Demam piala dunia sedang melanda rakyat di mana-mana negara di dunia ini.. Tapi, aku tidak merasakan tempiasnya. Ko nak rembat ke, ko nak layang kat kuning, biru, merah, hijau, petrol, plumbum ke, ko nak berjaga sampai tengah malam dan pastu kat tempat keje dah macam orang berak kapur.. Lantak pi lah.. Ada aku kesahh??!! Life aku tetap berjalan seperti biasa.. Tapi, aku cam amek la jugak pot sikit-sikit tentang keputusan perlawanan and tengokla jugak mana-mana game yang sempat aku tengok. Kang orang kata cam katak bawah tempurung lakk.. Tak mengikuti perkembangan semasa langsung!!
Well, aku ingatkan hanya aku sorang je yang tak berapa nak menjadi 'follower' kepada World Cup ni, tapi rupa-rupanya.. aku baca
artikel kat bawah ni, ada jugak mereka yang sekufu dan seangkatan ngan aku yerkk..
-dipetik daripada akhbar NST-
Apapun, setiap orang ada minat dan pandangan masing-masing. Bagi aku, aku memang tak minat nak tengok football match, apatah lagi nak main bola sepak. Masa sekolah dulu, time PJK aku selalu doa dalam hati, janganlah arini PJK cikgu ajar main bola.. Damn!! huhhuu. Masa sekolah dulu, aku main gak sport like volleyball (sayangnya.. ketinggian tak mencukupi), hoki, dan yang paling aku suka adalah badminton. Sampai sekarang pun aku suka main badminton bila ada kelapangan.
Akhir kata, bak kata abang ipar aku (tak tau la dia ni sekufu ngan aku ke tak.. hehehe), buat apalah korang ramai-ramai nak penat-penat kejar dan rebut bola yang satu tu, bagi sorang satu sudah.. abis citerrr..
"HIDUP BOLA SEPAK MALAYSIA, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
No comments:
Post a Comment