Pages

Friday, October 9, 2009

BIZI.. BIZI.. BIZI.. dan BIZI...!!!

Ketika aku menaip entry ini, aku masih lagi berada di Cyber Cafe untuk menyiapkan assignment yang due date nya adalah pada hari ahad ini.. So, kepada student2, jangalah mengikur pe'el saya ini yang suka membuat assignment last minit. Malam yang sepatutnya aku dapat relax dok rumah tetapi kerana nak menyiapkan assignment (yang patutnya dah lama boleh siap!!), aku masih berada di Cyber Cafe okay!!


KENAPA SAYA TAK SIAP ASSIGNMENT??


1. kerana saya adalah malas untuk membuatnya..
2. juga kerana saya malas untuk membuatnya..
3. juga juga saya malas, malas, dan malas untuk membuatnya..
4. kerana saya dalam mood berhari raya,jadi, assignment pun kena cuti raya jugak!!
5. kerana sebelum ini saya berpuasa sunat 6 hari di bulan syawal.. justeru itu saya sangat letih sehingga hendak memegang pen, membuka buku dan membaca pun tidak berdaya
(p/s: jangan jadikan puasa sebagai alasan!! Nabi S.A.W. dan para sahabat berperang dalam perang Badar adalah dalam bulan Ramadhan yer!!
jawapan: saya adalah amat insaf sekarang..)
6. kerana internet di tempat kerja saya bermasalah. server down sepanjang minggu ini dan minggu sebelum itu, ia adalah amat lembap!! jadi saya adalah tidak mempunyai cara lain untuk membuat assignment
7. kerana saya adalah sibuk bermain game!!!!! boleyyyyy???!!!


antara ketujuh-tujuh jawapan tersebut di atas, jawapan 1-3 dan jawapan no. 7 adalah amat tepat sekali..


bayangkan, sepanjang minggu ini, oleh kerana internet tidak dapat di access, aku hanya menghabiskan masa bermain game yang mudah-mudah sebagai mengisi masa lapang. (betul-betul makan gaji buta!! --> sila jangan ikut perangai jahat saya ini..).


ye laa.. camne aku nak wat keje kalau internet tak boleh di access kerana tugas aku adalah berkait rapat dengan internet. untuk mengkatalog buku-buku di library aku, aku terpaksa buat copy catalouging melalui laman2 web library lain (termasuk overseas libraries). Dah internet tak dapat, jadi camne aku nak menjalankan tugas aku dengan baik. ada tak ada, bagi memenuhi masa aku yang begitu lapang sekali, aku telah mengambil keputusan untuk bermain game yang mudah-mudah. paling tidak dapatlah merelease kan tension aku yang tak tau nak buat keje apa ni.. buat apa nak main game yang heavy2 ni (sebenarnya tak tau main cakapla..), wat sakit kepala jerr.. huhhuuu.


begitulah kisah aku yang begitu kemaruk bermain game, dari opis sampailah ke rumah, sehingga tidak menyiapkan assignment aku yang patutnya boleh dihabiskan dalam 2, 3 hari sahaja sebenarnya. Errr... tetiba baru teringat, kalau-kalau ada staf tempat keje aku yang 'ter'sengaja baca, harap tolonglah abaikan apa yang telah aku catatkan di atas yer..


okay.. berbalik kepada kisah assignment aku ni, tinggal lagi satu assignment yang aku lom siapkan sepenuhnya (nak bagitau yang aku dah buat separuhla tu.. huuhhuuu). May be esok aku leh siapkan dan oleh kerana ia adalah soalan past year yang jawapannya perlu ditulis tangan (kelihatan seolah-olah lecturer telah memberi test), maka bolehla aku meniru mana-mana kengkawan yang dah siap (tapi biasanya mereka pun sama macam aku gak.. huuhhuuu).


oleh kerana aku telah menerima 'signal' dari partner grup aku yang dia dah terima tugasan (ada 15 soklan, kena bagi 2.. jadi adil) yang aku email, maka akupun ingin berangkat keluar dari Cyber Cafe ini. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan teladankepada pembaca-pembaca sekalian especially kepada student-student yang suka buat tugasan last minit macam saya ini.


ooo... oleh kerana sekarang ini masih bulan raya lagi, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada pengunjung-pengunjung blog saya ini. Sekiranya anda pernah tersinggung dengan penulisan saya ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran saya itu. tentang citer hari raya, rasanya tak sempat untuk saya ceritakan di sini. lagipun, apa lagi yang menarik tentang kisah hari raya selain makan, ziarah, tengok tv dan duit dah habisssss....!!!


SELAMAT MALAM

No comments: