Pages

Wednesday, March 31, 2010

"PESTA BUKU 2010"

Alhamdulillah, Pesta Buku 2010 a.k.a. Kuala Lumpur International Book Fair 2010 bagi edisi yang ke-29 telah pun melabuhkan tirainya. Pesta Buku selama sepuluh hari itu yang bermula pada 19hb Mac dan berakhir pada 28hb Mac 2010 telah menggamit kehadiran ribuan pengunjung untuk melihat koleksi buku terkini dalam dan luar negara. Tidak ketinggalan, tempat kerja aku juga telah menghantar wakil yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan, Pensyarah dan staf sokongan dengan menaiki sebuah bas untuk ke Pesta Buku tersebut pada hari Jumaat, 26hb Mac 2010. (Nampak cam serius je entry aku kali ni.. huhhhuuu. Ada gaya-gaya tulisan seoran reporter tak??)

Malangnya, aku bersama dengan seorang lagi Pakcik PAR tidak dapat turut serta ke Pesta Buku tersebut kerana terpaksa bertugas di kaunter peminjaman dan pemulangan (walaupun hakikatnya Pakcik tu hanya menemankan aku dan aku sesowang je yang buat keje). Deyyy... dah kalau sume nak pegi, abis sapa nak jaga Library ni??!! So, aku dengan rela hatinya telah menawarkan diri untuk tidak pergi ke Pesta Buku tersebut. Begitu juga dengan Pakcik PAR tadi.. Jadi, tinggal lah kami berdua si bujang trang tang tang ni menjaga kaunter.

Adapun beberapa hari sebelum ke Pesta Buku tersebut si Pakcik PAR ni sudah tanya aku...

Pakcik PAR: Kayrol, ko dah pegi Pesta Buku??

Aku: (Dengan jujurnya menjawab tanpa mengetahui sebarang muslihat di sebalik pertanyaan itu)  Belum Cik.. Kenapa??

Pakcik PAR: Ko tak yah pegi.. Ko pegi je Pesta Buku kat belakang tuh!! (rak buku di bahagian belakang)

haahahahaahaaa..

tergolak bosar den dengan lawak Pakcik nie..
tapi, ada benarnya kata-kata Pakcik tersebut..
Kalau tak caya jom kita terjahhhh..!!!

So, Korang saksikanlah sendiri gambar-gambar di bawah nie...


klik bawah

\/
\/


\/
\/


\/
\/


\/
\/

\/
\/






amacam??? 
Percaya takkkkkk????
wakaka...

Wednesday, January 20, 2010

EXPIRED..???!!!

Pagi ni aku bersiap pergi kerja seperti biasa. Sedang aku leka mengaplikasikan minyak rambut Code10 ke rambutku, tiba-tiba terlintas di fikiran aku "DAH BERAPA LAMA AKU GUNA MINYAK RAMBUT NI??"

Terlintas jugak difikiran aku, yang setahu aku, aku beli minyak rambut ni seminggu lepas adik aku kawin.. Dan adik aku kawin adalah pada awal tahun 2008. Laa ni, dia dah ada anak sorang dah.. Eh2, minyak rambut ada expired date ke??

Tanpa berlengah lagi, akupun terus mengecek dan membelek bekas minyak rambut tersebut.. Sah!! memang dah expired pun dari tahun lepas.. bulan 6, 2009!! Patutla pun rambut-rambut aku ni jatuh berguguran lalu berserakan bak daun-daun keguguran bertaburan di atas lantai bilik aku ni!! Rupa-rupanya, aku telah memakai minyak rambut yang dah expired lebih dari 6 bulan..!!!

Nasib la aku tersedar!! Kalau tak, tanpa aku tahu apa puncanya, jadilah kepala aku botak separa like uncle Zaibo... huhhuuu. Selama ni mati-mati aku ingat rambut aku gugur sebab faktor usia. Tapi rupanya, minyak rambut yang punya pasal.. and of course le, minyak rambut tu telah selamat berada di dalam bakul sampah di rumah makcik Tijah (eh2, tu cam nama mak aku jew..)

Samaada anda percaya atau tidak, ini juga merupakan entry pertama aku di tahun baru 2010 (ya Rabbii.. malasnya nak update). Bulan pun dah nak masuk separuh, baru ada kesedaran nak update blog.. Ntah apa-apa ntah!! Maklumle, idup aku ni takdela happening sangat cam orang lain untuk dikongsi bersama. Bila aku rasa ada something or moment yang menarik, barula aku akan masukkan ke dalam blog.

Neway, masih belum terlewat lagi untuk aku me'wish' Hepi New Year kat semorang. Azam??!! takde maknanya nak berazam-azam ni kerana setiap hari-hari yang aku lalui ni adalah penuh dengan keazaman.. tak payah la nak tunggu tahun baru, baru nak berazam. Bak kata tagline satu iklan TV, "ARI-ARI MAWWW.." --> (twisties bingit)
Chowwww!!

Wednesday, December 30, 2009

SEBELUM 2009 MENUTUP TIRAI

25-27 DIS. 09 - Trip to Penang n Genting
akak aku (termasuk anak-anak buah aku) beria-ia ajak join family diaorang gi orang kawin kat penang rumah sedara abang ipar aku. nak tak nak, aku pegila jugak.. ingatkan dapat jejalan, tapi yang sempat kitaorang singgah adalah kat pantai batu feringgi je.. (dalam ati aku yang jahat ni kata, kat melaka pun berlambak pantai leh gi.. pantai kelebang, pantai pengkalan balak, pantai tanjung bidara, pantai tanjung puteri....................) tensen gue!! tobat, lepas ni taknak join lagi..

aku sempat la bisik kat anak buah aku, terima kasih atas hadiah hari jadi yang tak terhingga sedapnya ni.. huuhhhhuuu. so, ni je la gamba yang sempat disnap..





balik dari penang hari ahad tu, abang ipar aku ajak singgah genting. aku on je.. lagipun memandangkan ari lahir aku jatuh pada ari ahad, maka aku dengan rasminya mengisytiharkan pada diri aku ari Isnin cuti bagi menggantikan ari ahad yang jatuh pada cuti umum.. hehehe. tapi, tak main pun gi genting tu. just gi cuci-cuci mata je.. korang tengoklah muka anak buah lelaki aku tu, meghenyok je muka tak dapat main kat situ..














28HB DIS. 09
sambut besday di rumah akak aku di selayang bersama-sama ngan anak buah. actually, aku nak belanja anak-anak buah aku ni makan pizza. tapi, akak diaorang yang tua kata kesian kat mak ayah diaorang (anak-anak yang soleh la katakan) tak dapat join sekali sebab keje. so, depa dok pakat nanti gi makan ngan mak ayah diaorang je.. dalam hati aku berkata, "selamat duit aku..." huhhuuu

so, akupun pegi selayang mall yang mana aku boleh menapak je takyah nak naik-naik bas or teksi bagai coz, selayang mall, mydin n segala tok nenek shopping complex adalah beberapa langkah sahaja dari rumah mereka. sebagai pak sedara yang baik hati, akupun belikanlah kek ngan aiskrim untuk diaorang. gambar-gambar ni pulak diambil oleh anak-anak sedara aku yang comel dan manja itu.. errmmm.. kalau sesape ada nak belanja aku kek, kek kegemaran aku adalah kek coklat.. ngehngehngeh 








dan yang paling special nya aku dapat present dari my fiancee a week before.. errrmm, watever the color of the present, aku terimaa seadanyaaa.. korang jangan cakap aku jambu lak lepas ni tawww.. hehehe. dah orang bagi, aku amek je le...


so, itu je la peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum 2009 melabuhkan tirainya.. semoga 2010 yang bakal tiba tak lama lagi ni, akan membawa seribu sinar bahagia untuk aku dan korang. dan yang paling penting, sama-samala kita meningkatkan amal dan ibadat kita sementara jasad masih bernyawa, selagi nadi masih berdenyut, sebelum mata terpejam untuk selama-lamanya..
SELAMAT TINGGAL 2009
SELAMAT DATANG 2010

Sunday, November 29, 2009

dah jadi tunangan orang..

Alhamdulillah, tanggal 29.11.2009 yang lalu aku telahpun bergelar tunangan orang. Segala-galanya berlaku dengan begitu cepat dan pantas sehinggakan aku sendiri tak percaya yang kini aku dah bertunang. Apa-apapun korang tengokla gambar-gambar yang keluarga aku sempat snap aritu.. ~_~


Makteh aku ditugaskan untuk menyarung cincin merisik


Ni lah my mom masa sarungkan cincin bertunang


Inilah wajah tunang aku..
(Nuyui... hang kenai kaaa awex ni??!!)






giliran den la pulak nak bergambar..
den sogan sebonarnya nak gamba-gamba ni haa..
tapi pak sedara tunang den ni haa dok sibuk sughuh den bergamba
dia kata.. kang takde prove lak yang aku dah tunang dengan si Lina nii
ngehngehngeh...

actually, banyak lagi gamba yang keluarga aku ambil. tapi takyah la sume aku nak attach kat sini. tak ghajin lak aku nak expose gamba-gamba aku tu kat sini. kang meluat lak korang tengok gamba-gamba aku tuh.. lagipun ni baru tunang. lainle kalau dah kawin. KAN...??

k arr.. nnt aku update lagi. wat masa ni hidup aku tak berapa nak terurus sangat coz banyak perkara yang berlaku secara mengejut dan tidak dirancang sejak kebelakangan ni. Jadi, biarla aku kembalikan diri aku ke 'alam nyata' semula sebelum aku benar-benar bersedia untuk menulis di dalam blog ini. Pepehalpun, aku harap korang tolong la doakan yang terbaik untuk aku dan tunang aku yerkk.. semoga jodoh kami berkekalan dan berakhir ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke anak cucu. Amiin..
CHHOOOOOWWWWW!!

Friday, October 9, 2009

BIZI.. BIZI.. BIZI.. dan BIZI...!!!

Ketika aku menaip entry ini, aku masih lagi berada di Cyber Cafe untuk menyiapkan assignment yang due date nya adalah pada hari ahad ini.. So, kepada student2, jangalah mengikur pe'el saya ini yang suka membuat assignment last minit. Malam yang sepatutnya aku dapat relax dok rumah tetapi kerana nak menyiapkan assignment (yang patutnya dah lama boleh siap!!), aku masih berada di Cyber Cafe okay!!


KENAPA SAYA TAK SIAP ASSIGNMENT??


1. kerana saya adalah malas untuk membuatnya..
2. juga kerana saya malas untuk membuatnya..
3. juga juga saya malas, malas, dan malas untuk membuatnya..
4. kerana saya dalam mood berhari raya,jadi, assignment pun kena cuti raya jugak!!
5. kerana sebelum ini saya berpuasa sunat 6 hari di bulan syawal.. justeru itu saya sangat letih sehingga hendak memegang pen, membuka buku dan membaca pun tidak berdaya
(p/s: jangan jadikan puasa sebagai alasan!! Nabi S.A.W. dan para sahabat berperang dalam perang Badar adalah dalam bulan Ramadhan yer!!
jawapan: saya adalah amat insaf sekarang..)
6. kerana internet di tempat kerja saya bermasalah. server down sepanjang minggu ini dan minggu sebelum itu, ia adalah amat lembap!! jadi saya adalah tidak mempunyai cara lain untuk membuat assignment
7. kerana saya adalah sibuk bermain game!!!!! boleyyyyy???!!!


antara ketujuh-tujuh jawapan tersebut di atas, jawapan 1-3 dan jawapan no. 7 adalah amat tepat sekali..


bayangkan, sepanjang minggu ini, oleh kerana internet tidak dapat di access, aku hanya menghabiskan masa bermain game yang mudah-mudah sebagai mengisi masa lapang. (betul-betul makan gaji buta!! --> sila jangan ikut perangai jahat saya ini..).


ye laa.. camne aku nak wat keje kalau internet tak boleh di access kerana tugas aku adalah berkait rapat dengan internet. untuk mengkatalog buku-buku di library aku, aku terpaksa buat copy catalouging melalui laman2 web library lain (termasuk overseas libraries). Dah internet tak dapat, jadi camne aku nak menjalankan tugas aku dengan baik. ada tak ada, bagi memenuhi masa aku yang begitu lapang sekali, aku telah mengambil keputusan untuk bermain game yang mudah-mudah. paling tidak dapatlah merelease kan tension aku yang tak tau nak buat keje apa ni.. buat apa nak main game yang heavy2 ni (sebenarnya tak tau main cakapla..), wat sakit kepala jerr.. huhhuuu.


begitulah kisah aku yang begitu kemaruk bermain game, dari opis sampailah ke rumah, sehingga tidak menyiapkan assignment aku yang patutnya boleh dihabiskan dalam 2, 3 hari sahaja sebenarnya. Errr... tetiba baru teringat, kalau-kalau ada staf tempat keje aku yang 'ter'sengaja baca, harap tolonglah abaikan apa yang telah aku catatkan di atas yer..


okay.. berbalik kepada kisah assignment aku ni, tinggal lagi satu assignment yang aku lom siapkan sepenuhnya (nak bagitau yang aku dah buat separuhla tu.. huuhhuuu). May be esok aku leh siapkan dan oleh kerana ia adalah soalan past year yang jawapannya perlu ditulis tangan (kelihatan seolah-olah lecturer telah memberi test), maka bolehla aku meniru mana-mana kengkawan yang dah siap (tapi biasanya mereka pun sama macam aku gak.. huuhhuuu).


oleh kerana aku telah menerima 'signal' dari partner grup aku yang dia dah terima tugasan (ada 15 soklan, kena bagi 2.. jadi adil) yang aku email, maka akupun ingin berangkat keluar dari Cyber Cafe ini. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan teladankepada pembaca-pembaca sekalian especially kepada student-student yang suka buat tugasan last minit macam saya ini.


ooo... oleh kerana sekarang ini masih bulan raya lagi, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada pengunjung-pengunjung blog saya ini. Sekiranya anda pernah tersinggung dengan penulisan saya ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran saya itu. tentang citer hari raya, rasanya tak sempat untuk saya ceritakan di sini. lagipun, apa lagi yang menarik tentang kisah hari raya selain makan, ziarah, tengok tv dan duit dah habisssss....!!!


SELAMAT MALAM