Pages

Friday, August 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang ditunggu2 oleh semua umat islam iaitu Ramadhan al-Mubarak. Sekiranya diizinkan-Nya sekali lagi, esok semua umat Islam di seluruh dunia akan mula menjalani ibadat puasa selama sebulan. Maka hendaklah kita menghisab diri kita apakah kita akan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun berikutnya. Justeru, marilah kita sama2 meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita di bulan yang mulia ini dan lakukanlah amalan2 yang baik kerana seperti yang kita ketahui bahawa sesungguhnya Ramadhan itu di awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan di hujungnya akan dihapuskan segala dosa dan terselamat dari api neraka.

Ramadhan adalah bulan yang terbaik daripada seribu bulan yang mana di dalamnya terkandung satu malam yang penuh istimewa yang tidak dikurniakan kepada umat2 lain melainkan umat Nabi Muhammad SAW iaitu malam al-qadr (lailatul qadr). Bahagialah sesiapa yang dapat bertemu dengannya kerana barangsiapa yang beribadat pada malam tersebut maka nilai ibadatnya adalah sama dengan dia beribadat seribu tahun (kurang lebih 83 tahun). Subhanallah. Alangkah bahagianya kita jika dapat bertemu dan beribadat pada bulan ini (hari2 lain pun tetap juga kena beribadat, jangan nak tunggu malam lailatul qadr je..).

Oleh itu, sekali lagi saya menyeru diri saya dan pembaca2 yang dikasihi Allah sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan diri kita kepada Allah dan tanamkan azam untuk meningkatkan ibadat kita terutamanya di malam 10 terakhir Ramadhan supaya dengan izin-Nya dapatlah kita bertemu dengan malam yang diimpi2kan oleh sekalian umat Islam iaitu Malam al-Qadr. wallahua'lam..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalahRasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.