Pages

Tuesday, January 11, 2011

APA YANG BARU..??

Salam tahun baru buat para pembaca sekalian..
Hari ini, hari yang ke 11 di tahun baru (juga hari ulang tahun kelahiran Tok Ti), saya masih dengan habit yang lama -- Malas untuk meng'update' blog!

Apa yang baru di tahun baru?
Azam baru, semangat baru, impian baru, kehidupan baru.. pendek kata, semuanya mahu diperbaharui..
Ada orang memasang azam baru sedang azam lama masih belum tertunai..
Ada orang mungkin mendapat semangat baru setelah tahun sebelumnya ditimpa dengan pelbagai ujian yang maha dahsyat
Ada orang juga mungkin mempunyai impian baru untuk memiliki itu dan ini demi meningkatkan prestij dalam sosial kehidupan mereka
Dan ada orang mahu memulakan kehidupan baru dengan melupakan sejarah lampau yang mungkin penuh episod pahit payau kehidupan.

Ada orang kata blog saya macam PONDAN!!
Agak kasar juga kata-kata yang dilemparkan itu..
Saya boleh saja mengabaikan pandangan itu darpada melekat terus di minda saya
Saya juga boleh meminjam kata-kata pengacara laser lagi popular Azwan Hj Ali "ADA AKU KESAHHH!!" bagi membalas kembali pandangan yang dilemparkan kerana ini adalah blog saya dan ia merupakan hak eksklusif saya untuk mencatat sesuatu di sini mengikut gaya bahasa, interpretasi dan imaginasi saya sendiri.

Namun, atas dasar prinsip KEBEBASAN iaitu setiap orang bebas untuk menyuarakan pandangan masing-masing, justeru saya tidak mengabaikan komentar yang diberikan (akan tetapi dalam masa yang sama saya telah memadamkan komen tersebut yang dihantar di chat box saya). Sebaliknya, saya memikir dan mengambilnya dari sudut positif. Setelah dianalisa kembali, saya akui pandangan si komentar adalah benar kerana gaya bahasa yang disampaikan di blog saya sedikit dipengaruhi unsut-unsur 'keperempuanan' (mungkin kerana sering menjadikan blog blogger2 wanita sebagai rujukan), dan ke'adik-adik'an. Saya juga akui selama ini tulisan saya sering dipengaruhi emosi dan apa yang terlintas di hati tanpa menggunakan pertimbangan akal yang sewajarnya. Justeru itulah gaya bahasa entri-entri saya sebelum ini adalah lebih santai, sarcastic, outspoken dan tidak berunsur ilmiah.

Kata orang, orang lain adalah cermin bagi diri kita kerana kita tidak akan nampak atau sedar kelemahan dan kelebihan diri ktia melainkan ianya dibongkarkan oleh orang lain. Nah! di sini, si pemberi komentar di chat box saya itu adalah cermin diri saya yang menyedarkan saya tentang kelemahan sistem penulisan dan gaya bahasa saya ketika menulis di blog ini sehingga dilabel sebagai  BLOG MACAM PONDAN!! Atas komen yang diberikan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada si pemberi komen itu (sekiranya masih singgah di "dunia" saya ini lagi), atas keperihatinan dan keterbukaan anda pada blog saya. InsyaAllah, saya akan cuba memperbaiki kelemahan ini dari masa ke semasa kerana kita mungkin tidak boleh memenuhi kehendak semua orang sebaliknya, kita mungkin boleh berusaha untuk menjadi lebih baik dari apa yang kita ada sekarang..

Mungkin agak janggal bagi saya menulis dalam keadaan formal seperti ini kerana saya bukanlah seorang yang skema, terlalu mengikut peraturan atau educated seperti blogger lain. Jika sebelum ini saya menulis daripada hati demi menyuarakan isi hati saya tetapi kali ini mungkin saya perlu menulis menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada saya untuk mencoretkan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri saya dan juga orang lain.

Tapi, kadangkala terlintas juga di minda "PERLUKAH MENJADI ORANG LAIN DEMI MEMUASKAN HATI ORANG LAIN??" Sesungguhnya, manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada demi menjaga nama. prestij dan status yang mereka miliki..
SALAM TAHUN BARU 2011



2 comments:

Normala Abu Bakar said...

selamat tahun baru !!!!~

PERLUKAH MENJADI ORANG LAIN DEMI MEMUASKAN HATI ORANG LAIN <----- kadang2 terpikir juga !!!

tapi JADI DIRI SENDIRI UNTUK DIRI SENDIRI BUKAN UNTUK ORANG LAIN...hehehe

KhairolRamlie said...

tak dapat berbalas komen kt FB, kat sini pun jd la yerkk.. ngehehe

well, as i mentioned b4, bukan senang nak puaskan ati semua pihak..

sometimes, terpaksa 'berpura-pura' menjadi org lain demi menjaga hati pihak lain atau dlm kata mudahnya.. "HIPOKRIT!!"

Malas nk p.k la cik mala.. lgpun, ni kan tahun baru... so, apa salahnya buat pembaharuan kt dlm blog ni.. hehehe