Pages

Monday, July 30, 2012

Welcome Home Bro!!

Salam Ramadhan..
Woowww.... lama sungguh tak login blogger akaun ni.. dah berwajah baru rupanya..
Selama ni pun, kalau aku access pun, aku tak pernah login. Tapi, kali ni cam tetiba gatal tangan nak login. Sekali hamek kau.. dah berwajah baru. Dan aku pulak dah jadi cam new user. Terkial-kial studi semula camne nak create new post, setting bagai..

Ada sesapa boleh bagitau since when pulak homepage blogger ni berubah wajah?? Niat asal aku konon nak post la something abt Ramadhan, tapi oleh kerana cam terjakun jap dengan wajah baru blogger ni, hilang semua idea yg aku nak catat kat sini. Apapun, harap ini bukan yang terakhir post daripada aku sebaliknya, semoga ini akan menjadi titik permulaan kepada aku untuk aktif berblogging semula.. Daa..
Gambar ihsan dari Mr Google

Thursday, March 1, 2012

MALAYSIAN TYPING TEST

Salam.. saja nak berkongsi dengan para pembaca sekalian dengan satu laman web yang boleh menguji kemahiran dan kepantasan anda menaip dalam pelbagai bahasa iaitu laman web Malaysian-speedtest.. Antara bahasa yang anda boleh uji kepakaran dan kepantasan anda dalam menaip adalah seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Filipina, German, dan banyak lagi.

Actually aku jumpa website ni kat blog kawan aku dah lama.. dan mungkin jugak ada di kalangan korang yang memang dah tau akan kewujudan website ni.. tapi, tak salah rasanya untuk aku berkongsi maklumat kan sebab mungkin jugak ada dikalangan kita yang belum tahu lagi..

Berbalik kepada website Malaysian-speedtest ni.. korang akan diberi masa selama satu minit untuk menaip perkataan-perkataan yang diberikan. Perkataan-perkataan tersebut pula bukanlah merupakan satu ayat yang lengkap.. setelah tamat masa satu minit yang diberikan, keputusan akan di pamerkan.. terpulang lah pada korang sama ada untuk register terlebih dulu ataupun terus je buat test ni.. kalau tak puas hati, anda boleh cuba berulang kali sehingga mahir..

Dah banyak kali jugaklah aku cuba.. dan hasil terbaru yang aku dapat adalah..
 

Typing Test
Visit the Typing Test and try!


ANDA PULA BAGAIMANA?? SELAMAT MENCUBA..!!


Monday, January 30, 2012

KITA HANYA MERANCANG...

Aku dan rakan-rakan ofis pernah merancang.. bertahun lamanya kami merancang dan sehingga kini, rancangan kami itu tidak dapat direalisasikan. Malahan, sampai ada officemate kami tu yang dah pindah..

Yaa.. betul kata korang.
Kita hannya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
Jadi kami redha..

Sebenarnya, kami merancang untuk pergi ke Genting Highlands hari Sabtu (28.01.12) yang lalu..
Jika rancangan kami untuk ke Genting itu sebelum ini seringkali menemui kegagalan, sebaliknya pada kali ini ia hampir menjadi.. kiranya.. 90% impian kami itu hampir terlaksana..

Yaa.. memang benar..
Kita hanya merancang, tapi Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tentang rancangan kami itu..
Dan sesungguhnya kami redha..

Hari Khamis (26.01.12).. isteri aku bagitau nenek dia dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.
Dan.. aku mulai rasa rancangan kami bakal menemui kegagalan..

Hari Jumaat (27.01.12).. aku bagitau rakan-rakan ofis, aku tak dapat join mereka untuk ke Genting beserta alasannya.. mereka mencari alternatif lain supaya yang lain-lain dapat meneruskan rancangan kerana mengikut perancangan kami akan pergi menaiki dua buah kenderaan. Dua orang akan menumpang kereta aku dan 4 orang menaiki kereta kawan yang aku namakan Ani.

Lagi sekali..
Sesungguhnya, kami hanya merancang.. tapi Allah telah merancanakan sebaliknya untuk kami..

Selepas pulang dari sarapan.. Ani yang ingin ke kereta mengambil botol airnya tiba-tiba masuk kembali ke dalam ofis dan memberitahu aku yang dia juga tidak dapat pergi ke Genting kerana baru mendapat perkhabaran yang neneknya meninggal.. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Maha Besar Kuasa-Mu Ya Allah, sekiranya kami jadi pergi ke Genting dan tiba-tiba mendapat berita buruk seumpama ini.. nescaya kami akan menyesalinya.

Sesunggunya.. kita hanya merancang.. tapi Tuhan yang menentukan.
Dan kami sebagai hamba, redha dengan Qada' dan Qadar yang telah Engkau tentukan untuk kami.




Monday, January 23, 2012

BILA AKU MULA MENAIP...

Salam..
Akhirnya.. berjaya jugak aku mengupdate sesuatu di sini setelah 'bertapa' berbulan lamanya.. huhhuu.
Untuk kesekian kalinya, aku telah gagal untuk mengikuti jejak langkah para blogger tegar yang sentiasa mengemaskini cerita terkini di laman blog mereka.

Bayangkan.. sekarang ni dah masuk tahun baru 2012. Bulan Januari pulak sudahpun hampir beranjak ke hari yang ke-24 dan aku hanya baru dapat mengupdate satu entri.. sedihhh!! Agak-agaknyalah.. kalau aku ni jadi wartawan.. alamatnya dah lama lah aku kena pecat. Orang lain boleh dapat 3,4 buah cerita hangat satu hari.. yang aku pulak masih lagi terkial-kial nak cari satu isu untuk satu bulan... ulang siar.. satu bulan! Memang dasar lembb (a.k.a lembap) la aku ni.. Takpe-takpe.. ada masa nanti, aku buat backdated entri untuk kisah-kisah yang aku tak sempat nak update.. Agak-agaknya valid lagi ke?? dan yang paling penting.. ada orang nak baca ke?? huhhuu..

Apapun, untuk kali ni.. sebagai permulaan dan juga mukaddimah entri di tahun baru.. aku tak nak stori panjang-panjang.. Cukup letak gambar 2, 3 keping untuk menceritakan segala-galanya.. sesungguhnya.. dialah pengarang jantung hati aku sekarang ni dan aku sangat-sangat sayang kat dia.. Mungkin lepas ni, blog aku ni dah boleh join dengan blog mama-mama blogger yang lain kot sebab pasni mesti asyik dok cerita pasal anak jerr.. hehe.

NUR IMAN WAFIRAH BINTI MOHAMAD KHAIROL




Friday, December 9, 2011

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!