Pages

Tuesday, November 9, 2010

::: Entri pertama di bulan November... ::: ~PAKU DI DINDING HATIMU~

Errmm.. lama sungguh rasanya aku berehat (berehat kerr??) daripada aktiviti berblogging nii.. Maklumlah, membuat banyak kerja dalam satu masa (keje + studi + assignment + personal life + etc..), bukanlah 'kepakaran' aku..


Kini... Alhamdulillah kerana semuanya telah kembali kepada sediakala. Assignment pun dah takde, final exam pun dah selesai.. cuma kerja dengan personal life tu sampai mati pun takkan selesaii la kann??!! So, dapatla aku meluangkan kembali masa-masa aku yang bizi (bizi la katanyaaa..) dulu, dengan kembali bersosial di laman sesawang ini (FB n blog).


So, untuk entri pertama di bulan November ni, aku just nak forwardkan email yang aku terima lebih kurang tiga tahun lalu daripada seorang kawan sebagai pembuka bicara setelah lama berehat...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."




Wednesday, October 20, 2010

MUSIM PEPERIKSAAN KEMBALI LAGI...


Musim peperiksaan akhir semester kini kembali lagi.. di mana-mana IPTA/IPTS, pelajar-pelajarnya sedang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir. Bak kata omputih, masing-masing sedang berada dalam minggu study week.. Masing-masing sedang bertunngkus lumus membuat persediaan bagi memastikan yang mereka akan dapat menjawab soalan peperiksaan itu nanti dengan baik..

Di tempat aku, di Kolej Matrikulasi Melaka (dan juga di seluruh kolej matrikulasi lain), pelajar-pelajarnya juga sedang sibuk mentelaah ilmu-ilmu yang telah disampaikan oleh cikgu-cikgu mereka.

Di tempat yang sama, terdapat juga seorang pelajar (e-PJJ) yang merangkap pekerja di Perpustakaan Kolej tersebut, seolah-olah tidak terkesan dengan kesibukan pelajar-pelajar lain di seluruh negara yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Sebaliknya, dia masih lagi sibuk menyiapkan tugasan-tugasan/assignment yang diberikan oleh pensyarahnya meskipun di saat-saat dia sepatutnya menyiapkan dirinya dengan mengulangkaji pelajaran. Dalam masa yang sama, dia juga masih sibuk bermain FB di tempat kerjanyaa.. Di hujung minggu yang lalu juga, dia masih lagi sempat bersuka ria bersama-sama rakannya berkaraoke dan bermain boling sehingga larut malam.. Apakah ini ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang mengharapkan kejayaan dalam peperiksaannya, tetapi dalam masa yang sama tidak mempersiapkan dirinya untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tibaa??
Renung-renungkan, dan selamat beramal :-)


Friday, September 24, 2010

~LARUT~

Aku terus larut..
Larut dan hanyut dibawa arus deras waktu
Waktu yang menandakan saat untuk menghantar assignment kian tiba
Dan aku terus larut tanpa meninggalkan walau seberkas jejak sekalipun

Entah bila akan benar-benar kembali
Kembali membersih 'sawang-sawang' yang kian kelihatan di blog ini
Hanya sekadar menjengah sebentar di dinihari
Demi menyatakan hasrat hati
Aku ingin kembali
Kalian tunggu..
Aku pasti akan kembali

Malam kian larut..
Dan di dinihari ini..
Aku masih di sini..
Bertemankan malam yang semakin sepi
Syukur.. 
Laptop, kertas-kertas dan bahan-bahan assignment masih setia menemani
Biar bola mata semakin mengecil
Biar esok masih ada tugas menanti di kantor
Namun perjuangan harus diteruskan
Biar malam menjemputku untuk lena beradu..

~nukilan: mr_khai~



Wednesday, September 15, 2010

~EPISODE RAYA TUAN PUNYA BELOG~

Tahun ni merupakan tahun terakhir tuan punya belog ini beraya sebagai orang bujang..
Sungguh tidak seronok sambutan raya tahun ini kurasakan.. Mungkinkah kerana ini merupakan tahun terakhir aku menyambutnya sebagai orang bujang atau mungkin kerana bebanan assignment yang dipikul di atas batu jemala aku telah sedikit sebanyak merenggut kebahagiaan dan keseronokan aku untuk menyambut raya tahun ini??


Hakikatnyaa.. ketidakseronokan aku menyambut raya tahun ini tiada kaitannya dengan tahun terakhir aku beraya sebagai orang bujang kerana biarpun tahun hadapan aku sudahpun berumahtangga (insyaAllah), tapi jangan dilupa yang aku ni masih boleh lagi dikategorikan sebagai bujang iaitulah... BUJANG TIGA... ngehehehee..


Adapun yang tidak menyeronokkan aku beraya pada tahun ini adalah kerana memikirkan assignment yang masih tak siap-siap lagi. Bukannya aku malas atau tidak berusaha untuk siapkan, tetapi sudah hampir tiga minggu aku mencari bahan dan maklumat untuk dua assignment (arkib dan electronic publishing) ini, tetapi masih tidak ditemui maklumat yang diingini. Jadi, SANGAP la jawabnya aku mencari maklumat yang tak jumpa-jumpa itu selama tiga minggu ni. Minggu depan dah nak kena submit, tapi satu habuk pun tak buat lagi.. Isk.. Isk.. ingatkan makin nak habis belajar makin seronok, tapi makin nak habis, makin SANGAP pulak dibuatnyaa.. Sudahnya, aku sempatlah beraya dua hari.. Pastu, terus bertungkus lumus mencari bahan dan maklumat untuk assignment-assignment tersebut.. huhhuuu..


Tika dan saat aku menaip entri ini, aku sedang dan masih lagi mencari maklumat untuk assignment tersebut. Adapun faktor yang membuatkan aku sempat lagi 'menyinggah' kat sini (blogspot) adalah kerana line broadband aku yang ala-ala syahdu lagi sendu di pagi raya yang boleh membuatkan aku tertido pastu bangun balik.. eh..eh masih tak sudah lagi.. pastu tido balik, pastu bangun balik pun masih tak habis loading.. sudahnya, tu yang aku singgah kat sini jap, menghapdate blog yang dah bersawang ni.. at least.. ada la jugak meninggalkan jejak yang dapat dikesan oleh rakan-rakan pembaca sekalian, daripada terus senyap dan membuatkan blog ini terus berkubur sehingga habis semeseter..


Akhir kata, semoga kalian terus ceria selalu menyambut lebaran yang mulia pada tahun ini. Ziarahi dan kunjungilah sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan dan sahabat handai. Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita erat-eratkan.. semoga ikatan ukhuwwah antara kita akan berkekalan dan mendapat keberkatan dari Tuhan.. Yang sebenarnya, nak pesan.. jangan ikut macam aku yang tak dapat nak beraya sakan tahun ni kerana terpaksa menyiapkan assignment.. uuuwwwwaaaaaaa....
Semoga ketemu lagi di entry yang lain (insyaAllah sekiranya tidak bizi dan assignment dapat disiapkan).


Tuesday, September 7, 2010

"SEBELUM RAMADHAN MELABUHKAN TIRAINYA.."

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainyaa..
Sebelum mentari syawal menyinarkan cahayanyaa..
Dan sebelum connection celcom broadband aku ni bertambah ke'slow'annya (ada sesapa cikgu BM kat sini?? sila abaikan segala tok nenek grammar, nahu, saraf, dsbgnya dalam entri ni..) dek sempena musim perayaan yang  bakal tiba yang mana juga akan melipat kali gandakan penggunaan internet di kalangan pengguna-pengguna broadband di seluruh malaysia, MAKA DENGAN INI SAYA....

Ingin mengambil kesempatan untuk memohon keampunan dan juga kemaafan di atas segala kekhilafan dan keterlanjuaran saya sepanjang "menulis" di dalam blog ini; yang mungkin telah menimbulkan ke'berbuluan' (sekali lagi sila abaikan kesalahan tatabahasa yang digunakan) para pembaca sekalian, ataupun menimbulkan rasa ketidak senang hatian tentang isu-isu sensitif (sensitif kerrr..??!!) yang sekiranya ada dimuatnaikkan di blog ini, dan juga sekiranya ada unsur-unsur kelucahan melampau, keganasan tahap gaban 18sx, 18sg, 18x2 sama dengan tigaploh nam dsbgnya... sudilah kalian memaafkan kesalahan dan kekhilafan saya itu hendaknya (aku rasa, masa awal cerita tadi ayat aku cam puitis je.. kenapa tetiba dah jadi brutal lak nii?? --->> so, sekali lagi sila tolong abaikannn.. huhhuu)

Ye laa..
kata orang (atau mungkin kata Karam Singh Walia juga) bumi mana yang tidak di timpa hujan.. lautan mana yang tidak pernah bergelora.. sebegitula juga aku yang tak pernah lepas daripada melakukan kesalahan. Jadi, sempena hari baik, bulan baik, janda pun baik... tapi kat pahang (Janda Baik).. aku memohon ribuan kemaafan dan keampunan daripada segala dosa-dosa yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan sepanjang kalian mengenali saya di dunia maya mahupun di kehidupan realiti... Saya tahu, kengkadang penulisan saya ini ada sedikit merapu, tapi saya menulis daripada hati (cewaahhh.. syahdu gitewww), sebab itu adalah isi hati saya yang saya ingin abadikan di sini sebagai sebuah memori yang boleh dikenang dan sekiranya anda rasa saya merapu, anda boleh tinggalkan blog ini dengan senang hatinyaa.. hehehe. InsyaAllah, dari masa ke semasa saya akan cuba memperbaiki diri saya mahupun kata-kata dan bahasa saya ketika berblogging (blogging mahu kena ada etika maaa.. baru orang respek :D) kerana bagi saya, manusia yang baik adalah manusia yang boleh menerima pandangan dan juga kritikan manusia lain dengan hati yang terbuka.. (entri apakah ini?? adakah ia relevan dengan tajukk.. layan je laaa..)

Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung tu, pandulah dengan berhati-hati.. Ingatlah insan-insan tersayang yang menantikan kepulangan anda di hari yang mulia ini. Dan kepada pemandu-pemandu yang tidak berhati-hati (read: tidak berhati perut) tu, kalau nak mampos, hang mampos sorang.. jangan nak heret orang lain mati sama dengan hang!! Bukan apa.. kengkadang aku geram dengan sikap-sikap pemandu yang kurang ajar kat jalan raya ni.. (sila ubah mood anda kepada 'emo' sebab aku tengah 'emo' ni).

Kita ni punya la memandu dengan penuh berhemah dan berhati-hati.. datang si la***at ni leh pandu macam jalan tu tok nenek dia yang punya. Disebabkan cara pemanduan dia, tak pasal-pasal orang lain pun terlibat sama. Kalau ko sorang je yang mati takpe, ni tak pasal-pasal keluarga orang lain pun mati sama jugak!! Aku memang geram dengan depa yang memandu dengan tak berhati perut nii... Gggrrrrrr.....

Jadi, sebelum saya menutup entri ini (dan tak tahu la pulak bila den leh buka balik sebab sekarang ni den tengah bizi cari bahan untuk wat assignment yang due datenya tinggal beberapa minggu je lagi -->> camne la nak raya.. asik teringat assignment tak siap jeww.. huhh!! <<-- ironinya, pencarian aku tu masih lom nampak akan membuahkan hasilnya), terimalah sebuah lagu raya, yang bukan dinyanyikan oleh saya, tetapi oleh artis kegemaran saya (saya gemar dia.. dia gemar saya kaahhhh??) untuk hiburan pengunjung-pengunjung blog sekalian.. (cam biasa, lirik turut disediakan untuk memudahkan kalian menyanyi bersama)



Anggun si dara jelita berselindang dan kebaya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza

Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang


Dan tidak lupa juga 2 buah kad raya yang tidak seberapa daripada saya buat anda sempena menyambut hari raya yang bakal tiba 2, 3 hari lagii.. Pesanan saya (especially untuk diri sendiri), puasa is the best diet.. so, jangan musnahkan diet anda yang sebulan itu dengan satu hari melantak di hari rayaa.. hohoho