Biarlah aku berterus terang saja daripada membiarkan kalian terus berteka teki tentang tajuk entri aku kali ini. Sebenarnya.. aku rasa dalam masa terdekat ni aku akan tidak dapat meng'update' blog aku sesekerap dua bulan yang lepas (bulan-bulan sebelum tu aku bukanlah blogger tegar seperti sekarang.. hehehe) kerana telah kembali bizi dengan assignment, kuliah, dan juga tugas-tugas harian di pejabat yang tidak berapa mengizinkan aku untuk menghadap komputer (untuk mengakses internet especially berblogging) lama-lama. Di samping faktor otak aku yang semakin tumpul ini (mungkin juga disebabkan faktor usia yang dah tak berapa nak muda lagi) tidak lagi mampu untuk mengerah dan memerah idea-idea menarik untuk dijadikan entri kerana mengikut fakta aku bolehlah dikategorikan sebagai orang yang menggunakan otak kanan (kalau yang terel2 sains tu biasa otak kiri kalau tak silap aku - kalau salah tolong betulkan fakta aku iteww) yang mana kategori otak seperti aku ini tidak boleh buat dua tiga (apatah lagi seploh) keje dalam satu masa.
Supaya tidak menjadi seperti yang pernah dikatakan oleh pepatah lama iaitu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", biarlah aku meng'concentrate' dengan aku punya studi dan kerja terlebih dahulu dan sekiranya wujud waktu senggang atau ada idea yang datang mencurah, aku akan meng'update' blog ini (ini bukan janji ehh..). So, to my DEAREST SWEET CHARMING BLOG.. aku terpaksa tinggalkanmu biarpun tanpa kerelaan kerana ada yang lebih penting yang mendahului dirimu perlu aku utamakann..
Last but not least, aku tidak akan tinggalkan kalian dengan tangan kosong sahaja.. Sebaliknya, aku tinggalkan kalian dengan sebuah lagu (berserta lirik - takut kang lupa lirik lakk) yang dinyanyikan semula oleh artis kegemaran aku (Tok Ti), yang mana kalian boleh mainkan berulang-ulang kali sekiranya masih belum ada apa-apa update dari blog inii di samping bagi mengubati hatimu yang rindu terhadapku itu... wakakakaka
"SESUNGGUHNYAA.. PENANTIAN ITU MEMANG SATU PENYIKSAAN"
Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
( ulang semua )
No comments:
Post a Comment