Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar, November sudah pun hampir ke penghujungnya. Ini bermakna kurang lebih sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru. Bagi aku pula, penghujung November ini bakal membawa kepada satu lagi fasa kehidupan dalam putaran hidup seorang insan iaitu menempuhi alam perkahwinan.
Tanggal 27hb November 2010, tarikh keramat yang bakal menyatukan aku dengan si pilihan hati yang aku kenali semasa menghadiri Kursus Induksi Umum 2, 3 tahun yang lalu. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, pada malam ini aku dan keluarga akan berangkat ke Terengganu dan semoga kalian mendoakan perjalanan kami ke sana akan diberkati dan dirahmati dan semoga kami semua selamat sampai ke sana dan juga selamat jua kembali ke rumah masing-masing.
Pelbagai persiapan telah aku dan keluarga lakukan sebagai persediaan majlis di rumah kami pada 4hb Disember 2010 nanti. Pendek kata, selagi tak habis majlis, ada saja barang yang tak cukup. Memang terasa juga beban berkahwin pada era moden hari ini. Ya lah.. kalau dulu kenduri kawin tak perlu nak sediakan segala macam goodies, paper beg, sourvenier, pelamin yang grand, baju yang vogue, dll., tetapi oleh kerana dek tuntutan trend masa kini yang mana kalau takde tak sah (dalam erti kata lain, kalau takde musti ada orang mengata), nak tak nak... terpaksa la juga buat, walaupun ...??!!
Semakin dekat tarikh nak ke Terengganu, semakin kencang denyutan adrenalin jantung aku ni dibuatnya.. Ya laa.. selain sibuk menyiapkan segala tok nenek barang dan kelengkapan majlis, aku juga perlu mempersiapkan diri dari sudut mental, fizikal, rohani dan jasmani sebelum bergelar suami dan juga menantu. Sebelum ni, hanya perlu pikir tentang diri kita dan keluarga kita sahaja, tapi lepas ni, dan nak kena pikir yang sorang lagi, famili dia, sedara mara dia, dan kalau ada rezeki dah nak kena pikir soal masa depan anak-anak (wahh.. jauhnya berangann.. hehehe). Tapi, tulah dugaan yang perlu ditempuh oleh aku dan secara fizikal dan jasmaninya, aku rasa telahpun bersedia 80-90%. Yang masalahnya adalah dari segi mental dan kerohanian..
Aku akui, mental dan rohani aku ni masih belum cukup kuat dan cukup terisi dengan perkara-perkara positif dan juga kebaikan. Tetapi, itulah cabaran yang aku perlu hadapi dengan mencabar diri aku untuk menjadi suami, anak dan menantu yang baik.. InsyaAllah.
Apapun, aku harap, doa kalian akan senantiasa mengiringi pemergian aku dan keluarga ke Terengganu, dan semoga semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar, serta perjalanan majlis di kedua-dua belah pihak juga akan berlangsung dengan selamat dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.. amiin.
Di kesempatan ini, aku ingin mengundang para followers, pembaca blog dan mereka yang mengenali diri aku secara dekat mahupun secara maya sekiranya mempunyai kelapangan untuk menghadiri majlis perkahwinan di rumah aku pada 4hb Disember 2010 (Sabtu) nanti. Di bawah ini, aku sertakan kad jemputan dan peta untuk memudahkan perjalanan anda ke destinasi rumah pengantin.
Akhri kalam, mungkin, ini adalah entri terakhir aku sebagai orang bujang kerana selepas ini, aku akan bergelar suami orang. Sekiranya ada entri sebelum ini (semasa zaman bujang dan hati sedang panas) yang menyinggung perasaan mana-mana individu, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan atau sesiapa sahaja, aku ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki dan insyaAllah selepas ini, aku akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri ini supaya entri yang akan di pos selepas daripada ini tidak disertai dengan emosi dan perasaan amarah semata-mata sebaliknya dengan kata-kata yang penuh hikmah dan kebijaksanaan.
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM..
Friday, November 26, 2010
Tuesday, November 16, 2010
:: KEGILAAN BARU ::
Aku punya kegilaan baru kini.. bukan gila talak, juga bukan gila kentang, apatah lagi gila khinzir.. tetapi, inilah kegilaan baru yang muncul dalam hidup aku...
yupp.. tepat sekali.. inilah kegilaan baru aku... BOWLING!!
yeaahh!! mungkin ini bukan satu kegilaan baru buat kalian, tapi ianya kegilaan baru bagi aku. Bukan tak pernah main sebelum ini, cuma lately ni aku rasa cam seronok, 2 ronok dan beronok-ronok nak main lagii..
Asalnya, aku main hanya untuk suka-suka dengan kengkawan di tempat keja aku. Pastu, dia orang ajak pulak repeat lepas makan ikan bakar kat umbai aritu. Santak sampai 2 pagi jugak la aku sampai rumah time tuu.. (sebab lepas main boling kitaorang singgah karoke.. huhhuu). Series pastu aku rasa cam dah tak minat nak berkaroke lagi (biarpun sebelum ini, karoke adalah kegilaan aku) tapi sebaliknya gian nak main boling.
Aku bilang sama mereka, "weii.. napa la selama 30 tahun aku hidup membujang ni, korang taknak happening2 ngan aku sebelum ni. Time aku dah nak kawin tak sampai sebulan lagi baru la korang nak ajak aku havoc2 rembak sana sini.."
aduiisss!! leh tak postpone kawinn.. hehehe.
Tapi aku harap, bakal wife aku tu akan memahami akan kegilaan dan minat aku nantii..
Baru-baru ni kami membaling lagii.. oleh kerana 3 game adalah cuma berharga rm10, maka dengan semangatnya kami telah bermain 6 game pada malam itu.. betul-betul gilerr!!
Apapun, aku sangat seronok dan tak sabar untuk bermain lagi selepas ini.
Tapi, aku tak pasti akan dapatkah aku mengulangi saat-saat beronok-ronok dengan kengkawan KMM aku yang sangat happening dan gila-gila ini lagi kerana aku sangat khuatir si dia akan cemburu kerana kengkawan KMM aku itu adalah semuanya perempuan.. hehehe
Apapun, buat masa terdekat ini aku terpaksa merehatkan diri sebentar daripada bermain boling kerana perlu menumpukan perhatian kepada persiapan majlis perkahwinan aku yang bakal berlangsung kurang lebih 2 minggu lagii..
Akhir kata, Salam Aidil Adha kepada bloggers semua..
Saya bersama cik Mala - salah seorang pekerja di Matrik -kat tempat kasut pun sempat nak posing lagi- |
Tuesday, November 9, 2010
::: Entri pertama di bulan November... ::: ~PAKU DI DINDING HATIMU~
Errmm.. lama sungguh rasanya aku berehat (berehat kerr??) daripada aktiviti berblogging nii.. Maklumlah, membuat banyak kerja dalam satu masa (keje + studi + assignment + personal life + etc..), bukanlah 'kepakaran' aku..
Kini... Alhamdulillah kerana semuanya telah kembali kepada sediakala. Assignment pun dah takde, final exam pun dah selesai.. cuma kerja dengan personal life tu sampai mati pun takkan selesaii la kann??!! So, dapatla aku meluangkan kembali masa-masa aku yang bizi (bizi la katanyaaa..) dulu, dengan kembali bersosial di laman sesawang ini (FB n blog).
So, untuk entri pertama di bulan November ni, aku just nak forwardkan email yang aku terima lebih kurang tiga tahun lalu daripada seorang kawan sebagai pembuka bicara setelah lama berehat...
Kini... Alhamdulillah kerana semuanya telah kembali kepada sediakala. Assignment pun dah takde, final exam pun dah selesai.. cuma kerja dengan personal life tu sampai mati pun takkan selesaii la kann??!! So, dapatla aku meluangkan kembali masa-masa aku yang bizi (bizi la katanyaaa..) dulu, dengan kembali bersosial di laman sesawang ini (FB n blog).
So, untuk entri pertama di bulan November ni, aku just nak forwardkan email yang aku terima lebih kurang tiga tahun lalu daripada seorang kawan sebagai pembuka bicara setelah lama berehat...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
Subscribe to:
Posts (Atom)