Pages

Sunday, December 19, 2010

EPISODE SESUDAH BERUMAHTANGGA

Assalamualaikum semua..
Heyy..!! I'm back.. Tak sangka aku boleh kembali lagi ke sini selepas hampir sebulan tidak meninggalkan jejak.. Mak tak sangka u alzz.. huhhuu

Neway, ini adalah entri pertama aku selepas berkahwin dan ini juga merupakan entri pertama aku untuk bulan Disember.. at least ada gak satu entri ye dakk??!! hehehe.. (gila babas punya pemalas aku ni nak update blog)

OK.. kita kembali ke alam realiti...
Errmm.. sedar tak sedar hampir sebulan mr_khai telah mendirikan rumah tangga. Dah jadi suami orang mr_khai ni rupanyaa.. Kalau tengok pada fizikal dan muka mr_khai, pasti ramai yang tak percaya yang mr_khai ni dah beristeri. Dan tak kurang juga ada yang ingat mr_khai ni masih belajar di peringkat menengah.. Dan yang penting, kalau pegi beraya.. masih ada lagi yang menghulurkan duit raya.. Haa!! Itulah nikmat fizikal yang Tuhan bagi kat mr_khai yang kecil molek dan awet muda ni, ahakzz.. bak kata pepatah melayu lama.. tak lekang dek panas, tak lapok dek hujan.. hehehe.

OK.. bercerita mengenai alam rumahtangga pula, bak kata orang yang dah lama kawin (yang baru kahwin pun nak kata gak), "biasalah.. baru nak mula hidup. Memanglah susah sikit.." So, kenalah pandai-pandai mengatur perbelanjaan kerana mereka kata "lepas kawin ni nak kena pakai banyak duit." Mana tak nyaa... kalau dulu segala perbelanjaan adalah sendirian berhad. Sendiri punya gaji, sendiri makan..
Tapi sekarang, dah nak kena kasi cekik anak orang.. Dalam masa yang sama, Mem Besar (omak den laa..)pun nak kena hulur gakk.. tu kewajipan anak lelaki tu.. tak boleh tidak!!

Pastu, kalau dulu ada motor jerr.. tapi sekarang dah nak kena pakai keta. Nak pulak, rumah mentua nun jauh di terengganu. Takkan pulak nak balik naik bas, sampai bus stand pak mertua jemputt.. Malu den!! Nak tak nak, kena jugak amek keta sebijik. Barulah sedap nak balik terengganu.. Dah tu, keta tu bukannya boleh jalan pakai air jer.. nak kena bajet pulak duit minyak. Nak dijadikan cerita pulak, wife mr_khai kena posting walaupun dalam negeri melaka tetapi adalah jauh daripada kediaman mr_khai sekarang. Nak taknak, dah nak kena sewa rumah (tambah lagi satu peruntukan untuk bajet rumah sewa). Berulang pulak mr_khai ni dari Selandar ke Masjid Tanah..

Kalau dari Masjid Tanah ke tempat kerja mr_khai dalam kondisi hujan, bolehlah jugak mr_khai gagahkan jua menunggang motosikal.. tapi kalau dari selandar ke Masjid Tanah menaiki motosikal waktu hujan, jawapannya, memang lencun lah di buatnyaa.. Pastu, kalau hari-hari mr_khai berulang dari selandar ke masjid tanah dengan motosikal, ada patah pinggang ni ha dibuatnya.. Bak kata kengkawan mr_khai yang nakal tu "kebas telor dibuatnya" Jadi.. sesekali tu nak jugak kena bawak keta. Nak tak nak, dah nak kena bajet duit minyak keta pulak berulang dari selandar ke masjid tanah. Konklusinya, benarlah kata mereka itu bahawa lepas kawin ni memang kena pakai banyak, banyak, banyak sangat duit.. Memang nak kena kira betul-betul bajet bulanan suami isteri.. kalau tak, ada yang hujung bulan makan pasir dengan air paip jerr.. huhhuuu.

Satu mr_khai nak tambah dan tekankan kat sini, itu lah pentingnya ada saving.
Jadi.. wahai saudara-saudaraku (especially kaum adam) yang ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga ataupun yang dah sampai seru untuk berumah tangga, buatlah preparation dari segi kewangan anda mulai sekarang. Saving itu bukan saja penting untuk majlis perkahwinan, tetapi jugak penting bagi anda untuk memulakan kehidupan baru selepas berkahwin. Kalau terpaksa buat loan, buatlah.. tapi make sure yang anda men'spare'kan sedikit wang tersebut untuk kehidupan selepas berkahwin. Buatlah bajet (kira gaji anda dan pasangan), dan senaraikan apa yang perlu anda dan pasangan langsaikan apabila tiba hujung bulan. Mana-mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan, kurangkanlahh.. Dalam masa yang sama, buatlah potongan tabung haji melalui slip gaji kerana time sesak, at least ada jugak tabungan anda kat situu.. kerana mr_khai percaya, tak ramai antara kita yang akan dengan 'willingness' nya pergi ke bank untuk membuat simpanan.. So, dengan cara potongan melalui slip ni je la boleh membantu kita 'menyimpan'.. sebab akhirnya korang akan keluarkan jugak duit tu time sesak.. Wahhh!! tetiba mr_khai dah jadi cam pakar pengurusan kewangan pulakk.. hehehe.

Terpulang la pada kalian sama ada nak terima pakai pandangan mr_khai atau tak.. lagipun, mr_khai baru aje mendirikan rumah tangga. keberkesanannya masih belum dapat dipastikan. tapi kata orang, tak salah benda yang baik tu kita kongsikan bersama dengan orang lain. Akhir kata, menabunglah untuk masa depan.. hehehe
Wassalam





Friday, November 26, 2010

::ENTRI TERAKHIR DI BULAN NOVEMBER:: ~Debaran Bergelar Raja Sehari..~

Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar, November sudah pun hampir ke penghujungnya. Ini bermakna kurang lebih sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru. Bagi aku pula, penghujung November ini bakal membawa kepada satu lagi fasa kehidupan dalam putaran hidup seorang insan iaitu menempuhi alam perkahwinan. 

Tanggal 27hb November 2010, tarikh keramat yang bakal menyatukan aku dengan si pilihan hati yang aku kenali semasa menghadiri Kursus Induksi Umum 2, 3 tahun yang lalu. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, pada malam ini aku dan keluarga akan berangkat ke Terengganu dan semoga kalian mendoakan perjalanan kami ke sana akan diberkati dan dirahmati dan semoga kami semua selamat sampai ke sana dan juga selamat jua kembali ke rumah masing-masing.

Pelbagai persiapan telah aku dan keluarga lakukan sebagai persediaan majlis di rumah kami pada 4hb Disember 2010 nanti. Pendek kata, selagi tak habis majlis, ada saja barang yang tak cukup. Memang terasa juga beban berkahwin pada era moden hari ini. Ya lah.. kalau dulu kenduri kawin tak perlu nak sediakan segala macam goodies, paper beg, sourvenier, pelamin yang grand, baju yang vogue, dll., tetapi oleh kerana dek tuntutan trend masa kini yang mana kalau takde tak sah (dalam erti kata lain, kalau takde musti ada orang mengata), nak tak nak... terpaksa la juga buat, walaupun ...??!! 

Semakin dekat tarikh nak ke Terengganu, semakin kencang denyutan adrenalin jantung aku ni dibuatnya.. Ya laa.. selain sibuk menyiapkan segala tok nenek barang dan kelengkapan majlis, aku juga perlu mempersiapkan diri dari sudut mental, fizikal, rohani dan jasmani sebelum bergelar suami dan juga menantu. Sebelum ni, hanya perlu pikir tentang diri kita dan keluarga kita sahaja, tapi lepas ni, dan nak kena pikir yang sorang lagi, famili dia, sedara mara dia, dan kalau ada rezeki dah nak kena pikir soal masa depan anak-anak (wahh.. jauhnya berangann.. hehehe). Tapi, tulah dugaan yang perlu ditempuh oleh aku dan secara fizikal dan jasmaninya, aku rasa telahpun bersedia 80-90%. Yang masalahnya adalah dari segi mental dan kerohanian..

Aku akui, mental dan rohani aku ni masih belum cukup kuat dan cukup terisi dengan perkara-perkara positif dan juga kebaikan. Tetapi, itulah cabaran yang aku perlu hadapi dengan mencabar diri aku untuk menjadi suami, anak dan menantu yang baik.. InsyaAllah.

Apapun, aku harap, doa kalian akan senantiasa mengiringi pemergian aku dan keluarga ke Terengganu, dan semoga semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar, serta perjalanan majlis di kedua-dua belah pihak juga akan berlangsung dengan selamat dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.. amiin.

Di kesempatan ini, aku ingin mengundang para followers, pembaca blog dan mereka yang mengenali diri aku secara dekat mahupun secara maya sekiranya mempunyai kelapangan untuk menghadiri majlis perkahwinan di rumah aku pada 4hb Disember 2010 (Sabtu) nanti. Di bawah ini, aku sertakan kad jemputan dan peta untuk memudahkan perjalanan anda ke destinasi rumah pengantin.


Akhri kalam, mungkin, ini adalah entri terakhir aku sebagai orang bujang kerana selepas ini, aku akan bergelar suami orang. Sekiranya ada entri sebelum ini (semasa zaman bujang dan hati sedang panas) yang menyinggung perasaan mana-mana individu, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan atau sesiapa sahaja, aku ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki dan insyaAllah selepas ini, aku akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri ini supaya entri yang akan di pos selepas daripada ini tidak disertai dengan emosi dan perasaan amarah semata-mata sebaliknya dengan kata-kata yang penuh hikmah dan kebijaksanaan.
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM..



Tuesday, November 16, 2010

:: KEGILAAN BARU ::

Aku punya kegilaan baru kini.. bukan gila talak, juga bukan gila kentang, apatah lagi gila khinzir.. tetapi, inilah kegilaan baru yang muncul dalam hidup aku...


yupp.. tepat sekali.. inilah kegilaan baru aku... BOWLING!! 

yeaahh!! mungkin ini bukan satu kegilaan baru buat kalian, tapi ianya kegilaan baru bagi aku. Bukan tak pernah main sebelum ini, cuma lately ni aku rasa cam seronok, 2 ronok dan beronok-ronok nak main lagii.. 

Asalnya, aku main hanya untuk suka-suka dengan kengkawan di tempat keja aku. Pastu, dia orang ajak pulak repeat lepas makan ikan bakar kat umbai aritu. Santak sampai 2 pagi jugak la aku sampai rumah time tuu.. (sebab lepas main boling kitaorang singgah karoke.. huhhuu). Series pastu aku rasa cam dah tak minat nak berkaroke lagi (biarpun sebelum ini, karoke adalah kegilaan aku) tapi sebaliknya gian nak main boling.

Aku bilang sama mereka, "weii.. napa la selama 30 tahun aku hidup membujang ni, korang taknak happening2 ngan aku sebelum ni. Time aku dah nak kawin tak sampai sebulan lagi baru la korang nak ajak aku havoc2 rembak sana sini.."

aduiisss!! leh tak postpone kawinn.. hehehe. 
Tapi aku harap, bakal wife aku tu akan memahami akan kegilaan dan minat aku nantii..

Baru-baru ni kami membaling lagii.. oleh kerana 3 game adalah cuma berharga rm10, maka dengan semangatnya kami telah bermain 6 game pada malam itu.. betul-betul gilerr!!
Apapun, aku sangat seronok dan tak sabar untuk bermain lagi selepas ini.

Tapi, aku tak pasti akan dapatkah aku mengulangi saat-saat beronok-ronok dengan kengkawan KMM aku yang sangat happening dan gila-gila ini lagi kerana aku sangat khuatir si dia akan cemburu kerana kengkawan KMM aku itu adalah semuanya perempuan.. hehehe

Apapun, buat masa terdekat ini aku terpaksa merehatkan diri sebentar daripada bermain boling kerana perlu menumpukan perhatian kepada persiapan majlis perkahwinan aku yang bakal berlangsung kurang lebih 2 minggu lagii..

Akhir kata, Salam Aidil Adha kepada bloggers semua..

Saya bersama cik Mala - salah seorang pekerja di Matrik
-kat tempat kasut pun sempat nak posing lagi-

Tuesday, November 9, 2010

::: Entri pertama di bulan November... ::: ~PAKU DI DINDING HATIMU~

Errmm.. lama sungguh rasanya aku berehat (berehat kerr??) daripada aktiviti berblogging nii.. Maklumlah, membuat banyak kerja dalam satu masa (keje + studi + assignment + personal life + etc..), bukanlah 'kepakaran' aku..


Kini... Alhamdulillah kerana semuanya telah kembali kepada sediakala. Assignment pun dah takde, final exam pun dah selesai.. cuma kerja dengan personal life tu sampai mati pun takkan selesaii la kann??!! So, dapatla aku meluangkan kembali masa-masa aku yang bizi (bizi la katanyaaa..) dulu, dengan kembali bersosial di laman sesawang ini (FB n blog).


So, untuk entri pertama di bulan November ni, aku just nak forwardkan email yang aku terima lebih kurang tiga tahun lalu daripada seorang kawan sebagai pembuka bicara setelah lama berehat...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."




Wednesday, October 20, 2010

MUSIM PEPERIKSAAN KEMBALI LAGI...


Musim peperiksaan akhir semester kini kembali lagi.. di mana-mana IPTA/IPTS, pelajar-pelajarnya sedang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir. Bak kata omputih, masing-masing sedang berada dalam minggu study week.. Masing-masing sedang bertunngkus lumus membuat persediaan bagi memastikan yang mereka akan dapat menjawab soalan peperiksaan itu nanti dengan baik..

Di tempat aku, di Kolej Matrikulasi Melaka (dan juga di seluruh kolej matrikulasi lain), pelajar-pelajarnya juga sedang sibuk mentelaah ilmu-ilmu yang telah disampaikan oleh cikgu-cikgu mereka.

Di tempat yang sama, terdapat juga seorang pelajar (e-PJJ) yang merangkap pekerja di Perpustakaan Kolej tersebut, seolah-olah tidak terkesan dengan kesibukan pelajar-pelajar lain di seluruh negara yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Sebaliknya, dia masih lagi sibuk menyiapkan tugasan-tugasan/assignment yang diberikan oleh pensyarahnya meskipun di saat-saat dia sepatutnya menyiapkan dirinya dengan mengulangkaji pelajaran. Dalam masa yang sama, dia juga masih sibuk bermain FB di tempat kerjanyaa.. Di hujung minggu yang lalu juga, dia masih lagi sempat bersuka ria bersama-sama rakannya berkaraoke dan bermain boling sehingga larut malam.. Apakah ini ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang mengharapkan kejayaan dalam peperiksaannya, tetapi dalam masa yang sama tidak mempersiapkan dirinya untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tibaa??
Renung-renungkan, dan selamat beramal :-)