Pages

Saturday, December 20, 2008

result exam dah keluar...

setelah beberapa hari (since 17th kott..) aku asyik 'mengecek' student portal uitm untuk mengetahui result exam, akhirnya hari ni terlerai juga segala kekusutan di benak aku.. mana taknye, risau jugak kalau2 kantoii.. naya aku!! dah la dia announce kat portal result kuar on 17th, tapi bila aku cek takde jugak lagi.. aku ni pulak selagi tak dapat tau result, selagi tu laa tak puas atii.. asyik la nak 'mengecekk'!!! (nasib le free sbb guna internet kat opiss..) tup2 dia tukar tarikh pulak ke 18th.. bengang betul aku lerr.. aku tau le aku ni tak berapa nak genius!! tapi, jangan le main kan perasaan aku yang tengah berkecamuk dan bercampur excited nak mengetahui result aku tu... isshhhh... geram betul!!
tapi hari ni, segala2 nye telah terjawab.. syukur alhamdulillah sebab aku lulus sume subjek and still dapat three pointer lagi. walaupun ada ssedikit kekecewaan, tapi aku pasrah.. sebabnye, aku tau aku ni bukan hambaNya yang terbaik dan berkelakuan baik (huhhuuu...). aku tak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa. and even aku masih berterusan melakukan dosa, Dia (ALLAH) tetap mengurnia dan memberikan aku kejayaan.. dan aku seharusnya bersyukur atas kejayaan ini. dan jika Dia (ALLAH) menghendaki aku gagal, Dia (ALLAH) berkuasa melakukannya dengan mengatakan KUN FAYAKUN.. so, apa yang aku nak lagi??!!! i just want to say "THANKS ALLAH" atas pemberianMU ini dan aku sangat2 bersyukur atas keputusan peperiksaan ini. semoga aku akan menjadi hambaMU yang bersyukur dan tidak lupa atas nikmat yang engkau berikan.. amiinn.

Thursday, November 20, 2008

exam dah abis... MERDEKA!!!

alhamdulillah.. seminggu yang lepas aku dah pun abis final exam untuk sem ni. aku tawakkal je atas apa yang aku dah usahakan..(padahal xdela usaha mana pun... huhhhuu). ye laa, sape yang x nak berjaya.. sume orang pun nakkan kejayaan dalam hidup. Insya-Allah dengan izin-Nya, mudah-mudahan aku berjaya dalam peperiksaan ni dengan keputusan yang cemerlang.. amiinn.

tapi, paper last ni mmg mencabar kewibawaan aku laa. dh le xde hint.. hehehe. pastu jarak masa dgn paper terdahulu cuma 2 hari je!! camne nk study!!! tapi, padan muka aku jgk. sapa suruh study last minit. dh nk terberak baru nk wat jamban. klu studi awal2 xde la jd camni.. huhhuuu!!! walaucamne pun, aku dh berusaha wat yang terbaik. cuma aku harap bila result kuar nnt xde la paper yang kantoi. mana x nye, kalau kena repeat paper x ke naye!! wasting my time.. bukan apa, mak aku kata slagi x abis bljr jgn kawin.. udah tu, klu kena repeat paper x ke naya namanye tu.. lg lambat le aku kawin. maklumle umur pun dh masuk kategori tahap wajib kawin. pulak tu, umur bukannya makin muda walaupun muka nampak muda... hehehehe

tu laa.. dolu2 org suruh bljr g lari kat kebun getah sape suruh?? skrg sapa yg rugi.. aku jgk!! tp idup ni x selalunye indah.. kengkadang kena uji jgk. so, jd kan le kisah dulu tu pengajaran yang x patut aku ulang lagi.. life must go on.

Tuesday, November 4, 2008

HIDUP PENUH CABARAN...

hidup ini penuh dengan cabaran.. kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tuhan sengaja menguji kita untuk melihat sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya. Kata orang, pengalaman mematangkan tapi tak bermakna lamanya hidup mematangkan pemikiran. Ada orang dapat balajar daripada pengalaman tapi ada juga yang masih leka tanpa mengambil apa-apa tindakan.. Bagi yang sedar akan kesalahan dan belajar daripada kesilapan itu bermakna dia telah mendapat petunjuk dan hidayah Allah. Dan sesungguhnya, Tuhan itu Maha Mengasihani ke atas setiap hamba-hamba-Nya... Mampukah kita belajar daripada kesalahan yang telah dan pernah kita lakukan?? tepuk dada tanyalah imaann.


~nukilan: mR kHai~

Thursday, October 30, 2008

DIARI SEORANG PELAJAR

masa berlalu tanpa aku sedari.. begitu pantas meninggalkan aku bersama ulitan mimpi-mimpi indah hari semalam yang tak mungkin berulang. meninggalkan nokhtah yang manis untuk dikenang dan pahit untuk ditelan. namun, semua itu mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan yang harus ditempuhi dan dilalui demi mematang dan mendewasakan seorang insan yang bernama manusia...

lalu, masa nan berlalu telah membawa aku melewati diari seorang pelajar yang kini telah sampai ke penghujungnya. semester tiga yang penuh mencabar sedikit sebanyak telah menguji kesabaran dan keimananku sebagai seorang pelajar yang berkerja sambil belajar. beberapa masalah diawal semester telah hampir mematahkan semangatku untuk meneruskan pengajian. sementelah pula, kawan-kawan yang dulu sama-sama berada di semester satu dan dua telah kecundang meneruskan perjuangan ke semester tiga. kalau dulu kami sama-sama berkongsi menyewa hotel berdekatan tempat belajar untuk menghadiri kuliah tetapi semester ini aku terpaksa menumpang di rumah saudara yang jauh dari tempat belajar untuk menghadiri kuliah pada awal pagi. betapa keperitan dan kepayahan yang aku lalui di awal semester tanpa disedari telah membawa aku hingga ke penghujung semester...

dan kini, aku sedang melalui minggu-minggu peperiksaan...
walaupun aku tidak mensasarkan keputusan yang cemerlang seperti di awal-awal semester, namun jauh di lubuk hatiku tetap terpahat keazaman yang membara untuk memperoleh sekurang-kurangnya 3.5 pointer. aku sedar, itu terlalu sukar untuk aku lakukan. apatah lagi sehingga kini, aku masih belum membuat persediaan sepenuhnya.. pernah terlintas difikiran, seandainya dapat meneruskan pengajian hingga ke semester seterusnya pun sudah memadailah bagiku; tapi biarlah dengan keputusan yang masih boleh dibanggakan. amiinn..

Friday, May 23, 2008

MOTIVASI (HAL KERJA)

My dear friends,
Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Tuesday, May 13, 2008

catatan aku...

assalamualaikum.. lama rasanya x menulis kat blog ni. hampir sebulan lebih gak..
maklum le.. bz la katakan. mana taknya, 16hb april aritu aku kena lapor diri kat tempat keje baru di ILP Bukit Katil, Melaka.... pastu bz ngan final exam plk.. mana nak bagi masa keje ngan study. tu yang tak sempat2 nk bukak blog ni.
alhamdulillah, skunk ni sume dh kembali normal. final exam pun dh selesai.. segala keputusannya aku serah kepada Allah. dalam erti kata lain, tawakkal je la atas usaha yg tak seberapa yg telah aku lakukan. harap2 aku berjaya mengekalkan prestasi cemerlang aku cam sem lepas. insya-Allah.. begitu juga, aku doakan semoga kawan2 aku berjaya mendapat result yg cemerlang jgk (mana leh tamak.. kena ingat kengkawan jgk).
skunk ni, aku nk concentrate ngan keje lakk.. byk keje yg aku nk kena wat kat tempat keje baru ni. utk pengetahuan, library kat sini mmg tak pernah function (mengikut sistem yg formal) sebelum ni. takde sebarang rekod yg lengkap ttg peminjaman dan pemulangan, jumlah buku, dan serba-serbi lagi la yg tak lengkap.. sementelah pulak, aku kat sini keje sesorang sbb post utk pembantu perpustakaan kt ILP memang sorang.. so, kena la adap!!!
nasib jg la pengalaman kat matrik ada membantu sikit2. kalau tak, blur je le aku.... salah bos aku dulu jgk. dia khususkan aku wat 'cutting paper' je kt library tu. patutnya dia kena wat rotation biar sume keje staf library tau buat. jd, bila dh jd cam skunk ni, tak ke menyusahkan aku??!! tp aku redha dgn apa yg terjadi.. mayb ada hikmah di sebaliknya yg kita tak tau..
kat sini len plk halnya.. aku keje kat sini dh hampir sebulan.. aku order buku rekod perolehan perpustakaan sampai skunk tak dpt2... camne le aku nk wat keje??? byk keperluan yg aku mntk x dpt2. tp nk suruh aku bka library ni a.s.a.p.. (up: aku masih x buka library utk pelajar masuk hingga everything settled) tekanan gakk.. tp aku sabar je le.. tu yg ada masa nk siapkan blog ni.. hehehe...
kengkadang aku cuba utk jadi staf yg baik dan berdedikasi serta rajin bekerja, tp bila berhadapan dgn situasi pengurusan yg sebegini... mood nk keje pun hilang. sabau je le wat masa ni.. :D

Wednesday, April 9, 2008

Kerana Sehelai Bulu Mata...

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak, demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. Saya tak pernah malakukan perkara itu...""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amatlembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini. Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan".
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan darineraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Monday, April 7, 2008

NILAI RM5.00

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut- hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu- sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam. Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.

Tolol! Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur." Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!

Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah hidup susah seperti itu.Bodoh!! " Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu- sedu.Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan,takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu satu,perlahan- lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu.

Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.

Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan,jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.


oleh itu, "jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."

Friday, April 4, 2008

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

' Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

AKHIR KATA: RENUNG-RENUNGKAN.. DAN SELAMAT BERAMAL

Friday, March 21, 2008

Anda telah bersedia bercouple jika...

ANDA TELAH BERSEDIA UTK BERCOUPLE JIKA....

Niat anda memang utk MENGAHWINI si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

SEBALIKNYA, ANDA BELUM BERSEDIA UTK BERCOUPLE JIKA...

Niat anda sekadar untuk bersuka-suka atau ingin berseronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

ANDA TELAH BERSEDIA UTK BERCOUPLE JIKA....

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri utk tidak terlibat dgn perkara2 yang di haramkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yg sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang mebawa kepada 'muqaddimah' zina.

SEBALIKNYA, ANDA BELUM BERSEDIA UTK BERCOUPLE JIKA...

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan2 negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan dot.. dot.. dot..

ANDA TELAH BERSEDIA UTK BERCOUPLE JIKA....

Sudah lepas ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yg baik dalam pelajaran anda. atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

SEBALIKNYA, ANDA BELUM BERSEDIA UTK BERCOUPLE JIKA...

Masih kandas ilmu fardhu ain. mengaji al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari kerja.

ANDA TELAH BERSEDIA UTK BERCOUPLE JIKA....

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar.

SEBALIKNYA, ANDA BELUM BERSEDIA UTK BERCOUPLE JIKA...

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang.. ish..

"CINTA ALLAH ADALAH LEBIH UTAMA"

Wednesday, March 12, 2008

Kenduri kawin adik aku (9/3/08)

9hb mac 2008 aritu, telah berlangsungnya majlis persandingan adik pempuan aku, shamsiah bte ramli dengan pasangannya mohd shahril. mereka telah dinikahkan dengan berwalikan abang aku (yg kat dlm gamba tu) pd 7hb mac 2008 selepas solat isya' dengan 4x lafaz... hahaha... sepatutnya, majlis persandingan diadakan pada keesokan harinya. tapi, oleh kerana 8hb tu adalah tarikh mengundi, jadi majlis persandingan tu telah ditunda pada hari ahad iaitu 9hb mac 2008.


untuk pengetahuan, abang aku tu sebenarnya tengah risaukan bini dia kat sepital sebab tengah tunggu saat untuk melahirkan. tu yang lepas majlis tak lengah lagi terus balik.. alhamdulillah, pukul 4.00 pagi, 9hb tu bini dia bersalin dan dapat anak lelaki. mak aku le paling untung... bukan aja dapat menantu tapi dapat cucu sekali.. hehehehe... jadi, pada hari langsung tu, abang aku tak dapat le nak meraikan persandingan adik aku tu.. tapi, nasib baik aku ada sebab aku le yang jadi 'orang kuat @ superhero' pada hari tu walaupun hanya wat keje2 di belakang tabir je (duk kat dapur)

apa2 pun, majlis tu dah selamat. walaupun penat tapi aku seronok sebab bukan senang dapat berkumpul ramai2 ngan ahli keluarga dan sedara mara.. time kenduri camni le baru dapat berkumpul.

dan la ni... tinggal cek sorang je le yg belum kawin laie.. nak wat camna, lum sampai seru :)






Saturday, March 1, 2008

Danga International Games 2008

Baru-baru ni telah berlangsungnya sukan danga antarabangsa 2008 di JB dari 20-24hb Februari 2008. Pun begitu ada juga acara yang telah berlangsung awal. Aku adalah salah seorang sukarelawan ICT utk acara tu dan aku tlh di tempatkan utk menjaga acara bola keranjang. Keje aku senang je... bila dpt result game, aku kena bagi result tu kat urusetia ICT utk dimasukkan result tu ke dlm komputer dan seterusnya di updatekan utk tatapan umum... aku leh guna cara sms atau antar sendiri result tu kpd urusetia. Oleh kerana, aku dpt allowance utk top-up, so aku anta result tu melalui sms. tp, kengkadang aku bg by hand gakk...

Apa yg seronoknya masa aku jaga game ni ialah.. drpd aku x tau langsung pasal game basketball, aku dh jd tau sikit-sikit le.... so, kowang x leh le nk 'chong' aku pasal ini game... hahahaha... lg, apa yg seronok ialah layanan oleh salah seorang penasihat game ni kpd aku adlh sgt superb beb.... dia serve n jaga aku ngan baik sekali.. boleh dikatakan, tiap kali nmpk aku mesti nak bagi air mineral. sampai aku rasa klau aku simpan air tu wat niaga, mesti untung punya maa... susah lu orang mau jumpe org macam dia lorr.. sbb apa? dia ni bknnya sebangsa ngan kita. tp, baiknya bukan main lg.. nama dia mr. See (sempat le aku posing bergambar ngan dia..) huhhuuu... hari last tu, dia belanja aku minum air kelapa.. nak x nak, aku join le.. sbb dh jd friend.. :)
Utk game basketball ni, juara utk lelaki dimenangi oleh pasukan Acheh (aku mmg minat gilerr dgn team ni siott..). bagi team wanita plk tlh dimenangi oleh pasukan dari singapore. tuan rmh (johor) hanya dpt naib juara utk p'puan dan tmpt ke-3 utk lelaki... kalau diberi peluang, aku nk join lagi jd sukarelawan sukan ni 2 tahun lagi... dan semestinya klau boleh aku nk jaga utk game basketball ni le sbb gua dh minat gilerr ngan game ni bebb walaupun ketinggian aku cuma 157cm (x layak pun utk jd player) sbb ketot sgt.... hehehehe

Monday, February 11, 2008

BUAT SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN...


BELAJARLAH MENULIS DI ATAS PASIR

DUA orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.
Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir: Hari ini, sahabat baikku telah menampar mukaku. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu: Hari ini, sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya: "Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata: "Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu".

MORAL CERITA: Dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. BELAJARLAH MENULIS DI ATAS PASIR...