Akhirnyaa.. Juara Maharaja Lawak Astro 2011 jatuh di tangan kumpulan SEPAH!!
Lawak korang memang sempoii.. especially bila tiru gaya ustazah Norbahiyah tu.. (harap-harap ustazah berfikiran terbuka apabila karaktornya dikomedikan).
Overall, aku kira SEPAH memang layak dinobatkan sebagai juara. Dengan persembahan yang konsisten beberapa minggu sebelum final membuatkan peminat mula 'membuka mata' terhadap lawak mereka. Ditambah pula dengan lawak kumpulan JOZAN (yang disebut-sebut bakal bergelar juara pada malam itu) mempersembahkan lawak yang boleh dikatakan kurang menyengat berbanding dengan minggu-minggu sebelum ini (pada pandangan akulah.. tapi tidak pada Ahmad Idham), membuatkan peminat (dan mungkin juga juri yang mewakili 50%) akhirnya menobatkan SEPAH sebagai juara.
Kumpulan feveret aku (pada awalnya lahh..) iaitu kumpulan JAMBU hanya mampu meraih tempat ke-4. Aku rasa, kalau kumpulan JAMBU mampu memberikan lawak di pusingan pertama sebagaimana lawak pada pusingan kedua (aksi penyamun bersama Zila Bakarin), aku yakin mereka mungkin boleh menduduki tempat kedua atau ketiga kerana bagi aku lawak JOZAN hanyalah biasa-biasa sahaja.
Dan yang paling untung adalah NABIL. Walaupun meraih tempat ketiga, tetapi wang tunai RM150, 000.00 tidak perlu dikongsi atau dibahagi-bahagi kerana bergerak secara solo. Persembahan NABIL juga lebih menyerlah pada pusingan kedua berbanding pusingan pertama. Dan aku setuju dengan kata-kata Mamat Khalid yang simple itu lebih mudah.. tak perlu nak memikirkan lawak-lawak yang bombastic, sarcastic, fantastic, futuristic dan apa-apa tic lagilah kerana lawak yang mudah lebih senang orang nak faham. Dan itulah yang telah dilakukan oleh kumpulan SEPAH sehingga melayakkan mereka untuk bergelar juara pada malam itu.
Apapun, aku tetap terhibur menonton Maharaja Lawak Akhir ini bersama keluarga dan saudara-mara yang berkumpul di rumah aku bersama makanan-makanan tradisi (kuaci, kacang, coklat, jajan, teh 'O'dll) yang sering bersama setiap kali kitaorang menonton persembahan-persembahan final seumpamanya. Oh yaa.. ada gak terbaca yang AF pun nak buat program macam Maharaja Lawak ni yang nak menandingkan semula juara antara juara sepanjang musim AF yang lalu hingga terkini.. Betul ke?? Agak-agak boleh beat Maharaja Lawak ke?? dan yang penting, Mawi masih boleh bergelar Raja SMS ke?? hehe.. Apapun, tahniah kepada SEPAH kerana menjadi juara dan berjaya memcahkan perut kami sekeluarga dengan lawak-lawak yang bersahaja..
Saturday, June 25, 2011
Friday, June 24, 2011
SIAPA BAKAL JUARA MAHARAJA LAWAK??
Siapakah yang bakal merebut gelaran juara Maharaja Lawak 2011? Adakah ianya akan berpihak kepada peserta solo, duo ataupun trio.. jawapannya hanya akan diketahui pada malam ini. Malam ini akan menyaksikan tiga peserta berkumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Sepah, Jambu dan Jozan serta seorang peserta solo iaitu Nabil yang akan berentap bagi merebut gelaran juara sulung Maharaja Lawak 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai RM300, 00.00. Berikut adalah pandangan aku mengenai setiap peserta yang bertanding. (PERHATIAN!! Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja dan tidak semestinya 100% betul..)
Jika dilihat dari segi undian, tidak mustahil bagi pasangan JOZAN untuk meraih gelaran juara pada malam ini. Apatah lagi, sepanjang 11 minggu bersiaran, pasangan duo ini seringkali berada di tangga teratas setiap kali undian ditutup. Lawak-lawak yang dipersembahkan oleh mereka juga berjaya mencuit hati penonton. Persembahan kumpulan ini juga agak konsisten walaupun pada episod-episod awal lawak mereka boleh dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja. Secara peribadi, aku suka dengan gandingan mereka berdua yang menampilkan lawak bersahaja dan aku paling suka lawak mereka ketika Johan meniru gaya Hafiz AF7. Peluang untuk mereka bergelar juara juga dilihat sangat cerah kerana populariti yang mereka miliki mampu menarik penonton untuk mengundi mereka.
SEPAH adalah pesaing terdekat buat JOZAN. Aku tak tau nak komen apa pasal kumpulan ni sebab lawak mereka memang sempoi. Dan sudah pasti aku sangat meminati persembahan mereka sewaktu mereka melakonkan aksi 3 orang makcik yang sedang rewang di majlis kenduri kawin.. Dari segi peluang untuk menang, aku rasa kumpulan Sepah perlu bekerja keras untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak ini kerana mereka perlu bersaing dengan kumpulan JOZAN. Walaupun, persembahan mereka beberapa minggu ini kelihatan agak konsisten, namun mereka harus menggali dengan lebih dalam lagi bagi memberikan lawak yang betul-betul ho liaawww dan seterusnya meraih undian yang lebih tinggi bagi melayakkan mereka bergelar juara. Apapun, aku tetap suka dengan kumpulan ini.
Mereka boleh dikatakan sebagai peserta underdog yang pada mulanya dilihat tidak mampu memberi saingan kepada nama-nama besar seperti JOZAN, NABIL dan SEPAH. Namun, mereka mula menunjukkan taring setelah mempamirkan aksi terbaik 'silent comedy' dan sejak dari itu graf persembahan mereka sentiasa meningkat. Dan secara peribadinya, aku sangat, sangat, sangat suka dengan kumpulan JAMBU. Namun, selepas minggu aksi JAMBU bersama Acong SweetChild (comedy reverse psychology), kumpulan ini seperti kekeringan idea dan ini amat membimbangkan aku. Ini kerana, bagi aku, JAMBU adalah satu-satunya peserta yang boleh menggugat peluang JOZAN untuk bergelar juara. So, kemon la JAMBU... Please do something yang boleh melayakkan korang untuk meraih gelaran juara pada malam ini. Aku nak sangat bergelak terbahak-bahak macam sewaktu aku tengok aksi korang tiru gaya Nora Danish dan renang berirama. Secara peribadinya, aku yakin jika prestasi yang ditonjolkan oleh mereka pada malam ini sama atau lebih hebat seperti lawak yang pernah mereka tonjolkan sebelum ini, mereka mampu meranapkan impian JOZAN untuk bergelar juara.
NABIL?? Aku suka NABIL kerana dia sangat kreatif dalam berlawak. Lawak-lawak yang dipersembahkan bukan lawak biasa atau lawak kampung. Lawak dia adalah lawak original dan kadangkala tak terjangkau dek imajinasi aku. Kiranya lawak dia ni kira lawak educated la.. Tapi, persembahan NABIL dilihat tak berapa konsisten dan pernah hampir tersingkir. Secara peribadinya, peluang NABIL untuk bergelar juara amat sukar kerana dia perlu berdepan dengan JOZAN dan SEPAH yang telah mempamerkan aksi konsisten beberapa minggu ini. Kecuali pada pentas akhir ini NABIL mampu mempamerkan aksi lawak setanding atau lebih hebat seperti aksinya ketika bermain piano dengan menggunakan lalat, mungkin peluang untuk NABIL bergelar juara agak cerah. Tapi, jika lawak yang ditonjolkan tak berapa menjadi.. haaa.. LU PIKIRLAH SENDIRI!! huhhuu.. Apa-apapun, tahniah kepada NABIL kerana sentiasa membuat lawak yang bijak lagi cerdik.
Akhir sekali, aku memang dah tak sabar-sabar nak menyaksikan Maharaja Lawak Akhir malam ni. Harap-harap semua peserta memberikan lawak yang terbaik dan memecahkan perut para penonton di studio dan di rumah. Tak kisahlah siapa yang menang malam ni, janji kami semua terhibur.. Jadi, tolonglah beri aksi lawak yang terbaik malam nii.. CHOWWWW!!

Sunday, June 19, 2011
Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri
Salam semua..
Cara Nabi SAW jaga kesihatan diri..
Tahukah anda bagaimana Nabi SAW menjaga kesihatan baginda bagi memastikan baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar? Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cara bagaimana Nabi SAW menjaga kesihatan diri baginda. Ini bukanlah bermakna Nabi SAW tidak pernah sakit.. tetapi sebenarnya baginda hanya pernah sakit beberapa kali sahaja. Di bawah saya kongsikan beberapa cara yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan diri baginda.
1. Selalu bangun sebelum Subuh
Cara yang pertama adalah Rasulullah selalu bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fadhu dan solat subuh secara berjemaah. Kelebihannya bukan sahaja kita boleh mendapat ganjaran pahala bahkan dapat juga menghirup udara subuh yang segar dan nyaman dan ianya juga baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Berapa ramaikah dikalangan kita pada hari ini yang selalu bangun sebelum Subuh? Mungkin ada.. tapi kebanyakannya bangun mungkin untuk menonton perlawanan bola sepak ataupun bangun sebab terasa hendak buang air kecil.. Dan bila dah menonton TV sampai ke pagi.. tentulah liat untuk bangun awal dan kadangkala subuh pun terlepas. Tak salah untuk menonton perlawanan bola sepak, tapi, jangan sampai kita tak boleh bangun semasa subuh nanti dan alang-alang dah bangun tu apa salahnya kita tunaikan solat-solat sunat ataupun bertahajjud. Semoga selepas ini, kita sama-sama cuba untuk bangun lebih awal supaya kita bukan sahaja mendapat pahala solat subuh berjemaah tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan kita.
2. Aktif menjaga kebersihan
Cara yang kedua adalah menjaga kebersihan. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada Iman". Rasulullah SAW adalah orang yang sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
Persekitaran yang tidak bersih boleh membawa pelbagai penyakit. Begitu juga jika kita tidak menjaga kebersihan diri, orang lain bukan sahaja tidak senang untuk bergaul dengan kita malahan penyakit juga akan mudah hinggap di tubuh kita. Sesungguhnya, apabila kita menjaga kebersihan, tidak kira kebersihan diri mahupun persekitaran, secara tidak langsung ianya akan membantu menyihatkan diri kita.
3. Tidak pernah makan berlebihan
Cara yang ketiga Nabi menjaga kesihatan dirinya adalah dengan tidak makan berlebihan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) - (Muttafaq 'Alaih)". Atau dengan bahasa mudahnya, makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Hal ini kerana, apabila perut kita kekenyangan, kita mungkin akan menjadi malas untuk membuat kerja atau melakukan ibadat. Mata pulak semakin berat dan akhirnya kita tertidur dalam kekenyangan.
Oleh sebab itulah Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya berhenti makan sebelum kekenyangan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi sendiri selalu berpuasa sunat.
4. Gemar berjalan kaki
Baginda juga menjaga kesihatan dengan gemar berjalan kaki. Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad mahupun apabila mengunjungi rumah para sahabat. Faedah daripada berjalan kaki adalah apabila kita berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Selain itu, berjalan kaki juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit jantung.
Sebaliknya kita pada hari ini lebih gemar menaiki kenderaan daripada berjalan kaki. Bahkan nak menunaikan solat jumaat atau jemaah di masjid pun menaiki kenderaan walhal masjid tersebut letaknya beberapa meter sahaja dari rumah kita. Tahukah kita bahawa jika kita berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat jumaat pahalanya adalah bersamaan kita berpuasa dan Qiyamullail selama setahun.. Subhanallah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa mandi pada hari Jum’at, berangkat lebih awal (ke masjid), berjalan kaki dan tidak berkendaraan, mendekat kepada imam dan mendengarkan khutbahnya, dan tidak berbuat lagha (sia-sia), maka dari setiap langkah yang ditempuhnya dia akan mendapatkan pahala puasa dan qiyamulail setahun.” (HR. Abu Dawud no. 1077, al-Nasai no. 1364 Ahmad no. 15585. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Jami’, no. 6405)
5. Tidak pemarah
Cara yang seterusnya adalah Nabi SAW menasihatkan kita supaya tidak pemarah. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. dengan katanya; Berilah nasihat kepada saya, Baginda berkata: jangan kamu marah, lalu diulangi beberapa kali, baginda menjawab; jangan kamu marah”, Hadis riwayat al-Bukhari. Ini menujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
6. Optimis dan tidak putus asa
Cara yang ke enam adalah sentiasa optimis dan tidak putus asa. Sikap optimis dapat memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan bersabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah SWT.
7. Tidak pernah iri hati
Selain itu, Rasulullah juga mengajarkan kita supaya tidak iri hati. Apabila kita menjauhi sifat iri hati, ia akan dapat menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa. Apabila hati kita baik dan jiwa kita tenang maka kesihatan kita juga tidak akan terganggu. Kita juga boleh mengamalkan doa seperti berikut: "Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah".
8. Pemaaf
Dan cara yang terakhir sekali yang boleh dipraktikkan adalah bersikap pemaaf. Pemaaf akan memberi kesan kepada hati kita kerana sifat pemaaf akan dapat menteramkan hati dan jiwa kita daripada perasaan dendam dan benci serta membebaskan kita daripada dibelenggu perasaan marah. Akhirnya, dapatlah kita hidup dengan hati dan jiwa yang tenang di samping tubuh badan yang sihat.
Sesungguhnya, banyak lagi cara hidup sihat yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan dan ini adalah sebahagian daripadanya. Diharapkan, marilah kita sama-sama mencontohi dan meneladani segala amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kerana ini adalah sebahagian daripada sunnah baginda. Dan orang yang mengamalkan sunnah baginda sudah pastinyalah akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".
Wallahua'lam..

Wednesday, June 15, 2011
Blair baca al-Quran tiap hari...
Terbaca artikel ni kat Harian Metro (Selasa, 14hb Jun) dan rasa cam patut di share di blog aku ni..
Kalau seorang bukan Islam seperti Blair ni boleh baca dan rujuk al-Quran setiap hari apatah lagi lah kita yang dah memang lahir-lahirnya Islam ni, sepatutnya mencontohi dia dengan membaca dan mengamalkan apa yang diajar didalam al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan kita..
Blair ni bukan sahaja baca malah memahami setiap isi kandungan al-Quran tu bagi memastikan yang dirinya sentiasa celik agama. Selain tu, menurut Blair jugak dia baca al-Quran setiap hari adalah untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia.
Nah!! bukankah ini bukti yang menunjukkan yang al-Quran tu adalah panduan yang lengkap merangkumi setiap aspek kehidupan dan kandungannya sentiasa relevan dari dulu sehingga sekarang. Kalau si Blair yang bukan Islam ni boleh jadikan al-Quran sebagai panduan kehidupan dia, takkan kita yang mengaku Islam ni nak menolak segala hukum-hakam yang dah memang ditetapkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.
Justeru, saya menyeru kepada diri saya dan diri kalian juga supaya marilah sama-sama kita menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan kita dan marilah juga kita sama-sama mendoakan supaya si Blair ni dibukakan pintu hatinya untuk Islam kerana Blair sendiri pernah memuji Islam sebagai agama yang indah dan Nabi Muhammad sebagai tokoh yang membawa kekuatan sangat bertamadun. Cuma mungkin hidayah Allah belum sampai kepadanya lagi. Jadi marilah kita berdoa semoga akan bertambahlah lagi lebih ramai umat Nabi Muhammad SAW di atas muka bumi ini.. Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)