Dan esok, fajar satu Syawal akan menjelang..
Tahun ni, tiba pula giliran aku beraya di tempat orang. Ya!! Kali ni giliran aku beraya di rumah mertua di Kuala Berang, Terengganu. Kalau nak ikutkan tahun lepas, sepatutnya aku beraya di Terengganu. Tapi, oleh kerana keadaan isteri aku yang ketika itu tak berapa nak mengizinkan (sedang sarat mengandung: baca sini) untuk kami pulang ke Terengganu, maka terpaksalah giliran beraya di Terengganu di tunda ke tahun ini. Dan ini juga bermakna, kali pertama Nur Iman Wafirah menyambut lebaran adalah di Kuala Berang (tahun lepas lum keluar lagi..)
Kalau tanya aku macam mana perasaan bila beraya di tempat orang?? Bagi akulah.. aku cam takde masalah kot nak beraya di rumah mertua.. Kalau tak, takkan seminggu aku bercuti raya kat sini..!! Aku start cuti hari Khamis hari tu. Hari Rabu malam, selepas berbuka puasa bersama emak dan bertarawikh di masjid, aku anak beranak menuju ke Selayang ke rumah akak aku. Akak aku ni nak jumpa sangat Nur Iman Wafirah sebelum balik Terengganu.. dan sebagai upahnya, dia kena masak asam pedas untuk aku. Kami bertolak balik ke Terengganu pada hari Khamis malam. Siang tu sempat lah shopping sikit kat Selayang Mall..
Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Kuala Berang dipermudahkan oleh-Nya. Tiada kesesakan lalu lintas yang teruk seperti yang aku jangkakan.. Terima kasih Allah!! Dengan izin dari-Nya jualah aku sekeluarga selamat sampai ke Kuala Berang lebih kurang jam 3 pagi. Dan insyaAllah, aku akan berada di sini sehingga hari Jumaat. Semoga perjalanan pulang kami nanti juga akan dipermudahkan oleh-Nya. Amiin.
Sekian dulu dari aku.. Semoga lebaran tahun ini akan membawa keceriaan dan kebahagiaan kepada kita semua dan semoga negara kita Malaysia akan kekal aman dan sejahtera selamanya. Akhir kalam.. salam maaf tulus ikhlas dari aku sekiranya ada kesalahan dan kekhilafan sepanjang bergelar anak, menantu, suami, ayah, pelajar, pekerja, sahabat, jiran dan juga sebagai hamba Allah yang tak pernah lekang daripada melakukan dosa dan kesilapan.
"Kullu 'aam.. wa antum bi khair"
No comments:
Post a Comment