Aku tidak mahu berceloteh panjang seperti selalu.. Sebaliknya, aku ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK kepada blogger-blogger sekalian, kepada pembaca-pembaca yang singgah di blog aku ini dan tak lupa juga kepada my followers yang empat kerat itu.. (terima kasih ya kerana sudi menjadi follower blog aku yang tak berapa nak grand ini).
Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T di bulan yang mulia ini dan semoga segala amal ibadah kita akan diterima oleh-Nya.. insyaAllah. Di kesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan dan tingkah laku aku yang kurang disenangi serta kata-kata yang tidak enak didengari, sekali lagi aku mohon ampun dan maaf sempena bulan yang mulia ini. InsyaAllah, aku akan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam diri aku dan semoga aku dan juga kalian semua dapat menjadi mukmin yang sejati sebagaimana yang dituntut oleh Islam.. Semoga juga di akhir Ramadhan ini nanti akan meninggalkan impak yang baik dalam diri dan kehidupan kita.. insyaAllah.
Akhirnya, aku tinggalkan kalian dengan beberapa foto yang biasanya menjadi kelaziman di kalangan kita mem'forward'kannya melalui e-mail, mahupun men'tag'kannya di FB dan laman-laman sosial yang sewaktu dengannya; untuk peringatan dan renungan para pembaca sekaliann..
Dan gambar yang terakhir ini adalah menu berbuka puasa untuk hari pertama di rumah aku tadi. Abang aku yang nombor 3 dan keluarganya sempatlah menyambut puasa dengan emak dan aku. Dan harap-harap lepas ni, adik beradik yang lain juga akan dapat berkumpul untuk berbuka puasa dan bersahur serta berterawikh bersama..
No comments:
Post a Comment