Pagi ni aku bersiap pergi kerja seperti biasa. Sedang aku leka mengaplikasikan minyak rambut Code10 ke rambutku, tiba-tiba terlintas di fikiran aku "DAH BERAPA LAMA AKU GUNA MINYAK RAMBUT NI??"
Terlintas jugak difikiran aku, yang setahu aku, aku beli minyak rambut ni seminggu lepas adik aku kawin.. Dan adik aku kawin adalah pada awal tahun 2008. Laa ni, dia dah ada anak sorang dah.. Eh2, minyak rambut ada expired date ke??
Tanpa berlengah lagi, akupun terus mengecek dan membelek bekas minyak rambut tersebut.. Sah!! memang dah expired pun dari tahun lepas.. bulan 6, 2009!! Patutla pun rambut-rambut aku ni jatuh berguguran lalu berserakan bak daun-daun keguguran bertaburan di atas lantai bilik aku ni!! Rupa-rupanya, aku telah memakai minyak rambut yang dah expired lebih dari 6 bulan..!!!
Nasib la aku tersedar!! Kalau tak, tanpa aku tahu apa puncanya, jadilah kepala aku botak separa like uncle Zaibo... huhhuuu. Selama ni mati-mati aku ingat rambut aku gugur sebab faktor usia. Tapi rupanya, minyak rambut yang punya pasal.. and of course le, minyak rambut tu telah selamat berada di dalam bakul sampah di rumah makcik Tijah (eh2, tu cam nama mak aku jew..)
Samaada anda percaya atau tidak, ini juga merupakan entry pertama aku di tahun baru 2010 (ya Rabbii.. malasnya nak update). Bulan pun dah nak masuk separuh, baru ada kesedaran nak update blog.. Ntah apa-apa ntah!! Maklumle, idup aku ni takdela happening sangat cam orang lain untuk dikongsi bersama. Bila aku rasa ada something or moment yang menarik, barula aku akan masukkan ke dalam blog.
Neway, masih belum terlewat lagi untuk aku me'wish' Hepi New Year kat semorang. Azam??!! takde maknanya nak berazam-azam ni kerana setiap hari-hari yang aku lalui ni adalah penuh dengan keazaman.. tak payah la nak tunggu tahun baru, baru nak berazam. Bak kata tagline satu iklan TV, "ARI-ARI MAWWW.." --> (twisties bingit)
Chowwww!!
2 comments:
hahahahahahaa..... faktor usia... hahahaa.... ssyyyhhhh..... walaupun kite sebaya tp aku muda dari ko.. hahahahaaha
errr.. kita sebaya eh??
laaa.. aku ingatkan hg baya2 nenek kebaya.. hehehe
eh2.. bila mau hapdate U pya blog maaa...
windu nk baca blog U ~.~
Post a Comment