OK.. tamat pasal template baru.
Now, ada beberapa tarikh keramat lagi penting yang perlu aku utamakan kerana ia bakal menentukan masa depan yang bakal aku lalui kelak.
Tarikh-tarikh keramat yang menentukan arah tuju aku selepas ini.. |
Ya tuan-tuan... 4 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek yaa!! Kalau aku berkahwin 4 tahun yang lepas, mungkin hasilnya sekarang aku sudah ada satu dan setengah anak (on the way la tuh.. huhhuu). Berbagai onak dan ranjau berduri dan juga tanah yang licin telah aku lalui.
Daripada 20 orang lebih pelajar now dah tinggal 12 orang (tu pun bukan sume yang akan graduate pada masa yang sama). Daripada tak tahu apa-apa, sekarang dah adalah ilmu sikit-sikit. Contohnya, belog ni. Ianya adalah hasil daripada pembelajaran aku pada sem 3 (if i'm not mistaken), yang pada mulanya hanya memenuhi requirement untuk lulus subjek tu sahaja. Tapi sapa sangka.. shut up no shut up (a.k.a diam tak diam), dah nak masuk usia 3 tahun jugak la blog aku ni haa..
So, kini tibalah masanya pengakhiran untuk sebuah pengajian..
Semester akhir, tahun akhir dan peperiksaan akhir..
Pelbagai perasaan berbaur menjadi satu.
Teruja nak abiskan pengajian..
Seronok sebab tak lama lagi aku dah boleh fokus pada benda-benda lain yang selama aku belajar ni aku tak dapat buat..
Dan perasaan yang paling aku tak suka adalah perasaan yang aku sedang rasa sekarang ini iaitulah... MALAS!!
Yup..!! aku sedang dijangkiti virus kemalasan untuk mengulangkaji dan menyiapkan segala tok nenek assignment serta memberi respon di portal i-class..
Dalam pikiran aku (dan jugak sebilangan kecil classmate aku) sekarang adalah kalau boleh kami nak terus abiskan pengajian kami asal lulus je dan pastu terus dapat diploma. Assignment pun kalau boleh nak upah orang buat je.. huhhuu
Oleh itu.. aku amat mengharapkan agar para pembaca belog aku ni dapat mendoakan aku dan kawan-kawan aku supaya tak malas-malas lagi dan dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan seterusnya menamatkan diploma kami with a flying colours.. (besar sungguh harapan kami nih.. hehe).
Next week aku akan start bercuti (studi week untuk diri sendiri) selama kurang lebih 2 minggu dan kemungkinan belog ini juga akan berkongsi cuti dengan aku.. huhhuu (fokus tuan-tuan.. fokuss!!)
Pesanan saya.. tolong-tolonglah tengok-tengokkan belog saya ni sepanjang saya bercuti nanti.. bukan apa.. takut-takut bersawang la pulak belog saya nii.. mana tau, kot-kot ada musang buat sarang ke.. ayam itik den mati kebuluran takde orang nak bagi makan ke.. hantu datang singgah tido kejap ke..
dahh.. dahh.. mengarut je tu
Neway, semoga ketemu lagi di lain entry..
Daa..
2 comments:
ye la.. good luck.. hehe
haha.. salah sorang bakal pemegang diploma telah memberi respon..!!
neway, gud luck utk ko jgk..
Post a Comment