, marilah sama-sama ambil manfaat daripada info di bawah.

"Mengikut piawaian tayar antarabangsa, jangka hayat tayar hanya bertahan selama lima tahun selepas ia dikilangkan. Ini bermakna, setelah tamat tempoh, getah tayar itu akan menjadi keras atau dalam bahasa mudahnya ia akan 'mati cengkam'.


Asasnya, rangkaian nombor di bahagian tepi tayar yang selalunya dicetak tenggelam ke permukaan tayar, akan memberi kita maklumat mengenai tarikh ia dikilangkan. Misalnya, jika rangkaian nombor pada tayar tersebut adalah 3001, ini bermaksud tayar tersebut dikilangkan pada minggu ke-30 pada tahun 2001.


Oleh itu, jangan tertipu! Sekiranya ada kedai menawarkan tayar dengan harga murah, periksalah terlebih dahulu rangkaian nombornya bagi mengelakkan anda menjadi mangsa. Besar kemungkinan, tayar tersebut telah tamat tempoh penggunaannya. Ingat! Tayar yang telah tamat tempoh berisiko tinggi mudah meletup pada kelajuan tertentu.


Ia juga sudah tidak sesuai digunakan di jalan raya kerana akan membuatkan kereta anda terasa bergegar atau kurang mencengkam. Perkara tersebut boleh menyebabkan sesebuah kenderaan itu mudah terbabas terutama di selekoh yang licin.


Seperkara lagi yang pemandu perlu tahu, jika anda melihat usia tayar dikilangkan berusia kurang tiga tahun, jika dipasang pada kereta, ia turut diklasifikasikan berbahaya. Sebagai panduan, jika anda lihat tertera nombor 1508, tayar itu dikilangkan pada minggu ke-15 atau dari 6 hingga 12 April 2009. Maksudnya, jika anda membeli tayar tersebut pada Rabu, 6 April ini, tayar tersebut sudah berusia tiga tahun. Ini kerana tayar tersebut telah menjadi keras disebabkan sudah terlalu lama tidak digunakan atau disimpan di kedai berkenaan.

 
Mengenai jenis tayar pula, pengguna di negara ini lebih gemar memilih tayar import yang dikategorikan mahal. Walaupun tayar itu dikatakan lebih lembut, ia sebenarnya direka bersesuaian dengan iklim negara pengeksport tersebut. Ia lebih sesuai digunakan di negara mereka berbanding Malaysia yang beriklim panas. Penggunaannya akan menyebabkan tayar kenderaan mempunyai jangka hayat pendek serta kehabisan bunga atau pemukaan menipis."

So, para pengguna kenderaan di luar sana, semoga apa yang disampaikan ini akan dapat membantu saya dan anda untuk membuat pilihan yang tepat dan terbaik semasa hendak mengganti tayar nanti..



Wednesday, March 16, 2011

:: LIFE ::

Aku rasa.. hidup aku sejak 2 menjak ni macam tak berapa nak terurus..
Pergi kerja jam 7 pagi.. pulang ke rumah semula jam 7 petang..
Baru jam 9, 10 malam.. mata dah mengantuk..
Maka terbengkalai lah segala tok nenek assignment yang patut disiapkan

Rumah sewa dah macam hotel..
Balik untuk tidur je..
Hujung minggu kalau ada kelas pergi kelas di Shah Alam
Kalau takde.. balik rumah mak..
Kalau ada OT kena kerja pulak Sabtu Ahad

Aku dah mula letih menghadapi situasi seperti ini..
Hari-hari berulang alik dari Selandar ke Masjid Tanah dan sebaliknya membuatkan kehidupan aku seperti tidak terarah..
Bak kata orang sekarang... "takde life"
Sepatutnyaa.. di awal-awal perkahwinan aku manfaatkan masa untuk mengenali hati budi isteri dengan lebih dekat
Berjalan-jalan dan bersiar-siar sambil menikmati usia perkahwinan kami yang masih muda
Menjalani kehidupan berumah tangga seperti suami isteri yang lain sambil menonton televisyen, makan bersama, keluar malam sekali-sekala, dan sebagainya..

Ada juga isteri aku mohon pindah ke tempat kerja yang lebih dekat dengan tempat kerja aku..
Tapi pengarah tempat kerja isteri aku sekarang ni tak mahu luluskan melainkan pertukaran suka sama suka..
So, kepada tuan pengarah tempat isteri aku kerja tu..
Sekiranya anda terbaca belog saya ini..
Tolonglah perihatin dengan masalah yang kami hadapi..
Saya tak mintak lebih.. cuma tolong sign dan luluskan permohonan pertukaran isteri saya tuh jer..
Pastu.. terpulanglah kepada pihak atasan (HQ) sama ada nak luluskan ke tak..
InsyaAllah, saya yakin pasti ada pengganti yang akan menggantikan tempat isteri saya nanti..
Tolonglahh.. saya merayu dengan sesungguh hati ni..
Kembalikanlah 'life' yang pernah saya lalui dahulu
Semoga 'life' saya yang semakin malap ini akan semakin cerah atas jasa baik tuan itu.. :-(

p/s: korang tolong-tolonglah doakan supaya isteri saya dapat bertukar di tempat kerja yang lebih dekat dengan saya yer.. tq in advance..



MERONG LAGI..

Akhirnyaa.. setelah 2 hari ditayangkan di pawagam, aku dan isteri bersama 3 orang lagi kawan termasuk Cik Mal, telah pergi menonton filem yang ditunggu-tunggu alaf ini iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Biarpun plan kami ini pada mulanya sedikit caca-marba dan hampir-hampir tak jadi.. namun, akhirnya kami berpeluang juga menontonnya pada hari Jumaat malam yang lepas.

So far, review aku untuk filem ini adalah sangat-sangat WWWooowwwWWW!!
Daripada 5 bintang, aku nak bagi 4 kat filem ni.
Aku sangat-sangat suka akan filem epik ini dan secara peribadinya.. ianya lebih hebat daripada filem PGL.
Rasa cam tak puas menonton filem ini dan rasanya harus aku mengulangi menonton filem ni..
Tapi kali ni mungkin di ASTRO 1st kott.. ngehehe

Aku suka akan teknik CGI filem ini..
Aku juga suka babaik-babak aksi dan pertarungan filem ini
Dan pastinya.. lakonan yang paling mendapat kesan di hati adalah lakonan Khir Rahman sebagai Kemawas.. huhhuuu
Part yang paling meninggalkan kesan adalah part terakhir filem ini..
Meremang sekejap bulu roma aku bila Merong yang dah memang already tertusuk pedang di perutnya dengan adiwiranya menekan lagi tusukan pedang itu untuk mengenai Kemawas dengan niat untuk membunuhnya
Maka dengan itu terjawablah segala persoalan mengenai pantun yang sering diucapkan oleh si Merong dalam filem ni..
Memang best part ni.. I likeee!!

Cuma.. dari segi jalan ceritanya macam ada yang tak kena..
Sebab.. aku tengok cerita ni cam bergerak dengan pantas like cam nak suruh cepat-cepat habis jerr..
Tak sempat nak klimaks.. tetiba dah game dahh.. hehe
Pastu, si Putera Rom tu camne tah boleh hidup (tidak diceritakan dalam filem tu) sedangkan dah kena tikam dengan pedang masa nak selamatkan Puteri Cina daripada puak Geruda.. konfius-konfius!!
Tapi tu cuma dari sudut pandangan aku la kann.. yang bukan ahlil dalam bab-bab filem ni
But, overall.. aku teramat-amat suka dengan filem ni..
Tak rugi melabur RM20 (bayor untuk bini le beb.. hehe) untuk filem ni..
So, kepada sesiapa yang masih belum lagi menonton filem ini, sila-silalah pergi ke panggung wayang berdekatan rumah anda..
Tak rugi rasanya jika anda menonton filem epik lagenda cam ni kerana anda bukan sahaja boleh berhibur, bahkan anda juga boleh mendapat sedikit pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Langkasuka..
So, orang Utara.. jangan ketinggalan menyaksikan filem ni..