Pages

Thursday, July 22, 2010

HALAL KAHH..??

Errrmm.... hari ni entah kenapa aku malas bangat nak buat kerja. Mungkin kerana mengantuk dan keletihan yang teramat sangat membuatkan aku malas nak buat kerja. Tu yang dari pagi tadi sampai la sekarang aku dok mengadap komputer dan salah satu hasilnya dapatlah anda lihat di blog saya ini..


Yupp.. new template/layout.. ada signature.. tulah kerja yang aku buat daripada pagi tadi. Sebenarnya, inilah method yang aku gunakan untuk ilangkan mengantuk. Kalau mengantuk je.. ngadap PC (bukan wat keje.. tapi access tenet) terus ilang ngantukk.. ngehehehe.


Tapi, series aku rasa ini bukanlah cara yang bagus untuk menghilangkan ngantuk. So, korang janganlah ikut kaedah aku ni.. Sebab Apa?? Sebab ianya melibatkan 'kehalalan dan keberkatan' rezeki yang anda dapatkan daripada pekerjaan anda itu.. So, pasni.. en khairol, kalau ngantuk silalah buka lagu ni kuat-kuat dan kita menari Poco-poco.. huhhuu.


sapa nak joinn..??
JOMM..


TESTING MY SIGNATURE

Harap korang maafkanlah 'kegedikan' aku ini yang terlampau excited nak try test tengok whether my signature tu appear tak kat blog ni.. Tu yang gedik wat entry "testing" nii..

Bagi yang lum ada signature and nak try design, leh lah lawati blog ini (ceeramoon) untuk tutorial bagaimana nak letak signature kat blog/website/facebook/tagged/etc..

SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT MENCUBA..!!

Wednesday, July 14, 2010

KISAH TENTANG DAJJAL

First of all, aku nak ucapkan "welcome home to my dearest Laptop". Setelah kurang lebih seminggu ianya dipinjamkan, kini dia kembali ke pangkuanku. Sementara mood belum mari untuk menghapdate sebarang entry baru, aku rasa aku ingin berkongsi sebuah kisah yang pasti terjadi di akhir zaman nanti iaitu kisah tentang datangnya DAJJAL.. Seorang rakan telahpun mem'forward'kan kisah ini ke dalam kotak e-mail aku dan aku rasa ianya sangat menarik untuk dikongsi bersama.. Jadi, sama-samalah kita hayati dan ambil iktibar serta pengajaran tentang kisah akhir zaman ini.. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri..

Di bawah ini, saya lampirkan e-mail yang telah di'forward'kan kepada saya tersebut..

"Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.


“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.


“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.


“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”


“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”


Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”


Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.


“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.


“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.


Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”


Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”


Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.


Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”


Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”


Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”


Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”


Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”


Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.


Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.


Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”


Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam......"

Thursday, July 8, 2010

:::MAKLUMAN:::

PERHATIAN..
BLOG INI TIDAK AKAN BEROPERASI (NO NEW UPDATE) SELAMA KURANG LEBIH SEMINGGU..
BUKAN APA, ADIK AKU PINJAM LAPTOP SEBAB LAPTOP DIA ROSAK
SO, AKU AMATLAH 'KESANGAPAN' PADA WAKTU MALAM SEKARANG INI KERANA TIDAK DAPAT MENGAKSES INTERNET..
TAPI, DEMI ADIK AKU TAKPE ARR.. AKU BERKORBAN
ARINI ARI DIA...
SOK LUSA MANA TAU ARI AKU..

GUNA DESKTOP OPISS??
OH NO..!!
AKU TAKKAN GUNAKANNYA UNTUK HAL PERIBADI..
ITU ADALAH AZAM AKU
SEKARANG NI AKU TENGAH GUNA KOMPUTER OPIS KERANA SEKARANG ADALAH WAKTU REHAT.. NGEHEHEHE

SO, INSYA-ALLAH AKU AKAN KEMBALI BERBLOGGING PADA MINGGU HADAPAN
SEMOGA AKU AKAN DAPAT MENGHASILKAN ENTRY-ENTRY YANG LEBIH MENARIK DAN BERMANFAAT PADA MASA HADAPAN

OH YAA.. KELAS UITM (e-PJJ) PUN AKAN BERMULA PADA MINGGU HADAPAN (18/7/2010)
KORANG TOLONGLAH DOAKAN AKU SUKSES DALAM PELAJARAN AKU YERKK..
MOGA BAKI 2 SEMESTER YANG TINGGAL INI AKU AKAN DAPAT PULUN 4 PLAT
AMIINN..