Untuk meraikan emak kami sempena Hari Ibu pada tahun ini, kami adik beradik telah bersepakat untuk 'makan besar' di Muara Sungai Duyong, Melaka sehari lebih awal iaitu pada hari sabtu 8.5.2010. Alhamdulillah, pada tahun ini juga, semua adik beradik aku dapat berkumpul bersama-sama (susah sebenarnya nak mengumpulkan adik beradik aku yang enam orang tu dalam suasana sebegini kerana pasti akan ada satu keluarga yang tak dapat turut serta) bagi meraikan emak kami.
Akak aku yang tinggal jauh (jauhlah sangat.. padahal kat KL je.. hohoho. Tapi sebab semua adik beradik aku yang lain dok melaka, kira dia yang paling jauh la tu..), pun sempat balik walaupun agak 'rushing' kerana perlu balik ke KL keesokan paginya untuk menghantar anaknya kembali ke asrama. So, malam tu, family aku la paling ramai sekali kott (adik beradik aku 6 orang, mak aku sorang, aku sorang, menantu-menantu mak aku 5 orang, cucu-cucu mak aku 15 orang, total... korang kira lah sendiri). So, kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang aku sempat snap guna kamera handphone murah aku ni.. tapi, tak banyak la sebab dah orang lain sibuk nak makan, takkan aku nak tengok jer.. hehehe
Meja yang telah di'booking' pada malam itu
dan juga hidangan yang telah ditempah..
Yang diraikan pada malam itu - EMAK AKU (tudung purple)
yang kiri sekali tu akak aku yang dok "jauuuhhhhh" tu...
acara makan-makan pun bermulaa..
Ok.. TAMAT CERITA HARI IBU
sekarang aku nak citer pasal exam aku yang dah pun berakhir pada 6 Mei yang lalu. Alhamdulillah, aku telah dapat menjawab semua kertas dengan jayanya (dalam erti kata lain, aku tak absent la pada exam tersebut), biarpun agak haru biru jugak aku nak selesaikan kesemua kertas tersebut..
apa-apa pun, semuanya sudah berakhir, dan yang patut aku buat sekarang adalah, berdoa dan berdoa dan berdoa dan akhirnya, bertawakkal aja lah dengan apa yang telah aku jawab dan apa yang telah aku usahakan.. Semoga Allah peroleh kan aku dan kawan-kawan aku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.. amiin.
so, sekarang adalah masa untuk melepaskan ketegangan dan keregangan fikiran.. nak gi nonton wayang, kat Masjid Tanah ni, manalah ada panggung wayang. So, ngadap je la laptop ni.. tupun, aku tak tau nak wat apa. Masa cuti sem dulu, aku ada gak "songlap" novel (adalah dalam 10 buah) kat matrik. yelaa.. yelaaa.. nanti aku pulang balik la bila dah abis baca. Akupun nak wat apa dengan novel-novel tu.. apa ingat rumah aku ni Arkib Negara Malaysia ke nak simpan novel-novel tu sume.. huhhuuu
unfortunately, sampai sekarang pun aku lum lagi start reading those novels. wat kata kengkawan aku, mood lum mari lagi.. tengokla satu dua hari nanti.. kalau mood dah mari nanti aku baca arrr. Pastu lak, ada job lain menanti aku.. kesahnya, mak aku siang-siang lagi dah booking aku nak suruh aku wat kan penahan untuk dia tanam pokok buah naga.. Cerita bermula apabila mak aku tu 'jelez' (dari sudut persaingan secara sihat) dengan mak sedara aku yang tinggal kat sebelah ni sebab pokok naga dia dah berbuah setelah setahun lamanya.. tu yang mak aku tu nak sangat tanam pokok naga tu.. errrmmm.. mungkin weekend ni aku tolong wat kan la kott.. insyaAllah
agenda lain adalah, maybe aku kena gi kursus kahwin bulan ni. memula aku ingat nak gi kursus yang diadakan pada bulan 6. oleh kerana akak aku nak meng'khatan'kan anak dia dan membuat kendurinya pada 13.6.2010 (tarikh yang patutnya aku gi kursus kahwin), maka terpaksalah aku mengawalkan (baca: meng awal, bukan mengawal) tarikh kursus tu pada bulan 5. tupun kalau ada kosong sebab aku lom tipon lagi pun..
ABIS CITER EXAM.. CITER ARINI PULAKKK
balik daripada kerja, mak aku dah siap panaskan lebih kuey tiow goreng pagi tadi and letak kat atas meja makan. di sebelahnya adalah secawan nescafe O.. so, lepas solat asar aku pun menjamah hidangan tersebut sementara mak aku bagi makan ayam..
aku rasa air nescafe O itu sungguh tawar sekali.. lalu aku tambah gula
oleh kerana ia masih panas lagi, aku biarkan air itu dahulu dan memakan kuey tiow goreng tersebut
sedang enak aku menjamu selera, tiba-tiba handphone aku berbunyi.. mak sedara aku rupa-rupanya
kami pun berbual..
selepas becakap di telefon, aku kembali menyambung hidangan..
eh2.. sudah tiada air di atas meja itu..
lalu akupun bertanya kepada mak aku yang sedang bersembang di luar
AKU: Mak dah minum air orang (ganti nama diri bagi saya) ke??
EMAK: Mak minum air mak atas meja tu..
AKU: Laa.. air mak ke?? ingatkan air orang tadi.. Tawar air tu.. orang tambah gula..
EMAK: Laaa.. Patut le aku minum maniss.. ko tambah gula rupanya. tadi aku buat tawar rasanyaa..
AKU: Errmmm.. Patut le tawarr.. rupa-rupanya mak punyaaa.. huhhuuu
Moral of the story: Mak aku tu baru dapat sakit kencing manis. tapi belum di tahap bahaya.. masih 10 di bawah Par lagi (eh2, cam main golf pulak).. tu yang dia buat air untuk dia tu tawar.. yang aku pulak gi tambah gula kat air orang tua tuh sebab aku rasa tawar.. nayaa-nayaa!!! Mana la aku tau, aku ingatkan mak aku panaskan kuey tiow goreng tu siap pakej dengan air nescafe O nya sekali.. OOOOO.. rupa-rupanya tidakkk.. hohoho
No comments:
Post a Comment