Pages

Thursday, March 31, 2011

HATI-HATI MEMBELI TAYAR KERETA BARU..


Ihsan Pok Cik Google
 Saja nak kosi info dengan para pembaca budiman sekalian mengenai pembelian atau penggantian tayar baru. Info ni aku petik daripada Akhbar Utusan Malaysia, 26 Mac yang lalu dengan tajuk yang tertera seperti di atas.. So, para pengguna kenderaan sama ada motokar mahupun motosika, marilah sama-sama ambil manfaat daripada info di bawah.

"Mengikut piawaian tayar antarabangsa, jangka hayat tayar hanya bertahan selama lima tahun selepas ia dikilangkan. Ini bermakna, setelah tamat tempoh, getah tayar itu akan menjadi keras atau dalam bahasa mudahnya ia akan 'mati cengkam'.


Asasnya, rangkaian nombor di bahagian tepi tayar yang selalunya dicetak tenggelam ke permukaan tayar, akan memberi kita maklumat mengenai tarikh ia dikilangkan. Misalnya, jika rangkaian nombor pada tayar tersebut adalah 3001, ini bermaksud tayar tersebut dikilangkan pada minggu ke-30 pada tahun 2001.


Oleh itu, jangan tertipu! Sekiranya ada kedai menawarkan tayar dengan harga murah, periksalah terlebih dahulu rangkaian nombornya bagi mengelakkan anda menjadi mangsa. Besar kemungkinan, tayar tersebut telah tamat tempoh penggunaannya. Ingat! Tayar yang telah tamat tempoh berisiko tinggi mudah meletup pada kelajuan tertentu.


Ia juga sudah tidak sesuai digunakan di jalan raya kerana akan membuatkan kereta anda terasa bergegar atau kurang mencengkam. Perkara tersebut boleh menyebabkan sesebuah kenderaan itu mudah terbabas terutama di selekoh yang licin.


Seperkara lagi yang pemandu perlu tahu, jika anda melihat usia tayar dikilangkan berusia kurang tiga tahun, jika dipasang pada kereta, ia turut diklasifikasikan berbahaya. Sebagai panduan, jika anda lihat tertera nombor 1508, tayar itu dikilangkan pada minggu ke-15 atau dari 6 hingga 12 April 2009. Maksudnya, jika anda membeli tayar tersebut pada Rabu, 6 April ini, tayar tersebut sudah berusia tiga tahun. Ini kerana tayar tersebut telah menjadi keras disebabkan sudah terlalu lama tidak digunakan atau disimpan di kedai berkenaan.

 
Mengenai jenis tayar pula, pengguna di negara ini lebih gemar memilih tayar import yang dikategorikan mahal. Walaupun tayar itu dikatakan lebih lembut, ia sebenarnya direka bersesuaian dengan iklim negara pengeksport tersebut. Ia lebih sesuai digunakan di negara mereka berbanding Malaysia yang beriklim panas. Penggunaannya akan menyebabkan tayar kenderaan mempunyai jangka hayat pendek serta kehabisan bunga atau pemukaan menipis."

So, para pengguna kenderaan di luar sana, semoga apa yang disampaikan ini akan dapat membantu saya dan anda untuk membuat pilihan yang tepat dan terbaik semasa hendak mengganti tayar nanti..



Wednesday, March 16, 2011

:: LIFE ::

Aku rasa.. hidup aku sejak 2 menjak ni macam tak berapa nak terurus..
Pergi kerja jam 7 pagi.. pulang ke rumah semula jam 7 petang..
Baru jam 9, 10 malam.. mata dah mengantuk..
Maka terbengkalai lah segala tok nenek assignment yang patut disiapkan

Rumah sewa dah macam hotel..
Balik untuk tidur je..
Hujung minggu kalau ada kelas pergi kelas di Shah Alam
Kalau takde.. balik rumah mak..
Kalau ada OT kena kerja pulak Sabtu Ahad

Aku dah mula letih menghadapi situasi seperti ini..
Hari-hari berulang alik dari Selandar ke Masjid Tanah dan sebaliknya membuatkan kehidupan aku seperti tidak terarah..
Bak kata orang sekarang... "takde life"
Sepatutnyaa.. di awal-awal perkahwinan aku manfaatkan masa untuk mengenali hati budi isteri dengan lebih dekat
Berjalan-jalan dan bersiar-siar sambil menikmati usia perkahwinan kami yang masih muda
Menjalani kehidupan berumah tangga seperti suami isteri yang lain sambil menonton televisyen, makan bersama, keluar malam sekali-sekala, dan sebagainya..

Ada juga isteri aku mohon pindah ke tempat kerja yang lebih dekat dengan tempat kerja aku..
Tapi pengarah tempat kerja isteri aku sekarang ni tak mahu luluskan melainkan pertukaran suka sama suka..
So, kepada tuan pengarah tempat isteri aku kerja tu..
Sekiranya anda terbaca belog saya ini..
Tolonglah perihatin dengan masalah yang kami hadapi..
Saya tak mintak lebih.. cuma tolong sign dan luluskan permohonan pertukaran isteri saya tuh jer..
Pastu.. terpulanglah kepada pihak atasan (HQ) sama ada nak luluskan ke tak..
InsyaAllah, saya yakin pasti ada pengganti yang akan menggantikan tempat isteri saya nanti..
Tolonglahh.. saya merayu dengan sesungguh hati ni..
Kembalikanlah 'life' yang pernah saya lalui dahulu
Semoga 'life' saya yang semakin malap ini akan semakin cerah atas jasa baik tuan itu.. :-(

p/s: korang tolong-tolonglah doakan supaya isteri saya dapat bertukar di tempat kerja yang lebih dekat dengan saya yer.. tq in advance..



MERONG LAGI..

Akhirnyaa.. setelah 2 hari ditayangkan di pawagam, aku dan isteri bersama 3 orang lagi kawan termasuk Cik Mal, telah pergi menonton filem yang ditunggu-tunggu alaf ini iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Biarpun plan kami ini pada mulanya sedikit caca-marba dan hampir-hampir tak jadi.. namun, akhirnya kami berpeluang juga menontonnya pada hari Jumaat malam yang lepas.

So far, review aku untuk filem ini adalah sangat-sangat WWWooowwwWWW!!
Daripada 5 bintang, aku nak bagi 4 kat filem ni.
Aku sangat-sangat suka akan filem epik ini dan secara peribadinya.. ianya lebih hebat daripada filem PGL.
Rasa cam tak puas menonton filem ini dan rasanya harus aku mengulangi menonton filem ni..
Tapi kali ni mungkin di ASTRO 1st kott.. ngehehe

Aku suka akan teknik CGI filem ini..
Aku juga suka babaik-babak aksi dan pertarungan filem ini
Dan pastinya.. lakonan yang paling mendapat kesan di hati adalah lakonan Khir Rahman sebagai Kemawas.. huhhuuu
Part yang paling meninggalkan kesan adalah part terakhir filem ini..
Meremang sekejap bulu roma aku bila Merong yang dah memang already tertusuk pedang di perutnya dengan adiwiranya menekan lagi tusukan pedang itu untuk mengenai Kemawas dengan niat untuk membunuhnya
Maka dengan itu terjawablah segala persoalan mengenai pantun yang sering diucapkan oleh si Merong dalam filem ni..
Memang best part ni.. I likeee!!

Cuma.. dari segi jalan ceritanya macam ada yang tak kena..
Sebab.. aku tengok cerita ni cam bergerak dengan pantas like cam nak suruh cepat-cepat habis jerr..
Tak sempat nak klimaks.. tetiba dah game dahh.. hehe
Pastu, si Putera Rom tu camne tah boleh hidup (tidak diceritakan dalam filem tu) sedangkan dah kena tikam dengan pedang masa nak selamatkan Puteri Cina daripada puak Geruda.. konfius-konfius!!
Tapi tu cuma dari sudut pandangan aku la kann.. yang bukan ahlil dalam bab-bab filem ni
But, overall.. aku teramat-amat suka dengan filem ni..
Tak rugi melabur RM20 (bayor untuk bini le beb.. hehe) untuk filem ni..
So, kepada sesiapa yang masih belum lagi menonton filem ini, sila-silalah pergi ke panggung wayang berdekatan rumah anda..
Tak rugi rasanya jika anda menonton filem epik lagenda cam ni kerana anda bukan sahaja boleh berhibur, bahkan anda juga boleh mendapat sedikit pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Langkasuka..
So, orang Utara.. jangan ketinggalan menyaksikan filem ni..



Thursday, March 3, 2011

FILEM YANG DITUNGGU-TUNGGU DEKAD INI..

Katanya..
Inilah filem yang diwar-warkan sebagai yang ditunggu-tunggu dekad ini..
Sebuah filem epik sejarah mengenai penubuhan negeri Kedah
Hasil terbitan dan arahan trio adik beradik KRU
Bakal memulakan tayangannya hari ini (10 Mac 2011)
Setelah menyaksikan trailer filem ini
Rasa teruja pulak untuk menontonnya
Setelah asyik dilambak dan dihidangkan dengan filem-filem cinta, seram, komedi dan filem-filem picisan yang lain..
Mungkin filem ini mampu memberikan kelainan dalam industri perfileman tanah air dekad ini
Semoga filem epik HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA a.k.a THE MALAY CHRONICLES: BLOODLINES ini mampu membuka mata produser-produser di luar sana agar tidak terlalu asyik mengerjar keuntungan sahaja
Sebaliknya...
Terbitkanlah filem-filem bermutu yang mampu menjentik hati dan minda masyarakat
Supaya masyarakat tidak menganggap filem-filem melayu ini sebagai SAMPAH!!
Supaya masyarakat akan tetap terus menyokong industri filem Melayu
Dan kemudian barulah berfikir bagaiman nak membawanya ke persada dunia..

Apapun..
Sekalung tahniah kepada KRU adik beradik di atas penghasilan filem ini
Walaupun ianya terlalu awal untuk ucapan tahniah tersebut kerana belum pun menontonnya
Tapi yang pasti..
Usaha mereka ini patut dijadikan contoh oleh penerbit-penerbit dan pengeluar-pengeluar filem yang lain
Semoga filem ini nanti bukan sekadar gah pada poster dan trailer nya sahaja
Sebaliknya, biarlah ia dapat mencetuskan satu fenomena yang besar dalam industri perfileman tanah air..
Semoga pelaburan adik beradik ini yang sebanyak RM 8 juta itu akan benar-benar berbaloi..!!
Marilah kita pakat mai ramai-ramai gi nonton filem ni (promosi tak berbayar.. huhhuu)
Dan satu lagi yang pasti..
Aku pasti menjadi salah seorang daripada penyumbang kutipan tiket filem ini.. (*.~)

p/s:
CIK MAL.. jom layan citer ni (*_*)



Wednesday, March 2, 2011

BILA NAFSU MENDAHULUI AKAL..

Bila nafsu mendahului akal..
Macam-macam perkara boleh terjadi
Macam-macam dosa boleh berlaku
Maksiat, zina, mabuk, judi, dan segala tok nenek kejahatan berjaya di lakukan
Ini tak lain dan tak bukan..
Ia adalah angkara syaitan
Yang membisikkan kalimah keramat..
"LAKUKAN!! LAKUKAN!!"
Dan Syaitan telah menang!!


Bila nafsu menguasai akal..
Lidah menjadi setajam pisau
Hati boleh sebusuk bangkai
Perangai tak ubah seperti binatang
Kewarasan akal letak di lutut
Tak boleh beza baik dan buruk
Asalkan nafsu puas.. Dendam terbalas.. Benci terlampias
Persetankan saja pada dosa pahala itu
Dan di ketika itu..
Syaitan telah menang lagi!!

Bila nafsu mendahului akal..
Dah tak kira dosa pahala
Dah tak kenal halal haram
Dah tak nampak baik buruk
Yang jahat semuanya indah di mata
Yang jelek makin menyelerakan selera
Yang haram dah jadi halal belaka
Kerana nafsu dah bertuan di mata
Kerana Syaitan dah beraja di minda
 Dan saat itu Syaitan bersorak riang
"KITA TELAH MENANG!!"

Oleh yang demikian..
Saya berpesan untuk diri saya dan juga kalian
Marilah kita sama-sama berjihad melawan nafsu

Jangan sesekali membiarkan nafsu menguasai akal..
Kerana bila nafsu menguasai akal
Sistem kewarasan akal tak lagi berfungsi
Kewajaran minda tak mampu untuk membuat pertimbangan 
Dan di saat itulah Syaitan datang sebagai sahabat

Sahabat yang tak henti menghasut dan memujuk agar mengikut telunjuknya
Sehingga ternanar mencari yang haq dan yang batil
Dan akhirnya tersungkur melutut di kakinya

Di saat misinya telah berjaya..
Dia bukan lagi sahabat yang setia!!
Dia adalah musuh kita..!!

Musuh yang sangat terang dan nyataa!!

Sebaliknya..
Biarlah akal yang mengawal nafsu
Kerana orang yang bijak itu adalah orang yang mampu mengawal nafsunya
Sehinggakan..
Segala tutur katanya..
Segala perbuatannya..
Bertindak mengikut akal yang waras
Berpandukan pada hadis dan nas
Tidak mendepankan nafsu semata-mata tanpa membelakangkan perimbangan akal

Ketahuilah bahawa
Manusia itu adalah sebaik-baik kejadian
Yang dilebihkan oleh Allah S.W.T. berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain
Dan kelebihan itu tak lain dan tak bukan adalah AKAL!!
AKAL yang dikurniakan untuk membezakan baik dan buruk.. haq dan batil.. dosa dan pahala..
Dan sekiranya manusia itu tidak menggunakan kelebihan AKAL yang diberikan kepada mereka
Maka, samalah mereka itu dengan makhluk-makhluk Allah yang lain
(yang memanjat, menjalar, menyalak, merayap, dsbnya)
Wallahua'lam..