arrggghhh.. malas betul nak menghapdate blog ni!! tapi yang herannya, bila hang out kat blog orang lelama boley pulakk.. wakakaka. bukan apa, seronok baca citer orang daripada citer diri sendiri di samping dapat mengutip serba sedikit ilmu2 tentang penulisan blog ni.. hehe. lagipun takde benda aku nak update untuk blog aku ni. jaappp.. aku rasa cam ada tapi biarla aku peram dulu sampai jadi pekasam.. :P
result exam dah kuar. alhamdulillah still maintain 3 pointer n ada peningkatan sikit. tapi ada frustrated sikit le untuk one subjek tu. for the 1st time sepanjang 4 semester ni aku dapat 'cangkul' yang ada value '+'. very upset ookkk.. tu yang membuat aku punya pointer takleh nak jijak 3.5 above. sipi2 je lagi.. subjek ni actually takde final. just assignment which kami kena wat karangan n something like quotation tentang PC. dan subjek itu adalah subjek PC maintenance.
just imagine.. subjek yang sepatutnye diajar secara praktikal lebih, berbanding teori tapi kena wat essay. aku ni memang le bengap pasal IT ni. pastu belajar pulak lebih banyak lecture daripada practical. langsung tak dapat input apa okkk!! membe2 aku yang len ada gak background pasal PC maintenance ni. at least diaorang leh la jugak catch up apa yang lecturer tu ajar koott.. but untuk kami yang nothing n zero dalam maintenance ni camne?? so, dapatla ilmu yang nan hadoo ni haa.. so that, please don't ask me about PC maintenance k!!
adoiiyaaii... lomah badan pakcik bila mengenang kan subjek ni yang dapat anugerah 'cangkul +'. tapi korang janganla nak assume yang aku ni nak salahkan lecturer tu sebab aku dapat anugerah 'cangkul +' ni.. bak kata kawan (kalau masih boleh dianggap kawanla kaann..) aku, kalau diri tu yang dah memang tak pandai, janganla nak salahkan cikgu bila kantooii (dalam kes ni, aku adalah bukan seorang yang kantoii cuma result untuk subjek tersebut tak berapa nak ok je). cuma mungkin method yang diajarkan tidak bersesuaian di samping faktor masa yang tidak mengizinkan kerana kami hanya ada masa 2 jam untuk 5 kali sesi pertemuan sepanjang semester lepas. so, aku redha dan pasrah dengan ketentuan ini. ini perangsang buat aku untuk terus cemerlang di semester2 akan datang. justeru itu, aku jugak telah and nak me'wish' tq sekali lagi kat lecturer2 yang ajar aku sem lepas di atas sumbangan berbentuk ilmiah yang dihadiahkan kepada aku. sesungguhnya saya amat menghargai jasa dan tunjuk ajar kalian.
sekian dulu buat masa ini.. salam.
Thursday, June 18, 2009
Saturday, December 20, 2008
result exam dah keluar...
setelah beberapa hari (since 17th kott..) aku asyik 'mengecek' student portal uitm untuk mengetahui result exam, akhirnya hari ni terlerai juga segala kekusutan di benak aku.. mana taknye, risau jugak kalau2 kantoii.. naya aku!! dah la dia announce kat portal result kuar on 17th, tapi bila aku cek takde jugak lagi.. aku ni pulak selagi tak dapat tau result, selagi tu laa tak puas atii.. asyik la nak 'mengecekk'!!! (nasib le free sbb guna internet kat opiss..) tup2 dia tukar tarikh pulak ke 18th.. bengang betul aku lerr.. aku tau le aku ni tak berapa nak genius!! tapi, jangan le main kan perasaan aku yang tengah berkecamuk dan bercampur excited nak mengetahui result aku tu... isshhhh... geram betul!!
tapi hari ni, segala2 nye telah terjawab.. syukur alhamdulillah sebab aku lulus sume subjek and still dapat three pointer lagi. walaupun ada ssedikit kekecewaan, tapi aku pasrah.. sebabnye, aku tau aku ni bukan hambaNya yang terbaik dan berkelakuan baik (huhhuuu...). aku tak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa. and even aku masih berterusan melakukan dosa, Dia (ALLAH) tetap mengurnia dan memberikan aku kejayaan.. dan aku seharusnya bersyukur atas kejayaan ini. dan jika Dia (ALLAH) menghendaki aku gagal, Dia (ALLAH) berkuasa melakukannya dengan mengatakan KUN FAYAKUN.. so, apa yang aku nak lagi??!!! i just want to say "THANKS ALLAH" atas pemberianMU ini dan aku sangat2 bersyukur atas keputusan peperiksaan ini. semoga aku akan menjadi hambaMU yang bersyukur dan tidak lupa atas nikmat yang engkau berikan.. amiinn.

Thursday, November 20, 2008
exam dah abis... MERDEKA!!!
alhamdulillah.. seminggu yang lepas aku dah pun abis final exam untuk sem ni. aku tawakkal je atas apa yang aku dah usahakan..(padahal xdela usaha mana pun... huhhhuu). ye laa, sape yang x nak berjaya.. sume orang pun nakkan kejayaan dalam hidup. Insya-Allah dengan izin-Nya, mudah-mudahan aku berjaya dalam peperiksaan ni dengan keputusan yang cemerlang.. amiinn.
tapi, paper last ni mmg mencabar kewibawaan aku laa. dh le xde hint.. hehehe. pastu jarak masa dgn paper terdahulu cuma 2 hari je!! camne nk study!!! tapi, padan muka aku jgk. sapa suruh study last minit. dh nk terberak baru nk wat jamban. klu studi awal2 xde la jd camni.. huhhuuu!!! walaucamne pun, aku dh berusaha wat yang terbaik. cuma aku harap bila result kuar nnt xde la paper yang kantoi. mana x nye, kalau kena repeat paper x ke naye!! wasting my time.. bukan apa, mak aku kata slagi x abis bljr jgn kawin.. udah tu, klu kena repeat paper x ke naya namanye tu.. lg lambat le aku kawin. maklumle umur pun dh masuk kategori tahap wajib kawin. pulak tu, umur bukannya makin muda walaupun muka nampak muda... hehehehe
tu laa.. dolu2 org suruh bljr g lari kat kebun getah sape suruh?? skrg sapa yg rugi.. aku jgk!! tp idup ni x selalunye indah.. kengkadang kena uji jgk. so, jd kan le kisah dulu tu pengajaran yang x patut aku ulang lagi.. life must go on.

Tuesday, November 4, 2008
HIDUP PENUH CABARAN...
hidup ini penuh dengan cabaran.. kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tuhan sengaja menguji kita untuk melihat sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya. Kata orang, pengalaman mematangkan tapi tak bermakna lamanya hidup mematangkan pemikiran. Ada orang dapat balajar daripada pengalaman tapi ada juga yang masih leka tanpa mengambil apa-apa tindakan.. Bagi yang sedar akan kesalahan dan belajar daripada kesilapan itu bermakna dia telah mendapat petunjuk dan hidayah Allah. Dan sesungguhnya, Tuhan itu Maha Mengasihani ke atas setiap hamba-hamba-Nya... Mampukah kita belajar daripada kesalahan yang telah dan pernah kita lakukan?? tepuk dada tanyalah imaann.
~nukilan: mR kHai~
Thursday, October 30, 2008
DIARI SEORANG PELAJAR
masa berlalu tanpa aku sedari.. begitu pantas meninggalkan aku bersama ulitan mimpi-mimpi indah hari semalam yang tak mungkin berulang. meninggalkan nokhtah yang manis untuk dikenang dan pahit untuk ditelan. namun, semua itu mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan yang harus ditempuhi dan dilalui demi mematang dan mendewasakan seorang insan yang bernama manusia...
lalu, masa nan berlalu telah membawa aku melewati diari seorang pelajar yang kini telah sampai ke penghujungnya. semester tiga yang penuh mencabar sedikit sebanyak telah menguji kesabaran dan keimananku sebagai seorang pelajar yang berkerja sambil belajar. beberapa masalah diawal semester telah hampir mematahkan semangatku untuk meneruskan pengajian. sementelah pula, kawan-kawan yang dulu sama-sama berada di semester satu dan dua telah kecundang meneruskan perjuangan ke semester tiga. kalau dulu kami sama-sama berkongsi menyewa hotel berdekatan tempat belajar untuk menghadiri kuliah tetapi semester ini aku terpaksa menumpang di rumah saudara yang jauh dari tempat belajar untuk menghadiri kuliah pada awal pagi. betapa keperitan dan kepayahan yang aku lalui di awal semester tanpa disedari telah membawa aku hingga ke penghujung semester...
dan kini, aku sedang melalui minggu-minggu peperiksaan...
walaupun aku tidak mensasarkan keputusan yang cemerlang seperti di awal-awal semester, namun jauh di lubuk hatiku tetap terpahat keazaman yang membara untuk memperoleh sekurang-kurangnya 3.5 pointer. aku sedar, itu terlalu sukar untuk aku lakukan. apatah lagi sehingga kini, aku masih belum membuat persediaan sepenuhnya.. pernah terlintas difikiran, seandainya dapat meneruskan pengajian hingga ke semester seterusnya pun sudah memadailah bagiku; tapi biarlah dengan keputusan yang masih boleh dibanggakan. amiinn..

Subscribe to:
Posts (Atom)