Pages

Wednesday, June 23, 2010

AKU KENALKAH???

Lagi artikel menarik yang aku petik dalam akhbar hari Isnin.. Maklumla.. aku ni selalu terlewat mendapat berita terkini kerana aku seringkali membaca surat khabar yang dah expired.. Orang baca berita terkini, aku lak dok baca berita yang dah basi.. dah tak jadi hot story bak kata kengkawan aku.. huhhuu.. Untuk pengetahuan korang, aku ni keja kat library dan tugas utama aku adalah membuat 'paper cutting'. So, sambil mencari dan memilih artikel untuk disimpan, aku pun selak dan baca la berita yang aku rasa menarik. Tu yang aku rasa tertarik menarik kau memang da bomb dengan berita nan satu ini. Masa baca headline dia biasa-biasa je.. Sekali yang menggemparkan adalah pada perkataan yang aku underline kan dalam paper tu.. "PEMBANTU PERPUSTAKAAN" okayyy..!!


Jadi persoalannya di sini, adakah aku kenal dengan 'Pembantu Perpustakaan' yang dimaksudkan itewww??!!
Sekian, khairol singh wali songo melaporkan dari bilik berita.. :-)

Tuesday, June 22, 2010

MEREKA YANG SEKUFU DENGAN AKU.. LaLaLa..

Demam piala dunia sedang melanda rakyat di mana-mana negara di dunia ini.. Tapi, aku tidak merasakan tempiasnya. Ko nak rembat ke, ko nak layang kat kuning, biru, merah, hijau, petrol, plumbum ke, ko nak berjaga sampai tengah malam dan pastu kat tempat keje dah macam orang berak kapur.. Lantak pi lah.. Ada aku kesahh??!! Life aku tetap berjalan seperti biasa.. Tapi, aku cam amek la jugak pot sikit-sikit tentang keputusan perlawanan and tengokla jugak mana-mana game yang sempat aku tengok. Kang orang kata cam katak bawah tempurung lakk.. Tak mengikuti perkembangan semasa langsung!!

Well, aku ingatkan hanya aku sorang je yang tak berapa nak menjadi 'follower' kepada World Cup ni, tapi rupa-rupanya.. aku baca artikel kat bawah ni, ada jugak mereka yang sekufu dan seangkatan ngan aku yerkk..


-dipetik daripada akhbar NST-

Apapun, setiap orang ada minat dan pandangan masing-masing. Bagi aku, aku memang tak minat nak tengok football match, apatah lagi nak main bola sepak. Masa sekolah dulu, time PJK aku selalu doa dalam hati, janganlah arini PJK cikgu ajar main bola.. Damn!! huhhuu. Masa sekolah dulu, aku main gak sport like volleyball (sayangnya.. ketinggian tak mencukupi), hoki, dan yang paling aku suka adalah badminton. Sampai sekarang pun aku suka main badminton bila ada kelapangan.

Akhir kata, bak kata abang ipar aku (tak tau la dia ni sekufu ngan aku ke tak.. hehehe), buat apalah korang ramai-ramai nak penat-penat kejar dan rebut bola yang satu tu, bagi sorang satu sudah.. abis citerrr..
"HIDUP BOLA SEPAK MALAYSIA, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


SENGAL..!!

Ari Ahad aritu, mak sedara aku suruh amek anak dia (sepupu aku) balik dari tuisyen jam 6.00 ptg. Lebih kurang jam 5.50 ptg aku pun pergilah amek sepupu aku tu dengan menaiki motosikal. Sampai tempat tuisyen, bebudak tu masih lum keluar lagi. Ada la 4-5 buah kenderaan mak bapak, abang kakak, yang sedang menunggu anak mereka. Dalam hati aku kata "lambatnya pulakk.. (ke aku yang sampai awal sangat??)". Matahari petang yang memancarkan cahayanya telah menimbulkan rintik-rintik peluh kat dahi aku. Yang aku pun satu, dengan ber'sweater' bagai, pastu helmet tak tanggal, memanglah panass!! Lagi mau kompelen.. Tak lama pastu aku nampak bebudak tuisyen tu dah mula keluar. Aku nampak la sepupu aku tu keluar, pastu dia masuk balik. Agaknya tak nampak aku kott.. akupun dok jauh sikit dari tempat biasa mak bapak tunggu. Dalam 5minit camtu dia kuar balik dan nampak aku. Apabila aku nampak dia, akupun mula menghidupkan enjin motor dan tetibaa..
"YA ALLAH.. HELMET TAK BAWAK!!"

Perggghhh!! malunya aku.. yang sepupu aku ni dah siap bonceng kat belakang. 
Last-last aku suruh dia turun balik n suruh dia tunggu jap, aku balik amek helmet kat rumahhh.. huhhhuuu.
Sengal ke tak sengal aku niii..??!!!