Pages

Wednesday, December 30, 2009

SEBELUM 2009 MENUTUP TIRAI

25-27 DIS. 09 - Trip to Penang n Genting
akak aku (termasuk anak-anak buah aku) beria-ia ajak join family diaorang gi orang kawin kat penang rumah sedara abang ipar aku. nak tak nak, aku pegila jugak.. ingatkan dapat jejalan, tapi yang sempat kitaorang singgah adalah kat pantai batu feringgi je.. (dalam ati aku yang jahat ni kata, kat melaka pun berlambak pantai leh gi.. pantai kelebang, pantai pengkalan balak, pantai tanjung bidara, pantai tanjung puteri....................) tensen gue!! tobat, lepas ni taknak join lagi..

aku sempat la bisik kat anak buah aku, terima kasih atas hadiah hari jadi yang tak terhingga sedapnya ni.. huuhhhhuuu. so, ni je la gamba yang sempat disnap..





balik dari penang hari ahad tu, abang ipar aku ajak singgah genting. aku on je.. lagipun memandangkan ari lahir aku jatuh pada ari ahad, maka aku dengan rasminya mengisytiharkan pada diri aku ari Isnin cuti bagi menggantikan ari ahad yang jatuh pada cuti umum.. hehehe. tapi, tak main pun gi genting tu. just gi cuci-cuci mata je.. korang tengoklah muka anak buah lelaki aku tu, meghenyok je muka tak dapat main kat situ..














28HB DIS. 09
sambut besday di rumah akak aku di selayang bersama-sama ngan anak buah. actually, aku nak belanja anak-anak buah aku ni makan pizza. tapi, akak diaorang yang tua kata kesian kat mak ayah diaorang (anak-anak yang soleh la katakan) tak dapat join sekali sebab keje. so, depa dok pakat nanti gi makan ngan mak ayah diaorang je.. dalam hati aku berkata, "selamat duit aku..." huhhuuu

so, akupun pegi selayang mall yang mana aku boleh menapak je takyah nak naik-naik bas or teksi bagai coz, selayang mall, mydin n segala tok nenek shopping complex adalah beberapa langkah sahaja dari rumah mereka. sebagai pak sedara yang baik hati, akupun belikanlah kek ngan aiskrim untuk diaorang. gambar-gambar ni pulak diambil oleh anak-anak sedara aku yang comel dan manja itu.. errmmm.. kalau sesape ada nak belanja aku kek, kek kegemaran aku adalah kek coklat.. ngehngehngeh 








dan yang paling special nya aku dapat present dari my fiancee a week before.. errrmm, watever the color of the present, aku terimaa seadanyaaa.. korang jangan cakap aku jambu lak lepas ni tawww.. hehehe. dah orang bagi, aku amek je le...


so, itu je la peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum 2009 melabuhkan tirainya.. semoga 2010 yang bakal tiba tak lama lagi ni, akan membawa seribu sinar bahagia untuk aku dan korang. dan yang paling penting, sama-samala kita meningkatkan amal dan ibadat kita sementara jasad masih bernyawa, selagi nadi masih berdenyut, sebelum mata terpejam untuk selama-lamanya..
SELAMAT TINGGAL 2009
SELAMAT DATANG 2010

No comments: