Pages

Friday, November 26, 2010

::ENTRI TERAKHIR DI BULAN NOVEMBER:: ~Debaran Bergelar Raja Sehari..~

Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar, November sudah pun hampir ke penghujungnya. Ini bermakna kurang lebih sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru. Bagi aku pula, penghujung November ini bakal membawa kepada satu lagi fasa kehidupan dalam putaran hidup seorang insan iaitu menempuhi alam perkahwinan. 

Tanggal 27hb November 2010, tarikh keramat yang bakal menyatukan aku dengan si pilihan hati yang aku kenali semasa menghadiri Kursus Induksi Umum 2, 3 tahun yang lalu. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, pada malam ini aku dan keluarga akan berangkat ke Terengganu dan semoga kalian mendoakan perjalanan kami ke sana akan diberkati dan dirahmati dan semoga kami semua selamat sampai ke sana dan juga selamat jua kembali ke rumah masing-masing.

Pelbagai persiapan telah aku dan keluarga lakukan sebagai persediaan majlis di rumah kami pada 4hb Disember 2010 nanti. Pendek kata, selagi tak habis majlis, ada saja barang yang tak cukup. Memang terasa juga beban berkahwin pada era moden hari ini. Ya lah.. kalau dulu kenduri kawin tak perlu nak sediakan segala macam goodies, paper beg, sourvenier, pelamin yang grand, baju yang vogue, dll., tetapi oleh kerana dek tuntutan trend masa kini yang mana kalau takde tak sah (dalam erti kata lain, kalau takde musti ada orang mengata), nak tak nak... terpaksa la juga buat, walaupun ...??!! 

Semakin dekat tarikh nak ke Terengganu, semakin kencang denyutan adrenalin jantung aku ni dibuatnya.. Ya laa.. selain sibuk menyiapkan segala tok nenek barang dan kelengkapan majlis, aku juga perlu mempersiapkan diri dari sudut mental, fizikal, rohani dan jasmani sebelum bergelar suami dan juga menantu. Sebelum ni, hanya perlu pikir tentang diri kita dan keluarga kita sahaja, tapi lepas ni, dan nak kena pikir yang sorang lagi, famili dia, sedara mara dia, dan kalau ada rezeki dah nak kena pikir soal masa depan anak-anak (wahh.. jauhnya berangann.. hehehe). Tapi, tulah dugaan yang perlu ditempuh oleh aku dan secara fizikal dan jasmaninya, aku rasa telahpun bersedia 80-90%. Yang masalahnya adalah dari segi mental dan kerohanian..

Aku akui, mental dan rohani aku ni masih belum cukup kuat dan cukup terisi dengan perkara-perkara positif dan juga kebaikan. Tetapi, itulah cabaran yang aku perlu hadapi dengan mencabar diri aku untuk menjadi suami, anak dan menantu yang baik.. InsyaAllah.

Apapun, aku harap, doa kalian akan senantiasa mengiringi pemergian aku dan keluarga ke Terengganu, dan semoga semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar, serta perjalanan majlis di kedua-dua belah pihak juga akan berlangsung dengan selamat dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.. amiin.

Di kesempatan ini, aku ingin mengundang para followers, pembaca blog dan mereka yang mengenali diri aku secara dekat mahupun secara maya sekiranya mempunyai kelapangan untuk menghadiri majlis perkahwinan di rumah aku pada 4hb Disember 2010 (Sabtu) nanti. Di bawah ini, aku sertakan kad jemputan dan peta untuk memudahkan perjalanan anda ke destinasi rumah pengantin.


Akhri kalam, mungkin, ini adalah entri terakhir aku sebagai orang bujang kerana selepas ini, aku akan bergelar suami orang. Sekiranya ada entri sebelum ini (semasa zaman bujang dan hati sedang panas) yang menyinggung perasaan mana-mana individu, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan atau sesiapa sahaja, aku ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki dan insyaAllah selepas ini, aku akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri ini supaya entri yang akan di pos selepas daripada ini tidak disertai dengan emosi dan perasaan amarah semata-mata sebaliknya dengan kata-kata yang penuh hikmah dan kebijaksanaan.
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM..



No comments: