Pages

Thursday, July 23, 2009

KULIAH BERMULA

Semester baru telah bermula.. 1(9 Julai haritu dah start seminar pertama). Errmmm... sedar tak sedar, aku dah semester 5 rupanya!! Bila dikenangkan balik, terlalu banyak pengorbanan dan pahit getir yang telah aku lalui sepanjang 2 tahun ini sebagai pelajar e-pjj. Pengorbanan dari segi masa, wang ringgit, tenaga dan kadangkala perasaan sedikit sebanyak hampir mematahkan semangat aku untuk meneruskan pengajian. Mana taknya, aku perlu membahagi-bahagikan masaku antara kerja dan belajar... dan juga tanggungjawabku sebagai seorang pekerja, seorang anak dan seorang pelajar. Tapi berbekalkan dengan semangat untuk memperbaiki tingkat kehidupan, aku harus meneruskan langkah yang telah aku mulakan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang aku dah memulakannya, takkan sekali-kali aku berundur diri.. Itu bacul namanya!! Kalah sebelum berjuang..

Dan kini, alhamdulillah, berkat doa ibu dan keluarga, berkat kesabaran dan juga kesungguhan, aku semakin menghampiri ke puncak. Semoga Allah memudahkan laluan aku untuk menuju ke puncak. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali aku melakukan kesilapan yang 'harga'nya terpaksa ku bayar sehingga ke hari ini. Cukuplah sekali aku melukakan.. Tak mungkin ada kali kedua biarpun sebenarnya aku telahpun melukakan hati insan-insan yang aku sayang itu beribu-ribu kali; di ketika aku tidak menamatkan pengajianku di KUSZA dan menghilangkan diri tanpa sebarang berita.. Aku tak mahu peristiwa hitam itu berulang lagi.

Errrmm.. semester baru, dengan semangat yang baru cuma masih kawan-kawan yang lama :) Seminar pertama dengan tugasan yang berlambak yang due date nya dua minggu dari tarikh seminar pertama, kembali mewarnai diari kehidupan aku sebagai part time student.. Masih beruntung kerana kawan-kawan lama itu masih lagi bersama dan masih lagi menghulurkan bantuan untuk sama-sama berkongsi pengetahuan dan ilmu bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tanpa kalian, mana mungkin bisa aku menyudahkan tugasan-tugasan sebelum ini seorang diri. Dan kini, khidmat kalian itu masih lagi diperlukan terutama dalam subjek PC maintenanceII yang agak sukar kurasakan kerana kurang kefahaman dan agak tidak kecelikan IT atau dalam bahasa kasarnya 'buta IT'.

Terima kasih kawan!!
Itulah gunanya kawan di saat-saat kita saling memerlukan..

Jika dilihat daripada subjek-subjek yang kuambil pada semester ini (kecuali PC MaintenanceII), ianya agak memberi kelebihan kepadaku (sebagaimana yang didakwa oleh Bro Razlan) kerana subjek-subjek tersebut adalah berlegar di sekitar ruang lingkup skop tugasan harianku sebagai Pembantu Perpustakaan. Ya! mungkin sedikit advantage bagi aku dan juga rakan-rakan lain yang bekerja sebagai Pembantu Perpustakaan untuk score dalam subjek-subjek tersebut. Tapi, sejauh manakah ilmu praktikal yang kami ada dapat membantu kami menjawab soalan dalam bentuk teori sementelah lagi ianya dalam Bahasa Inggeris?!! Kesimpulannya, biarpun kami ada pengetahuan tentang subjek yang dipelajari tapi sekiranya kami tidak mengulangkajinya, kami mungkin tidak akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik; kerana apa yang dipelajari secara teori tidak sama apabila berhadapan secara praktikal dan begitulah sebaliknya pengetahuan secara praktikal tidak akan dapat dipertingkatkan sekiranya tidak ditambah dengan ilmu-ilmu teori yang dapat menyokong pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.

Apapun, aku berharap, semester ini aku akan dapat melakukan yang terbaik bagi menebus kekecewaan aku pada keputusan semester yang lepas. Tapi, harus aku ingatkan pada diri sendiri dan juga teman2 lain bahawa seungguhnya ilmu yang kita pelajari itu bukanlah semata-mata untuk kita memperolehi keputusan yang cemerlang, bahkan sebaliknya, biarlah ilmu itu dapat memberi manfaat kepada kita dan insan lain serta yang paling penting ianya diberkati oleh Allah SWT. Semoga kalian mendoakan kejayaan aku dan kawan-kawan. Semoga restu dan doa emak dan keluarga sentiasa mengiringi perjalananku dalam menuntut ilmu.


Sesungguhnya para malaikat melebarkan sayap-sayapnya kepada orang yang keluar untuk pergi menuntut ilmu.. Wallahua'lam.

Wednesday, July 1, 2009


Tanpa Dendam Di Hati - The most amazing videos are a click away
TANPA DENDAM DIHATI
(by Dato' Siti Nurhaliza)

Lautan yang berapi
Daratan yang berduri
Bagiku bukan musibah
Malahan hikmah berharga


Katalah apa saja
Yang jelik penuh dusta
Kau bebas warnai diriku
Diminda yang kelabu


Siapa diri ini
Tuhan yang memahami
Amarah dan kecewa
Hanyalah bara membakar jiwa


Sungguhpun ku terkilan
Terguris perasaan
Ku pilih berdiam diri
Tanpa dendam dihati


Senilagu : Erwin Gutawa
Senikata : Habsah Hassan