Pages

Tuesday, June 22, 2010

MEREKA YANG SEKUFU DENGAN AKU.. LaLaLa..

Demam piala dunia sedang melanda rakyat di mana-mana negara di dunia ini.. Tapi, aku tidak merasakan tempiasnya. Ko nak rembat ke, ko nak layang kat kuning, biru, merah, hijau, petrol, plumbum ke, ko nak berjaga sampai tengah malam dan pastu kat tempat keje dah macam orang berak kapur.. Lantak pi lah.. Ada aku kesahh??!! Life aku tetap berjalan seperti biasa.. Tapi, aku cam amek la jugak pot sikit-sikit tentang keputusan perlawanan and tengokla jugak mana-mana game yang sempat aku tengok. Kang orang kata cam katak bawah tempurung lakk.. Tak mengikuti perkembangan semasa langsung!!

Well, aku ingatkan hanya aku sorang je yang tak berapa nak menjadi 'follower' kepada World Cup ni, tapi rupa-rupanya.. aku baca artikel kat bawah ni, ada jugak mereka yang sekufu dan seangkatan ngan aku yerkk..


-dipetik daripada akhbar NST-

Apapun, setiap orang ada minat dan pandangan masing-masing. Bagi aku, aku memang tak minat nak tengok football match, apatah lagi nak main bola sepak. Masa sekolah dulu, time PJK aku selalu doa dalam hati, janganlah arini PJK cikgu ajar main bola.. Damn!! huhhuu. Masa sekolah dulu, aku main gak sport like volleyball (sayangnya.. ketinggian tak mencukupi), hoki, dan yang paling aku suka adalah badminton. Sampai sekarang pun aku suka main badminton bila ada kelapangan.

Akhir kata, bak kata abang ipar aku (tak tau la dia ni sekufu ngan aku ke tak.. hehehe), buat apalah korang ramai-ramai nak penat-penat kejar dan rebut bola yang satu tu, bagi sorang satu sudah.. abis citerrr..
"HIDUP BOLA SEPAK MALAYSIA, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


SENGAL..!!

Ari Ahad aritu, mak sedara aku suruh amek anak dia (sepupu aku) balik dari tuisyen jam 6.00 ptg. Lebih kurang jam 5.50 ptg aku pun pergilah amek sepupu aku tu dengan menaiki motosikal. Sampai tempat tuisyen, bebudak tu masih lum keluar lagi. Ada la 4-5 buah kenderaan mak bapak, abang kakak, yang sedang menunggu anak mereka. Dalam hati aku kata "lambatnya pulakk.. (ke aku yang sampai awal sangat??)". Matahari petang yang memancarkan cahayanya telah menimbulkan rintik-rintik peluh kat dahi aku. Yang aku pun satu, dengan ber'sweater' bagai, pastu helmet tak tanggal, memanglah panass!! Lagi mau kompelen.. Tak lama pastu aku nampak bebudak tuisyen tu dah mula keluar. Aku nampak la sepupu aku tu keluar, pastu dia masuk balik. Agaknya tak nampak aku kott.. akupun dok jauh sikit dari tempat biasa mak bapak tunggu. Dalam 5minit camtu dia kuar balik dan nampak aku. Apabila aku nampak dia, akupun mula menghidupkan enjin motor dan tetibaa..
"YA ALLAH.. HELMET TAK BAWAK!!"

Perggghhh!! malunya aku.. yang sepupu aku ni dah siap bonceng kat belakang. 
Last-last aku suruh dia turun balik n suruh dia tunggu jap, aku balik amek helmet kat rumahhh.. huhhhuuu.
Sengal ke tak sengal aku niii..??!!!

Monday, May 10, 2010

SELAMAT HARI IBU..

Selamat Hari Ibu untuk emak aku dan juga ibu-ibu seluruh duniaa.. semoga senantiasa berada di dalam naungan rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala dunia dan akhirat hendaknya. Amiin..

Untuk meraikan emak kami sempena Hari Ibu pada tahun ini, kami adik beradik telah bersepakat untuk 'makan besar' di Muara Sungai Duyong, Melaka sehari lebih awal iaitu pada hari sabtu 8.5.2010. Alhamdulillah, pada tahun ini juga, semua adik beradik aku dapat berkumpul bersama-sama (susah sebenarnya nak mengumpulkan adik beradik aku yang enam orang tu dalam suasana sebegini kerana pasti akan ada satu keluarga yang tak dapat turut serta) bagi meraikan emak kami. 

Akak aku yang tinggal jauh (jauhlah sangat.. padahal kat KL je.. hohoho. Tapi sebab semua adik beradik aku yang lain dok melaka, kira dia yang paling jauh la tu..), pun sempat balik walaupun agak 'rushing' kerana perlu balik ke KL keesokan paginya untuk menghantar anaknya kembali ke asrama. So, malam tu, family aku la paling ramai sekali kott (adik beradik aku 6 orang, mak aku sorang, aku sorang, menantu-menantu mak aku 5 orang, cucu-cucu mak aku 15 orang, total... korang kira lah sendiri). So, kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang aku sempat snap guna kamera handphone murah aku ni.. tapi, tak banyak la sebab dah orang lain sibuk nak makan, takkan aku nak tengok jer.. hehehe

Meja yang telah di'booking' pada malam itu
dan juga hidangan yang telah ditempah..

Yang diraikan pada malam itu - EMAK AKU (tudung purple)
yang kiri sekali tu akak aku yang dok "jauuuhhhhh" tu...

acara makan-makan pun bermulaa..

Ok.. TAMAT CERITA HARI IBU

sekarang aku nak citer pasal exam aku yang dah pun berakhir pada 6 Mei yang lalu. Alhamdulillah, aku telah dapat menjawab semua kertas dengan jayanya (dalam erti kata lain, aku tak absent la pada exam tersebut), biarpun agak haru biru jugak aku nak selesaikan kesemua kertas tersebut..

apa-apa pun, semuanya sudah berakhir, dan yang patut aku buat sekarang adalah, berdoa dan berdoa dan berdoa dan akhirnya, bertawakkal aja lah dengan apa yang telah aku jawab dan apa yang telah aku usahakan.. Semoga Allah peroleh kan aku dan kawan-kawan aku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.. amiin.

so, sekarang adalah masa untuk melepaskan ketegangan dan keregangan fikiran.. nak gi nonton wayang, kat Masjid Tanah ni, manalah ada panggung wayang. So, ngadap je la laptop ni.. tupun, aku tak tau nak wat apa. Masa cuti sem dulu, aku ada gak "songlap" novel (adalah dalam 10 buah) kat matrik. yelaa.. yelaaa.. nanti aku pulang balik la bila dah abis baca. Akupun nak wat apa dengan novel-novel tu.. apa ingat rumah aku ni Arkib Negara Malaysia ke nak simpan novel-novel tu sume.. huhhuuu

unfortunately, sampai sekarang pun aku lum lagi start reading those novels. wat kata kengkawan aku, mood lum mari lagi.. tengokla satu dua hari nanti.. kalau mood dah mari nanti aku baca arrr. Pastu lak, ada job lain menanti aku.. kesahnya, mak aku siang-siang lagi dah booking aku nak suruh aku wat kan penahan untuk dia tanam pokok buah naga.. Cerita bermula apabila mak aku tu 'jelez' (dari sudut persaingan secara sihat) dengan mak sedara aku yang tinggal kat sebelah ni sebab pokok naga dia dah berbuah setelah setahun lamanya.. tu yang mak aku tu nak sangat tanam pokok naga tu.. errrmmm.. mungkin weekend ni aku tolong wat kan la kott.. insyaAllah

agenda lain adalah, maybe aku kena gi kursus kahwin bulan ni. memula aku ingat nak gi kursus yang diadakan pada bulan 6. oleh kerana akak aku nak meng'khatan'kan anak dia dan membuat kendurinya pada 13.6.2010 (tarikh yang patutnya aku gi kursus kahwin), maka terpaksalah aku mengawalkan (baca: meng awal, bukan mengawal) tarikh kursus tu pada bulan 5. tupun kalau ada kosong sebab aku lom tipon lagi pun..

ABIS CITER EXAM.. CITER ARINI PULAKKK

balik daripada kerja, mak aku dah siap panaskan lebih kuey tiow goreng pagi tadi and letak kat atas meja makan. di sebelahnya adalah secawan nescafe O.. so, lepas solat asar aku pun menjamah hidangan tersebut sementara mak aku bagi makan ayam..

aku rasa air nescafe O itu sungguh tawar sekali.. lalu aku tambah gula
oleh kerana ia masih panas lagi, aku biarkan air itu dahulu dan memakan kuey tiow goreng tersebut
sedang enak aku menjamu selera, tiba-tiba handphone aku berbunyi.. mak sedara aku rupa-rupanya
kami pun berbual..

selepas becakap di telefon, aku kembali menyambung hidangan..
eh2.. sudah tiada air di atas meja itu..
lalu akupun bertanya kepada mak aku yang sedang bersembang di luar

AKU: Mak dah minum air orang (ganti nama diri bagi saya) ke??

EMAK: Mak minum air mak atas meja tu..

AKU: Laa.. air mak ke?? ingatkan air orang tadi.. Tawar air tu.. orang tambah gula..

EMAK: Laaa.. Patut le aku minum maniss.. ko tambah gula rupanya. tadi aku buat tawar rasanyaa..

AKU: Errmmm.. Patut le tawarr.. rupa-rupanya mak punyaaa.. huhhuuu

Moral of the story: Mak aku tu baru dapat sakit kencing manis. tapi belum di tahap bahaya.. masih 10 di bawah Par lagi (eh2, cam main golf pulak).. tu yang dia buat air untuk dia tu tawar.. yang aku pulak gi tambah gula kat air orang tua tuh sebab aku rasa tawar.. nayaa-nayaa!!! Mana la aku tau, aku ingatkan mak aku panaskan kuey tiow goreng tu siap pakej dengan air nescafe O nya sekali.. OOOOO.. rupa-rupanya tidakkk.. hohoho

Wednesday, March 31, 2010

"PESTA BUKU 2010"

Alhamdulillah, Pesta Buku 2010 a.k.a. Kuala Lumpur International Book Fair 2010 bagi edisi yang ke-29 telah pun melabuhkan tirainya. Pesta Buku selama sepuluh hari itu yang bermula pada 19hb Mac dan berakhir pada 28hb Mac 2010 telah menggamit kehadiran ribuan pengunjung untuk melihat koleksi buku terkini dalam dan luar negara. Tidak ketinggalan, tempat kerja aku juga telah menghantar wakil yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan, Pensyarah dan staf sokongan dengan menaiki sebuah bas untuk ke Pesta Buku tersebut pada hari Jumaat, 26hb Mac 2010. (Nampak cam serius je entry aku kali ni.. huhhhuuu. Ada gaya-gaya tulisan seoran reporter tak??)

Malangnya, aku bersama dengan seorang lagi Pakcik PAR tidak dapat turut serta ke Pesta Buku tersebut kerana terpaksa bertugas di kaunter peminjaman dan pemulangan (walaupun hakikatnya Pakcik tu hanya menemankan aku dan aku sesowang je yang buat keje). Deyyy... dah kalau sume nak pegi, abis sapa nak jaga Library ni??!! So, aku dengan rela hatinya telah menawarkan diri untuk tidak pergi ke Pesta Buku tersebut. Begitu juga dengan Pakcik PAR tadi.. Jadi, tinggal lah kami berdua si bujang trang tang tang ni menjaga kaunter.

Adapun beberapa hari sebelum ke Pesta Buku tersebut si Pakcik PAR ni sudah tanya aku...

Pakcik PAR: Kayrol, ko dah pegi Pesta Buku??

Aku: (Dengan jujurnya menjawab tanpa mengetahui sebarang muslihat di sebalik pertanyaan itu)  Belum Cik.. Kenapa??

Pakcik PAR: Ko tak yah pegi.. Ko pegi je Pesta Buku kat belakang tuh!! (rak buku di bahagian belakang)

haahahahaahaaa..

tergolak bosar den dengan lawak Pakcik nie..
tapi, ada benarnya kata-kata Pakcik tersebut..
Kalau tak caya jom kita terjahhhh..!!!

So, Korang saksikanlah sendiri gambar-gambar di bawah nie...


klik bawah

\/
\/


\/
\/


\/
\/


\/
\/

\/
\/






amacam??? 
Percaya takkkkkk????
wakaka...

Wednesday, January 20, 2010

EXPIRED..???!!!

Pagi ni aku bersiap pergi kerja seperti biasa. Sedang aku leka mengaplikasikan minyak rambut Code10 ke rambutku, tiba-tiba terlintas di fikiran aku "DAH BERAPA LAMA AKU GUNA MINYAK RAMBUT NI??"

Terlintas jugak difikiran aku, yang setahu aku, aku beli minyak rambut ni seminggu lepas adik aku kawin.. Dan adik aku kawin adalah pada awal tahun 2008. Laa ni, dia dah ada anak sorang dah.. Eh2, minyak rambut ada expired date ke??

Tanpa berlengah lagi, akupun terus mengecek dan membelek bekas minyak rambut tersebut.. Sah!! memang dah expired pun dari tahun lepas.. bulan 6, 2009!! Patutla pun rambut-rambut aku ni jatuh berguguran lalu berserakan bak daun-daun keguguran bertaburan di atas lantai bilik aku ni!! Rupa-rupanya, aku telah memakai minyak rambut yang dah expired lebih dari 6 bulan..!!!

Nasib la aku tersedar!! Kalau tak, tanpa aku tahu apa puncanya, jadilah kepala aku botak separa like uncle Zaibo... huhhuuu. Selama ni mati-mati aku ingat rambut aku gugur sebab faktor usia. Tapi rupanya, minyak rambut yang punya pasal.. and of course le, minyak rambut tu telah selamat berada di dalam bakul sampah di rumah makcik Tijah (eh2, tu cam nama mak aku jew..)

Samaada anda percaya atau tidak, ini juga merupakan entry pertama aku di tahun baru 2010 (ya Rabbii.. malasnya nak update). Bulan pun dah nak masuk separuh, baru ada kesedaran nak update blog.. Ntah apa-apa ntah!! Maklumle, idup aku ni takdela happening sangat cam orang lain untuk dikongsi bersama. Bila aku rasa ada something or moment yang menarik, barula aku akan masukkan ke dalam blog.

Neway, masih belum terlewat lagi untuk aku me'wish' Hepi New Year kat semorang. Azam??!! takde maknanya nak berazam-azam ni kerana setiap hari-hari yang aku lalui ni adalah penuh dengan keazaman.. tak payah la nak tunggu tahun baru, baru nak berazam. Bak kata tagline satu iklan TV, "ARI-ARI MAWWW.." --> (twisties bingit)
Chowwww!!