salam buat saudara dan saudari seislamku.....
Dah dua entri aku yang aku 'cut n paste' dari kotak email. Mungkin sekadar mem'forward'kan sesuatu yang baik dan mungkin juga untuk direnungkan oleh kita bersama.. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dan kebaikan daripada apa yang disampaikan..
Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur...
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..
Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah untuk KITA... ..
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...
Monday, August 23, 2010
DOA BUAT SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN
Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku.
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....
Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... AMIIN.
Wednesday, August 11, 2010
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Alhamdulillah, masih lagi aku diberi kesempatan oleh-Nya untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan pada tahun ini.. Alhamdulillah dan syukur juga kepada-Nya kerana memberikan aku kelapangan mencatat sesuatu di sini kerana pos aku yang lalu mengatakan aku sangat bizi dengan hal-hal kerja dan studi. Tetapi dengan izin dan kehendak-Nya, diberikan aku sedikit kelapangan untuk aku mencatatkan sesuatu di sini sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.
Aku tidak mahu berceloteh panjang seperti selalu.. Sebaliknya, aku ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK kepada blogger-blogger sekalian, kepada pembaca-pembaca yang singgah di blog aku ini dan tak lupa juga kepada my followers yang empat kerat itu.. (terima kasih ya kerana sudi menjadi follower blog aku yang tak berapa nak grand ini).
Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T di bulan yang mulia ini dan semoga segala amal ibadah kita akan diterima oleh-Nya.. insyaAllah. Di kesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan dan tingkah laku aku yang kurang disenangi serta kata-kata yang tidak enak didengari, sekali lagi aku mohon ampun dan maaf sempena bulan yang mulia ini. InsyaAllah, aku akan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam diri aku dan semoga aku dan juga kalian semua dapat menjadi mukmin yang sejati sebagaimana yang dituntut oleh Islam.. Semoga juga di akhir Ramadhan ini nanti akan meninggalkan impak yang baik dalam diri dan kehidupan kita.. insyaAllah.
Akhirnya, aku tinggalkan kalian dengan beberapa foto yang biasanya menjadi kelaziman di kalangan kita mem'forward'kannya melalui e-mail, mahupun men'tag'kannya di FB dan laman-laman sosial yang sewaktu dengannya; untuk peringatan dan renungan para pembaca sekaliann..
Dan gambar yang terakhir ini adalah menu berbuka puasa untuk hari pertama di rumah aku tadi. Abang aku yang nombor 3 dan keluarganya sempatlah menyambut puasa dengan emak dan aku. Dan harap-harap lepas ni, adik beradik yang lain juga akan dapat berkumpul untuk berbuka puasa dan bersahur serta berterawikh bersama..

Thursday, August 5, 2010
KU TINGGALKANMU WALAU TANPA KERELAAN..
Musti suspen kan dengan tajuk entry aku kali ni??!! Hahaha.. saja aku nak bikin panas sikit kali nii. Di hujungnya kamu akan tahu siapakah yang akan ditinggalkan itu biarpun tanpa kerelaan diriku.. cewwahhh!! ayat jiwang siott.. hak tuihh!!
Biarlah aku berterus terang saja daripada membiarkan kalian terus berteka teki tentang tajuk entri aku kali ini. Sebenarnya.. aku rasa dalam masa terdekat ni aku akan tidak dapat meng'update' blog aku sesekerap dua bulan yang lepas (bulan-bulan sebelum tu aku bukanlah blogger tegar seperti sekarang.. hehehe) kerana telah kembali bizi dengan assignment, kuliah, dan juga tugas-tugas harian di pejabat yang tidak berapa mengizinkan aku untuk menghadap komputer (untuk mengakses internet especially berblogging) lama-lama. Di samping faktor otak aku yang semakin tumpul ini (mungkin juga disebabkan faktor usia yang dah tak berapa nak muda lagi) tidak lagi mampu untuk mengerah dan memerah idea-idea menarik untuk dijadikan entri kerana mengikut fakta aku bolehlah dikategorikan sebagai orang yang menggunakan otak kanan (kalau yang terel2 sains tu biasa otak kiri kalau tak silap aku - kalau salah tolong betulkan fakta aku iteww) yang mana kategori otak seperti aku ini tidak boleh buat dua tiga (apatah lagi seploh) keje dalam satu masa.
Supaya tidak menjadi seperti yang pernah dikatakan oleh pepatah lama iaitu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", biarlah aku meng'concentrate' dengan aku punya studi dan kerja terlebih dahulu dan sekiranya wujud waktu senggang atau ada idea yang datang mencurah, aku akan meng'update' blog ini (ini bukan janji ehh..). So, to my DEAREST SWEET CHARMING BLOG.. aku terpaksa tinggalkanmu biarpun tanpa kerelaan kerana ada yang lebih penting yang mendahului dirimu perlu aku utamakann..
Last but not least, aku tidak akan tinggalkan kalian dengan tangan kosong sahaja.. Sebaliknya, aku tinggalkan kalian dengan sebuah lagu (berserta lirik - takut kang lupa lirik lakk) yang dinyanyikan semula oleh artis kegemaran aku (Tok Ti), yang mana kalian boleh mainkan berulang-ulang kali sekiranya masih belum ada apa-apa update dari blog inii di samping bagi mengubati hatimu yang rindu terhadapku itu... wakakakaka
"SESUNGGUHNYAA.. PENANTIAN ITU MEMANG SATU PENYIKSAAN"

Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
( ulang semua )
Subscribe to:
Posts (Atom)