Aku dan rakan-rakan ofis pernah merancang.. bertahun lamanya kami merancang dan sehingga kini, rancangan kami itu tidak dapat direalisasikan. Malahan, sampai ada officemate kami tu yang dah pindah..
Yaa.. betul kata korang.
Kita hannya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
Jadi kami redha..
Sebenarnya, kami merancang untuk pergi ke Genting Highlands hari Sabtu (28.01.12) yang lalu..
Jika rancangan kami untuk ke Genting itu sebelum ini seringkali menemui kegagalan, sebaliknya pada kali ini ia hampir menjadi.. kiranya.. 90% impian kami itu hampir terlaksana..
Yaa.. memang benar..
Kita hanya merancang, tapi Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tentang rancangan kami itu..
Dan sesungguhnya kami redha..
Hari Khamis (26.01.12).. isteri aku bagitau nenek dia dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.
Dan.. aku mulai rasa rancangan kami bakal menemui kegagalan..
Hari Jumaat (27.01.12).. aku bagitau rakan-rakan ofis, aku tak dapat join mereka untuk ke Genting beserta alasannya.. mereka mencari alternatif lain supaya yang lain-lain dapat meneruskan rancangan kerana mengikut perancangan kami akan pergi menaiki dua buah kenderaan. Dua orang akan menumpang kereta aku dan 4 orang menaiki kereta kawan yang aku namakan Ani.
Lagi sekali..
Sesungguhnya, kami hanya merancang.. tapi Allah telah merancanakan sebaliknya untuk kami..
Selepas pulang dari sarapan.. Ani yang ingin ke kereta mengambil botol airnya tiba-tiba masuk kembali ke dalam ofis dan memberitahu aku yang dia juga tidak dapat pergi ke Genting kerana baru mendapat perkhabaran yang neneknya meninggal.. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Maha Besar Kuasa-Mu Ya Allah, sekiranya kami jadi pergi ke Genting dan tiba-tiba mendapat berita buruk seumpama ini.. nescaya kami akan menyesalinya.
Sesunggunya.. kita hanya merancang.. tapi Tuhan yang menentukan.
Dan kami sebagai hamba, redha dengan Qada' dan Qadar yang telah Engkau tentukan untuk kami.
No comments:
Post a Comment