Pages

Thursday, April 4, 2013

SUATU MASA

Salam..
Aku tak tahu bagaimana nak aku mulakan kata-kata untuk mencipta ayat-ayat yang menggambarkan betapa aku sudah lama tidak menulis di sini. Bukan tidak terlintas di fikiran.. malahan kerapkali juga aku mengunjunginya.. tapi bagaikan ketandusan kata-kata untuk aku semadi dan abadikan tiap peristiwa dan kenangan yang singgah dan hadir dalam kehidupanku di sini.

Sehinggalah hari ini.. entah tarikan magnet atau graviti mana yang menarik kuat aku untuk menekan huruf-huruf di papan kekunci ini lantas membina ayat-ayat bagi menyatakan betapa aku telah lama meninggalkan 'diari maya' ini..

Semoga ini menjadi satu titik permulaan buat aku mencatatkan sesuatu di sini biarpun tidak sekerap mereka yang lain.. tapi sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk aku semadi dan abadikan di sini untuk ingatan aku di masa akan datang..

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran

Alhamdulillah.. sedar tak sedar hari ini, Ramadhan sudahpun melabuh tirainya.. Maka berakhirlah Ramadhan tahun ini.. dan aku berdoa semoga dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang bagi memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan ibadat puasa yang aku jalani pada Ramadhan tahun ini.

Dan esok, fajar satu Syawal akan menjelang..
Tahun ni, tiba pula giliran aku beraya di tempat orang. Ya!! Kali ni giliran aku beraya di rumah mertua di Kuala Berang, Terengganu. Kalau nak ikutkan tahun lepas, sepatutnya aku beraya di Terengganu. Tapi, oleh kerana keadaan isteri aku yang ketika itu tak berapa nak mengizinkan (sedang sarat mengandung: baca sini) untuk kami pulang ke Terengganu, maka terpaksalah giliran beraya di Terengganu di tunda ke tahun ini. Dan ini juga bermakna, kali pertama Nur Iman Wafirah menyambut lebaran adalah di Kuala Berang (tahun lepas lum keluar lagi..)

Kalau tanya aku macam mana perasaan bila beraya di tempat orang?? Bagi akulah.. aku cam takde masalah kot nak beraya di rumah mertua.. Kalau tak, takkan seminggu aku bercuti raya kat sini..!! Aku start cuti hari Khamis hari tu. Hari Rabu malam, selepas berbuka puasa bersama emak dan bertarawikh di masjid, aku anak beranak menuju ke Selayang ke rumah akak aku. Akak aku ni nak jumpa sangat Nur Iman Wafirah sebelum balik Terengganu.. dan sebagai upahnya, dia kena masak asam pedas untuk aku. Kami bertolak balik ke Terengganu pada hari Khamis malam. Siang tu sempat lah shopping sikit kat Selayang Mall..

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Kuala Berang dipermudahkan oleh-Nya. Tiada kesesakan lalu lintas yang teruk seperti yang aku jangkakan.. Terima kasih Allah!! Dengan izin dari-Nya jualah aku sekeluarga selamat sampai ke Kuala Berang lebih kurang jam 3 pagi. Dan insyaAllah, aku akan berada di sini sehingga hari Jumaat. Semoga perjalanan pulang kami nanti juga akan dipermudahkan oleh-Nya. Amiin.

Sekian dulu dari aku.. Semoga lebaran tahun ini akan membawa keceriaan dan kebahagiaan kepada kita semua dan semoga negara kita Malaysia akan kekal aman dan sejahtera selamanya. Akhir kalam.. salam maaf tulus ikhlas dari aku sekiranya ada kesalahan dan kekhilafan sepanjang bergelar anak, menantu, suami, ayah, pelajar, pekerja, sahabat, jiran dan juga sebagai hamba Allah yang tak pernah lekang daripada melakukan dosa dan kesilapan.


"Kullu 'aam.. wa antum bi khair"

Monday, July 30, 2012

Welcome Home Bro!!

Salam Ramadhan..
Woowww.... lama sungguh tak login blogger akaun ni.. dah berwajah baru rupanya..
Selama ni pun, kalau aku access pun, aku tak pernah login. Tapi, kali ni cam tetiba gatal tangan nak login. Sekali hamek kau.. dah berwajah baru. Dan aku pulak dah jadi cam new user. Terkial-kial studi semula camne nak create new post, setting bagai..

Ada sesapa boleh bagitau since when pulak homepage blogger ni berubah wajah?? Niat asal aku konon nak post la something abt Ramadhan, tapi oleh kerana cam terjakun jap dengan wajah baru blogger ni, hilang semua idea yg aku nak catat kat sini. Apapun, harap ini bukan yang terakhir post daripada aku sebaliknya, semoga ini akan menjadi titik permulaan kepada aku untuk aktif berblogging semula.. Daa..
Gambar ihsan dari Mr Google

Thursday, March 1, 2012

MALAYSIAN TYPING TEST

Salam.. saja nak berkongsi dengan para pembaca sekalian dengan satu laman web yang boleh menguji kemahiran dan kepantasan anda menaip dalam pelbagai bahasa iaitu laman web Malaysian-speedtest.. Antara bahasa yang anda boleh uji kepakaran dan kepantasan anda dalam menaip adalah seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Filipina, German, dan banyak lagi.

Actually aku jumpa website ni kat blog kawan aku dah lama.. dan mungkin jugak ada di kalangan korang yang memang dah tau akan kewujudan website ni.. tapi, tak salah rasanya untuk aku berkongsi maklumat kan sebab mungkin jugak ada dikalangan kita yang belum tahu lagi..

Berbalik kepada website Malaysian-speedtest ni.. korang akan diberi masa selama satu minit untuk menaip perkataan-perkataan yang diberikan. Perkataan-perkataan tersebut pula bukanlah merupakan satu ayat yang lengkap.. setelah tamat masa satu minit yang diberikan, keputusan akan di pamerkan.. terpulang lah pada korang sama ada untuk register terlebih dulu ataupun terus je buat test ni.. kalau tak puas hati, anda boleh cuba berulang kali sehingga mahir..

Dah banyak kali jugaklah aku cuba.. dan hasil terbaru yang aku dapat adalah..
 

Typing Test
Visit the Typing Test and try!


ANDA PULA BAGAIMANA?? SELAMAT MENCUBA..!!


Monday, January 30, 2012

KITA HANYA MERANCANG...

Aku dan rakan-rakan ofis pernah merancang.. bertahun lamanya kami merancang dan sehingga kini, rancangan kami itu tidak dapat direalisasikan. Malahan, sampai ada officemate kami tu yang dah pindah..

Yaa.. betul kata korang.
Kita hannya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
Jadi kami redha..

Sebenarnya, kami merancang untuk pergi ke Genting Highlands hari Sabtu (28.01.12) yang lalu..
Jika rancangan kami untuk ke Genting itu sebelum ini seringkali menemui kegagalan, sebaliknya pada kali ini ia hampir menjadi.. kiranya.. 90% impian kami itu hampir terlaksana..

Yaa.. memang benar..
Kita hanya merancang, tapi Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tentang rancangan kami itu..
Dan sesungguhnya kami redha..

Hari Khamis (26.01.12).. isteri aku bagitau nenek dia dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.
Dan.. aku mulai rasa rancangan kami bakal menemui kegagalan..

Hari Jumaat (27.01.12).. aku bagitau rakan-rakan ofis, aku tak dapat join mereka untuk ke Genting beserta alasannya.. mereka mencari alternatif lain supaya yang lain-lain dapat meneruskan rancangan kerana mengikut perancangan kami akan pergi menaiki dua buah kenderaan. Dua orang akan menumpang kereta aku dan 4 orang menaiki kereta kawan yang aku namakan Ani.

Lagi sekali..
Sesungguhnya, kami hanya merancang.. tapi Allah telah merancanakan sebaliknya untuk kami..

Selepas pulang dari sarapan.. Ani yang ingin ke kereta mengambil botol airnya tiba-tiba masuk kembali ke dalam ofis dan memberitahu aku yang dia juga tidak dapat pergi ke Genting kerana baru mendapat perkhabaran yang neneknya meninggal.. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Maha Besar Kuasa-Mu Ya Allah, sekiranya kami jadi pergi ke Genting dan tiba-tiba mendapat berita buruk seumpama ini.. nescaya kami akan menyesalinya.

Sesunggunya.. kita hanya merancang.. tapi Tuhan yang menentukan.
Dan kami sebagai hamba, redha dengan Qada' dan Qadar yang telah Engkau tentukan untuk kami.