Pages

Tuesday, September 7, 2010

"SEBELUM RAMADHAN MELABUHKAN TIRAINYA.."

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainyaa..
Sebelum mentari syawal menyinarkan cahayanyaa..
Dan sebelum connection celcom broadband aku ni bertambah ke'slow'annya (ada sesapa cikgu BM kat sini?? sila abaikan segala tok nenek grammar, nahu, saraf, dsbgnya dalam entri ni..) dek sempena musim perayaan yang  bakal tiba yang mana juga akan melipat kali gandakan penggunaan internet di kalangan pengguna-pengguna broadband di seluruh malaysia, MAKA DENGAN INI SAYA....

Ingin mengambil kesempatan untuk memohon keampunan dan juga kemaafan di atas segala kekhilafan dan keterlanjuaran saya sepanjang "menulis" di dalam blog ini; yang mungkin telah menimbulkan ke'berbuluan' (sekali lagi sila abaikan kesalahan tatabahasa yang digunakan) para pembaca sekalian, ataupun menimbulkan rasa ketidak senang hatian tentang isu-isu sensitif (sensitif kerrr..??!!) yang sekiranya ada dimuatnaikkan di blog ini, dan juga sekiranya ada unsur-unsur kelucahan melampau, keganasan tahap gaban 18sx, 18sg, 18x2 sama dengan tigaploh nam dsbgnya... sudilah kalian memaafkan kesalahan dan kekhilafan saya itu hendaknya (aku rasa, masa awal cerita tadi ayat aku cam puitis je.. kenapa tetiba dah jadi brutal lak nii?? --->> so, sekali lagi sila tolong abaikannn.. huhhuu)

Ye laa..
kata orang (atau mungkin kata Karam Singh Walia juga) bumi mana yang tidak di timpa hujan.. lautan mana yang tidak pernah bergelora.. sebegitula juga aku yang tak pernah lepas daripada melakukan kesalahan. Jadi, sempena hari baik, bulan baik, janda pun baik... tapi kat pahang (Janda Baik).. aku memohon ribuan kemaafan dan keampunan daripada segala dosa-dosa yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan sepanjang kalian mengenali saya di dunia maya mahupun di kehidupan realiti... Saya tahu, kengkadang penulisan saya ini ada sedikit merapu, tapi saya menulis daripada hati (cewaahhh.. syahdu gitewww), sebab itu adalah isi hati saya yang saya ingin abadikan di sini sebagai sebuah memori yang boleh dikenang dan sekiranya anda rasa saya merapu, anda boleh tinggalkan blog ini dengan senang hatinyaa.. hehehe. InsyaAllah, dari masa ke semasa saya akan cuba memperbaiki diri saya mahupun kata-kata dan bahasa saya ketika berblogging (blogging mahu kena ada etika maaa.. baru orang respek :D) kerana bagi saya, manusia yang baik adalah manusia yang boleh menerima pandangan dan juga kritikan manusia lain dengan hati yang terbuka.. (entri apakah ini?? adakah ia relevan dengan tajukk.. layan je laaa..)

Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung tu, pandulah dengan berhati-hati.. Ingatlah insan-insan tersayang yang menantikan kepulangan anda di hari yang mulia ini. Dan kepada pemandu-pemandu yang tidak berhati-hati (read: tidak berhati perut) tu, kalau nak mampos, hang mampos sorang.. jangan nak heret orang lain mati sama dengan hang!! Bukan apa.. kengkadang aku geram dengan sikap-sikap pemandu yang kurang ajar kat jalan raya ni.. (sila ubah mood anda kepada 'emo' sebab aku tengah 'emo' ni).

Kita ni punya la memandu dengan penuh berhemah dan berhati-hati.. datang si la***at ni leh pandu macam jalan tu tok nenek dia yang punya. Disebabkan cara pemanduan dia, tak pasal-pasal orang lain pun terlibat sama. Kalau ko sorang je yang mati takpe, ni tak pasal-pasal keluarga orang lain pun mati sama jugak!! Aku memang geram dengan depa yang memandu dengan tak berhati perut nii... Gggrrrrrr.....

Jadi, sebelum saya menutup entri ini (dan tak tahu la pulak bila den leh buka balik sebab sekarang ni den tengah bizi cari bahan untuk wat assignment yang due datenya tinggal beberapa minggu je lagi -->> camne la nak raya.. asik teringat assignment tak siap jeww.. huhh!! <<-- ironinya, pencarian aku tu masih lom nampak akan membuahkan hasilnya), terimalah sebuah lagu raya, yang bukan dinyanyikan oleh saya, tetapi oleh artis kegemaran saya (saya gemar dia.. dia gemar saya kaahhhh??) untuk hiburan pengunjung-pengunjung blog sekalian.. (cam biasa, lirik turut disediakan untuk memudahkan kalian menyanyi bersama)



Anggun si dara jelita berselindang dan kebaya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza

Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang


Dan tidak lupa juga 2 buah kad raya yang tidak seberapa daripada saya buat anda sempena menyambut hari raya yang bakal tiba 2, 3 hari lagii.. Pesanan saya (especially untuk diri sendiri), puasa is the best diet.. so, jangan musnahkan diet anda yang sebulan itu dengan satu hari melantak di hari rayaa.. hohoho







Monday, August 23, 2010

Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....

salam buat saudara dan saudari seislamku.....
Dah dua entri aku yang aku 'cut n paste' dari kotak email. Mungkin sekadar mem'forward'kan sesuatu yang baik dan mungkin juga untuk direnungkan oleh kita bersama.. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dan kebaikan daripada apa yang disampaikan..

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur...
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..
Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah untuk KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...







DOA BUAT SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN


Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku.
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... AMIIN.



Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah, masih lagi aku diberi kesempatan oleh-Nya untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan pada tahun ini.. Alhamdulillah dan syukur juga kepada-Nya kerana memberikan aku kelapangan mencatat sesuatu di sini kerana pos aku yang lalu mengatakan aku sangat bizi dengan hal-hal kerja dan studi. Tetapi dengan izin dan kehendak-Nya, diberikan aku sedikit kelapangan untuk aku mencatatkan sesuatu di sini sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.


Aku tidak mahu berceloteh panjang seperti selalu.. Sebaliknya, aku ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK kepada blogger-blogger sekalian, kepada pembaca-pembaca yang singgah di blog aku ini dan tak lupa juga kepada my followers yang empat kerat itu.. (terima kasih ya kerana sudi menjadi follower blog aku yang tak berapa nak grand ini).


Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T di bulan yang mulia ini dan semoga segala amal ibadah kita akan diterima oleh-Nya.. insyaAllah. Di kesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan dan tingkah laku aku yang kurang disenangi serta kata-kata yang tidak enak didengari, sekali lagi aku mohon ampun dan maaf sempena bulan yang mulia ini. InsyaAllah, aku akan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam diri aku dan semoga aku dan juga kalian semua dapat menjadi mukmin yang sejati sebagaimana yang dituntut oleh Islam.. Semoga juga di akhir Ramadhan ini nanti akan meninggalkan impak yang baik dalam diri dan kehidupan kita.. insyaAllah.


Akhirnya, aku tinggalkan kalian dengan beberapa foto yang biasanya menjadi kelaziman di kalangan kita mem'forward'kannya melalui e-mail, mahupun men'tag'kannya di FB dan laman-laman sosial yang sewaktu dengannya; untuk peringatan dan renungan para pembaca sekaliann..




 Dan gambar yang terakhir ini adalah menu berbuka puasa untuk hari pertama di rumah aku tadi. Abang aku yang nombor 3 dan keluarganya sempatlah menyambut puasa dengan emak dan aku. Dan harap-harap lepas ni, adik beradik yang lain juga akan dapat berkumpul untuk berbuka puasa dan bersahur serta berterawikh bersama..


Menu: Kurma (brand Yusof Tayyub), Ketam goreng kunyit, asam pedas (ikan apa aku tak tau..) ayam percik n kuih muih (yang ni beli kat bazar ramadhan)

Amacam?? hot ke tak hot menu hari pertama berbuka puasa aku sekeluarga hari niii?? Ni untuk hari pertama laa.. hari-hari berikutnya, den tak tau lagi apakah masih sebegini lagi menunyaa?? Apapun, di sebalik kemeriahan sambutan Ramadhan ni, aku suka satu tagline yang aku petik dari member FB aku (yanzz brahim) yang mungkin dapat memotivasikan diri aku dan juga mungkin diri kalian supaya tidak mentekedarah terlalu banyak ketika berbukaa, iaituu..
"gemoks kan iman...kuruskan badan"

Renung-renungkan dan selamat beramal... (",)
Wallahu a'lam.




Thursday, August 5, 2010

KU TINGGALKANMU WALAU TANPA KERELAAN..

Musti suspen kan dengan tajuk entry aku kali ni??!! Hahaha.. saja aku nak bikin panas sikit kali nii. Di hujungnya kamu akan tahu siapakah yang akan ditinggalkan itu biarpun tanpa kerelaan diriku.. cewwahhh!! ayat jiwang siott.. hak tuihh!!

Biarlah aku berterus terang saja daripada membiarkan kalian terus berteka teki tentang tajuk entri aku kali ini. Sebenarnya.. aku rasa dalam masa terdekat ni aku akan tidak dapat meng'update' blog aku sesekerap dua bulan yang lepas (bulan-bulan sebelum tu aku bukanlah blogger tegar seperti sekarang.. hehehe) kerana telah kembali bizi dengan assignment, kuliah, dan juga tugas-tugas harian di pejabat yang tidak berapa mengizinkan aku untuk menghadap komputer (untuk mengakses internet especially berblogging) lama-lama. Di samping faktor otak aku yang semakin tumpul ini (mungkin juga disebabkan faktor usia yang dah tak berapa nak muda lagi) tidak lagi mampu untuk mengerah dan memerah idea-idea menarik untuk dijadikan entri kerana mengikut fakta aku bolehlah dikategorikan sebagai orang yang menggunakan otak kanan (kalau yang terel2 sains tu biasa otak kiri kalau tak silap aku - kalau salah tolong betulkan fakta aku iteww) yang mana kategori otak seperti aku ini tidak boleh buat dua tiga (apatah lagi seploh) keje dalam satu masa.

Supaya tidak menjadi seperti yang pernah dikatakan oleh pepatah lama iaitu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", biarlah aku meng'concentrate' dengan aku punya studi dan kerja terlebih dahulu dan sekiranya wujud waktu senggang atau ada idea yang datang mencurah, aku akan meng'update' blog ini (ini bukan janji ehh..). So, to my DEAREST SWEET CHARMING BLOG.. aku terpaksa tinggalkanmu biarpun tanpa kerelaan kerana ada yang lebih penting yang mendahului dirimu perlu aku utamakann..

Last but not least, aku tidak akan tinggalkan kalian dengan tangan kosong sahaja.. Sebaliknya, aku tinggalkan kalian dengan sebuah lagu (berserta lirik - takut kang lupa lirik lakk) yang dinyanyikan semula oleh artis kegemaran aku (Tok Ti), yang mana kalian boleh mainkan berulang-ulang kali sekiranya masih belum ada apa-apa update dari blog inii di samping bagi mengubati  hatimu yang rindu terhadapku itu... wakakakaka

"SESUNGGUHNYAA.. PENANTIAN ITU MEMANG SATU PENYIKSAAN"
 

Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
( ulang semua )