Pages

Thursday, April 14, 2011

Tarikh Keramat!!

Alhamdulillah, selepas kurang lebih seharian (daripada semalam) mencantikkan blog aku ni (cantik ke?? huhh..!!), akhirnya siap jugak hasilnya sebagaimana yang korang lihat sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemilik-pemilik nama ini "en. firz, cik mal dan pn. ceeramoon" di atas tunjuk ajar dan tutorial yang kalian sertakan di blog masing-masing. Cuma senarai blog list aku yang aku rajin baca tu pulak hilang bila aku ubah template baru.. Tapi, seb baik la hotak aku ni masih lagi berfungsi dengan baik untuk mengingatkan nama-nama blog yang hilang itu semula dan akhirnya 3/4 daripada blog list aku tu dapat di jejaki semula.

OK.. tamat pasal template baru.

Now, ada beberapa tarikh keramat lagi penting yang perlu aku utamakan kerana ia bakal menentukan masa depan yang bakal aku lalui kelak.

Tarikh-tarikh keramat yang menentukan arah tuju aku selepas ini..
Sebagaimana yang korang tahu (yang tak tahu tu buat-buat cam tau je laa..), aku sekarang sedang mengikuti pengajian jarak jauh (baru diploma je baii..) di UiTM. Dan untuk pengetahuan korang jugak ini adalah semester terakhir aku (semester 8) setelah 4 tahun bergelar pekerja sepenuh masa dan jugak pelajar separuh masa.
Ya tuan-tuan... 4 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek yaa!! Kalau aku berkahwin 4 tahun yang lepas, mungkin hasilnya sekarang aku sudah ada satu dan setengah anak (on the way la tuh.. huhhuu). Berbagai onak dan ranjau berduri dan juga tanah yang licin telah aku lalui.

Daripada 20 orang lebih pelajar now dah tinggal 12 orang (tu pun bukan sume yang akan graduate pada masa yang sama). Daripada tak tahu apa-apa, sekarang dah adalah ilmu sikit-sikit. Contohnya, belog ni. Ianya adalah hasil daripada pembelajaran aku pada sem 3 (if i'm not mistaken), yang pada mulanya hanya memenuhi requirement untuk lulus subjek tu sahaja. Tapi sapa sangka.. shut up no shut up (a.k.a diam tak diam), dah nak masuk usia 3 tahun jugak la blog aku ni haa..

So, kini tibalah masanya pengakhiran untuk sebuah pengajian..
Semester akhir, tahun akhir dan peperiksaan akhir..
Pelbagai perasaan berbaur menjadi satu.
Teruja nak abiskan pengajian..
Seronok sebab tak lama lagi aku dah boleh fokus pada benda-benda lain yang selama aku belajar ni aku tak dapat buat..
Dan perasaan yang paling aku tak suka adalah perasaan yang aku sedang rasa sekarang ini iaitulah... MALAS!!

Yup..!! aku sedang dijangkiti virus kemalasan untuk mengulangkaji dan menyiapkan segala tok nenek assignment serta memberi respon di portal i-class..
Dalam pikiran aku (dan jugak sebilangan kecil classmate aku) sekarang adalah kalau boleh kami nak terus abiskan pengajian kami asal lulus je dan pastu terus dapat diploma. Assignment pun kalau boleh nak upah orang buat je.. huhhuu

Oleh itu.. aku amat mengharapkan agar para pembaca belog aku ni dapat mendoakan aku dan kawan-kawan aku supaya tak malas-malas lagi dan dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan seterusnya menamatkan diploma kami with a flying colours.. (besar sungguh harapan kami nih.. hehe).
Next week aku akan start bercuti (studi week untuk diri sendiri) selama kurang lebih 2 minggu dan kemungkinan belog ini juga akan berkongsi cuti dengan aku.. huhhuu (fokus tuan-tuan.. fokuss!!) 
Pesanan saya.. tolong-tolonglah tengok-tengokkan belog saya ni sepanjang saya bercuti nanti.. bukan apa.. takut-takut bersawang la pulak belog saya nii.. mana tau, kot-kot ada musang buat sarang ke.. ayam itik den mati kebuluran takde orang nak bagi makan ke.. hantu datang singgah tido kejap ke..
dahh.. dahh.. mengarut je tu
Neway, semoga ketemu lagi di lain entry..
Daa..



Monday, April 11, 2011

LELAKI & PENJAGAAN RAMBUT

Salam..
Hari ini aku ingin berkongsi tips penjagaan rambut untuk kaum Adam seperti aku. Aku akui, ramai di kalangan lelaki yang tak berapa nak kisah tentang penjagaan rambut mereka termasuk jugak aku.
Secara peribadinya, aku menyukai potongan rambut yang pendek untuk diri aku kerana ia kelihatan lebih kemas selain kelihatan lebih muda.. hehe. Lagi satu, apabila rambut aku semakin panjang, dia akan kelihatan 'curl' di hujung.. Oleh sebab itu aku lebih suka berambut pendek.

Fesyen??
Aku sangat tak pandai untuk menggayakan rambut. Contohnya, bila aku buat rambut pacak, ia tidak akan terpacak sebagaimana mereka yang memang berambut lurus (sebab, rambut aku kan curl di hujung). Kalau aku jatuhkan ke depan, dia akan kelihatan leper macam Dr. Rozmi.. ngehehe. Oleh itu, aku lebih selesa menyikat rambut belah tepi (kiri) berbanding nak pacak atau lain-lain style. Apatah lagi, apabila aku menunggang motosikal, rambut yang asalnya terpacak tegak, dah jadi leper semula.. Untuk touch up semula, aku malas!!

So, di bawah ni ada sedikit tips tentang penjagaan rambut untuk kaum Adam yang aku petik daripada akhbar Berita Harian (XY), 9 April yang lalu..


SYAMPU
Memang wajib untuk lelaki bersyampu setiap hari. (Aku buat seminggu 2 kali je.. Kalau hari-hari, gugur rambut aku walaupun dah guna syampu 'hair fall control".. huhhuu).
Tetapi jangan sangka setiap syampu sesuai untuk setiap jenis rambut. Andai rambut lelaki jenis berminyak, elak syampu khusus untuk rambut kering, akibatnya rambut akan bermasalah dan kusut.
Pastikan kandungan bahan serta kesesuaian syampu mengikut rambut dan kulit kepala.

PERAPI
Memang lelaki diakui jarang menggunakan perapi sebaliknya lebih selesa menggunakan syampu saja. (Tetapi tidak bagi aku kerana aku akan menggunakan perapi selepas bersyampu. Ini kerana, jika aku tidak menggunakan perapi, nescaya rambut aku akan kering dan mengerbang.. I don't like!!)
Namun, ada kebaikannya menggunakan perapi terutama apabila sudah menggunakan pelbagai krim serta gel pada rambut hingga menjejaskan kulit kepala.
Lelaki juga patut tahu, andai kulit kepala mereka sihat, nescaya rambut juga berada pada tahap terbaik.

MINYAK RAMBUT
Semakin banyak pengeluar produk berteraskan rambut jenis terbaru seperti wax, clay dan berteraskan minyak berbanding gel.
Hasilnya tetap sama tetapi ia setidaknya memberi impak lebih baik pada rambut kerana hanya disapukan pada permukaan atas stuktur rambut.

GEL RAMBUT
Tidak salah untuk bergaya. Apatah lagi untuk menggayakan fesyen rambut terpacak dan beralun, tetapi lelaki juga harus sedar penggunaan produk sampingan seperti gel bermakna kulit kepala diliputi oleh lapisan kandungan bahan yang membuatkan kulit kepala tidak bernafas.
Oleh itu, pastikan penggunaan berpada-pada dan hanya untuk acara penting.
(Suatu ketika dulu, aku memang menggunakan gel untuk menggayakan rambut. Tetapi lama kelamaan aku dapati rambut aku semakin kurang dan menipis terutama di bahagian depan. Aku sangat takut untuk kelihatan jendul atau berdahi luas. Di samping tu, aku juga dapati kulit kepala aku semakin banyak kelemumur. So, aku ambil keputusan untuk berhenti guna gel dan try guna wax. Tak lama aku guna wax ni sebab aku rasa rambut aku menjadi kasar dan keras seperti dawai. Now, aku beralih kepada minyak rambut (cecair) zaitun dan alhamdulillah, hasilnya, rambut aku kembali pulih dan aku mula rasa anak-anak rambut yang mulai menumbuh di bahagian hadapan kepala aku)
2 DALAM 1
Sudah menjadi tabiat lelaki untuk mengambil mudah dalam segala hal. Ini termasuk soal penjagaan rambut di mana memilih produk berteraskan dua dalam satu seperti syampu dan perapi dalam satu. (Aku tak termasuk dalam kategori ni kot.. huhhuu).
Produk begini asasnya tidak boleh menanggalkan minyak, sekali gus bertindak sebagai pelembap.

JENIS RAMBUT
Bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi jejaka andai kurang menggemari rambut mereka. Jika dilahirkan dengan rambut lurus tentu terfikir untuk berambut kerinting. (Actually, aku sangat suka dengan rambut aku kerana bukan semua orang boleh memiliki rambut ikal seperti aku.. ngehehe. Apatah lagi kalau disimpan panjang. Mesti makan hati adik-adik kat luar sana tu tengok rambut kepuk-kepuk cam I.. wakaka. Tapi dek kerana tuntutan tugas dan mak aku marah kot kalau simpan rambut panjang, jadi terpaksa lah aku potong pendek.. :-( )
Begitulah sebaliknya bagi jejaka kerinting yang mengimpikan untuk berambut lurus. Belajarlah untuk menyukai rambut asal serta mendapatkan pandangan pendandan profesional untuk teknik rambut terbaik.

Akhir kata, kepada lelaki-lelaki di luar sana, buatlah pilihan yang tepat untuk diri anda kerana rambut bukan sahaja menjadi mahkota wanita tetapi juga menjadi pelengkap kepada penampilan lelaki..

Pilihlah gaya rambut yang sesuai dengan diri anda..
-gambar ikhsan pakcik google-





Friday, April 1, 2011

Tazkirah Jumaat

9 WAKTU MUSTAJAB UNTUK IBU BAPA NASIHAT ANAK WALAUPUN UNTUK SEMINIT

Salam.. ini untuk panduan para ibu bapa di luar sana tentang waktu-waktu yang mustajab untuk mereka menasihati anak-anak mereka.

1. Sebelum tidur;
2. Sedang tidur (bisikkan di telinga);
3. Selepas bangun tidur;
4. Selepas mandi;
5. Selepas solat;
6. Selepas baca al-Quran;
7. Selepas berdoa;
8. Selepas riadah; dan
9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak)

Jadi, pilihlah waktu-waktu yang sesuai di antara waktu-waktu di atas untuk menasihati anak-anak anda. Mudah-mudahan, nasihat anda itu akan meresap ke dalam hati sanubari mereka dan membuatkan mereka berubah menjadi anak yang baik, soleh dan mendengar kata. InsyaAllah.


Sebagai tambahan, mungkin juga waktu-waktu ini boleh kita gunakan untuk menasihati isteri, sahabat, ahli keluarga, dll.

Ini pula ayat-ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:
1. Surah al-Baqarah (satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah);
2. Surah an-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:
"Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."

3. Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki 'Arasy yang agung."

Wallahua'lam.

(Sumber: Berita Harian)



Thursday, March 31, 2011

HATI-HATI MEMBELI TAYAR KERETA BARU..


Ihsan Pok Cik Google
 Saja nak kosi info dengan para pembaca budiman sekalian mengenai pembelian atau penggantian tayar baru. Info ni aku petik daripada Akhbar Utusan Malaysia, 26 Mac yang lalu dengan tajuk yang tertera seperti di atas.. So, para pengguna kenderaan sama ada motokar mahupun motosika, marilah sama-sama ambil manfaat daripada info di bawah.

"Mengikut piawaian tayar antarabangsa, jangka hayat tayar hanya bertahan selama lima tahun selepas ia dikilangkan. Ini bermakna, setelah tamat tempoh, getah tayar itu akan menjadi keras atau dalam bahasa mudahnya ia akan 'mati cengkam'.


Asasnya, rangkaian nombor di bahagian tepi tayar yang selalunya dicetak tenggelam ke permukaan tayar, akan memberi kita maklumat mengenai tarikh ia dikilangkan. Misalnya, jika rangkaian nombor pada tayar tersebut adalah 3001, ini bermaksud tayar tersebut dikilangkan pada minggu ke-30 pada tahun 2001.


Oleh itu, jangan tertipu! Sekiranya ada kedai menawarkan tayar dengan harga murah, periksalah terlebih dahulu rangkaian nombornya bagi mengelakkan anda menjadi mangsa. Besar kemungkinan, tayar tersebut telah tamat tempoh penggunaannya. Ingat! Tayar yang telah tamat tempoh berisiko tinggi mudah meletup pada kelajuan tertentu.


Ia juga sudah tidak sesuai digunakan di jalan raya kerana akan membuatkan kereta anda terasa bergegar atau kurang mencengkam. Perkara tersebut boleh menyebabkan sesebuah kenderaan itu mudah terbabas terutama di selekoh yang licin.


Seperkara lagi yang pemandu perlu tahu, jika anda melihat usia tayar dikilangkan berusia kurang tiga tahun, jika dipasang pada kereta, ia turut diklasifikasikan berbahaya. Sebagai panduan, jika anda lihat tertera nombor 1508, tayar itu dikilangkan pada minggu ke-15 atau dari 6 hingga 12 April 2009. Maksudnya, jika anda membeli tayar tersebut pada Rabu, 6 April ini, tayar tersebut sudah berusia tiga tahun. Ini kerana tayar tersebut telah menjadi keras disebabkan sudah terlalu lama tidak digunakan atau disimpan di kedai berkenaan.

 
Mengenai jenis tayar pula, pengguna di negara ini lebih gemar memilih tayar import yang dikategorikan mahal. Walaupun tayar itu dikatakan lebih lembut, ia sebenarnya direka bersesuaian dengan iklim negara pengeksport tersebut. Ia lebih sesuai digunakan di negara mereka berbanding Malaysia yang beriklim panas. Penggunaannya akan menyebabkan tayar kenderaan mempunyai jangka hayat pendek serta kehabisan bunga atau pemukaan menipis."

So, para pengguna kenderaan di luar sana, semoga apa yang disampaikan ini akan dapat membantu saya dan anda untuk membuat pilihan yang tepat dan terbaik semasa hendak mengganti tayar nanti..



Wednesday, March 16, 2011

:: LIFE ::

Aku rasa.. hidup aku sejak 2 menjak ni macam tak berapa nak terurus..
Pergi kerja jam 7 pagi.. pulang ke rumah semula jam 7 petang..
Baru jam 9, 10 malam.. mata dah mengantuk..
Maka terbengkalai lah segala tok nenek assignment yang patut disiapkan

Rumah sewa dah macam hotel..
Balik untuk tidur je..
Hujung minggu kalau ada kelas pergi kelas di Shah Alam
Kalau takde.. balik rumah mak..
Kalau ada OT kena kerja pulak Sabtu Ahad

Aku dah mula letih menghadapi situasi seperti ini..
Hari-hari berulang alik dari Selandar ke Masjid Tanah dan sebaliknya membuatkan kehidupan aku seperti tidak terarah..
Bak kata orang sekarang... "takde life"
Sepatutnyaa.. di awal-awal perkahwinan aku manfaatkan masa untuk mengenali hati budi isteri dengan lebih dekat
Berjalan-jalan dan bersiar-siar sambil menikmati usia perkahwinan kami yang masih muda
Menjalani kehidupan berumah tangga seperti suami isteri yang lain sambil menonton televisyen, makan bersama, keluar malam sekali-sekala, dan sebagainya..

Ada juga isteri aku mohon pindah ke tempat kerja yang lebih dekat dengan tempat kerja aku..
Tapi pengarah tempat kerja isteri aku sekarang ni tak mahu luluskan melainkan pertukaran suka sama suka..
So, kepada tuan pengarah tempat isteri aku kerja tu..
Sekiranya anda terbaca belog saya ini..
Tolonglah perihatin dengan masalah yang kami hadapi..
Saya tak mintak lebih.. cuma tolong sign dan luluskan permohonan pertukaran isteri saya tuh jer..
Pastu.. terpulanglah kepada pihak atasan (HQ) sama ada nak luluskan ke tak..
InsyaAllah, saya yakin pasti ada pengganti yang akan menggantikan tempat isteri saya nanti..
Tolonglahh.. saya merayu dengan sesungguh hati ni..
Kembalikanlah 'life' yang pernah saya lalui dahulu
Semoga 'life' saya yang semakin malap ini akan semakin cerah atas jasa baik tuan itu.. :-(

p/s: korang tolong-tolonglah doakan supaya isteri saya dapat bertukar di tempat kerja yang lebih dekat dengan saya yer.. tq in advance..