Pages

Thursday, September 8, 2011

WARNA-WARNI AIDILFITRI 2011

Alhamdulillah, tahun ni Allah masih panjangkan umur aku untuk bertemu Ramadhan dan seterusnya merayakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Kiranya, masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada para pembaca budiman yang dikasihi sekalian.

Tahun ni, giliran aku dan isteri menyambut Hari Raya di kampung halaman aku iaitu di Melaka. Ini adalah merupakan raya pertama kami sebagai suami isteri dan sudah tentulah kesedihan itu amat dirasai oleh isteri yang terpaksa beraya di kampung aku. Selama 20 tahun lebih dia beraya dengan keluarganya di Terengganu, tetiba kali ni kena beraya dengan family aku, tentulah ada sedikit rasa syahdu yang menyelubungi tangkai hatinya.

Memang mengikut perancangan kami, tahun ni kami ingin beraya di Terengganu. Tetapi disebabkan oleh keadaan isteri aku yang mengandung, family isteri aku menasihatkan dia supaya tak balik beraya di Terengganu. Bukan apa, kandungan isteri aku tu dah genap 9 bulan sehari sebelum raya haritu. Kang buatnya tetiba dia rasa nak bersalin, mana pulak aku nak cari hospital tetengah jalan tu. So, terpaksalah isteri aku beraya dengan family aku.

Alkisahnya, sehari sebelum raya tu, kami gi kursus peneman di hopital Melaka. Isteri aku ok jer time tu. Malam raya pulak, dia siap nak ikut abang, akak dan ipar aku gi shopping kat Taman Cempaka.. nak tak nak, aku kena lah join walaupun sebenarnya aku tak kuasa nak bersesak-sesak dengan lautan manusia di Taman Cempaka tu.

Bila dah balik rumah dan time nak tido, isteri aku dah mengadu sakit pinggang, kebas paha dan sesak nafas. Baby pulak cam turun naik membuatkan isteri aku sesak nafas dan tak dapat tidur. Aku dah risau takut-takut isteri aku nak bersalin jer.. Kebetulan pulak hari tu dia memang dah genap 9 bulan. Tapi takde pulak tanda-tanda keluar air atau darah.. Dah nak pagi baru isteri aku boleh tido. Akupun samalah tak cukup tido menemankan dia yang kesakitan.

Pagi raya tu rasa sakit tu dah kurang sikit. So, lepas solat hari raya, bermaaf-maafan dan bergambar sakan, kami pun pergi beraya ke rumah sedara mara terdekat. Tapi, malangnya, takde gambar yang merakamkan kenangan kali pertama kami beraya sebagai suami isteri kerana isteri aku tak bersedia untuk bergambar disebabkan matanya yang bengkak akibat kesedihan terpaksa beraya di kampung aku.

~ Bersama ahli keluarga ~
(tiada dalam gambar: family adik aku)
~ Bersama emak dan kakak ipar ~
Selepas solat zohor, isteri aku yang kepenatan berehat kat bilik. Aku pun malas nak suruh dia keluar melayan tetamu memandangkan keadaannya yang macam tu. Tapi, bila aku masuk bilik, aku tengok dia tengah mengerang menahan sakit. Cemas aku dibuatnya... Panggil akak dan mak sedara aku yang kebetulan baru datang beraya tengokkan keadaan isteri aku tu. Diaorang suruh bawa gi hospital.

Dipendekkan cerita, isteri aku kena tahan kat wad selama kurang lebih 5 hari disebabkan 'contraction pregnancy'. Dan sepanjang 5 hari tu jugaklah aku berulang-alik melawat dia kat wad. Kiranya, raya tahun ni kenangan raya kami banyak dirakam di wad bersalin la.. huhhuu.

Sekarang kandungan isteri aku dah masuk usia 37 minggu lebih dan doktor kata bila-bila masa sahaja isteri aku boleh bersalin. Tak sabar rasanya nak menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. Semoga kehadiran cahaya mata itu nanti akan menambahkan lagi seri dan keceriaan dalam kehidupan rumah tangga kami. Harapan aku agar kalian dapat mendoakan keselamatan isteri dan juga anak yang bakal dilahirkan oleh isteri aku tu nanti.
Wassalam..



Monday, September 5, 2011

KURSUS PENEMAN @ HOSPITAL BESAR MELAKA

Dikala kebanyakan umat Islam sedang membuat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan 1 Syawal, aku dan isteri terpaksa menghadiri Kursus Peneman di Hospital Besar Melaka 29 Ogos yang lalu.

Kursus Peneman ini diadakan bagi membolehkan para suami atau bakal bapa yang ingin menemani isteri mereka di kamar bersalin dan seterusnya melihat proses kelahiran bayi mereka. Aku tak pasti sama ada kat tempat lain perlu atau tidak menghadiri kursus ini, tetapi di Melaka, inilah syarat yang telah ditetapkan bagi para suami yang ingin melihat isteri mereka melahirkan anak (para suami yang sah je tau, yang boifren merangkap suami tu tak dibenarkan yerr...!!)

So far, ok jugaklah kursus ini dibuat.. sekurang-kurangnya dapat jugaklah sedikit ilmu untuk persiapan aku dan isteri nanti. Kami bukan sahaja diberi ceramah mengenai tujuan kursus ini diadakan tetapi juga diterangkan proses-proses kelahiran, tanda-tanda untuk melahirkan, kaedah penyusuan ibu dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, kami juga dibawa melawat ke wad bersalin dan juga kamar bersalin di mana di situlah nanti proses melahirkan itu akan berlaku.

Menurut nurse yang bagi penerangan tu tadi, biasanya para suami akan dipanggil untuk masuk ke kamar bersalin bagi menemani isteri mereka selepas terdapat bukaan sebanyak 6cm. Bukan apa, takut kalau baru buka 2,3cm, lama pulak si suami tadi nak tunggu isteri dia bersalin. Biasanya juga, masa yang diambil dari 1cm ke 1cm adalah selama sejam. So, sebab tu lah diaorang akan panggil si suami ni bila dah ada bukaan sebanyak 6cm. Tapi, kengkadang ada jugak yang tak sempat.. masuk-masuk je terus terberanak.

Jadi, aku harap Tuhan akan beri aku kesempatan dan kekuatan untuk merasai pengalaman ini dan harap-harap jugaklah Tuhan akan menguatkan semangat aku bila berdepan dengan situasi tu nanti. Bukan apa, mengikut pengalaman yang diceritakan oleh sister yang keje kat kamar bersalin tu, alangkan Medical Assistant (M.A) yang selalu amek darah orang tu pun boleh pengsan, inikan aku yang sangat-sangat jarang melihat darah. Oleh itu, aku berdoa agar Tuhan izinkan aku untuk menyaksikan sendiri proses kelahiran anak kami nanti. Semoga Tuhan memberikan perlindungan dan keselamatan kepada isteri aku dan anak yang bakal dilahirkan nanti.. Amiin.

tak sabar nak lihat "dia.."