Alhamdulillah.. diberi kesempatan oleh-Nya untuk mengemaskini entri di blog ini sekali lagi.
Bagaimana dengan hari anda? Masih dalam mood bercuti atau sedang sibuk dengan urusan harian? Almaklumlah.. di hujung-hujung tahun ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti tahun untuk pergi bercuti bersama keluarga. Semoga percutian anda bersama keluarga tersayang akan mengeratkan lagi kasih sayang dan ikatan kemesraan bersama pasangan dan anak-anak. In Shaa Allah.
Kalau sebut pasal cuti ni.. pasti ada yang berfikir untuk berlama-lama di atas katil. Masa cuti ni la kita nak balas balik (saya selalu guna istilah qadha'.. hehe) waktu tidur kita selama lima hari bekerja tu. Tak payah cakap orang lain.. saya sendiri bila cuti hujung minggu atau cuti umum atau mohon cuti; pasti akan terlajak bangun tidur daripada biasa.. hehe.
Pendek kata.. bila dah tau yang esok cuti, automatik kita dah set dalam kepala yang esok boleh bangun lambat sikit. Tapi saya respect la kat korang yang walaupun hari cuti masih boleh bangun awal seperti biasa. Dan itu sebenarnya adalah satu amalan yang baik. So, jangan tiru perangai saya yang tak elok tu.. huhhuu.
OK.. berbalik kepada tajuk entri, hari ni saya nak berkongsi dengan anda tips untuk mengatasi liat bangun pagi. Terpulang kepada anda.. kalau anda 'penidur tegar' di waktu cuti seperti saya, sila abaikan tips ini.. hehe. Tapi ingat, kajian menyatakan, kejayaan seseorang bermula sekiranya individu terbabit bangun pagi iaitu sebelum matahari terbit. Bahkan.. ada hadis yang menyuruh kita berpagi-pagian dan jangan tidur selepas subuh kerana rezeki susah nak masuk dan mewarisi kepapaan. (peringatan untuk diri sendiri jugak!!)
Jadi kepada yang susah bangun pagi tu, cuba ikut langkah di bawah untuk membiasakan rutin tersebut diamalkan setiap hari. Pelbagai manfaat yang kita perolehi jika mengamalkan bangun pagi seperti dapat mejadikan kita lebih aktif dan produktif.. Jadi, jom cuba tips atasi liat bangun pagi di bawah.
Tips atasi liat bangun pagi
1. Cari alasan untuk bangun pagi
Sebelum tidur, pastikan anda mempunyai senarai tugasan yang perlu dilakukan esok. Tujuannya bagi memastikan segala tugasan yang berat dapat diselesaikan sebelum tengahari. Senarai tugasan secara tidak langsung membantu anda menguruskan masa dengan lebih baik. Ini kerana pagi adalah waktu terbaik untuk kekal produktif dalam kerja!
--> Bagi 'penidur tegar waktu cuti' macam saya ni.. buatlah perancangan macam mana sekalipun.. tetap liat jugak nak bangun pagi.. huhhuu.
2. Gunakan butang 'snooze'
Jangan lengahkan bangun pagi apabila mendengar butang snooze, setiap kali jam penggera berbunyi. Jika terus bangun dan mandi menjadikan anda lebih segar dan bertenaga untuk merancang sesuatu pada waktu pagi. Jika terjaga awal daripada masa yang ditetapkan, terus bangun. Jika anda teruskan menarik selimut, ia akan menyebabkan anda lebih sukar bangun. Anda berpeluang bersarapan, bersiap lebih lama dan menikmati keindahan pagi.
--> Juga tak berkesan. Cepat-cepat bangun untuk tutup alarm lagi adalah.. huhhuu. dan yang paling teruk, kadang-kadang bunyi alarm pun tak sedar.. hahaha
3. Nikmati waktu tidur lebih lama
Tidur pada waktu yang ditetapkan setiap malam. Anda perlu dapatkan enam hingga lapan jam waktu tidur sehari. Caranya terpulang kepada anda untuk mencukupkan tidur pada setiap hari dan ia mempengaruhi waktu bangun tidur anda.
--> Tip yang diberi.. nikmati waktu tidur lebih lama.. so, memang lajak la sampai kul 10.00 pagi.. cuti kan??kihkihkih.
4. Bangun lagi awal
Jika kebiasaannya anda bangun 6.00 pagi, cuba untuk bangun 10 atau 15 minit lebih awal. Ini memberikan lebih masa untuk anda meregangkan badan.
--> Dahla kita ni jenis liat bangun pagi.. disuruh pulak bangun lebih awal.. memang tak lah!! huhhuu..
5. Bangun awal pada hujung minggu
Jangan ubah rutin bangun pagi pada setiap hujung minggu. Ini bagi melatih diri anda mudah bangun awal. Lama-kelamaan, badan anda akan menjadi biasa dengan keadaan ini. Pagi tempoh yang tenang. Anda boleh berfikir dan merancand dengan baik pada waktu ini. Justeru, sungguhpun hujung minggu, bangun awal dan rancang aktiviti yang lebih menyeronokkan.
--> Saya rasa tips-tips ini lebih kepada orang yang liat bangun pagi waktu bekerja sahaja. Macam saya hanya bermasalah pada hujung minggu jer.. :)
6. Lompat dan regangkan badan
Cuba regangkan badan dan melompat dengan perlahan sebaik bangun tidur. Beberapa sesi lompat akan membantu anda memperoleh tenaga. Jika anda mampu untuk lompat tali, jadikan ia rutin. Ia juga membantu memperbaiki sistem limfa anda. Sewaktu tidur, banyak toksik dihasilkan pada waktu malam, jadi sedikit senaman waktu pagi mampu mengurangkannya.
--> Aktiviti ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda berjaya mengatasi masalah liat bangun pagi.. kalau tak, selepas mengeliat.. anda akan tidur kembali.. hehe
7. Buka tingkap
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan pasti anda akan berasa segar dan mampu melihat lebih jelas pemandangan di luar rumah.
--> Sama seperti di atas.. kalau masih di atas katil, bagaimana anda nak buka tingkap. Jadi, point utamanya ialah kalau bangun awal anda pasti dapat melakukannya
8. Minum segelas air
Cara terbaik adalah minum segelas air. Bangun dan minum, kemudian anda pasti bersedia untuk menempuh hari baharu.
--> Saya biasa amalkan minum air selepas bangun tidur. Memang sebelum tidur saya akan standby kan botol air di tepi katil supaya bila bangun nanti boleh minum air. Tapi bila hari cuti, tips ni tak berjaya membuatkan saya untuk bangun awal.. minum air dan sambung tidur kembali.. huhhuu
9. Sarapan
Elakkan sarapan yang mengandungi kuantiti gula yang tinggi. Ia hanya mengakibatkan perut sebu dan sakit kepala. Kombinasi diet seimbang menjadi permulaan yang ceria dan produktif.
--> Errmm.. biasanya kalau dah bangun lambat, sarapan tu akan jadi merangkap makan tengahari kott.. :-)
Bagi yang beragama Islam, kita telah diajar beberapa amalan sunnah selepas bangun daripada tidur. Jom kita tengok beberapa amalan sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW selepas bangun daripada tidur dan marilah kita sama-sama amalkan untuk mendapat keberakatan dan pahala sunat.
6. Lompat dan regangkan badan
Cuba regangkan badan dan melompat dengan perlahan sebaik bangun tidur. Beberapa sesi lompat akan membantu anda memperoleh tenaga. Jika anda mampu untuk lompat tali, jadikan ia rutin. Ia juga membantu memperbaiki sistem limfa anda. Sewaktu tidur, banyak toksik dihasilkan pada waktu malam, jadi sedikit senaman waktu pagi mampu mengurangkannya.
--> Aktiviti ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda berjaya mengatasi masalah liat bangun pagi.. kalau tak, selepas mengeliat.. anda akan tidur kembali.. hehe
7. Buka tingkap
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan pasti anda akan berasa segar dan mampu melihat lebih jelas pemandangan di luar rumah.
--> Sama seperti di atas.. kalau masih di atas katil, bagaimana anda nak buka tingkap. Jadi, point utamanya ialah kalau bangun awal anda pasti dapat melakukannya
8. Minum segelas air
Cara terbaik adalah minum segelas air. Bangun dan minum, kemudian anda pasti bersedia untuk menempuh hari baharu.
--> Saya biasa amalkan minum air selepas bangun tidur. Memang sebelum tidur saya akan standby kan botol air di tepi katil supaya bila bangun nanti boleh minum air. Tapi bila hari cuti, tips ni tak berjaya membuatkan saya untuk bangun awal.. minum air dan sambung tidur kembali.. huhhuu
9. Sarapan
Elakkan sarapan yang mengandungi kuantiti gula yang tinggi. Ia hanya mengakibatkan perut sebu dan sakit kepala. Kombinasi diet seimbang menjadi permulaan yang ceria dan produktif.
--> Errmm.. biasanya kalau dah bangun lambat, sarapan tu akan jadi merangkap makan tengahari kott.. :-)
********************************
Jadi, macam mana?? Agak-agaknya tips di atas tu berguna tak untuk mengatasi masalah mereka yang liat bangun pagi? Itu hanya sekadar perkongsian sahaja.. yang penting diri kita. Kalau kita mahukan perubahan dan lebih berjaya, cubalah tips di atas. Pokok pangkalnya diri kita sendiri. Apa lagi kawan-kawan.. jom lakukan perubahan. In shaa Allah, takkan rugi punya orang yang bangun awal ni, bahkan Allah akan bukakan pintu rezeki yang luas untuk kita.Bagi yang beragama Islam, kita telah diajar beberapa amalan sunnah selepas bangun daripada tidur. Jom kita tengok beberapa amalan sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW selepas bangun daripada tidur dan marilah kita sama-sama amalkan untuk mendapat keberakatan dan pahala sunat.